”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/31/2015

It'll be a long day

Roslina, antara kawan yang paling rapat and paling dekat dengan aku sebab dua-dua orang Kuale Kangsar . Aku kenal dia dari darjah 3, tapi time tu tak bercakap lagi, senyum-senyum dari jauh je, kekonon dua-dua pemalu, padahalllll! Haha. Dia 1 sekolah agama dengan aku, tapi kelas lain, kot? haha sorry aku lupa sebab aku datang sekolah agama tu ikut suka hati aku nak datang ke tak. Tu solehah semacam sekarang -_-''

2nd aku jumpa dia time medical check-up nak masuk MRSM. Aku dapat MRSM Lenggong, dia dapat MRSM Pendang. Tapi few months after school started, aku tengok dia terpacak dalam kelas aku, dapat tukar rupanya. Dari situ kami betul-betul start berkawan. Mula-mula tak la rapat mana, makin lama makin rapat. Time Form 4 dengan Form 5 lagi la berkepit je dengan geng FREMMIN yang lain.

Habis SPM, dia dapat Asasi UM, aku pulak Asasi UiTM. Time degree dia sambung UM, aku sambung UUM. Time tu jumpa time cuti sem je la. Habis Degree, aku buat chambering, dia buat Master dekat USM. Tapi selalunya jumpa sebab aku stay kat rumah, dia pun kelas sekali sekala je. So kitorang lagi rapat. Kalau aku kat rumah nak keluar, mak aku dah tau dah aku keluar dengan siapa, tu je la kawan baik aku kat Kuale. Kalau ayah tanya nak pergi mana dengan siapa, mak yang menyampuk 'Dengan Ros dia la, siapa lagi' Ros dia tak tahan hahaha.

Boleh kata, tiap minggu la jumpa, wajib! Kalau tidak kami windu winduaan hahaha. Minggu aku tak lengkap kalau tak jummpa dia, gituuu. Aku cerita semuanya dengan dia. Kami kongsi cerita sedih, cerita suka, cerita lawak, cerita orang lain, judge orang sama-sama hahaha. Tapi dengan dia memang tak pernah serius, sebab dari cerita sedih pun boleh gelak haha. Kalau aku di persimpangan dilema pun aku tanya dia apa aku patut buat. Dia lagi tahu kisah hidup aku dari family aku. I trust her my life. Kalau teringin makan apa-apa, mengadu je kat dia, nanti kami serbu la gerai yang berkenaan lepas tu sembang 4 5 jam.

Dia lah yang teman aku makan KFC pagi petang siang malam, teman aku makan burger tepi jalan, teman aku makan aiskrim malam-malam kat dataran Kuale tu, teman aku makan laksa petang-petang dekat Lubuk, lepak tepi sungai makan Magnum. Kitorang sentiasa ada keinginan makan yang sama di waktu yang sama. Half of our friendship's journey is about food haha. Dulu aku dating pun dia mesti ada sebagai orang ketiga! Hahaha

Semalam dia bagitau dia dapat kerja kat KYS, Melaka, start Isnin ni. Sumpah aku terus sedih sebab aku dah biasa since 2013, she always with me, literally. Jauhnya Melaka. Lahabau haha. But in the same time, I'm really happy for her. Tapi sedih jugak, lepas ni weekend aku nak lepak dengan siapa? Mungkin ni petunjuk suruh aku cari jodoh dengan seriusnya! Haha

Ros, jaga diri kat tempat orang, I'll miss you, a lot. She's indeed a great and fantastic girlfriend. She's hilarious yet serious when needed (so far it lasts only 1 minute) haha.

Aku dah dapat rasanya kesenduan hidup aku lepas ni. Dah la weekdays lepas kerja aku balik rumah sewa terperap je dalam tu sebab takde kawan. Weekend pun takde kawan? *nangis bawah katil* Nampak sangat circle aku kecil. Loser! Haha. Aku duduk asrama, so aku takde kawan tempatan kecuali Ros, yang lain semua kat negeri/daerah lain. I hardly make friend, I choose friend wisely. Quality is better than quantity, yeah?

Ahhh I hate this kind of feeling!

7/27/2015

Blog Cartoons part 2

Kesinambungan dari entry ni, aku terjumpa lagi 2 blogs cartoon yang best 



Dorang ni dari planet mana aku tak tahu la, talented benor, jealous teman. Baca setiap updates dorang buat aku rasa nak langgan Ujang balik haha. Baca hard copy lagi feel dari soft copy. Hari tu aku pergi raya rumah pakcik aku, aku ternampak Bumper Ujang dia edisi Puasa dan Raya. Memang aku tak makan ketupat dah, aku baca Ujang haha.

