”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/31/2015

Adrianna Saffiyah

Anna is a first baby in FREMMIN. FREMMIN  nama gang MRSM aku hehe. Anna baby Marzihah. Coming soon baby Eyda pulak. Suka suka suka!

Tadi melawat Anna dengan Marzihah kat Lenggong. Comel je Anna, cenonet je. Nampak dah ciri keibuan dekat Marzihah. Hehe. Tak sangka dah ada anak dah dia. How time flies :')

Marzihah cerita pengalaman beranak dia tadi. Scary much! Dengar je pun tau sakit. Ammaaa! Haha

Anna, awak nak tau tak, Ummi awak tu dulu kaki ponteng assembly dengan Cik Da. Orang dah turun asrama, dorang baru bangun nak capai tuala haha. Sekali dua² dapat anak dulu. 

Kalau aku tau, aku ponteng assembly sekali. Eh? Haha. Aku kaki ponteng surau dengan prep, kitorang ada kepakaran masing². Haha

Anna, ayah awak suka Ummi awak dari Form 3 tau. So sweet. Kahwin jugak tanpa bercinta hehe. Now you are here, bukti cinta dorang hehe.

Baby Anna behave sangat. Suara pun halus je, menangis pun tak. Ek ek ek je.
Tya (short form Auntie Nadia, curlass tak? Haha) doakan Anna jadi anak yang baik untuk Ummi dan Ayah Anna. Semoga membesar menjadi muslimah yang diredhai Allah. Tya loves you so much! See you next time baby girl. Mmuahhhhh!

Tips online shopping

Haha poyo je nak bagi tips, macam bagus je kau ni. Aku selalu jugak online shopping, sebab bagi aku praktikal. Jimat masa, jimat tenaga, more safe sebab tak payah bawa cash. Maybank2u kan hado.

Ada Maybank2u memang bahaya dan kena belajar kontrol nafsu. Sebab senang je klik klik, tau2 je barang dah sampai. Eh bila aku beli ni? *cubaan pura2 kena pukau time beli*

So far Alhamdulillah, tak pernah kena tipu lagi dengan vendors. Ada je buyers yang beli tapi barang tak sampai2. Pandai2 la korang nak deal dengan siapa. So far aku tak pernah beli barang harga lebih RM150.00 via online.

Tak semua barang la aku beli online, especially baju dengan kasut, sebab melibatkan size. Kaki aku ni ikut musim, kadang size 4, kadang size 5. Baju pulak dalam online nampak lawa dan berkualiti, dah sampai rupa baju pasar malam.

Sekarang ni paling in aku rasa berniaga dekat Instagram. Berlambak vendors. Banyak jugak aku follow HAHA tapi banyak aku dah unfollow sebab aku mudah terpengaruh. Bagus jugak vendors yang private IG ni. Hehe. Kadang2 aku cuci mata je, window shopping katako.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia jual beli online ni (cewah) I found out some tips to be a genius buyer. Tak pandai bawa kereta takpe lagi, jangan tak pandai jadi pembeli haha.

Hari tu aku tertarik dengan satu benda ni dekat IG. Dia jual RM55 dengan jaminan paling murah berserta percuma postage dan battery. Tapi aku tahan nafsu dengan berpuasa. Haha. So aku tak beli la dulu, tunggu duit runtuh dari langit. Then aku google la benda tu nak baca reviews. Bab ni rajin ye kau membaca, sotong ada berapa kaki tahu tak? Haha. Sekali aku jumpa exactly same thing kat Lazada dengan harga jeng jeng jeng RM35.00 sekali postage. I'm a happy kid. Terus bukak puasa hahaha.

Then aku nak cari casing handphone baru. Bukak Lelong. Ternampak sticker untuk handphone aku. Macam menarik. Tapi rasa mahal sangat pulak. RM50.00. Hmmm. Kat situ dia ada bagi link facebook if nak tengok designs lain. So aku bukak la. Then aku personally whatsapp vendor tu, tanya pasal design, and saja la tanya pasal harga. Kot2 la dapat diskaun, sekali dia bagitau RM35.00 je sekali postage. Apakah perkara yang lebih menggembirakan dari ni? Haha

Aku cerita kat officemate aku, dia cakap memang la sebab kat web macam Lelong tu mesti ada charge iklankan kat situ. Ohh yee kee? Now I know.

So konklusinya, berbelanja la dengan bijak. Hehe.

Dan kepada vendors, as a buyer I want to suggest you, my humble opinion. Ehemm haha. Sebagai pembeli aku tak suka ada postage fee. Rasa satu bebanan haha. Apa kata korang campurkan duit postage sekali dengan harga barang. It's psychology you know, psychology haha memandai je aku.

Bagi aku,
RM45.00 exclude postage is more expensive than RM55.00 include postage.
Ke aku sorang je yang psycho? Hahaha

Dah la selamat berhujung minggu. Gaji tak clear lagi. Ciss! Tak boleh nak online shopping haha.

Kepada Maybank, terima kasih la buat web online yang user-friendly. Bayar kereta, shopping online, beli topup, bayar hutang, semua Maybank2u je. Muahhh sikit hehe.  

1/30/2015

Tujuan hidup

Korang pernah terfikir tak apa tujuan korang hidup dalam dunia ni? Aku tak pernah haha. Patutla macam takde masa depan je aku ni. I mean literally dunia. Kalau purpose hereafter mestilah aku nak masuk syurga, who doesn't kan? Tapi aku tahu apa yang aku buat kat dunia ni connected dengan dunia after this.

But now kita focus pada dunia even we know it's just temporary.

Kalau nak jadi kaya, nak buat apa? Beli barang² branded lalu upload gambar di instagram dan mengharap puji-pujian dan likes? Menghabiskan 3/4 harta ke jalan yang diredhai Allah? Nak gembirakan mak ayah, nak belanja adik beradik? Pilihan milik kita. Kan?

