”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/23/2014

sembang sorang2 #16

Holaaa baru tak update 9 hari da rasa rindu dekat blog *peluk desktop*. Blog ni da macam laki aku rasanya, walaupun kadang2 aku abai, tapi masih sayang kah kah kah. Laki tak boleh diabaikan langsung la mangkok.

Life has been treating me nicely. Last week hari Khamis, aku pergi exam Ethics kat KL, doakan aku lulus sebab aku ni kurang beretika orangnya haha.

Aku dilahirkan dengan suara yang kuat lantang. It is out of my control, berbisik aku sama dengan orang yang bercakap normal -_-''. Aku tak pernah attend client depan bos, ada satu hari tu aku attend client depan bos. Lepas da settle, office mate masuk bilik aku bagitau bos puji aku. Dia cakap 'Bagus Nadia tu, tegas, client pun dengar je dia cakap, lantang bersuara'

Kah kah kah terus aku gelak dalam bilik tu. Baru aku sedar, ini kelebihan orang suara kuat, nampak konfiden walaupun pada hakikatnya aku gebang je haha. 

Omaigod! Tepat lagi 2 bulan aku habis chambering, cepat pulak masa berlalu. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku dan kawan2 yang lain.

Aku tak berapa gemar pergi mahkamah, tapi bila aku pergi, rasa syiokkk pulak, lepas pergi court mengular minum milo tabur dekat gerai berdekatan dengan kawan2, lagi syiokkk haha.

Aku takde perancangan masa depan yang fix lagi. Yang ada sekarang nak sambung Syariah, nak kerja kat KL, nak beli kereta, nak beli rumah, nak kahwin, nak beli superbike, nak melancong serata dunia. Tak tahu la mana come first, mana come later. Usaha dan tawakal sajo la, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!