Walaupun tak makan ketupat time tu, tapi aku lantak nasi tomato dengan laksa sebab memang dia tak sediakan ketupat pun. Hahahaharamtaklawak.

Kat blog Lanun Ranggi aku suka baca posts pasal Dik Ah, ada dia tagged. Haha comel gila budak kecik tu. Teringat Fatini, Arissa, Awatif. I miss my baby girls walaupun aku selalu gaduh dengan Fatini yang super garang. Tapi apa-apa cari aku jugak.

Hari tu aku belikan Fatini dengan Arissa cekak sorang satu. Semalam Arissa kelam kabut cari aku

'Ayong ayong, (dari pintu depan dia panggil aku sampai la masuk bilik aku) Lop (abang dia) kan, terpijak cekak Cak Lang (Kak Lang) yang ayong beli hari tu tu, habis patah, nanti Ayong belikan lain yee'

Sebab time cerita tu muka sedih cekak patah tapi aku nak tergelak sebab muka semangat explain yang tu bukan salah dia haha, maka aku bagi dia cekak aku yang aku tak guna pun. Bukan main girang budak ketot tu.

Lambatnya nak Jumaat nak jumpa dorang. Nak gaduh dengan Fatini yang garang, nak makan dengan Arissa yang kuat makan, nak jerkah Awatif yang tidur 24 jam hahaha. Nasib baiklah rumah dorang 5 tapak sulaiman je dari rumah aku, boleh aku jerit-jeritkan bila nak jumpa haha.

Fatini (Kak Ngah) dengan adiknya yang baru berusia 2 minggu; Nur Farzana Awatif.
Awatif, nak solat apa tuuu? Haha

7/26/2015

Service Axia 5000km & 10000km

Salah satu sebab aku update blog ialah bila aku dapat jawapan yang aku cari, yang tak jumpa-jumpa kat google. 1st search engine aku sekarang; Google, diikuti pengalaman sendiri, dan last baru bertanya orang. Malu bertanya sesat jalan dah tak berapa relevan bila internet di mana-mana dan apps GPS ada dalam telefon pintar soleh serba boleh. Soleh bila dalam telefon ada apps waktu solat and Quran kakaka. 

Eh jauh pulak melalut. Macam ni, hari tu aku nak service kereta. Aku google la estimate amaun sebab nak bajet perbelanjaan. Aku tak pernah ada kereta sendiri before ni so tak reti nak estimate. Tapi aku google tak jumpa, bukak forum pun dorang mengarut dengan jargons kereta yang haram aku tak faham. Aku bukak web perodua dia bagitau estimate service 20k km ke atas je. 

So aku redah je la pergi service untuk 10k km hari tu dengan berbekal duit RM500. Aku tak tahu apa yang dia ronjang kereta aku, yang aku tau dia tukar minyak hitam je. Bab kereta ni selain dari drive, aku tau isi minyak dengan bayar duit kereta tiap bulan je. Basuh kereta pun hantar kedai, isi angin tayar pun aku bagi kunci kereta kat ayah haha. Typical perempuan. 

So berbekalkan duit RM500, aku pergi la bayar lepas kereta siap di-service. Kalau dorang tipu aku pun aku tak tahu. Sekali kena bayar RM150 je hahaha. Penat aku menangis ketepikan duit RM500, sekali kena RM150 je. Hahaha. So untuk Axia, second service itulah estimate amaun harga service unless kereta kau ada problem lain. Oh time 1st service aku kene RM65.00 je. 

So extra RM350 tu boleh la aku berjimba. Ke Cameron ke, ke Redang ke. Amboi pantang ada duit. Haha. Tapi seriuslah seronok bila benda tu less than budget kita hehe. 

Time service hari tu aku hantar kereta pergi pusat service and aku mintak dia tolong hantar aku pergi office. Nasib baik dia okay je nak hantar and ambil aku balik lepas kereta siap service. On the way nak balik ke pusat service, service-man tu tanya aku pakai minyak Ron berapa. Aku cakap la 97. Lepas tu dia cakap, patutla power, I tak pernah bawak Axia sepower I bawak kereta you

Tapi betul weh. Aku pernah terpaksa isi RON95 lepas tu aku rasa macam bawak kereta ada hantu tumpang. Lambat gila pickup. Nak potong rasa tak lepas. Memang la Ron97 mahal sikit, tapi lagi sedap bawak. Korang mintak scientific explanation memang aku mengamuk nanti. Aku amek Law bukan Automotif Engineering (was my dream). Ini just apa yang aku rasa sebagai pengguna marhaen. 