Kalau nak kahwin, nak apa? Mestilah bahagia kan? Tapi bahagia tu satu kepastian ke dalam perkahwinan?

Kalau going with the flow nampak pasrah sangat tak? Macam lembik kan? Never strive for what you want. Tapi kalau tak tahu apa yang kita nak macam mana? Haha

Life is a gamble. Kita tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana. Harapnya baik lah. 

Tuhan takkan ubah nasib kita selagi kita tak ubah nasib kita sendiri. 

Instead of finding  passion, better you create it. Passion is a feeling when you mastering something.

My passions are working with animals and in psychological field but my career path is in legal field. So I better create it.

Tolong la jangan percaya muka serius tu. Aku berlakon je depan clients! Haha



1/28/2015

Jahatnya manusia

Kadang² aku tak faham dengan sesetengah manusia ni. Dorang pandang dunia ni dari sudut mana? Apa yang dorang harapkan dari dunia ni sebenarnya? Dorang lupa ke ni semua pinjaman dan sementara?

Kalau setakat dengki, iri hati, tapi hanya beraja dalam hati aku tak kisah lagi. Aku pun kadang² ada tak puas hati dengan orang, rasa jealous dia dapat apa aku tak dapat. But that's it. Rasa tu sekejap je. Lepas tu hilang entah ke mana². Rasa yang hanya menyinggah.

Tapi aku pelik dengan orang yang busuk hati lalu mengenakan orang lain. Mulut macam longkang yang dipenuhi sampah. Melaga-lagakan orang. Baik kau jadi ikan laga la dari jadi orang. Nak tutup kesalahan sendiri fitnah orang lain. Syabas betei syabas *clap clap clap*. Semoga kau sempat jumpa setiap orang yang kau fitnah sebelum kau mati. Semoga kau sempat langsaikan segala pecah amanah yang dah kau buat.

Mulut satu hal. Betul lah peribahasa ada menyatakan, kerana mulut badan binasa. Siakap senohong gelama ikan duri, mula² bohong lama² mencuri.

Tapi manusia paling celaka bila guna makhluk halus sebagai jalan penyelesaian terakhir. Aduhai. Dah habis fikir ke? Kau memuja syaitan untuk menganiya orang lain. Astaghfirullahalazim. 

Sebab kau tak dapat laki yang kau nak, sebab laki tu suka kawan kau, kau sanggup sihirkan kawan baik kau sendiri? Apa salah dia? 

Kau pernah bercinta ke tak sebenarnya? Kau tau tak cinta tak boleh dipaksa? Kau bersumpah perempuan tu takkan bahagia? Amboi² kak, kau lupa agaknya siapa yang berkuasa. Dan mungkin juga kau lupa yang dunia ni bukan milik kita.

Hmmm. Semoga aku dan orang2 yang aku sayang dijauhi dari jahatnya manusia dan jahanamnya syaitan.

Tadi tengah kencang membincangkan perkara² di atas kat whatsapp family, suasana tengah serius, tiba² Cheman hantar gambar ni

Bila la family aku boleh serius dengan seriusnya? Kononnya aku dah insaf pakai purdah pulak sekarang
 ╥﹏╥

Dan mula la cousin aku hantar gambar aku selfie kat handphone dorang secara curi²

Macam tenuk dah muka aku
⊙︿⊙


1/26/2015

Harapan hanya padaNya

Saat kita rebah, saat kita tiada tempat untuk berpapah, saat tiada daya untuk melangkah, saat jiwa terasa sangat lemah, saat raga lelah;

Saat kata-kata manusia meranapkan harapan yang tinggal sisa, memijak lunyai impian yang ada, merobek lumat cita-cita.

Jangan sesekali putus harapan pada Yang Maha Esa; yang mengetahui segala rahsia langit bumi nyata dan ghaib, yang berkuasa ke atas tiap sesuatu, yang memberi ketenangan, yang menyembuhkan setiap penyakit zahir dan batin, yang maha mendengar lagi maha mengasihani, raja kepada kerajaan langit dan bumi.

Jangan kita cuma cari Tuhan bila kita dah tak tergapai jari manusia. Jangan kita baru nak ingat Tuhan bila merasai roh sudah sampai di ubun-ubun kepala.

Dear strangers, please pray for my uncle who is now in critical condition at ICU Hospital Taiping. May Allah grants your silent prayers. 

Doakan kami kuat menghadapi ujian yang hebat ini terutama untuk keluarganya. Semoga Allah permudahkan segala urusan Cik Duan dan menyembuhkan segala penyakitnya.

The tears from your loved ones are the most painful.

Allah, I'm sorry if what I  asked You way too much than what I thanked You for.

1/23/2015

Hari ni hari Jumaat

Tadi 12.30 tengahari aku turun tangga office. Dah janji dengan Tasha nak lunch sama-sama. Kami melangkahkan kaki ke KFC, dekat je dengan pejabat aku. Kami masuk, order snack plate.

Makan sambil sembang-sembang, cerita-cerita lama, cerita-cerita panas. Lama sangat tak jumpa. Rindu. Congrats Tasha dah habis Law School. You did it well. Welcome to the chaos chambering world hehe.

Pukul 1.30pm aku dengar azan. Dalam 1.45pm kami pun turun, Tasha nak zohor di rumah, aku pulak di pejabat. Sebelum keluar KFC, Tasha bungkuskan adik dia Cheesy Wedges. Di kaunter ada seorang Supervisor KFC. Lelaki. Melayu.

Lalu kami menuju ke arah pejabat sambil sembang-sembang. Aku nak ke bank, Tasha pula nak ke Cyber Cafe. Tengah jalan di koridor, aku bertembung dengan beberapa orang lelaki. Melayu.

