”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/26/2014

Take it or leave it.

Aku tak tahu kenapa hati aku tak keruan. Nak kata fasa emosi tak stable, da lepas da. Takkan da tua2 ni ada post-pms plk T___T Ni da macam orang nak menopause je ha sepanjang masa hati suram.

Entahlah, mungkin apa yang jadi kat sekeliling aku membuat aku terfikir-fikir dan berada in state of grief. Belum masuk bulan 4 untuk tahun ni, macam2 tragedi berlaku kat negara kita. Banyak sangat berita kematian yang aku dengar.

Awal tahun negara kita sejuk sangat, sampai tak tahan rasanya. Then Allah jadikan kemarau, sampai kena catu la air kat sesetengah tempat, tidur pun berpeluh-peluh.

Kemudian kita dikejutkan dengan berita MH370 yang dapat perhatian dunia. Macam2 spekulasi timbul, yang bodoh time ni la nak tunjuk kebodohan nya pun. Tengah2 orang sibuk pasal MH370, tiba2 dapat berita kematian beberapa orang muda dekat festival music asia. Tersebar gambar mereka yang mengaibkan. Astaghfirullahalazim.

Hari yang sama PM umumkan pengakhiran MH370, kita juga dikejutkan dengan berita dasyat dari Mesir tentang hukuman gantung terhadap 529 ahli Ikhwan di sana. Allahuakbar.

Banyak juga terjadi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. Jumaat lepas seorang kawan aku, kehilangan ayah tersayang akibat kompilasi penyakit. Semalam, seorang kawan aku lagi turut kehilangan ayah tersayang yang sedang mengerjakan umrah. Al-Fatihah.

Benda ni semua buat aku terfikir-fikir. My time will come, but when? Am I fully prepared to meet Him? Will Rasulullah proud of me? Apa yang Allah sedang sampaikan? Bila kita nak perbetulkan benda yang tak betul? Bila kita nak menegakkan undang-undang Allah kat dunia? Don't wait untill it's too late.

Banyak, terlampau banyak amaran di sekeliling kita. Either we take it or leave it. Its up to us. 

Allah, tenangkan hatiku. Jika kami hamba yang melampaui batas, berikan kami petunjuk dan ampuni dosa-dosa kami.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!