”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/31/2015

sembang sorang-sorang #21

Marilah merepek sebelum GST, lepas GST peratusan aku update blog turun 6%. Kahhhhh! GST ni apa sebenarnya? Entah, aku pun tak tahu! Haha. Hari tu aku nak pergi talk dia, tapi terlepas, so tak dapatlah aku gebang kat sini. 

Kenapa orang bising pasal GST? Bukan dia ganti SST yang 10% tu ke? Means barang lagi murah la kan? 10% turun ke 6% je. Tapi kenapa semua orang bising? Kenapa semua orang pulun beli barang 1 lori? Hmmm something fishy. 

Sabtu lepas aku pergi hypermarket, orang dalam tu macam sardin, ada yang bawa 2 troli. Musykil saya. Nak raya ke? Ada sale ke? Esoknya baru aku sedar akan perihal GST yang aku masih tak faham dan belum cuba nak faham haha. 

I have trust issue with everyone including government, seriously. I don't take arguments easily, I always feel that everyone has their own hidden agenda. I just have strong faith in Allah. I just trust Allah. I always pray that He will gives me a barakah rezq, so I can live accordingly, happily, blissfully under his blessing and ignore all the haywire issues.

I'm a very easy minded, told yaaa! Ignorance is indeed a bliss.

Ketepikan dulu hal GST, tak syok! 

Mari dengar cerita hidup aku. Hidup aku sangat rutin sekarang. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, tengok movie, tidur. Ulang 5 kali seminggu.

Aku sekarang tengah tengok cerita Vampire Diaries. Omg, I always adore 2nd hero in every movies I watched. The bad one. Dalam cerita ni 2nd hero dia Damon Salvatore. Omg, bukan senang aku nak ingat nama orang ni haha. Charming nya dia dengan kejahatan-kejahatan dia bahahaha. Dengan mata birunya, gahhhhhh sangattt haha.

I always believe that in every person, no matter how bad he is, there is, at least, one tiny spot called kindness in his heart. And Damon Salvatore proves me right! Hahaha.

Orang dah habis tengok season 6, kau baru tengok season 2. Booo yaaa! 

Dah lah, nak buat kerja. Merepek je hidup kau ni Beron!

3/23/2015

Ayah oh ayah

Ayah is very over concern, over protective, over his family members especially us, his children, Mak, his wife, including his siblings, nieces and nephews. But off course with us it goes beyond the top haha.

Kalau kitorang sakit, Ayah yang tak tidur malam, mak tidur lena sebab dia tau ayah ada berjaga haha. Kejap-kejap dia masuk bilik, betulkan selimut, letakkan vicks. Dulu bilik aku ada connected door dengan bilik parents sekarang dah takde. Balik kerja orang first dia datang tengok mesti kitorang yang tak berapa sihat ni. Datang dengan soalan 'Demam lagi? Muntah lagi? Sakit perut tak? Ubat makan dah? Last makan ubat pukul berapa?'

Demam sikit terus bawa pergi hospital, ada yang pergi specialist terus. Sebab tu aku tak suka bagitau aku sakit kat Ayah hehe. Balik je dari klinik, wajib makan ubat. Kalau makan pukul 9 malam, dia kunci jam pukul 3 pagi kejut kan untuk makan ubat T__T Why oh why? Haha

Dia tak suka rumah Pah sebab rumah Pah banyak nyamuk! Hahaha. Kalau kitorang tidur rumah Pah dia akan make sure kitorang sembur ridsect satu botol dulu, dia suruh tidur dalam bilik, tak bagi tidur luar. Kalau musim denggi lagi la dia tak bagi tidur sana.

Kalau ikutkan ayah, macam-macam dia tak bagi. Dulu nak jalan-jalan boleh dengan dia je, sebab dia tak percaya gaya pemanduan orang lain. Ayah aku sangat-sangat-sangat cermat memandu. Tiada siapa yang akan nafikan. Sampai kadang-kadang Mak aku tegur 'Bang, laju sikit boleh?' Hahaha

Dia tak suka kitorang naik flight. Dia kata dia akan naik flight pergi Makkah je. -_-''

Ada masanya aku tak setuju dengan dia. Biasalah, aku manusia, Ayah manusia, we have different opinions. Aku jenis tak ambil kisah banyak benda, aku tak suka ubat, tak suka hospital, aku tak pernah rasa nyamuk gigit aku so aku tak bother ridsect wujud ke tak, aku suka bawa kereta laju, aku suka travel.