With lovely Tasha. Tasha ni lemah lembut orangnya, sangat. Opposite me. Untung bakal suami dia. Bakal suami aku? Hahaha lu pikir sendiri!

Aku pun masuk bank, nak keluarkan duit. Menuju ke ATM, beratur di belakang seorang lelaki. Melayu.

Selesai urusan di ATM dan Cash Deposit Machine, aku menuju ke kereta, nak ke kedai jahit baju. Nak buat tempahan untuk jadi bridesmaid Fazlina, Chinese New Year ni. Aku ke belakang bangunan, tempat kereta di parking. Di belakang kedai ternampak sekumpulan manusia sedang berbincang. Dua India, dua orang Melayu. Lelaki.

Aku sampai pejabat balik dalam pukul 2.15 petang. Nampak beberapa laki berkopiah, berbaju Melayu bertebaran menguruskan hal duniawi. Mungkin mereka baru pulang dari Masjid.

Ye la, hari ni kan hari Jumaat.

1/21/2015

Header baru

Cuba tenung lama2 header aku. Cantik kan? Ha tu la satu benda korang tak tahu pasal aku, aku berseni tau! Sambil sebelah tangan selak document, sebelah tangan pegang mouse design header. Hahahaha

Okay, aku tipu!

Someone make it for me. Thank you! :) Really appreciate it.

Mula2 aku download, aku kagum. Wow hebat. Yela orang buta seni dengan teknologi kan?

So aku berterima kasih la. Boleh slumber dia jawab buat sebab bosan2, sebab bosan? Serius? Haha. Lagi dia tambah, kejap je buat tu. Hmm for me it'll take forever haha

Bosan boleh cipta piece of art?

Aku kalau bosan tengok je syiling rumah sampai terlelap hahaha

That specs, that scenery really suit me well.

Again, Thank you awak :)

Nanti saya present pasal daun belalai gajah! Hahaha


Status whatsapp

Tak habis2 lagi rupanya issue status whatsapp aku haha. Ada lagi sorang tanya aku jugak

Kenapa letak gambar tu?
Salah ke?
Kan tak elok binatang tu.
Apa yang tak eloknya?
Ye la kan haram.
Haram dimakan dan disentuh. Saya letak maknanya saya makan ke? Saya sentuh ke? Binatang tu tak bersalah pun. Mahkluk Tuhan jugak.
Tapi kan macam mencarut
Siapa yang define dia as mencarut? It's just in our society. We created it.
Hmm yela2. Susah cakap dengan lawyer
Susah tak payah cakap haha.

Lagi orang tegur lagi la aku tak ubah haha. Kenapa manusia suka concern benda yang tak patut ambil tahu? Aku tak pernah ambil tahu status whstapp orang sebab kan kena bukak bahagian lain, bukan dekat home. Apa ke rajin bebenor nak tengok status orang. Lepas tu sebok nak persoalkan.

Dulu aku letak gambar penumbuk, ada jugak orang tanya 'Nak tumbuk siapa tu?'. Jangan sampai aku tumbuk kau pulak hahaha

1/19/2015

Lelaki pun complicated

Hai sombong
Haha apehal panggil saya sombong pulak ni?
Bila last awak message saya?
Ntah, tak ingat haha
See, means dah lama kan. Sombong la tu
Apa pulak?
Yelaa, tak pernah nak message saya dulu
Apa kepentingan saya untuk message awak?
Message la, tanya khabar ke apa ke
Saya memang jarang message orang kalau takde apa hal penting
Kalau saya kena culik pun awak tak tau kan.
Haha ni dah message saya, tak kena culik la kan? Sihat tak?
Ha baru nak tanya
Laa pulak, dah tanya taknak jawab pulak haha
Tanya sebab saya tegur, kalau tak, tak tanya kan?

Adoiiii! Apa complicated sangat mamat ni. Orang selalu cakap perempuan complicated. Lelaki lagi complicated woi! Tak faham bahasa! Haha Aku reply tu sila bersyukur. Aku tak message means aku tak berminat. Faham? Takkan benda simple tak boleh nak faham. Cuba la jangan complicated kan kepala hotak aku yang tengah serabut ni haha. Peduli apa kau nak kata aku sombong ke apa? Adoyai nya pun!

Aku memang jarang message laki dulu unless aku selesa nak bersembang dengan dia. Tu pun jarang2 sebab aku ada satu perasaan taknak mengganggu orang. Aku tak kisah orang ganggu aku. Kalau aku sibuk aku reply lambat sikit, kalau aku taknak reply, aku takkan reply. Life is easy liddat yoooo!  PM pun sempat main twitter, ini kan aku hahaha. 

Hari tu aku rasa serabut, macam2 hal. Aku letak ikon babi kat status whatsapp. Nak mencarut betul2 macam tak patut pulak. Plus, I feel that icon is cute hehe. Someone annoying asked me why I put that icon. Aku dah la tak suka dia, lepas tu semua benda aku dia nak menyibuk. So aku reply 'That's you!'

Hahaha kejam kan aku? Aku ni kalau hati tengah panas, lepas tu ada orang annoying kacau aku, tu la makan dia. 

Sometimes aku rasa nak sangat kahwin, supaya tiada orang annoying yang kacau aku lagi. Rimas! But then aku fikir balik, kalau aku terkahwin dengan lelaki yang lagi annoying macam mana? Hahaha!

Marilah kita berdoa untuk kesejahteraan rakyat bahahaha

Tunggu Kakashi masuk meminang hahaha. Aircond office aku sekarang macam freezer. Aku dah la orang kampung, mana tahan aircond

Mana dapat nama Beron?

