Jumaat lepas aku pergi KL naik bas. Dekat Slim River dorang tinggalkan lorong ke Selatan 1 lane je, so lorong ke Utara jadi 4 lane, tu pun aku tengok jam hazab gila. Pheww nasib baik aku ke arah Selatan. Terus pergi rumah Chot kat Sri Rampai. Petang tu join family dia BBQ, tak malu, aku sorang je stranger huahuahua. Malu weh malu *sambil lahap daging panggang*
Pagi Sabtu semua excited bangun awal sebab nak main ATV. Yeayyyy! Mula-mula hujan, lepas tu berhenti, Alhamdulillah. Kitorang sampai pukul 9. Dia betul-betul lalu jalan tepi pagar Zoo Negara, kat Kampung Kemensah. Masuk dalam 4km dari pagar Zoo Negara. Jalan ada yang narrow, bersimpang siur, kat situ dah boleh berlatih ATV :P
Kitorang ambil pakej beginner. RM100/person. Mula-mula guide ATV akan ajar macam mana nak bawak benda alah tu. Kalau korang pandai bawa scooter, ha macam tu je la. Bawa senang, nak control yang hazab. Sebelum start kat track, dia bagi training kat base dulu dalam 4 5 round. Guide kitorang nama Li, tapi kitorang panggil Abang Obey sebab dia pakai cap Obey haha. Dia sumpah cool yawww! Dia cerita ada masa tayar terangkat dua perkara biasa. Naik bukit tekan je minyak jangan lepas. Bila turun bukit tinggi/curam tekan break tangan kanan untuk tayar depan sambil pump break tangan kiri untuk tayar belakang. Kalau bukit pendek main break belakang je.
Faham tak? Haha
So let's begin the journey.
Mula-mula Abang Obey bawa ke trek tanah merah, nak terkeluar jantung aku tengok bukit dia. Tinggi dan curam weh. Rasa tak lepas je naik. Tapi Alhamdulillah lepas. Track kitorang untuk beginner, tapi kenapa rasa susah nak mampus. -_-''. Dah la baru lepas hujan, jalan becak nya. Ada satu bukit tu Maria tergolek dengan ATV sekali sebab terlanggar tembing bukit. Cuak aku tengok, nasib baik nothing serious.
baru lepas bukit pertama. Ada lagi 2 bukit yang hazab.
Aku tak pasti berapa lama perjalanan tapi seriously setiap saat kau kat track tu sangat enjoyable + cuak + mengucap sebab ada lereng yang gaung dia huihhhh kalau jatuh tak mati mesti patah riuk dan tiada pagar ye. Dah la jalan licin.
At the end of the journey before patah balik, kitorang rehat kat waterfall dalam 30 minit. Kecil je waterfall, kitorang tak mandi pun sebab malas basah baju.

my awesome team. Maria, Chot, Tqah, Cha
On the way balik dah tak banyak naik bukit tapi turun bukit pulak. Break dia dah la keras nak mampuihhhh! Dekat bukit last tu memang aku dah tak daya nak tekan break tapi aku gagahkan jugak sebab nanti langgar Maria kat depan pulak, dah la budak tu jatuh tadi. Tapi serius boleh hilang tenaga. Dah la bukit dia curam
Alhamdulillah sampai base dengan selamat :D

Dah sampai dengan selamat with Abang Obey. Abang Obey ni redha je layan kitorang yang banyak songeh. Paling penting dia kuat eh. ATV sekat dalam becak, sangkut kat batu, tak boleh gerak dia relax je angkat weh, angkat sekali dengan kitorang. Badang apa? Haha. Aku tanya dia, Abang bela saka ke? Haha. Dia gelak, melampau la tu.
Sumpah best weh! Korang kene try! Worth every sweats and cuak-ness haha
Lepas tu dengan baju seluar berbecak kitorang pergi makan banana leaf dekat Bangsar, kedai Nirvana ke Nirwarna entah. Miwarna sah bukan, tu kumpulan nasyid! Haha. Makanan dia sedap-sedap weh. Nasi Kandar, tapi pricey sikit la bagi aku. Makan 5 orang RM112, around RM23 sorang. Tapi berbaloi, sumpah sedap especially makan atas daun pisang, aromanya hmmmm. Ikan bawal goreng sedap, peria goreng sedap, sambal sedap, cili asin sedap. Semua sedap la.
Malam Sabtu aku, Cha dengan Chot tengok Avengers. Aku tak tengok yang 1st tapi yang 2nd best la bagi aku. Captain America handsome seyh, handsome, badan je tak berapa nak handsome haha.
Ahad aku balik la naik train. Sebelum tu sempat shopping sikit dekat Sephora NU Sentral. Sampai Kuala Kangsar pukul 8.30malam.
It's been an awesome weekend! Dah lama takde weekend yang precious.
Let's repeat girls!

No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!