So very opposite kan? Tapi tak pernah gaduh mulut ke apa. Aku hormat setiap kata dia, hormat je, ikutnya tak hahaha. Sebab tu aku banyak buat benda dalam diam, kadang-kadang Mak jadi mangsa kena cover aktiviti-aktiviti aku huehuehuehue.

Ayah getting better. Dia dah bagi tidur rumah Pah, tapi dia hantar je lepas tu dia balik rumah, Pah pun faham plus dia takde kawan kat sana. Dia dah bagi naik kereta dengan siapa-siapa. Dia dah bagi aku keluar malam dengan kawan-kawan. Dia TERPAKSA bagi aku naik flight. Tapi bab kesihatan je tetap tak berubah. Oh dia dengan anak-anak susah say NO sikit behehe. Kadang-kadang mak pergunakan kami untuk mintak apa-apa, tapi kadang-kadang tak lepas jugak haha.

Aku tahu ayah buat semua ni sebab dia SAYANG. Dia tak pernah bagitau verbally  yang dia sayang. But actions speak louder than words kan? Dan Ayah tak pernah rotan kami, pegang hanger rotan pintu. Alololo

Dulu dia tak bagi aku kawan dengan lelaki, sekarang suruh aku kahwin pulak hahaha (?). Dulu dia tak bagi aku kawan dengan seafarer sebab dia cakap dia bagi aku kahwin untuk lelaki itu jaga aku, bukan tinggalkan aku. Tapi satu hari tu dia cakap, takpelah kalau itu jodoh aku. Hoiii aku dah clash waktu tu, takkan nak suruh laki tu masuk meminang aku balik! Kah kah kah! So anggap je la takde jodoh muehehehe. No regret, bahagia ada la sebab aku ikut cakap Ayah kan? Yang mana boleh ikut, aku ikut la, mana yang tak boleh aku PAKSA jugak dia redha hahaha.

Kitorang suka gelakkan perangai-perangai over concern dia. Comel kot! Hahaha. Jadi bahan usikan pulak, especially adik beradik lelaki dia. Takde siapa boleh kalahkan tahap kerisauan ayah.

Ayah very special in  his very own ways. Dia baik sangat dengan masyarakat sekeliling. Semua kenduri pergi, semua orang sakit dia lawat, semua jenazah dia ziarah.

Happy birthday Ayah! One year older, one year wiser :)

Nadia doakan kesejahteraan hidup dunia akhirat untuk ayah, atas segala susah payah ayah, besarkan kami. Nadia doakan ayah diberi kesihatan yang baik, rezeki yang baik, dan berkasih sayang sesama kita sampai ke Syurga. Tiada tempat balasan yang baik untuk ayah selain syurga. InshAllah

I love you, lillahi ta'ala.

3/19/2015

Teman lelaki upahan

Minggu lepas sambil makan aku tengok tv, rasanya macam tu la tajuk ceritanya. Aku tengok dalam 15min je, tak best! Haha. I really can't judge for that 15 minutes I watched kan? Sorry kepada peminat-peminat cerita tu, sila, sila tengok, just jangan lengahkan maghrib hihihi.

Selagi aku tak kahwin memang takkan habis eh isu lelaki atau isu nak match-kan aku dengan entah siapa-siapa lelaki? Aku pun dah naik runsing nak cerita benda ni kat sini. But I need some space to vomit my feeling right now. Aku memang tak reti nak luahkan depan-depan except dengan orang yang aku betul-betul selesa.

And aku jenis tak reti nak tipu aku ada boyfriend ke apa. Tapi mengaku single memang mengundang padah T____T

Please la, can you ladies stop it? Sebab tu aku suka kawan dengan laki, mereka tak pernah sibuk hal hidup aku. Please la jangan bagi gambar aku or number aku kat entah siapa-siapa. I feel like .................... Entah, tak tahu nak describe. Tak suka? Yes. Runsing? Yes. Rimas? Yes. Malas nak layan? Yes. Eh runsing dengan rimas bukan sama ke? Hahaha

Jangan la sibuk hal aku. I can handle it. Okay?