Ramai orang tanya aku mana dapat nama Beron? Ni semua kerja pakcik2 aku side ayah. Lepas arwah tok dengan pah meninggal, ayah balik duduk rumah pusaka nak jaga adik2, time tu Cumi (adik ayah yang bongsu) baru form 2. So aku memang baik dengan 4 orang adik-adik ayah yang last. Maksu, Cheman, Mak Ida, Cumi.

Pakcik aku yang bagi nama Beron kat aku, sekarang Imam haha. Tiada siapa percaya dia Imam even his ex-teacher. Waktu kecik nauzubillah perangai haha. Dia pernah baling orang dengan durian dan curah tea o panas ke kakak nya haha.

Betul lah, hidayah milik Allah :) 

CheMan, Beron tu apa?
Kamu macam robot cerita power rangers, time kecik kamu pernah tendang bola macam Veron, muka kamu bentuk belon

Terima kasih atas penjelasan yang padu dan ikhlas!


Bila masa aku high maintenance oi? Hahaha cantik tu walapun menganjeng, aku fefeling la serius hahaha. Mana ada aku high maintenance. Pencuci muka aku RM8 je kot, serum RM4, bag pergi kerja RM45 pakai sampai rabak. Cousins aku yang pakai Body Shop, SK II, Loreal, tak kata high maintenance pulak :P

Dorang suka mempermainkan aku tau sebab dorang cakap aku takde perasaan haha -_-. Contohnya, time harga minyak naik hari tu. Macam2 pandangan la dalam group ni. Then aku lupa siapa tanya

Ron95, Ron97 naik. Cuba teka Ron apa lagi naik?
*semua orang cuba jawab teka teki bodoh itu haha*
Hantaran beRon 
-_-"

Hahahahaha. So funny (sarcastically)

Dorang bagi aku nama tu, lalu permainkan aku guna nama tu. Di manakah keadilan bagi diriku? *bawak sepanduk keliling rumah* hahaha

Dari Beron, jadi Ron je kadang2. Pakched, Cheman, Cumi, Maksu, Shuren and a few cousins je yang panggil aku Beron.

We literally can talk about everything. No gap between aunties, uncles, nephews, and nieces. Kalau group senyap je sehari, mula la sorang masuk dengan teka-teki bodoh. Kadang2 takde jawapan pun haha vangang. Aku kadang2 busy malas layan, tak jadi kerja karang :P
This is my big family. Paternal 's side. Ayah has 12 siblings. This is only half. And it's growing. Phewww haha. I love each of them dearly.

We tease each others in the most annoying ways a human can possibly think of. It's annoying yet funny. We never feel offended, because we know, it's just a joke, one of the way to tighten the relationship, weird huh? 

We know deep inside we always have each other's back, no matter what. 

Thank you Allah for putting them in my life.

1/17/2015

Kereta sama warna dengan lumpur

Sejak dua menjak ni mak sering bising di telinga aku
'Nadia pergi la basuh kereta'
Hahaha. Lepas musim hujan hari tu kereta aku ibarat arnab terjatuh dalam lumpur. Dah rupa 4WD baru keluar hutan penglipurlara. Yang aku kisah dalam je, aku bukan drive macam Mr. Bean dari atas bumbung pun. Tapi dalam pun nauzubillah haha. Pasior.

Tadi lepas breakfast roti canai, nak hantar Hafiz pergi tusyen, sekali tusyen dia postpone petang. So aku seret dia pergi carwash. Aku bukan taknak basuh sendiri, malas nak on vacuum hahaha alasan!

Barulah berkilat,boleh betul tudung huahuahua

First time I have a picture of my car. Oh macam ni rupanya kereta aku. Alolo comelnya macam tuan dia. Kenapa aku tak perasan sebelum ni? Meh hug sikit haha.

Selama ni aku masuk kereta, start enjin, vrooom. Tak pernah aku belek dia. Pilihan warna oleh mak pun tak mengecewakan sebab tak cepat nampak kotor. I likeeee.

Macam Savvy pun ada dari tepi. Myvi ada keluarkan model baru. Aummn juga. Warna gold and blue. Belakang sama, depan ada perubahan sikit. Specs lain aku tak kaji lagi. Hahaha bajet teror bab kereta. 

1/16/2015

Bila nak tutup isu ni?

Semalam aku cakap dekat mak:

Mak.....bulan 6 Nadia nak...(tak sempat habis cakap)
Nak apa? Tunang? Kahwin?
Hahahaha! Nak pergi Krabi la
Hishhh ingat nak kahwin dah, berjalan je kerja

*********************************************************************

Pagi tadi time breakfast, mak mengadu domba kat makcik aku

Tau tak semalam Nadia cakap dekat Kak Yang dia nak...Kak Yang ingat nak kahwin ke apa ke, sekali nak ke Krabi

Nasib baik makcik aku sangat memahami,

Takpela Nadia kan, ada jodoh ada la kan. 

Laju aku mengangguk sambil kunyah makaroni goreng

Mak menyelit,

Entah siapa dia nak, semua orang dia taknak.

Again, makcik aku backup.

Takpe, Eju dulu macam tu jugak. Semua orang Eju taknak. Tapi dah sampai jodoh, kahwin jugak, walaupun mula2 taknak pun dengan Duan tu haha. Dulu siap Mak dengan Nyah jumpa Ustaz la berubat sebab takut kena buatan orang ke apa sebab taknak kahwin haha. Patients dua orang nak, sorang tu siap nangis2 Eju taknak kat dia, lagi la aku taknak. Ape kebenda laki cepat nangis haha. Lepas tu ada kawan dengan sorang tu, message dia tanya buat apa, sekali tengah tengok hindustan, clash terus haha. Tak boleh Eju laki tengok hindustan ni. Nasib baik la dapat Duan bukan jenis jiwang, boleh masuk.

Haaa now I know! It runs in blood haha.