Axia memang jimat gila minyak, so isi Ron97 pun takpelah sebab refill sekali sekala je minyak haha. 

Day 207/365

Pagi tadi dalam pukul 11 aku pergi kenduri akikah Anna. Omaigod Anna is so gevam now, lepas tu muka nak confuse je haha. Geram tengok, dengan putih gebunya. 

Anna and her cousin Alif yang macam Sin Chan haha. 

Lepas melantak sepinggan nasi dengan lauk ayam dan kambing (forgive me stomach, I let you rest next week) aku pergi rumah Ros nak tumpang solat Zohor and kitorang plan nak ke Ipoh tengok Minions haha. Dah nak habis show baru nak tengok. 

Tengah aku solat, Muhammad dengan Fitri pun sampai. Ajak dorang sekali ke Ipoh sebab aku malas drive haha. Memang dorang nak pergi pun tapi dorang nak tengok Ant Man. Sukahati koranglah janji aku tak payah drive. 

Minions cerita pasal sejarah dorang sebelum jumpa Gru. Enjoy la ceritanya. Lawak kot! Haha. If bahasa minions tu ada subtitle mesti lagi lawak. Aku tak faham dorang cakap apa pun aku gelak. Betul la actions speak louder than words. Gituhhh. Haha

Lepas solat Asar terus pergi rumah Ili dengan the boys termasuk Ibrahim yang dari celah mana entah tiba-tiba muncul. Ibu Ili bagi kitorang makan mee rebus, meatballs, cempedak goreng, rambutan siap kupas, satay. Semua habis haha dasarrr. 10.30 malam baru gerak keluar dari rumah Ili tu pun nasib baik sedar diri orang dah nak tidur. 

Dapat sembang setahun sekali memang tak sedar masa berlalu. Obviously team single makin mengecil T___T Hahaha. Marilah kita mereput sama-sama hahaha. 

I had fun today. Thank you guys walaupun kita tak berhenti bergaduh mulut team girls vs team boys. 

7/22/2015

Let's talk about characteristics of my future husband

Someone once gave her best words to me;

"Jangan kahwin sebab orang lain kahwin, this thing need no rush. Berapa ramai pasangan muda hidup sama-sama tak sampai 3 tahun dah cerai. Kahwin bila kau yakin, yakin boleh jadi isteri and ibu yang baik"

"Tapi aku tak sedia la"

"Sedia lain, yakin lain. Nak kahwin ni kau kena yakin dengan diri sendiri. Nak 100% sedia memang tak la, kau ingat kau boleh jadi perfect ke? Haha Semua sedia kau tu boleh improve lepas kahwin. Janji kau yakin kau boleh teguh whatever happens"

And others told me

"Don't settle for less"

Baik! *genggam penumbuk*

So aku decide untuk letak beberapa ciri yang perlu ada in my future husband (inshaAllah)
1. Solat tak tinggal
2. Tak merokok
3. Kerja stabil dan berpelajaran
4. Bujang
5. Sedap mata AKU memandang 

Haha memilih rupanya aku ni. And yang paling penting, Allah bukak hati aku untuk dia. Ada sorang ni dah ada semua ciri kat atas, but he's too slow, too busy selalu buat kerja sampai 3 4 pagi, meeting sana sini dan pemalu. Turn off terus. Next! Hahaha.

Aku susah gila nak suka orang. I don't know what's wrong with me. Yang confess kat aku semua aku tolak cara baik. Sampai mak aku pun pening. Aku tak pening pun, aku bahagia je hahaha.

Korang pernah tak suka orang dalam diam, tup tup dia confess suka kat korang, tup tup hilang langsung rasa suka korang kat dia haha. Aku selalu macam tu. Weirdo.