Lagi satu tadi aku teringat kata-kata cikgu Majid satu ketika dahulu ke aku "Suami awak nanti tough" hampir tertelan pembaris time tu. Aku punya la gelak, sebab aku tak suka lagi tough. Tau tak tough apa? Tough tu sado. Mana datang perkataan sado tu entah.

Kata-kata cikgu Majid sekarang menakutkan aku hahaha. Sebab dia pernah bagitau aku akan kerja macam apa yang aku kerja sekarang. Psychic ke apa dia ni? Haha. Hope that tough one is never come true.

Aku tak kisah laki nak jadi tough, suka hati korang la, badan korang, duit korang, kepuasan hati korang. Janji korang tu bukan laki aku! Hahaha.

"You, I nak pergi gym jap"

Euwwwwww, tak best langsung! Hahaha. Pergi naik basikal ke, berenang kat waterfall ke, panjat gunung ke, best la sikit dengar. Baik la kurus kering dari tough haha.

Orang makan ikan talipia masak 3 rasa, dia makan grilled salmon. Choiiiii! Hahaha. Aku bukan la tak jaga makan, aku makan nasi sikit je, malam makan buah ke oat ke cereal ke. Tapi nasi sehari sekali wajib dengan lauk-lauk kampung yang best. Hmmm nikmatnyaaa (please mind, I'm fasting today) haha

Okay serious, siapa nak jadi boyfriend upahan aku? Hahaha. Habis satu task aku belanja makan! Not grilled salmon off course hahaha.

Suasana malam di Dataran KTM, Ipoh

Semalam aku keluar dengan housemates aku, first time keluar dengan dorang. Naik motor, wuuu lama gila tak naik motor, malam-malam pulak tu. Syiokkk juge. Mak Ayah tak bagi aku naik motor actually. Aku sampai semalam, tiba-tiba nampak satu motor terpelanting. Hoi luruh jantung aku, petanda lawan cakap mak ayah ke apa? Wuuuu. Tapi tu la, errr naik kereta memang kau duduk dalam kereta je la. Ramai gila woi umat. Plus situ la stesyen train, kat situ la orang nak ambil penumpang, kat situ la nak turunkan penumpang, kat situ la orang parking nak berjimba.


Tempat dia memang cantik, layan la tengok orang malam-malam. Orang jual sekeliling pun banyak, jual aiskrim pasu la, nugget la, air, nasi lemak, sengkuang calit. Paling ramai buat sewa roller blade, mini scooter, kereta control yang boleh masuk budak tu, batang belon besar penyapu tu. Semua RM5 sejam sewa. Ni kalau MBI datang serbu, seronok dorang rampas barang-barang tu, boleh dorang pulak main haha.

Aku jalan satu round cari makanan, semalam tak rasa minat nak main, rasa nak lepak je. Padahal tak reti main roller blade hahaha. Aku tengok budak 3 tahun main sempoi je, siap drift, salute la kau dik! Err, ajar akak boleh? Haha. Macam-macam bangsa ada semalam. Tarikan utama air pancut aku rasa, memang cantik, siap ada budak-budak mandi. Fikir aku dah 25 je, kalau tak.....Kahhhh! 

Yang menarik perhatian aku semalam. Sambil makan sambil layan buskers. Layannnnn


Yang tengah tu handsome. Nasib baik yang paling kanan suara macam Ramli Sarip, so boleh la alih perhatian aku hahaha. Boleh la layan lagu-lagu dorang nyanyi walaupun majoriti lagu jiwang -_-''. Buat la lagu Hotel California ke, ni ada ke lagu Katak nyanyinya? -_-''. Hampir aku nak bangun request kat abang Ramli Sarip lagu Nickleback. 
Housemates kecuali yang tudung pink. Alhamdulillah, so far dorang memang okay. Best dapat kawan baru :)

Orang main belon. Sayang handphone camera tak cantik -_-'' Rindunya kat Z. 

Tempat ni meriah after Isya'. Just aku pelik ada yang datang bawa baby. Seriously parents? Satu, itu adalah malam, kedua bising kot, ketiga ramai gila orang. Helloooo anak kau baru lepas pantang takkan kau nak ajar dia main roller blade pulak, dia bukan faham apa pun, tidur je kot. Baiklah duduk rumah, kurang satu kereta parking haha.

