”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/12/2014

Pulau Perhentian Besar

Rabu lepas aku pergi Pulau Perhentian. Ramai family aku bising pergi bulan 10 sebab laut bergelora la apa la. Kalau tak bergelora tu namanya sungai haha. Aku buat kering hati je pergi, berdua je pulak tu, dengan Mira sebab yang lain tak dapat. Ayah ingat aku pergi ramai-ramai rupanya, patutlah dia lepaskan pergi ;p Pergi 3 hari 2 malam. Alhamdulillah cuaca elok, laut pun tak mengganas, biasa2 ajee. Aku pergi weekdays, bulan 10 pulak tu, memang boleh declare Perhentian tu ana yang punya haha.

Selasa lepas kerja aku naik ETS pukul 9. Sampai KL Sentral pukul 11.30malam. Mira dah tunggu sana. Terus shoot ke KLIA2 dengan Skybus pukul 12. Tiket skybus aku beli online time aku beli tiket Airasia. Murah sikit. Time nak naik tunjuk itenary tu as bukti pembelian.

Sampai KLIA2 pukul 1245. Cari surau,then tidur sampai Subuh. Tak lena sangat pun nya sebab sejuk la nak mampus haha. Lepas Subuh pergi cek board boarding kat gate mana. Nak pergi tempat perlepasan tu mak kau haiih punya la jauh. Kalau semut dah boleh jamak dah. Dari ground floor naik lif ke tingkat 2, ikut signboard, pergi tingkat 3. Naik lif kaca, nak naik esklator pun boleh tapi naik lif kaca lagi feeling haha.

Sebab tak check in any buggage,terus ke security. Lepas tu nak menapak ke gate K14 adalah satu hazab yang nyata. Jauhnya hoi! Tapi convinient la sebab banyak tempat duduk, toilet, tempat charge, surau. Kitorang masuk awal jugak la. 645 da bersila depan gate. Padahal flight pukul 755am haha.

Sampai airport Kota Bharu pukul 9pagi. Terus ambil taxi pergi jeti Kuala Besut. Satu taxi RM78, rezeki ada couple dari Korea nak share dengan kitorang. Dari jeti ke Pulau Perhentian dalam 40minit. Dont expect ferry, boat laju biasa je ya, sungguh la sakit sanubari ku apabila terkena hentakan ombak-ombakan.

Kitorang stay kat Flora Bay Resort, ambil pakej paling murah muahaha. Tapi worth it, tempat cantik,makan sedap. Makan under pakej, so tak payah nak risau apa2, duit untuk beli jajan je. Oh Flora Bay dekat Perhentian Besar. Sampai dekat pukul 12 jugak la, terus check in. Masuk bilik, tidoq. Penat ya amat.

Bangun pergi lunch, balik lunch tidur balik. Kau ni dah kenapa, nak tidur baik duduk rumah haha. Okay2 lepas bangun terus pergi tangkap gambar *macam tak biasa*. Pulau Perhentian airnya sangat cantik,jernih dan terpelihara dari noda haha.

Ambilah buat tatapan. Banyak lagi gambar tapi upload nanti korang jatuh cinta pula dengan aku Pulau Perhentian

Sebab tak tahan godaan ombak yang seakan melambai-lambai, kitorang masuk bilik salin baju lalu terjun tirus ke dalam lautan yang permai. Ahhh enak sungguh perasaan berada di dalam air yang kebiruan, bukan kecoklatan.

Masuk bilik,mandi,upload gambar kat Instagram, pergi dinner dan balik tidur. Sungguh hambar percutian kau haha. Malam2 kat Perhentian Besar memang tiada aktiviti2 sumbang mahram :p Perhentian Kecil ada yang dah tutup sekarang. Ditutupi dengan hamparan haha maksud aku chalet2 nya dah tutup. Mereka dah untung juta2 time summer hari tu. Eloklah mereka berehat pula dengan pergi bercuti.

Panjang pulak rasanya, sambung esok2 la.



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!