Aku ada la suka beberapa orang, beberapa orang okay! Hahaha. Tapi dorang tak suka aku T__T. Tapi aku tak kisah pun sebab aku main-main je (aku rasa la) Hahaha. No no, dorang tak tahu pun aku suka dorang hehe. Ada sorang ni lagi gila, aku adore dia dari blog dia je. Aku tak pernah kenal dia dalam dunia realiti. Tapi cara dia menulis sangat charming kah kah kah Kau boleh berambus sekarang Nadia haha

Hari tu aku sembang dengan someone, aku cerita la beberapa orang yang nak serius dengan aku tapi aku tak layan. Lepas tu dia cakap 'Jangan memilih sangat Nadia, nanti Tuhan tutup pintu hati terus baru tau. You're too picky'

Am I?

Tapi bagi aku benda ni bukan boleh paksa paksa. Dah hati aku taknak, guano? Yang aku taknak, dia message hari-hari pun aku tak balas, sebab aku taknak bagi harapan, aku taknak relationship based on simpati, aku taknak flirt, aku taknak layan just sebab aku bosan. Lagi bagus mati mereput dari bagi harapan palsu kat orang. Kan?

Selama ni aku doa supaya ditemukan jodoh yang baik untuk aku dunia akhirat, tapi aku lupa nak doa minta Allah bukakan pintu hati aku. Kena tukar doa ni. Kakaka. 

Dah la Nadia, janganlah tunggu durian gugur, kan lebih bagus kau pergi kat yang dah sedia terhidang yang dah sah-sah masak. Takdenya Arjun Rampal nak meminang kau hahaha. 

7/21/2015

Raya dan makanan

Raya ni kerja aku makan je, tak tahu la berapa kilo naik T____T Tapi peduli apa aku, janji aku kenyang dan bahagia haha. 

Raya 1st nenek buat laksa dengan segala tok nenek rendang ketupat lemang. Makcik aku pulak buat soto, pasemboq, dengan laksa siam. Raya kedua mak buat mee kuah, masak nasi dengan lauk-lauk kampung yang perghhh tak boleh dipandang sepi. Raya kedua spent time dengan family side ayah. Satu kawasan ada 4 rumah adik beradik ayah, kalau anak siapa hilang cari la kat semua rumah yang ada haha. 

Raya ketiga pakcik aku suruh datang rumah dia, makan nasi tomato dengan laksa. Lepas tu pergi rumah sedare dekat Ipoh, dia buat mee hailam. Malam pulak pergi rumah makcik aku untuk dinner, dia bakar satay pulak dah. Rezeki jangan ditolak yee. 

Adik-adik sedare aku ni memang tak sabar tunggu aku kahwin, sebab dorang pulak nak kahwin. Ciss!

Semalam aku spent time dengan Iylia kat Ipoh dari pagi ke nak Maghrib haha. Iylia senior aku kat UUM, the best sister in the world. Time kat UUM kalau lapar cari dia, dia la yang akan bagi kitorang makanan. Haha. 

Semalam pergi beraya rumah dia kejap, auntie masak mee goreng mamak lepas tu hidang kek coklat dengan aiskrim. Menangis sebab sedap and sedar makan banyak. Lepas tu lepak JJ, lepak Coffee Bean. Dah jalan-jalan beli barang sikit, masuk Black Canyon pulak haha. 

Dah menyesal dengan semua makanan yang dah dilantak, hantar Iylia pergi rumah auntie dia kat Tambun, kena paksa makan mee kari. Time sembang dengan family dia baru tau kitorang connected in every aspect of life. Makcik dia kawan baik parents aku la, sepupu dia kawan aku la, kawan baik aku punya kakak kawan Iylia la, macam-macam haha. What a small world, kalau dia lelaki dah ajak kahwin dah hahaha. 

With lovely Iylia. 

Lepas tu pergi rumah Syafikah, tumpang solat Asar dengan Maghrib. Kalau bulan puasa mau aku tumpang tarawikh sekali haha. Kat rumah dia kena paksa makan kek Red Velvet. Eleh Nadia konon semua kena paksa padahal time orang tu siapkan makanan kat dapur kau dah siap-siap pegang sudu garfu. Podahhh. 

7/18/2015

Raya 2015


Raya tahun ni tak berapa meriah bagi aku, orang pun kurang datang rumah, entah lah kenapa. Sebab panas orang malas nak keluar or layan IG lagi best, ke macam mana?

Raya 1st dalam pukul 11 pagi pergi rumah nenek. Memang tu rutin setiap tahun sebab rumah nenek 15min je dari rumah. Hehe. 

Melantak bagai nak gila, ape je depan mata berdesup masuk mulut, kadang-kadang lupa doa. Ish ish ish. Lepas tu bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga. 