3/16/2015

Mak yang magik

Mak. Semua orang dalam dunia ni ada Mak. Jangan jadi macam sepupu aku, eh kita mana ada Mak, kita ada Umi. Aku cepuk jugak budak kecik ni karang haha

Sekarang aku bukan nak cerita pasal Mak korang sebab aku tak kenal, aku nak cerita pasal Mak aku. My beloved Mummy.

Mak aku ada kuasa magik. Mak kau ada? Kalau ada, mak kita boleh tubuhkan satu persatuan Mak-Mak Magik (3M). Mak aku punya magik dasyat ooo. Aku harap bila aku jadi Mak nanti (InshaAllah), I have that magic power hehehe.

Aku kalau nak makan apa-apa, aku tak payah zahirkan pun, aku just berkata-kata dalam hati, tup tup esoknya Mak aku masakkan. Magik kan? Sumpah aku kagum dengan instinct Mak-Mak ni, pemberian Tuhan sungguh. Bukan je bab makanan, tapi semua bab. Ye la kita dah connected dengan Mak sejak dari alam rahim lagi kan.

Another thing about my mum is, memory dia sangat superb. Dia macam personal reminder aku. Aku pakai baju apa Selasa 2 minggu lepas pun dia ingat. Kawan sekolah rendah aku yang pindah time darjah 2 pun dia ingat. Yang peliknya, aku tak ingat semua tu! Haha.

Makanya selalu la bergaduh

Ye ke Mak ni?
Yeeeee

Tapi memang ye! Lagi satu Mak aku macam ada sensor. Aku punya la cari sesuatu barang tu di segala pelosok rumah, bawah katil, dalam lubang jamban, dalam kotak kasut, belakang almari TV, tetaplah tak jumpa. Bila da give up baru tanya Mak (selalunya tak sampai 5 minit cari dah give up haha)

Mak, nampak tak mana Nadia letak raket Nadia?
Mak nampak hari tu atas almari bilik kamu.

Maka berlarilah aku ke bilik, dan tersergam indah raket aku atas almari tu. Weiiii apa ni??? Aku dah 10x keluar masuk bilik kot, tapi tak nampak, tak nampak! Magic jenis apa ni? Raket aku ni cari gaduh ke apa?

Lagi best kalau benda tu macam mustahil Mak akan tahu aku simpan kat mana sebab benda tu benda personal aku. But still kalau aku tak jumpa, mak jugak aku tanya.

Mak, IC Nadia hilang la, kat mana eh?
Bukan ke hari tu kamu bagi Nadzirah simpan ke, cuba cek dalam wallet dia.

Ye, memang ada dalam tu. Kuangjoo punya adik ambil IC aku. Tak2, aku yang bagi tapi aku lupa! Hahaha.

Mak memang power. Super duper power. I wish I can be like you one day. Semua orang kagum dengan Mak sebab Mak happy-go-lucky, macam tak pernah ada masalah. Dan semua orang senang dengan dia. Dia sangat ambil berat pasal family, tak kira la ipar ke biras ke besan ke. Aku tak ingat beza biras dengan besan, tapi obviously one of that Mak takde lagi :P

Dan Mak masak sedap. Bukan sebab dia Mak aku, aku cakap sedap, tapi diperakui SIRIM :P I have one atok sedara tiap kali datang raya wajib request mak aku masak Daging Malberi. 2kg untuk family dia je. Dan boleh dikatakan setiap minggu ada je orang request dia masak.

Jawapan first Mak mesti, malas la. Sambil cakap malas sambil bangun capai kuali -_-''. Semalam aku request Nasi Goreng Udang untuk breakfast. Pukul 6 pagi dah ketung ketang kat dapur. T___T Terharu. Siap bawa bekal, satu bekas kecil je. Lunch tadi makan sikit, taruh dinner sikit sebab sayang nak habiskan. Sedap T___T

Kalau nak cerita kebaikan Mak, sampai dia ada cucu 12 pun tak habis lagi :P Hanya Allah je boleh balas segala kebaikan Mak, tu yang aku doakan setiap hari.

Selamat Hari Jadi Mak (14.03.1967). Nadia doakan segala kebaikan di dunia dan di akhirat Allah kurniakan untuk Mak. Nadia doakan mak diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dan dilindungi dari sebarang kecelakaan. Nadia doakan Allah sediakan syurga terbaik untuk Mak, sebab syurga je yang layak untuk balas segala penat jerih Mak di dunia ni.

I love you, lillahita'ala.