Family aku perempuan jenis sempoi, slumber, and kasar sikit. Romantik ke jiwang ke memang bukanlah jiwa kami. Tapi hati kami lembut kah kah kah

Mak pun, sabar la. Ada nanti ada la. Bising sangat nanti Nadia masuklah meminang mana2 laki bahahahahahaha

1/15/2015

My 2 cents

Nak ikutkan hati dan perasaan yang jahat dalam jiwa ni, I believe everyone will hate me. Rasa marah, rasa hilang sabar, semua tu menjerumus kepada makian yang akhirnya akan timbul sesalan. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur (bergantung kepada kederasan air), terlajak kata buruk padahnya.

Nak ikut kan makian di dalam hati, berlori-lori dah. But I keep those bad words in that lorries, cuma kau jangan langgar lori aku, kalau tak, bertaburan la segala. Kalau dalam tu emas berlian takpe, ni sampah. Busuk.

Sampah yang memang dari aku dan sampah dari orang sekeliling aku.

Mak Ayah memang ajar dari kecil, mulut jangan biadap, hormat orang tua, no matter how they wrong. Aku kalau biadap memang kena makan penyepak, sebab kalau bagi makan cili, aku sukaaa.

Aku kalau nak bercakap, aku susun dulu ayat dalam kepala hotak aku ni. I will ask myself first, sesuai ke ayat ni? Menyakitkan hati tak kalau dituturkan?

Aku tak suka gaduh2 ni. Serabut. Aku memang tak suka serabut2 ni, sebab tu aku tak suka cerita hantu. Serabut terbayang-bayang kan mereka di mana2 kala bulan mengambang.

Sebab tu aku ambil semua benda mudah. Aku tak mengungkit benda yang lepas especially yang boleh mendarahkan kembali luka lama. Kalau rasa malas nak masuk campur, aku diam tak bercakap (cakap dalam hati je). Kalau tak payah nak diisukan, tak payah!

Semua orang buat salah. Cuma jadi manusia ni kau jangan mulut berbelit. Kejap kata macam ni, kejap macam tu. Ingat benda baik yang orang buat kat kita time kita rasa nak pijak perut dia. 

Dan jangan ingat diri kau sempurna.

Jangan

Jangan keluarkan perkataan yang satu hari nanti mungkin makan diri kau balik. Yang penting, sebelum bercakap fikir. Akal ada, guna! Jangan bazirkan nikmat yang satu tu.

Orang yang menyebabkan silaturahim terputus surely dimurkai Allah. 

Yang paling jahat, mengutuk orang yang beragama, mengadu domba hal buruk orang tapi hal buruk sendiri sorok. Boo yaaa.

Sometimes losing an argument is easy than losing the one we argue with.

We sin differently. Tak rugi mengalah dengan orang yang kita sayang. Jangan biar syaitan merajai jiwa. 

1/11/2015

Dear future

Where are you? Are you around? Are you coming? You seem unseen now and far away. Hahaha *laugh nervously*

I don't know what to do in my life now. Kadang2 aku tertanya-tanya, apa yang aku nak buat sebenarnya? Sekarang ni apa yang aku buat, untuk siapa?

I feel so dumb, I just going with the flow and ignored what I always wanted. Coward! I don't have guts and courage.

Tapi aku kena fikir mak ayah. Dalam dunia ni, kalau mak ayah tak redha, hancur lah hidup kau ibarat kaca2 kecil yang bertaburan lepas kena smash dengan kayu baseball *ha pujangga haha*

Aku ada keinginan dalam setahun ni, buat apa yang aku nak buat. Have a simple life. Siang kerja 7E, malam buat burger ke. Weekend ambil PJJ Syariah or Psychology. Bunyi macam penat kan? Hidup memang untuk penat. 

Or travel. Duduk Australia/New Zealand/Europe. Kerja la waitress ke, sapu sampah ke, baby sitter ke.

Perghhh kalau la mak ayah aku benarkan aku hidup se-gamble itu. In your dream Nadia, in your dream!

Sometimes life ain't always about money but satisfaction. 

And also, life isn't always about you, but you must consider people around you 

Bila la tokey burger nak panggil aku kerja ni hahaha.

*It's annoying when someone's husband that you respect, messaging you on weekend for unnecessary things. Pergi layan bini, main dengan anak la woi! I don't find any apparent reason for him to do so, walau apa pun niatnya. And it's still annoying to think that maybe my future husband will do the same. Messaging another girl while I'm beside him. Hahahaha. Girl and overthinking. That's why I didn't reply him, cause I believe what goes around comes around. Tak payah sangat lah nak bagi Tazkirah ke apa, bapak aku boleh buat! -_-''

1/09/2015

Lebih mudah bergurau dengan lelaki

Aku ni manusia yang mudah terhibur, hiburkan diri sendiri or dari orang lain or dari makhluk lain. Binatang la, korang ingat aku ada bela saka ke? Haha

Dulu waktu aku kecil, aku rasa semua benda dalam dunia ni ada jiwa. Kalau nak asah pensel, aku bagitau pensel, it just a little pain. Kalau nak basuh pinggan, aku cepat2 bilas taknak dia pedih. Dah makin besar, aku sedar, aku taknak masuk Tanjung Rambutan! Hahaha

I find almost everything is funny. Dan aku suka gelak. Ada beberapa orang pernah cabar aku tak gelak sehari. And I did it, for 2 seconds. Haha. Tapi bila aku tak gelak dorang risau pulak.

Aku lagi senang bergurau dengan lelaki. Sebab mereka kurang sentap. Dengan perempuan aku berani gurau dengan kawan2 baik aku je, sebab mereka berjiwa jantan kah kah kah. Aku pernah gurau dengan kawan kerja aku, perempuan "Kau ingat kau cantik?" Terus dia diam haha.