Tahun ni 1st time aku bagi duit raya. Tahun lepas aku terima duit raya yang banyak lagi. How life changes in one year , langsung tiada tempoh bertenang haha. 

Disebabkan aku baru nak biasakan diri bagi duit raya, aku buat sistem cabutan bertuah haha. Semua dapat tapi amaun lain-lain. Nasib la siapa dapat sikit siapa dapat banyak. Tangan korang yang undi kah kah kah. Tahun depan kita tengok pulak macam mana permainannya. Yang kelakarnya mak bapak yang tak puas hati anak yang dapat sikit. Haha ada pulak nak paksa-paksa nak bagi berapa, janji ikhlas okay keh keh keh

Cousins aku both side 50 orang T___T So terpaksalah jadi bijak sikit macam mana nak bahagi duit yang ada hehe. 

Cousins aku semua bising kenapa amaun duit raya dorang makin berkurang. Adik-adik, korang memang tak faham lagi kehidupan di Malaysia sekarang. Tu la dulu senang je hidup, sekali jatuh dengan korang-korang merungut. Kitorang ni korang tak fikir? Dengan duit kereta lagi, duit sewa lagi. Belajar la bersyukur. Hohoho. 

Bukan budak-budak je merungut, peniaga pun merungut sebab amaun jualan memang merosot sangat. Tapi ni faktor ramai orang beli online jugak ni. 

Rakyat Malaysia terpaksa sedar yang kita tak boleh nak bermewah macam sebelum ni. 

Eh mana cerita raya aku? Haha. 

Dah la takde mood nak cerita raya dah. Yang aku tau aku banyak tidur semalam kakaka. 

Nah belanja gambar raya sekeping dua. 






7/15/2015

Salam Aidilfitri

Yuhuuuu. Dah balik kampung ke tu? Aku bersiaran dari pejabat ni. Lengang weh, syahdu pulak rasanya. Parking lot pun lengang. Amboi kereta banyak kau komplen, kereta sikit pun kau komplen, manusia tak reti bersyukur betul.

Esok aku start cuti sampai Rabu depan. Hover ke tidok? Mak bapak kat office ni pun cuti paling lama sampai Selasa, aku yang bujang trang tang tang yang takde rumah mentua nak balik cuti paling lama Hahaha. 

Hari ni dah takde mood nak berkerja, semalam aku dah siapkan mana yang patut, dah hantar masuk bilik boss pun tapi boss pun tak sign haha Dia pun dah takde mood nak kerja sebab malam semalam dia dah balik kampung nun di selatan Malaysia.

Takde bos lagi laaaaa takde mood nak kerja, dan diperakui boss aku semalam haha. Semalam sebelum balik boss jumpa semua orang, ada benda nak disampaikan sikit and kami bermaafan. Paling penting boss bagi duit raya youolssss! Haha haruslah aku gembira sebab mungkin itu the only duit raya yang aku terima *masukkan duit yang nak diberi dalam sampul sambil kesat air mata dekat bucu lengan baju*

Dulu time kecil bukan main suka nak beraya ni. Yela sehari puasa seringgit, time aku 6 tahun seringgit tu ibarat sejuta *over*. Zaman tu duit syiling pun dapat lagi, duit seringgit mas tu. Dulu ada sampul raya memang khas nak selit duit syiling, pernah dapat? Kalau tak pernah dapat korang tak legend haha.

Dulu aku suka je dapat duit syiling sebab bila mereka berlaga, ada irama yang syok, irama menandakan aku tengah kaya haha. Dulu aku rasa duit kertas takde value, aku campak je duit kertas kat mak, patutlah mak senyum je Haha. On the way dari rumah aku nak ke rumah nenek, aku tabur semua duit syiling aku atas lantai kereta, aku bersila kat bawah tu, aku kira duit raya.

Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, huyooo mak duit Nadia ada seratus. Sen aku tak mention, ringgit pun aku tak mention. Banyak sangat dah rasanya tu haha. Keluar kereta nak masuk rumah nenek pun jalan muka bangga je. 

Tapi dari kecil ayah memang ajar aku, pergi beraya rumah orang jangan buka sampul duit depan tuan rumah, kalau buat jugak memang siap kena marah dalam kereta. And time kitorang kecik memang ayah tak bagi aku nak bawak handbag ke apa ke nak letak duit raya, letak je kat beg mak, balik baru kira. Ayah tak suka nampak macam kita nak beraya sebab nak duit. Yela, jadahnya budak-budak bawak handbag? Aku sokong prinsip ayah tu.

