”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/25/2013

Filing Borang 1 & 2 untuk Chambering

Isnin lepas aku pergi filing borang 1 & 2 dekat High Court Jalan Duta, as I said earlier, Perak Bar suruh serve sendiri borang2 tu untuk mengelakkan masalah di masa hadapan. Disebabkan aku budiman (again nak mention jugak) mari aku kongsikan sedikit pengalaman pahit getir haha aku time nak filing borang2 tu.

Thank to Allah masa hari filing tu ramai kawan2 aku dari UUM filing sekali, so kami tempuh onak dan duri bersama. Sekaligus dapat melepaskan rindu yang terpendam. Apa ke hei ayat aku geli pagi2 ni haha. Dorang memang kawan2 yang awesome, da la dekat U bagi tiru assignments haha, da kerja pun tolong bawa borang aku untuk serve dekat Bar Council and AG (attorney general) Chamber. Thank you Dira and Cha. Thank You Kak Bell bawakan dorang ke sana hehe. Ok cukup sampai di sini kata2 penghargaan haha

Pagi Isnin tu aku sampai awal, around 8am. Di-recommended-kan datang awal sebab nak tunggu giliran tu sempatlah pergi breakfast sambil mengumpat hueheuhue. Kalau datang lambat nanti risau kena tunggu sampai lunch hour sebab kaunter tutup pukul 12.30-2pm for lunch hour, and tutup setiap hari 3.30pm if I'm not mistaken.


  1. First of all pergi kaunter bayaran (GF, left side of the court) untuk bayar for angkat sumpah (RM4). Then pergi kaunter angkat sumpah (behind kaunter pertanyaan), dia akan cop dekat affidavit form. *pastikan korang isi form betul2 sebab sekarang dorang takde masa nak cek form korang. So kalau salah, takut da settle semua baru realise or baru clerk bagitau *pffft*
  2. Then pergi kaunter e-filing (opposite kaunter bayaran) untuk ambil satu form (kakak kerani akan terangkan how to fill in the form). Lepas isi pergi kaunter tu balik and ambil nombor. Da ambil nombor pergi kiosk (machine) untuk bayar caj perkhidmatan kot. (RM50). Sementara menunggu nombor dipanggil (aku tunggu dekat 2 jam pffft) boleh la bersembang dengan kawan2 bergosip bergelak ketawa biar orang lain annoying haha.
  3. Bila nombor dipanggil pergi dekat kaunter for the clerk to scan all your documents. Then tunggu lagi untuk dapat slip bayaran dari kaunter 17. Da dapat slip pergi kaunter bayaran balik untuk buat pembayaran (RM192).
  4. After that, invoice tu korang pulangkan dekat kaunter e-filing nombor 18.
  5. Pergi naik ke RKKK (2nd Floor, right above kaunter bayaran), then the clerk will tell your petition number)
  6. Turun bawah sekali (dekat cafe) pergi cari kedai buku, then kakak tu akan fotostatkan apa yang perlu (she already know how many copy, just inform her that you are chambering student) (RM11.20)
  7. Naik balik RKKK untuk bagi 32copies of borang 2. Then sambung melantak dekat cafe haha.
  8. Akan ada 4 copies of Borang 1&2, and all the lampiran with you together with original copy. Original copy mesti always with you sampai akhir hayat haha I mean sampai habis chambering.
  9. 3 copies of that kene serve each one dekat Bar Council, AG Chamber and State Bar respectively. Bila da serve dorang akan cop penerimaan dekat belakang original copy. (Yang ni Dira serve kan untuk aku sebab aku berlari tipu naik train sebenarnya nak balik Perak sebab Selasa aku kerja T___T
Then selesai for borang 1&2, aku setel hari tu dalam pukul 12pm, 4 jam oi! (fuhhh Alhamdulillah). Jangan lega lagi sebab masih ada borang 3,4,5,6,7,8 dan segala affidavit penyampaian dan bla bla bla untuk di-settle-kan hahaha. Kau ingat senang nak jadi lawyer? haha

Sekadar renungan (tiba2 ada tazkirah): Aku pelik dengan sesetengah manusia ni. Kadang2 sombong tak pepasal. Kadang2 yang kerja dekat bawah yang over, orang berpangkat Jusa humble je aku tengok. Aku bukan nak merendahkan pekerja bawahan, siapa pun engkau, engkau kena pandai hormat orang. Tak kira la kau gred 54 ke gred 17 ke, hormat orang is a must. Kita hidup bermasyarakat, memerlukan each other.