3/15/2015

2nd review Axia, on my P.O.V

Hi. Even we didn't met one another for a long time, we still can get along happily, laugh uncontrollably, and no awkward krik krik moment. That's best friends, that defines the relationship between my blog and I nowadays haha.

Sekarang ni wekend baru balik rumah. Bila hari Jumaat je perasaan tu sama dengan minggu overnight time duduk asrama dulu. Excited! Dan soul pun dah terbang ke rumah malam Khamis lagi. So buat kerja pun half hearted haha.

Since ramai tanya pasal Axia yang aku pakai sekarang, aku nak review 2 perkara penting bagi aku. Satu baik, satu kureng baik.  Aku dah review before, tapi tu early review la. And this will be the last. Lepas ni aku review Audi pulak bahahaha.

Dah 3 bulan lebih aku guna. Korang nak dengar berita yang baik ke yang buruk dulu? Dah tak payah jawab, I won't listen haha.

Okay, yang baiknya, kereta ni jimat minyak like seriously. Aku isi ron97 untuk kereta aku. Dulu aku berulang 4x sehari dari rumah ke office which one way is around 7 km. And aku isi RM30, time tu harga ron97 RM2.00 seliter, and minyak bertahan 10 hari, tak termasuk kadang² aku pergi keluar makan malam².

Murah sangat nak di compare dengan kereta Saga BLM ayah aku, same route around RM50 for 5 days. Ye memang Saga 1.3cc and Axia 1.0cc, tapi for short distance, you know which one is worth it. Kalau korang rasa tu pun mahal, aku suggest korang isi air hujan je, tengok berapa jauh boleh pergi haha.

Pick up Axia not bad. Aku pernah tekan 120km/h, rasa tak selamat sikit la. Tapi slumber. Haha. Time drive aku akan selalu target satu random kereta untuk aku race, 80% aku menang haha. Imaginary racing haha.

Okay sekarang mari kita ke keburukannya. Bagi aku, brake dia lambat cengkam. Kena tekan paddle brake dari jauh lagi, kalau dah dekat baru nak tekan memang kena tekan habis macam brek mengejut dan terpelanting la semua harta dalam kereta termasuk anak (kalau ada anak), in my case, ayam percik pun terpelanting T___T.

Nak ikut rapat belakang kereta lain pun bahaya. Kot dia brek mengejut, memang saling berciuman la kereta kita dan berjodohan la kita. Eh? Haha.

Tu je kot. Yang lain okay. Enjin berbunyi sikit, bergetar sikit, standard laaa. Kau ingat kau beli Audi? Hahaha.

Dah, aku nak keluar beli barang rumah. Bye.

3/10/2015

Perubahan hidup

Rindunyaaa nak merepek kat sini. Dalam masa yang singkat, hidup aku ada perubahan. Tempat kerja baru, rumah baru. Yes. Since Form 1 sampai grad law aku duduk jauh dengan parents. Then buat chambering, sampai hujung bulan 2 tahun ni aku berjaya duduk rumah, makan sedap, badan gemuk haha

Aku dah sewa bilik kat area office aku, 4km je. Lucky me and thanks to officemates yang gigih tolong aku cari rumah. Sebenarnya possible je aku nak berulang, 45km je dari rumah, and last week duduk rumah Pah, 30km je nak ke office.

Tapi dengan kerja office yang berlambak, yang memerlukan sel-sel otak aku bergabung, at the end of office hours, I was really exhausted. Aku tak pernah keluar office sharp pukul 5, bukan nak tunjuk rajin tapi kerja memang banyak hoiiiiiii! Nak drive pun separa sedar. Ada satu petang tu, aku nampak traffic light merah but I had no attempt to stop sebab aku macam di awangan and couldn't digest red means stop. Arissa pun tau merah kena berhenti -_-'' Bahaya kan? So better aku cari bilik sewa, weekend baru balik.

But seriously guys, travelling early in the morning, around 6.30am, it was so calm. Gelap dia lain dengan drive malam. I like that part. Rindu nak drive pagi-pagi buta lagi walaupun jam :P Sekarang 7.30pagi baru aku keluar.