Dah la, kalau ikut bosan aku boleh bebel sampai 4.30 karang. Siap 1 novel haha.

Di kesempatan ni, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maafkan segala keterlanjuran kata yang menyakitkan hati, terkasar bahasa, terlebih gurau, sengaja atau tak sengaja. Semoga segala ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan dilipat gandakan ganjarannya. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadat dan panjang umur untuk jumpa lagi Ramadhan 2016. 

Kepada yang balik kampung tu, hati-hati memandu. Moga selamat pergi dan pulang. 

7/11/2015

Final Raya's prep

Semalam lepas kerja aku pergi JJ Kinta, final wave beli kelengkapan raya *bayangkan game zombie vs plant*. Sebab tahun ni aku kena beli baju sendiri *cry a river*, so aku dah bajet berapa aku patut habiskan. Patut ye patut, tak habis tak boleh, lebih dari bajet takpe. Kahh!

Next gaji aku 20.8 nanti weh. Gila kau kalau tak plan kewangan betul2. Dengan aku kena service kereta bulan ni. *cry an ocean*

Aku bajet untuk semua kelengkapan dari atas ke bawah, dalam ke luar, untuk aku sorang je RM500. Ni tak termasuk baju kurung which aku dah beli siap-siap.

Terlebih RM65 tapi dapat rebate balik voucher RM40 so kira aku terlebih bajet RM25 la. Okay la kan? Hehe

With that amount aku dapat jeans 2, tshirt 3, kasut sepasang, handbag (partially sponsored by emak hehe), tudung 2. Amount tu termasuk GST. Kalau tak dapat lagi sehelai baju. Zzz. Kalau GST ni takde hasil untuk negara nanti, siaplah! Pulangkan balik semua duit aku!! Haha

Lepas tu aku topup sikit duit adik aku, dorang nak beli kasut dengan baju. Lepas tu aku bagi mak duit suruh beli tudung raya dengan tshirt ayah. Lepas tu belikan Pah sebalang kuih. Jadi la kan?

So itu je lah perbelanjaan raya aku tahun ni. Hope semua orang happy. Dan sekarang aku tak berapa nak happy. Kat mana aku nak gali nak bagi duit raya weh?? -_-" Sepupu aku both sides 50 orang weh! Awat la beranak banyak sangat pokcik mokcik den ni haha

7/07/2015

Blogs cartoon yang best!

Aku adalah peminat cartoon/anime. Aku ada beratus komik yang kelakar, yang lawan-lawan aku tak suka. Dulu setiap bulan 2x aku beli majalah Ujang, tapi sekarang dah stop tak tahu kenapa haha. Curi baca pakcik aku punya kadang-kadang. Aku ada sorang kawan yang baca Ujang macam baca buku sejarah. Habis baca dia tanya aku; mana yang kelakar? T__T Lack sense of humor betul.

Dulu time belajar, time aku ajak kawan-kawan tengok wayang cerita cartoon mesti dorang jeling aku. Dira je nak layan aku. Lepas tu dorang seret aku masuk movie cerita horror. Lepas tu dalam wayang dorang yang menyorok belakang aku -_-'' I hate you! Haha

Aku selalu envy dengan orang yang ada talent melukis. Aku ni lukis orang lidi pun senget. Kalau la aku ada kuasa magic hidupkan orang-orang lidi aku, nescaya dorang layak dapat kad OKU.

Ni aku nak share beberapa list blogger yang kadang-kadang aku tak baca pun apa dorang bebel, tapi aku baca komik dorang haha. Ye walaupun aku suka menype panjang-panjang, hakikatnya orang punya blog aku suka tengok gambar je haha. Baca sikit-sikit untuk faham cerita hehe.

They are so talented. I envy! 






Kalau jumpa lagi blog ala-ala komik yang best nanti aku share.

Ayah aku suka beli Gila-gila, aku tak minat sangat sebab bagi aku cartoon dia serabut. Tapi baca jugak page to page hahaha.

Okay lusa dapat gaji, nak pergi cari setrolley komik. Oh haritu aku nak beli komik Zint online, kira jadi la hehe. Duit raya  kira burn la haha. Aku dah lama tak hidup santai atas katil sambil selak komik gelak sorang-sorang. Dah lama tak ulang tengok cerita Big Hero 6 (Aizat probably rolling his eyes now haha), Madagascar, Penguin of Madagascar, Ice Age which are among my all times favourites. Where is my life? Heh!