Anjing pun tak menyalak tak tentu pasal. Rimau pun tak menerkam kalau kita approach cara baik. Kan? Jangan fikir kau sorang je stress, konon kau sorang je berkerjaya. Be professional. Kerja kalau ikhlas, manis muka, beradab boleh jadi ibadat. Tahu?

9/19/2013

Chambering di Perak

Sekarang ni hidup aku tengah huru hara mengisahkan hal nak filing untuk chambering. Sampai lawyer firm aku pun runsing tengok aku sampai dia da tak bagi aku homework, dia suruh aku bertenang dulu haha. Release letter tak dapat lagi dari pihak U. pffft. Tolong la faham, dulukan la kitorang yang sangat memerlukan release letter tu T___T  Makin lambat dapat release letter, makin lambat aku filing, makin lambat habis chambering, makin lambat kahwin.

Proses nak filing ni sangat melecehkan, maybe sebab aku takde experience, semua kena survive sendiri, tanya sana sini, study itu ini. Disebabkan aku budiman hahaha mari aku kongsikan sedikit pengalaman awalan aku sebagai pelatih peguam di Perok Darul Ridzuan untuk pedoman bakal2 pelatih peguam di Perak di masa hadapan. Kalau aku explain lagi memeningkan korang, maafkan aku yang khilaf ecececee

Negeri lain aku tak tahu procedure nak dapatkan form untuk chambering. Tapi kat Perak kau kena pergi state bar untuk beli form. State Bar Perak belakang Mahkamah Tinggi Ipoh, opposite OCBC bank, masuk kiri lepas Mubarook Book Store ha detail aku bagi, kalau sesat jugak guna la GPS haha. Aku guna GPS tak jumpa kah kah kah.

Kawan2 aku dari negeri lain ada je print / photostat borang2 tu. Tapi kat Perak kau kena pergi State Bar, bayar RM5, bagi IC, bagi email dia daftarkan details kau, then dapat la Borang 1-8 untuk Chambering. Dapat sekali Letter of Introduction (LI). LI ni booklet yang ada nama 13 committee of State Bar yang mana kau kena mintak semua tandatangan dorang sebelum long call T_____T Aku Dorang da la busy, bila la aku dapat jumpa dorang. Kalau kenal tak pe jugak, kot2 terserempak dekat kedai mamak boleh mintak sign. Nak fefeling artist letewwww haha.

Email penting untuk dia maklulmkan kau for any activities yang korang boleh join. Dekat Perak, chambering student kena kumpul 16 points T___T untuk layak ditabalkan sebagai young lawyer nanti. Macam mana nak kumpul point? Kenalah pergi dengar talk dan join segala aktiviti yang ada. Siapa yang email dia gegurrrlcute90@yahoo.com tu (sumpah bukan email aku haha) silalah tukar ke yang ilmiah sikit haha.

Borang 1-2 digunakan untuk first step, untuk dapat petition number, untuk diterima masuk secara sah as Pupilage (yang ni yang tengah aku runsingkan). 

Borang 3-5 untuk filing untuk short call

Borang 6-8 untuk long call.

Untuk borang 1-2 boleh buat e-filing. Tapi State Bar aku suruh pergi sendiri Mahkamah Tinggi dekat Jalan Duta untuk served sendiri sebab kalau ada apa2 masalah boleh settle terus dengan dorang dekat sana. Kalau e-filing and ada benda yang dorang tak terima, maybe lagi lambat proses chambering korang, dari 9 bulan boleh jadi setahun 2 bulan. Nak ke? haha. Ni yang aku cadang nak ke KL Isnin depan, tapi release letter pun tak dapat lagi T____T.

Bersama borang 1-2, korang kena photostat IC, surat beranak, release letter and master korang punya details (print out dari Malaysia Bar website). Semua dokumen ni kene Certified True Copy (CTC) oleh lawyer firm korang selain Master korang.

Time nak isi details pasal Master, korang kena ikut betul2 macam dalam website tu.

Contoh. Nama master dalam website: Mohd Affendi 
             Nama master dalam IC: Mohamed Affendi.

