”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/29/2013

Mini Reunion

Semalam aku keluar dengan budak2 asasi dulu, padahal 4 orang je punggg! Hahaha. Aku, Syakira, Azam dengan Syafiq. Dengan Azam tu please la, da la sedare aku, asasi dengan aku, degree dengan aku, praktikal dengan aku. Get a life please Azammmm hahaha. Dengan Syakira time asasi aku tak kenal dia langsung, rapat time praktikal tahun 2011, padahal dia baru masuk, aku da nak keluar, tapi boleh close :) Dengan Syafiq lagi la, semalam baru aku 1st time bercakap dengan dia hahaha tapi boeh masuk dengan dia macam da kawan 5 tahun ;)

Kitorang makan Kenny Rogers. Aku baru tau Kenny Rogers tu pengasasnya penyanyi Kenny Rogers tu, apa ke noob-nya aku haha. Personally, aku tak suka Kenny Rogers, bukan tak suka lagu dia, tak suka meal dia. Baru 2x je aku makan Kenny Rogers, dan dua2 kali tak memuaskan tekak aku. Baik makan tomyam Black Canyon *nampak benar tekak Melayu

Time makan, cerita balik semua cerita time asasi yang kitorang tahu, memang mengekek la gelak. Aku time asasi tak kenal sangat orang, yela, ada setahun je, mana cukup masa nak kenal semua orang. Mana nak berjimba lagi, nak overnight lagi, nak kenal orang lagi haha

Lepas tu kitorang lepak Chatime. Ha yang ni tak pernah failed dengan tekak aku especially Milk Tea dia dengan pudding. *slurppp* Sekarang sampai Merdeka, start 3pm-6pm, ada promosi RM1 on 2nd cup. Terbaekkk, pergi serbu cepat. Tapi smoothie tak boleh aku rasa, sebab machine rosak katanya, menipu je, pagi tu minum elok je, da pukul 3 automatik machine rosak eh? Bahaha

Semalam kerja kitorang melantak je, da nak balik nak roof tangkap gambar. Semata uolsss. Dengan angin sepoi2 bahasanya. Sampai je atas Syafiq berbunyi 'Aku suka cuaca macam ni, redup je'. Lalu aku memintas 'Woi ni jerebu la!' Hahaha

yang berbaju petak2 adalah Azam. Berbaju hitam adalah Syafiq. Korang tanya mana satu Syakira, siap la!haha

all the best for your chambering Syak, till we meet again :)

ini adalah teknologi camera Nokia Lumia 920 milik Syafiq. Hahahaha sumpah tiap kali aku tengok gambar ni aku gelak. Kelakau! What technology can give you ;)

Berakhirlah perjumpaan kami sebelum nak start chambering Isnin depan. Pfftt.



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!