7/06/2015

Kisah tak boleh puasa

Aku sekarang on leave puasa. Standard perempuan lah kan? Perempuan yang da baligh tak kahwin lagi tapi puasa penuh tu ye musykil sikit. Cikgu aku dulu ada petua taknak bagi period time bulan puasa, traditionally, bukanlah telan pil ke apa. Tapi tu la, aku lupa. Lagipun bagi aku tak elok nak melawan kitaran alam keh keh keh.

Tapi aku tak la makan depan-depan orang. Depan mak ayah aku je aku makan, harap mereka sabar haha. Dulu punya nakal, dalam kereta slumber je aku minum kalau tak puasa tu, dah la cermin tak tinted hahaha. Tapi sekarang nak minum pun aku duduk kat lantai kereta dulu baru togok. Hehe. 

Lain tau lapar dan dahaga time period ni. Sebab tu Allah bagi cuti sebab weolss memang kena ada tenaga, darah banyak keluar kan, memang weak. Kadang-kadang sampai shaking la.

Tadi sampai pejabat aku nak refill air dekat pantry. Aku lalu jalan luar sebab taknak la obvious sangat bawa botol air sebesar peha gajah depan staffs. Aku pakai rempuh je pintu sekali 3 orang lelaki kebetulan ada kat kawasan tu tengah asing fail-fail pandang aku yang sedang menghayun-hayunkan botol air tersebut dengan gembira. Cissss! Punya la nak cover, kantoi free je. Aku dengan muka slumber cool, goncang botol kat sink pergi isi air kat dispenser. Hakikatnya tebal jugak muka aku tadi. Nak tambah cool, aku singgah sembang dengan dorang.

-_-''

Tengahari aku pergi beli makanan. Aku letak dalam plastik hitam. Time nak naik bangunan office, aku nampak sorang laki dari atas tangga nak turun pandang je aku, aku pandang dia sekilas lepas tu aku tunduk terus. Tetiba laki tu tahan aku, tanya 'Nak pergi mana ni?' Suara macam penguatkuasa agama kau tahu! Padahal aku tak kenal pun dia! Tergagap-gagap aku jawab nak pergi tingkat 1 sebab otak aku tengah ligat putaq fikir 2 perkara;

Dia ni siapa? Aku kenal ke?
Ke dia nampak makanan dalam plastik hitam aku?

Cuak weh kalau dia nampak makanan aku, sekali dia tuduh aku tak hormati Ramadhan dan bawak aku naik kereta jenazah lagu mana? Mau kena buang kerja. Sampai tahap tu la aku fikir haha. Aku tak tahu kenapa aku perlu cuak. Last aku cuak cakap dengan laki, time Haris si sycho terjah aku.

Selagi aku tak jawab dia berdiri depan aku, aku sumpah tak kenal siapa dia! Dah aku jawab dia angguk-angguk senyum then bla! Lepas tu baru aku perasan semua kat lobi tu tengah pandang kitorang. Sebab kan aku cakap dia tanya macam pegawai penguatkuasa. Tapi dari gaya dia takde la rupa pegawai agama. Lagipun aku bukan buat salah apa pun! Cara dia tanya macam abang tanya kat adik kenapa pukul 12 malam baru nak balik rumah.

Kau padia wehhhh? Kau siapa?? Kalau aku jumpa dia lagi, aku nak lastik kepala dia. Tapi macam dah lupa muka dia macam mana haha.  Buat malu aku je semua orang pandang. Nak kata gila siap pakai blazer kerajaan, gaya pun rapi. Siap boleh senyum lepas tu tak tahan, aku sekat kaki time turun tangga tau la!

7/03/2015

Hormatilah bulan Ramadhan

Semalam on the way balik rumah aku singgah kedai mamak, ayah pesan murtabak. Aku pun pergi la order dengan sorang pelayan ni, aku syak dia orang Myanmar.

'Saya mau murtabak ayam 2, daging 1'

Lepas tu dia tunjuk ayam goreng dengan kari daging. Lantas aku menggeleng dengan pantas

'Bukan, bukan, saya nak murtabak' *sambil tunjuk murtabak yang depan mata dia.

'Ohh murtabak'

Derr bukan aku dah cakap ke tadi? Nak kata pekak tak. Nasib baik bulan puasa, kalau tak aku dah sumbatkan murtabak-murtabak tu ke dalam mulut dia dan pinggan tu aku ketuk sekali atas kepala dia.