Dalam borang korang kena ikut macam dalam website punya. Tak2, nama Master aku bukan Affendi, Affendi nama kekasih gelap Fatini hahaha. Nama master aku nama salah sorang Rasul gediknyaa nak bagi2 hint

Borang tak boleh liquid, kalau salah buat baru, silalah tulis dengan penuh berhati-hati dan perasaan berdebar.  Guna pen hitam. Bila korang deal dengan court, ini la makan dia, kena jadi very particular.

Itu je la kot yang aku boleh kongsi for now. Cerita aku dekat Mahkamah KL nanti aku cerita kemudian. Memikirkan all procedures, rasa nak jadi tol gate girl pun ada hahahambar. Takpe aku tetap berpegang pada peribahasa hidup aku 'bersusah-susah dahulu, pakai  Lamborghini kemudian'

Sekian, hope it will help :)

9/14/2013

Sleepyhead need to work on lazy Saturday

Sejak2 setiap pagi masuk office ni, aku da jarang ada masa untuk diri sendiri. Sabtu pun kerja oi! Apa kes? Nasib baik kerja half day, kalau sampai petang memang aku report polis *takpepasal*. Bukan boleh buat apa pun hari Sabtu, bank tutup, pejabat kerajaan tutup. Just boleh buat appointment dengan client. Tapi betul jugak, sesetengah client tak dapat datang weekdays, jadi kena datang weekend. Kami berkorban untukmu clients mmuaaahhhkss! Client aku sorang dari Johor, tahun bila nak datang entah tu.

Hari biasa balik kerja 530. Kadang2 kalau ada kerja pukul 6 baru balik. Untung atas aku lawyer lelaki, so pukul 6 dia da halau aku balik. Takkan nak berdua-duan dengan dia dalam office ni pulak ken?  Da la dia tunang orang hahaha. Clerks pukul 5.27 da berdiri dekat pintu keluar da haha. Kalau ikutkan hati aku, pukul 5.25 aku nak pegang tombol pintu office da haha

Da balik kerja, malam pulak la nak lipat baju, nak kemas bilik bagai. Nasib baik I duduk dengan Mak, luar bilik mak da siap2 kemas di siang hari, kalau I duduk dengan mak mertua, harus I menangis hari2 dalam shower sebab penat. Yela, duduk dengan orang takkan nak goyang kaki. Kau jangan nak emosi lebih Nadia, kawen pun belum! Haha tak, aku cube membayangkan kehidupan berkeluarga. I tak mampu lagi nyahhh! haha

Hari tu mak suruh aku masak dinner, takpe lah sekali sekala huehuehue. Lepas maghrib aku keluar bilik tengok mak tengah siap2 nak masak. Rupanya mak teringat aku teringin makan sambal ikan bilis kering, then mak buat. Lagipun mak kesian tengok muka aku yang macam tak tidur 3 hari kot. *bergenang air mata* I love you so strong mommy!

Tiap malam aku gosokkan baju ayah dengan Hafiz. Kalau da penat sangat tu, aku cincai je gosok, sambil pejam mata. Alhamdulillah setakat ni takde lagi tragedi baju terbakar haha.

Kerja dengan belajar adalah totally different u olsss. Teori macam senang, bila nak buat praktikal, migrain jugak aku. Sepanjang 5 hari lepas, 2 hari je aku balik tak migrain huhu. Mungkin aku tak biasa berfikir lagi haha. Sekarang ni tengah buat kes Trust, mak ai 5 purnama aku cari supported case tak jumpa oi! Makkkk, nak kerja tol gate girl!

Currently ada 3 files kat aku yang masih pending. Da la luar bilik aku ada kedai orang meniaga goreng pisang la cempedak la buah-buahan la, elak aku letak tali dengan baldi je kat tingkap ni.

Bye! Nak cari cases jap *menangis dalam sendu*

9/11/2013

Rabun warna

Sebelum ni aku ada bagitau yang sorang cousin laki aku (Amir) tak dapat sambung Medic sebab rabun warna kan? Kebanyakan sepupu lelaki aku memang rabun warna. Ada sorang cousin aku (Harith) siap dapat certificate untuk digunakan sepanjang hayat. Dalam certificate tu ada contoh2 senarai kerja yang dorang tak boleh jadi.

Arwah tok rabun warna, so anak2 perempuan dia semua jadi carrier kot sebab cucu2 laki ramai yang kena. Rabun warna ni laki je, perempuan hanyalah carrier. Adik laki aku pun ada ciri2 rabun warna haha.

