Lately aku busy gila, LA pejabat aku accident, teruk jugak la, mahu 6 bulan cuti tu. LA lagi sorang kena cover 3 office sekarang ni, memang lagi busy la dia. So file LA yang accident tu semua aku take over, dengan files aku yang tak berkesudahan lagi. Ni pun aku malas start kerja lagi, kalau start karang mesti tak berhenti.
Kalau orang datang nak buat pusaka pun semua tadah ke aku, ingat aku tau sangat ke? Haha. Aku basic knowledge boleh la, kalau kes twist sikit aku da pening, mula la call ayah, hihi nasib baik ayah pakar bab2 tanah dengan harta pusaka ni, sabar je dia melayan anak dia yang zero knowledge ni hehe.
Bila banyak kerja ni memang penat, penat otak. Aku balik kerja kadang2 pukul 6, terus terkelepet kau tahu! Kadang2 ada sehari tu aku tak bercakap pun dengan family aku, terbaring je dalam bilik. TV memang jarang sekali aku tengok. Nasib baik takde laki lagi haha. Lepas maghrib aku gagah pergi gosok baju, lipat baju. Aku malam charge handphone, kadang2 nak tunggu fully charge tu punya la hazab menahan ngantuk.
Semalam sementara nak tunggu hp habis charge, aku baca buku 7 Malam Pertama di Alam Kubur. Ha seram tak? Haha. Aku tak tahu bila aku tertidur, aku tersedar buku atas muka aku T___T Nasib baik tak sedar sedar dalam kubur je haha.
Bila masuk dunia perkerjaan, macam2 dugaan dia, especially aku budak baru. Dengan client yang banyak kerenah, yang tak faham procedures. Tapi Alhamdulillah, most clients aku okay la so far.
Ada satu benda yang aku runsing nak hadap bila da kerja ni. Bila orang nak menggatal dengan kau. Aku tak kata aku hot, semua orang nak menggatal dengan aku, tapi tahu je la laki kan, pondan tomboi semua dorang nak sebat (tak semua) hehe
Bila laki sebaya ayah kau ajak kau pergi makan2, bila laki tua bahasakan diri dia abang, bila client bujang ajak kau keluar makan2, bila suami orang tiba2 cerita pasal masalah rumah tangga dia kat kau. What the heck? Aku tak kahwin lagi kot. What do you expect from me? Kaunseling perkahwinan? Kalau cinta monyet boleh la aku gebang haha.
Entah berapa kali da aku tipu sunat.
Oh takpela, saya da kenyang.
Sorry, banyak kerja.
Kalau nak belanja, kena belanja satu ofis kiki.
Benda ni memang merunsingkan kau tahu. Sebab dia adalah client, dan kau kena banyak jumpa dia lagi, dan kau tak nak benda tu jadi awkward. Bila berurusan dengan client, takkan aku nak pamerkan muka ketat, mesti la aku senyum, cakap elok2, terangkan dengan lemah lembut (tahu pun kau berlemah lembut) haha
Kadang2 aku risau aku termanja atau tergedik depan client. Then aku tanya orang office aku, aku macam tu ke? Laju je dorang jawab 'Kau gangster kot' Kah kah kah tak reti menjaga perasaan betul dorang ni.
Da orang tanya aku da kahwin ke belum, mesti la aku jawab tak. Lepas ni kalau ada laki tanya aku da kahwin ke belum, aku nak jawab dah la.
Oh yeke, laki kerja apa?
Oh laki saya tak kerja, saya kerja, dia jaga anak dekat rumah, sebab takut hantar anak kat orang sekarang, bahaya. Nanti saya berhenti dia pulak kerja hahaha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!