Aku pulak jenis tak ambil hati untuk banyak hal. Huahuahua. Kan ramai cakap aku takde perasaan -_-'' Buang masa lah nak sentap2 bagai ni.

Hari tu keluar ramai2 dengan kawan baik makan Nasi Arab (sedapnya Nasi Arab *drooling*). Ada sorang kawan laki aku nak bertunang, Dia nak sorokkan siapa tunang dia, takut kitorang bully la tu haha. Kitorang tanya dia 'Weh bakal tunang kau tu macam kitorang tak?'. (krikkkk krikkk, cengkerik menyanyi girang, angin lembut menyapa muka, setelah nasi Arab habis setalam) Dia jawab: Kalau dia macam korang baik aku tunang dengan korang. Sungguh deep jawapan kau tu wahai sahabat!

Hari tu aku tengah texting someone, dia buat lawak aku nak gelak tapi kat pejabat so aku cover la sikit, walaupun orang kat pejabat tu tahu aku  kuat gelak haha. So aku senyum2 je la, tahan gelak. Then someone tegur aku

Nadia boleh tak jangan senyum2 time baca message?
???
I jealous
Haaaa?
Ada orang lain buat Nadia senyum
Hahahahaha jangan nak poyo sangat boleh? Pernah makan mouse tak?

3/4 hidup aku, aku banyak main. Aku serius time buat kerja je, kalau boleh main, aku main. Kemonnn life is fun haha. Hari tu aku bincang dengan bos aku pasal nak draft perjanjian kontrak antara subkontraktor dengan subkontraktor.

En. A, nak refer dorang sebagai apa eh? Sebab ni subcon dengan subcon, bukan subcon dengan maincon.
Letak la as Subcontractor 1 and Subcontractor 2
Hahaha dah bunyi macam Banana 1 dengan Banana 2 jee
Apa tu?
Alaaa cartoon tu. Bananas in pyjamas (nyanyi sikit) haha
Tak tengok saya cartooon2 ni

Elehhh cover la tuu haha. Nasib baik dapat bos yang boleh bawa bergurau. Tapi kadang2 kasar nauuu gurauan dia. Hari tu aku dengan dia attend client. Client tu nak buat Power of Attorney sebab dia kerja dekat UK. Boleh En. A introduce aku kat dia dengan confident nya

Ni Nadia, lawyer kat sini, single lagi
Diam En. A, diam 

Uwaaaaa sukahati dia je, malu aku, tak sanggup diperlakukan sebegitu rupa haha. Walaupun aku kuat main, aku ni pemalu hahaha serius, aku tak suka orang usik aku bab status. I have pride. Gitewwwww. Haha

Hari tu ada orang address aku as Puan Nadia. Then manager aku tegur, eh apa Puan2, cik, single lagi tu. I just awkwardly smile to that client. Aku tak kisah pun orang panggil aku Puan. 

Perlu ke nak bagitau aku single kat semua orang? Uwaaa haha. Tak payah bagitau, orang tengok aku pun tau aku single, awet muda hahahaha takde siapa nak sebenarnya hahaha -_-''

Ada lagi sorang ni lagi la saki hati bergurau dengan dia

Saya ni kalau tak kahwin lagi, dah lama dah saya meminang Nadia
Diam la En. S
Haha Nadia, kalau saya masuk meminang nak tak? Saya ada lagi 3 kuota. Saya pun muda lagi
Taknakkkkkk!
Hahaha kalau takdir jodoh kita bersama?
Nauzubillah haha
Hahaha perempuan lain kalau saya cakap macam tu laju cakap Alhamdulillah, awak cakap Nauzubillah, tolak rezeki betul.
Tu bukan tolak rezeki, tu tolak bala 
Haha jangan sombong bercakap Nadia, nanti termakan kata2 sendiri
Diam diam diam
Hahaha takuttt. Nak pergi mana tu?
Solat hajat, jangan dijodohkan dengan En. S haha
Jangan la macam tu sayang
Apa sayang2, nak kene tumbuk?
Hahahaha

Annoying much. Memang la aku tau dia bergurau, but bab2 ni tak boleh la buat main bagi aku. Kot2 ada orang sampaikan kat bini dia macam mana? Ada yang aku kena baling dengan telur tembelang karang.

1/05/2015

Qadr

Semalam aku tengok cerita Qadr sebab ada Zahiril Adzim dengan Beto Kushairi berlakon. OMG both are so cool. Kenapa dah kahwin? Kahhhhhh. Dorang ni memang jarang la terlibat dengan cerita2 typical Melayu. Tu cerita lama rasanya. Baru nak tengok? Hahahaha loser!

Cerita ni buat aku terfikir banyak benda. Bagus jugak cerita yang boleh buat kita berfikir ni. Antara kesimpulan yang aku boleh buat berdasarkan cerita Qadr ni

1. Everyone has their own story. Kita tak boleh judge seseorang tu sebab kita memang takkan betul2 kenal seseorang. Kadang2 mungkin diri sendiri pun kita tak kenal. Hanya Allah yang kenal kita

2. Jangan mengata orang sebab satu hari nanti ianya akan berbalik kepada diri kita.

3. Buat baik akan dibalas baik. Kita takkan pernah menyesal berbuat baik.

4. Untuk mensyukuri nikmat Allah, kita kena tengok orang yang kurang bernasib baik dari kita.

5. Semua ni hanya pinjaman. We can't blame Allah if He take it back from us, because it never be ours.

6. Counting every little tiny things as blessing. Sometimes we're too busy chasing something that not fated to be ours and never appreciate what's already belong to us

7. Ujian diturunkan atas pilihan yang telah kita buat. Ujian ni samada mendekatkan kau lagi dengan Tuhan, or sebaliknya. 

8. Whatever situation Allah puts you in, always return to Him. Allah yang bagi ujian, hanya Dialah yang dapat selesaikannya.