Rabun warna dengan buta warna adalah berbeza ye. Rabun warna kau nampak merah macam hijau, hijau macam coklat, tak reti beza hijau biru dan macam2 lagi. Buta warna adalah bila mata kau nampak semua hitam putih je, macam cerita zaman P.Ramlee haha.

Hari tu aku pergi kedai dengan Amir, dia cakap 'Amir ada beg macam warna biru tu, tapi tak pernah pakai lagi'. Aku pun nak tengoklah beg yang dia cakap tu, aku cari beg warna biru, sumpah takde weh, hijau ada la. Baru aku teringat dia rabun warna haha. So bahaya la kan nak jadi doktor, sebab urine test kan line dia warna biru/hijau.

Tapi bila buat medical check up, doctor cakap Amir rabun warna Merah. Kitorang pelik la, dia kenal je merah, rupanya merah yang dia nampak tak sama dengan orang normal nampak. Sebab dari kecil Mama dia ajar tu warna Merah, so dia kenal warna yang dia nampak tu as merah. Entah2 dia nampak tu warna yang tak wujud kat mata manusia normal haha.

Banyak jugak kerja yang tak boleh untuk orang rabun warna ni. Contohnya polis, doctor, engineer. Especially engineer eletrik, tertukar warna wire mahu meletup 1 bangunan haha. Tapi sekarang tak silap aku ada lens untuk rabun warna, which Medic UIA terima tapi UiTM tak terima.

Kadang2 orang rabun warna ni comel haha. Kelakar pun ada. Macam kawan aku punya adik, bila mewarna, gajah pun jadi warna biru! Haha tapi bila tengok overall hasilnya, we can call it art hehe. Ada sorang tu kawan aku cerita, tiba2 dia cakap 'weh tengok kucing tu, cantik gila warna hijau'. Berlari la semua orang nak tengok keajaiban kucing warna hijau, sekali tengok warna coklat -_-'' Hahaha tak ke comel?

Aku tak dapat bayangkan kehidupan orang buta warna. Orang buta apakan lagi. So tak reti2 bersyukur Allah jadikan kau normal Nadia? Alhamdulillah hee.

9/08/2013

Minggu pulang ke Universiti.

Jumaat lepas aku pergi hantar Nadzirah balik UiTM Pucak Alam. Hahaha orang da habis belajar la oi *riak*. Hantar dia balik rumah sewa tadi sebenarnya, Sabtu ayah nak ziarah pakcik2 nya kat KL. Aku pergi ziarah Setia City Mall jewww haha

Sebelum pergi SCM, kitorang lunch dekat Aroma Hijrah, nasi Arab, dekat TTDI. Bagi aku yang tengah lapar, sedap la, worth it harga. 

Aku tengah mencapai kambing roasted yummy! Satu dulang dalam RM80++. Boleh dimakan 5-6 orang, tapi kalau jenis menketedarah, 3 orang sekelip mata boleh settle haha. Lauk boleh pilih, kitorang campur kambing roasted dengan ayam roasted. Ada sup, ada timun + tomato, ada sos cili. Sos dia masam, tak pedas. Siapa nak pedas, mintak la cili buat ulam. Cili hijau dia pun sedap oi, serangup timun.

Lepas mak ayah pakcik aku menuju ke KL, aku dengan Nadzirah and Amir pergi SCM, off course guna GPS, aku ni dalam daerah sendiri pun boleh sesat, ini kan daerah yang aneh haha. Cadang nak jumpa Tqah, tapi tak dapat jumpa lama :( Kejap je sebab dia ada hal. Tak pe lah, ada rezeki next time kite jumpe ye sayang ;)

This is Amir, cousin yang aku pernah cerita before yang dapat Medic. Btw, dia tak jadi sambung Medic, dia sambung Sains Aktuari sebab dia rabun warna. Hahaha. Gelak eh kau? Tak, aku baru tau rabun warna tak boleh ambil medic hehe. Tu nanti kita cerita lain

Malam tu lepas makan malam lauk udang galah masak lemak, aku and the cousins pergi makan Burger Bakar Abang Burn yang digempar gempurkan sodap sangat tu. Kitorang pergi dekat Section 13 Shah Alam punye jeww.

Meatball dia biasa2 je bagi aku. Tak la seperti disangkakan. Maybe branch tu tak reti buat kot, a little bit salty. Sos dia pun so-so je. Cheesy wedges dia okay. Burger beef dia aku dapat daging liat semalam, tapi sedap. Bengkok garfu oi aku nak potong! Haha. Tapi burger ayam dia sodappp. Ayam very juicy.