Kerja tempat baru, so far so good. Still nak biasakan diri dengan environment kerja yang baru, skop yang baru, staffs yang baru. Tadi aku siapkan paper work untuk meeting pasal satu kes ni, then boss aku editkan. Dia cakap "Nadia, slow-slow awak belajar ye macam mana nak buat ayat management, ayat awak ni law sangat, baca atas bench boleh la haha"

Luckily, bos aku from law background jugak, so dia faham. I learned a lot from her. Alhamdulillah dapat bos yang baik, yang tak kedekut ilmu. Dia ajar sambil buat nota untuk aku. Hadooo? Aku dengar je haha. But I take serious when it comes to work. Poyo. Hahaha

Selain mengajar, dia selalu jugak selitkan tazkirah untuk aku dan selalu menggesa aku untuk ada boyfriend :P

Nadia, awak takde boyfriend? Seriously? Kenapa? Awak buat apa time dekat uni?
Hmm, belajar?

Hahaha, ye ye jawapan aku macam membohong di situ, tapi takkan nak jawab aku main pulak kat uni dulu, walaupun hakikatnya ya bahahaha.

Nadia, hidup kena enjoy, pergi cari boyfriend.

Nadia, ni saya nak bagi makanan untuk awak malam ni. Ke awak nak dating? Kalau nak dating saya suka haha.

Nadia, awak ni betul ke takde boyfriend? Nanti yang kat luar tu (staff lain) carikan, tiba-tiba awak taknak sebab sebenarnya dah ada boyfriend, kecewa dorang nanti.

Boleh tahan bos aku ni, mentang-mentang anak dah 4 :P

Speaking of staff lain, baru 7 hari aku berkerja, aku dah dapat 2 calon suami. Dan salah sorangnya dah ada gambar aku T_____T. Mengapakah memperlakukan aku begitu sekali? Aku tak marah dan aku tak la suka setiap kali dorang cakap hal ni, sebab serious aku malu sampai tak tahu nak respond apa. Setiap kali dorang usik aku senyum je.

Office aku takde makcik-makcik jual tuppeware ke tudung ariani ke, takde. Yang ada matchmaker :P

Aku cerita kat Mak pasal dorang nak kenalkan aku dengan someone. Mak cakap "Kenal la, janji cukup solat apa salahnya, kamu nak tunggu apa lagi?" T____T I didn't expect that as an answer.

Dan sekarang kenapa semua orang tak percaya aku takde boyfriend? Siap muka terkejut, mulut nganga, mata terbeliak, dahi berkerut bila aku cakap aku single hahaha. Why so funny? Apa yang membuatkan aku wajib ada boyfriend? Kemonnn, single is simple, couple make trouble (each case is vary).

Dah la aku nak tidur, nanti ada masa aku bebel lagi kat sini. I always miss you blogmax :P

Dan aku tarik balik assumption aku yang kerja kerajaan relax. Tak okay, tak!

Never assume unless you've been there and done that.

Semakin hari makin aku sedar, percaturan Allah tak pernah silap, sentiasa tepat, cantik dan kemas.

Alhamdulillah.

3/05/2015

office baru

4th day kerja tempat baru and it's overwhelming. Baru dapat 2 tasks kakaka. Alhamdulillah task still in legal field :) Ingat 1st week boleh la rest dulu. Kot la 'Takpe Cik minggu ni Cik rehat dulu, mesti penat kerja pejabat lama tak habis lagi kan'. Tak ye, tak! Haha

Masih try cope dengan kerja baru. Hope okay la. Bilik pun baru dapat hari Selasa, barang pun tak lengkap lagi, network pun tak connect lagi.

So far so good. Staffs pun baik and friendly, bos pun begitu. Alhamdulillah. Lunch tetap sorang² T____T Bungkus makan kat office sebab dorang yang lain selalu makan pukul 11. Perut aku pukul 1 baru lapar nasi. Cafe pun bawah office je.

Another thing is penat berulang la. Sekarang aku stay rumah Pah. 30km dari office, tapi perjalanan sejam jugak sebab jam -_-". Petang dekat pukul 7 baru sampai rumah, keluar pagi dalam 6.40. Susah rupanya nak cari rezeki ni ye adik².

Dulu bukan main manja kau kan, lepas Subuh sempat tidur balik, office start pukul 9, rumah sekankang kera dari office, lunch balik rumah. Sekarang kau rasa, rasakan! Hahaha. Aku ada cari bilik sewa tapi tak jumpa lagi.

Moga Allah berkat.

Bye nak semak file and study case yang dah rupa dua KLCC.