9. Selagi tak mati, jangan berputus asa, rezeki pasti ada. Just janganlah kau mengangkang depan TV dan mengharapkan segala iklan2 tu boleh mengenyangkan perut kau.

10. Untuk ibu bapa pasakkan Agama dulu dalam diri anak-anak before anything else.

11. Orang yang kita pernah 'tikam', mungkin satu hari nanti, dia lah yang akan tolong kita.

12. Beto and Zahiril Adzim handsome. Hahahhahahha My definition of handsome based on personalities. 

Bye!

Penguins of Madagascar dah habis tayang kat wayang, tak sempat tengok :(

1/03/2015

Family time

Tengahari semalam Mak masak rendang Ayam. I don't really like makanan berasaskan santan. Masak lemak, lontong, rendang, lemang. Kari berselera la jugak, yang lain tu boleh matikan selera sikit.

Aku pernah cakap dekat khalayak ramai sambil minum susu kotak yang aku tak suka makanan berasaskan santan

Tiba2 ada seorang menyampuk;
Pelik Nadia ni, santan tak suka, susu minum pulak

Aku terkesima beberapa saat untuk digest ayat tu. Hellooo, santan is from kelapa, susu is from lembu. Sungguh lembu tak simpan susu dia dalam kelapa. Sungguh mereka tiada pertalian darah mahupun bau2 bacang

*tekup telinga lembu*
Don't listen to them CowCow, they'll hurt you. I won't. Just provide me some more milk please, it won't hurt you, isn't?

Malam semalam we had BBQ session. CikNor masak nasi Arab, Cutie buat puding, Cik Ain buat kek, yang lelaki memanggang, aku bancuh sos lada hitam haha. We had fun. Bergurau, bercerita, berjenaka tapi tak lupa pada yang sedang menderita.

 Doktor pulak suspek CikDuan kena TB. Do pray for my uncle.

Wankak asked Haziq, my 2 years old cousin.

Haziq nak kahwin dengan siapa?
Ayong (Ayong is me)
Ada duit dah ke?
Ada
Ayong cantik ke?
Cantik

At last, someone wants and aprreciate me. Hahahahaha. Tapi dia memang semua nak buat dengan aku. Pagi tadi menangis cari aku nak ajak main badminton. Kurus aku kutip shuttle cock.

Mashuren, cousin lelaki yang sebaya aku, bising kat telinga aku tadi.

Beron, bila kau nak kahwin? Aku kena kahwin lepas kau.

Hahahaha who says so? Kahwin la dulu, I never mind. Shuren ni kelakar. Dia ingat duit hantaran merangkumi semua. Bila mak dia cakap kenduri sendiri lain, cincin lain, hadiah lain, terus dia cakap 'Yeke Mak? Tak jadi la kami nak kahwin mak' haha.

I love all my crazy uncles,aunties, and cousins. I hope this ukhwah remains. Arwah Tok and Pah must be proud of us. I can guarantee that.

Perhubungan akan rosak bila ada batu api. Tapi mereka yang bijak takkan biarkan batu api itu memanaskan lagi keadaan.

Family side Ayah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Syura yang akan membincangkan dan cari penyelesaian terbaik untuk segala perkara berbangkit. Ayah selaku anak ke-3 mungkin akan jadi antara ahli jemaah tertinggi. Lalu aku angkat tangan vounteer diri jadi AJK Makanan.

Aku suka tengok all the twelve siblings of Ayah sangat rapat with each others. Lalu aku bercita-cita nak anak 12. Hahahahaha

Macam mana nak bersosial?

Ramai orang cakap aku sombong (How dare you?) Tapi bila dah lama kenal aku, ramai yang cakap aku gila (Again, how dare you?)

Aku bukan sombong weh, aku tak reti macam mana nak mulakan conversation.

Hai makcik, tengah sapu sampah ke tuu? Ada anak laki yang bujang tak? Dulu beranak normal ke ceasar?

Takkan macam tu pulak kan?

So I better remain silent. Unless you approach me first.

Aku sumpah tak tahu nak sembang apa dengan strangers. I will prevent to state the obvious, I will not too quick to ask about personal matters.

Someone texted me;
Hai Nadia
Hai
Eh tak tidur lagi?
Habis kau ingat ni saka aku yang balas ke apa?

Aku memang banyak diam dari bercakap, aku bercakap dengan diri sendiri dan dengan orang2 yang aku selesa je. Aku tak faham macam mana mak aku (or orang lain) boleh bersembang punya lama dengan random people. Mak aku memang peramah, kadang2 sampai aku naik marah tunggu dia habis bersembang haha.

Ada masanya pulak aku malas bercakap. Haha dasar kau ni Nadia, cakap pun boleh malas. Kadang2 I don't feel like sharing anything to anyone.

Kalau pergi kenduri kahwin, sesetengah orang akan masuk rumah tengok pelamin, tengok hantaran dan bilik pengantin. Akan sembang berapa hantaran, laki orang mana, bila nak sambut pihak lelaki bla bla bla. 

Soooo not me. Aku rasa awkward untuk tanya orang2 yang aku tak rapat those kind of questions. Lantak kau lah hantaran berapa pun, laki orang mana pun. Baik aku duduk luar repeat ABC ke aiskrim ke, berpekdah jugak.

Aku tak kisah orang tanya aku pasal personal tapi yang dasar je. Adik beradik ada berapa, anak ke berapa, ayah kerja apa. Mungkin sebab dah terbiasa dengan soalan2 ni di setiap sesi ice breaking.

Tapi aku pelik kalau orang tanya too deep. Gaji berapa sebulan, pakai kereta apa, dah beli rumah belum, kenapa tak kahwin lagi. Gila apa? Haha

Kadang2 bagi aku elok jadi busy body sikit2, at least we concern. Tapi aku belum tahap tu lagi. Kalau awkward sangat aku tanya la datang dari mana, lepas tu diam kalau dia tak tanya apa2 balik haha.