Lepas tu pergi Uptown Section 24 Shah Alam. Tak pusing habis pun sebab hujan. Cari casing handphone, da jumpa terus balik. Cousin aku bawa pusing Shah Alam. Waaa rindu zaman Asasi. Lalu SACC Mall, PKNS semua tu, sumpah rindu!

Pagi tadi hantar Nadzirah balik Puncak Alam, hantar Amir balik UiTM Shah Alam. Amir duduk kolej Perindu, betul2 depan kelas aku time Asasi. Apa ni? Apahal minggu ni banyak babak menggamit memori ni? Huuuu! Aku drive sampai Tapah sebab Ayah sakit kaki. Sayu sebenarnya hantar orang balik belajar ni. Mak ayah mesti lagi rasa kan, just tak tunjuk. Bukan orang yang dihantar je sedih, orang yang menghantar pun rasa tak syiokkk! Jiwa mak2 sangat aku sekarang! Hahaha. Nanti anak2 aku kita home school, home university jo lah! Hamboiihhhh! haha

Esok kerja! T___T

9/04/2013

Chambering mode activated

Isnin lepas aku masuk kerja balik dekat tempat lama aku praktikal. Akhirnya setelah segala onak dan duri memikirkan nak chambering dekat mana, setelah berbincang dengan keluarga dan kawan2, aku pun decide nak chambering dekat sana je. 

Dekat sini aku belajar conveyancing la mainly. Ada jugak buat wasiat, buat kes trespass. Yang best duduk sini adalah rumah dekat. Masuk kerja pukul 9, 8.15 baru alarm aku berbunyi lagu Maroon 5 haha bahagianya lepas Subuh tak payah fikir nak travel bagai. Alhamdulillah aku tak pilih Ipoh, dan2 minyak nak naik 20sen seliter. Pffft! Kalau tak, duit elaun aku ibaratnya disumbatkan dalam tangki minyak. 

Semua cakap belajar kat mana2 pun sama. Tak semestinya kau pergi firm yang gah, kau belajar banyak. Non hadoooo! Sana lagi la semua lawyers busy tak duduk office. Semua berbalik kepada kita, antara nak belajar ke tak. Ada setengah orang takkan mengajar selagi kita tak bertanya, so rajin2 la bukak mulut ;)

So far aku duduk firm sekarang ni, takde masalah. Staffs semua lebih dari okay. Boss boleh bawak bergurau ;) Lawyer pun boleh buat main haha. Clerks semua ramah, and very helpful. Aku paling muda dalam office tu, auwww auwww haha.

Duduk sini tengah hari aku balik makan dekat rumah, jimet haha.

Oh sebenarnya aku tak filing untuk chambering lagi, procedure nak filing pun aku tak tahu haha. Release letter pun UUM tak keluarkan lagi sebab tak dapat result practical hari tu lagi. Pffft apa ke lambat benor! Ingat aku suka ke nak kerja kalau tak filing lagi sebab selagi tak filing tak kira as chambering. Kiranya sekarang ni aku macam berkhidmat untuk masyarakat la, berbayar la jugak haha.

Ada orang cakap aku workaholic haha. Sebab aku merungut kat dia bosan kalau takde kerja, and aku suka bila kerja aku banyak. Tapi betul la, korang duduk pejabat takkan nak bukak Twitter, FB dari pagi sampai petang? Bosan kot, unless ada movie haha.

Aku pagi2 bangun bila teringat kerja atas meja, aku rasa seronok nak pergi kerja. Tapi kalau bangun pagi tau takde kerja yang menunggu, aku da rasa bahang kebosanan dia, time mandi pun da rasa bosan haha. Bila lawyer bagi task pukul 4.55, aku rasa nak siapkan sebelum balik jugak walaupun dia bagi untuk esok sebenarnya. Aku tak suka tangguhkan kepercayaan and amanah orang kat aku hehe

Hope aku baik2 je 9 bulan ni. Baik dengan staffs, baik dengan clients, baik dengan documents and all procedures, baik dengan staffs kerajaan haha.

Siapa nak beli rumah ke beli tanah ke, tanah kene ceroboh ke, boleh la jumpe aku lepas ni hahaha.

Next week kalau aku da dapat office sendiri nanti aku update dari office bahahaha kalau tak busy la ;P