”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/06/2014

Boikot dan Poligami

Apa yang aku nak cerita ni, hanya pandangan aku sebagai manusia biasa yang UPSR PMR SPM Agama Islam dapat A, tapi hanya teori semata-mata, ayat2 hafazan dulu sumpah aku dah tak ingat semua T___T. Hanyalah pendapat aku yang naif dan punya banyak khilaf.

Bagi aku dua2 isu ni (boikot & poligami) adalah option dan hak individu. No one can blame others for accepting or rejecting it, neither right nor wrong. 

Aku telah sedaya upaya aku untuk memboikot produk2 yahudi. Tapi ada benda yang memang tak mampu nak boikot. 80% barang dorang ada kat Malaysia ni aku rasa. Mc'D tahan lagi, banyak option lain. Ayam Black Pepper MarryBrown sedap nak mampus weh (aku puasa, sila faham exaggerated aku sekarang). Tapi produk Nestle, tudiaaa, rumah aku pandang atas kanan kiri tepi belakang celah kankang, semua produk nestle T__T How maaa?

Aku difahamkan Nabi kita dulu tak boikot produk Yahudi, baginda boikot cara hidup Yahudi. So kita utamakan sunnah. Aku tak kata tak perlu boikot, dengan perangai Israel yang serupa jahannam sekarang, memang harus la kita boikot produk dorang. But again, Islam ni tak menyusahkan umat dia. Kita buat yang kita mampu, but in a same time, kita bagi sumbangan dan doa untuk mereka2 yang dizalimi.

Bagi aku, jangan berhenti kerja (contoh: Perkerja Mc'D) unless memang da dapat kerja lain. Menganggur tak tentu hala, menghabiskan duit mak bapak pun lagi worst aku rasa. Its just my humble opinion la.

Janganlah kau caci dan pandang sinis orang yang tak boikot. Kau boleh jamin yang kau akan boikot sampai nyawa terpisah dari badan? Jangan sembanglah bang! Cakap jangan besar, nanti kena balik dekat hang. Kita ada nafsu yang kadang2 tak terkawal haha. Hang nak boikot silakan, tapi jangan kau pandang orang minum Milo tu macam minum todi pulak.

Boikot, bagi sumbangan, mendoakan, itu semua kerja murni. You choose.

Poligami; ha ni lagi satu isu panas, panas, panas! Haha. It is a sunnah, I never deny it. Agama pun membenarkan lelaki kahwin 4. 

Tapi kan kan kan, Nabi dulu berpoligami selepas Saiditina Khadijah meninggal dunia, dan If I'm not mistaken, dia kahwin semua janda kecuali Saiditina Aisyah. Kebanyakan janda adalah suami yang syahid time perang so Nabi kahwini mereka as one way of helping. Nabi sendiri melarang anak dia, Fatimah dari dimadukan. Am I right?

Apa motifnya poligamy anak dara? Nak tolong apa kalau anak dara tu ada kerjanya, boleh hidup sendiri. Kasar tak kalau aku cakap sebab nafsu? Haha -_-''

Aku perempuan, aku tahu apa perasaan perempuan. Bukan mudah hidup berkongsi ni woi. Perempuan ni bab material tak kedekut, bab kasih sayang kedekut sikit bahahaha.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari cinta suami orang. Jangan sebab aku teruntuhnya masjid yang terbina teguh, sebab aku tak dapat janjikan masjid yang akan aku bina tak rapuh. Aku manusia biasa. Lindungi aku ya Allah.

Nak cari suami bujang, solat penuh, puasa tak tinggal, tak merokok, kerja stabil. Kat mana ada ha? Haha. Kadang2 orang2 yang 'kacau' aku buat aku rasa nak kahwin esok!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!