Tau tak kalian bahawa aku kena buat pembetulan kat borang 4 & 5 aku sebab aku lupa letak tarikh kah kah kah silly and clumsy Beron. Melayang duit ai RM 42, da la elaun tak dapat lagi. Sobbs Soobss. Nasib baik staff yang aku deal dekat Bar Council sangat baik hati, tolong aku macam mana nak karang Afidavit Pembetulan, siap cek kan bagai. Terima kasih Encik A (acah2 misteri letak satu huruf je)
Semalam seharian aku dekat Ipoh. Pagi settle kan Afidavit tu, petang ada dock brief dengan Criminal Procedure Talk. Waktu zohor sembahyang dekat Masjid Negeri, tapi I tak solat jumaat la, I solat Zohor je (sebab blur solat Jumaat macam mana, jahil kau ni), tapi I dengar khutbah tau tau tau, pasal pecah belah ummah. Gituu rasa maskulin pulak dengar khutbah life.
Lepas solat pergi la Medan Selera dekat clock tower tu, Ya Allah menyesal tak makan sebelum solat, semua meja penuh dengan laki, segan la gadis melayu seperti aku yang penuh dengan sikap budi pekerti kah kah kah. Tapi da laparkan, peduli pulak aku budi pekerti bagai tu haha.
Aku dengan Syak time tu, order fresh orange dengan nasi goreng. Fresh orange da tinggal ais, nasi tak sampai2 lagi. Jam da pukul 2.10, talk start pukul 2.00 kabaa nehi. Disebabkan kami berada dalam profession yang mengutamakan punctuality *geli sangat ayat kau Nadia*, so kami terus bla pergi talk dengan perut lapar, breakfast aku makan seketul kuih je oi!
Dalam talk punya la lapar. Tiba2 nampak orang hantar makanan, kalau tak fikirkan kesopanan dan ketatasuliaan, memang aku ke belakang terus melantak, lantak la speaker tu merepek apa. Perut yang kenyang menjamin ummah yang berkaliber *tiberr*
Nasib baik talk semalam menarik, lawak, so kita pujuk kan perut yang lapar agar bersabar. Talk criminal disampaikan oleh seorang lawyer India dari Teluk Intan. Lawak gila dia tu, da la cara cakap macam Sathiya Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Habis talk serbu 2 orang Bar Committee nak mintak sign. Out of 13 kot, aku baru dapat 2 signs, sedih T___T. Tapi dorang ok je, sign je, tak banyak songeh, just tanya basic questions, dari firm mana, buat field apa bla bla bla
Da selesai bagai, terus ke Restoran pak Arab yang bernama Hadramout. Kat Ipoh restoran ni betul2 opposite Hotel Kinta Riverfront. Memang boleh maut makan kat kedai ni, portion Pak Arab baginya. Oi! Eleh oi oi konon Nadia, padahal makan habesss! Haha. Yela, aku lapar gila kot. Aku order Kabsa Lamb, sepinggan RM20. Worth it, nasi dia aku tak tahu la orang Arab tampi padi guna softlan ke apa, nasi lembut gila, and sebutir-sebutir, I likeee. Puas hati la makan. Actually portion nasi boleh kongsi 2 orang, dia memang siap bagi extra plates. Tapi semalam aku sorang langsai haha. Harga reasonable, kalau Mandy Chicken RM12 jewwww.
Layanan pun okay, siap boss dia tak silap, datang ke meja bagi password wifi tanpa diminta. Very thoughtful haha. Gambar nasi memang tak dapet le, pernah ke tengok harimau nak baham kambing tangkap gambar dulu sebelum ngap? haha
Makanya aku rempit dari Ipoh ke Kuala Kangsar sebab nak kejar Maghrib, sampai rumah pukul 8, bawa 110km/j-120km/j lalu jalan lama dengan harapan tak end up di dalam kubur. Alhamdulillah selamat sampai dan sempat solat Maghrib.
Beginilah kehidupan budak chambering. Blerghhhh!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!