Ni kira aku dah improve banyak la ni. Dulu dengan family pun aku awkward. Duduk je dalam bilik, rasa kena sisih. Padahal tak pun, poyo je lebih feeling sorang2 haha. I try to mingle with everyone, eh no, the selected ones haha

Lagi satu, aku tak bertanya sebab bagi aku, kalau dorang nak share, dorang yang akan bukak mulut dulu. Especially bab masalah. Kalau nak bercerita, aku sentiasa sudi mendengar.

Ada bab2 pulak, aku tak akan bagitau kalau tak tanya, yang mana aku rasa tak penting nak bagitau.

Nadia tahu tak pasal benda ni?
Tahu
La kenapa tak bagitahu?
Tak tanya pun. Kau tahu ke?
Tahu
Dah tahu, buat apa nak tanya lagi.
Saja je la nak tahu Nadia dah tahu belum

Perlu ke? Haha

Dengan clients aku takde masalah sebab we talk about business. 

Tapi kadang2 kita kena buat2 ramah, kena langgar sikit prinsip hidup untuk bersosial dengan masyarakat.

Sometimes I prefer being alone but not lonely.

I really love my family and best friends because they are world to me. Kalau takde dorang, jadilah aku bagai katak bawah tempurung.

Aku susah nak cari kawan baik, Alhamdulillah Allah bagi aku yang betul2 suit dengan diri aku beberapa ketul kawan baik haha. I really Thanks Allah for that.

1/01/2015

2014-not a good year to remember

Aku sepatutnya sekarang berada di Kelantan, sambut kenduri Wani side lelaki. Sepatutnya lah, after all Allah yang menentukan segala. Setelah ditimbang tara segala pros & cons, kami beramai-ramai decide tak pergi. Kenduri berjalan seperti biasa.

Jalan jauh, jalan teruk, bekalan air meragukan, cuaca tak mengizinkan, bekalan petrol lagi, sumber2 makanan, penginapan, dan macam2 lagi hal yang difikirkan. Tak faham2 lagi?? Allah bagi akal untuk berfikir, bukan jadi tengin haha

Lain kali kalau nak bercakap, fikir dulu perasaan orang lain. Jangan main bedal je. Jangan ingat kau bagus sangat, perfect sangat. Nampak tak aku tengah marah? Haha

Benda kalau nak mengungkit, Firaun dah bangun balik pun tak selesai. Alahai benda ni sepatutnya benda kecil je. Patutnya seringgit je terus jadi seratus ringgit. Try to understand others. Consider yourself in our shoes. Kalau kau kat tempat kami pun, we know what will you decide. Nak aku pulak mengungkit? Haha

Dah2 la tu. Tahun baru ni kita brainwash diri masing2. May we be better. Aameen

2014 was the saddest year;
MH370
MH17
QZ8501
Banjir besar melanda Malaysia
My uncle was admitted to ICU for about 3 weeks
Brazil kalah World Cup

Too many deaths

*al-Fatihah*

Hanya dua je achievement aku yang aku nampak;
I was admitted as Advocate & Solicitor of Malaya
I got my first car

Yang lain, biasa2 je

Mungkinkah sebab kita makin jauh dari Tuhan? Mungkinkah sebab kita lupa semua ni hanya pinjaman?

Tapi semua yang jadi, baik atau buruk, aku percaya ada hikmah yang tersembunyi

Aku difitnah beberapa kali oleh orang yang sama. Alhamdulillah orang yang dengar cerita tu, kenal siapa aku, kenal siapa dia. Aku tak takut langsung, just rasa nak maki dia tu ada la haha. Tapi aku takkan samakan level IQ aku serendah dia. Selagi boleh bersabar, aku bersabar. Bukan senang nak bersabar dalam bersabar. Rasa nak pecah dada haa haha.

I just pray that 2015 will be a great year for me, and all of you as well, compared to all the past years.

Azam aku tahun ni, to be a better Muslimah. Aameen I believe when I'm trying my best to be a better Muslimah, other things will fall into it places accordingly, exactly how it shall be.

Yang penting aku cuti sampai Ahad hahaha

Nak cari kerja kejap. Doakan gue.

Not a good start for 2015

Now is 3.15 am. I can't sleep. This pain is so unbearable. Bukak peti ais cari ubat tapi dah habis (╥_╥) 

Tadi aku migrain, lepas telan ubat, dinner, then terus tidur. 2 lebih tadi aku terjaga, perut pulak buat hal. Dan baru perasan aku TERmakan cuka tadi time dinner. Ingat dah boleh makan. Sorry perut, aku selalu abaikan kebajikan kau. I'm really sorry

Last aku kena gastrik was last year, (read: last week) kira lama dah tu. Hewhewhew tak lawak Nadia. Minggu lepas dia buat lawatan rasmi, serius aku tak jemput pun.

Pain, please go away. Lambat lagi nak siang nak pergi pharmacy. Aku nak tidur! Salah siapa Nadia? Salah sendiri kan?

*nangis bawah selimut*

Banyak benda aku nak cerita, but not now. Maybe tomorrow, maybe in next 2 years haha.

Takde mood lagi nak welcome 2015. Sakit perut!! 
(╥_╥) Allah, forgive me. Please make this pain *pufff* go away. 

Nak Makkkk *Mak is sleeping soundly next door Nadia*
Nak Ayahh *So does he*

I love you Blog, you always here for me *emo*
I'm gonna name you BlogMax. Remember your late brother, BayMax? May he rest in peace.

  This is not a good start. May thing will get better. Now, I'm trying to sleep.

I love you BlogMax! 
Even you can't heal my pain *jeling*