Selepas penat ulang order, aku pun duduk ambil nafas tunggu murtabak reheat. Tetiba aku rasa aku buang masa, lalu aku bangun pergi bayar siap-siap harga murtabak. Dah bayar, aku ke tempat duduk balik, aku terpandang bahagian lain dalam kedai mamak tu, yang tersorok sikit.

Aku nampak 2 lelaki Melayu dah tua tengah makan wehhh! Hari panas terik takkan la tersilap waktu asar dengan maghrib! Ayooo atok, kalau ada cucu 6 tahun yang sedang belajar puasa datang nak beli nan cheese untuk berbuka ternampak atok tengah makan roti canai, tak ke malu sampai ke kubur nanti?

Ke memang sifat malu dah makin hilang dalam diri manusia?

Aku cuba husnozon, menyangkakan mereka gastrik tak boleh puasa. Perghhh best gila gastrik ada geng. But still kau gastrik ke kau saja taknak puasa ke sila makan sorok-sorok dalam rumah yang takde siapa boleh nampak. Hormatilah Ramadhan itu. Kau taknak puasa sukahati kau lah, dah tua nak mampus tak sedar diri dah bukan kerja siapa-siapa nak menegur.

Seorang hakim mahkamah syariah pernah cakap dekat aku 'Kita akan tangkap orang tu bukan sebab dia tak puasa, tapi sebab dia tak hormati bulan puasa'

Even Indu depan aku yang tengah makan roti canai pun nampak muka serba salah dia sebab makan depan aku. Kejap-kejap dia tengok roti canai, kejap-kejap dia tengok muka aku. Ke sebab muka aku macam roti canai?

Pelik lah aku orang tak puasa ni. Adik aku sekolah all boys, dia cerita ramai je tak puasa langsung. Kawan aku pulak cerita officemates dia ramai-ramai smoking kat tangga. Ya Allah, macam mana tu nak jadi ketua keluarga nanti. Hope sempat berubah. Takutlah aku dapat suami gitu huhu. 

Ada yang puasa tapi tak solat. Padahal dalam rukun Islam, solat datang dulu baru puasa.

Tapi siapalah kita nak mengadili dorang? Kita pun bukanlah sempurna sangat. Doa-doalah mereka ni berubah sebelum ditarik nyawa. Doa untuk kita juga moga terus istiqomah.

Lalu, murtabak aku pun siap. Boleh Myanmar tu tanya lagi;

'Akak, ayam goreng sama itu daging sudah bungkus?' Kerja kedai mamak cakap pun macam mamak dah Myanmar ni.

Bila masa aku nak benda tu? Jangan aku sepak kau sampai ke Myanmar balik! 

Terus aku angkat sebelah tangan tanda enough enough sambil pusingkan sikit kepala gaya India padayappa lalu beredar ke kereta.

Kawan baik, katanya

I value friendship very much. I love each of my bestfriends so dearly. Aku tak banyak kawan sebab aku anti-soSIAL. Aku susah gila nak rapat dengan orang sebab aku boleh rapat dengan orang yang sekepala dengan aku je. Tapi once dah rapat aku tak pernah bergaduh dengan dorang. Sebab kawan kawan aku dan aku adalah wanita kental susah sentap. We are easy going, tak payah nak negative sangat, tak payah hidup nak complicated sangat. Boleh?

Aku dua kali dibuang kawan. Sobsss hahaha. Kesian tak weh? Aku tak bersalah pun! Aku sayang kot kat dorang. Sumpah aku sedih sampai sekarang bila ingat how we used to be. You're just somebody that I used to know (nyanyi sikit). Eh dah dengar lagu raya? Kau jangan dengar lagu raya zaman sekarang. Lagho!

Okay sambung. 

Kes pertama. Dia tinggalkan aku sebab dia devoted her life to her boyfriend. Ex. I'm so sad. Dah la takde boyfriend, kawan pun taknak share boyfriend hahaha no no. Kawan pun taknak kawan aku sebab ada boyfriend. Aku pun merangkak la cari kawan lain. Remember aku susah nak rapat dengan orang? Nasib baik aku jumpa sorang  hamba Allah yang senang nak rapat dengan orang so kitorang best friend forever sampai jannah. Gitchuuu. 

From that I have strong believe in 'when someone leave, surely someone better will come'. Applied also in love life just he doesn't come yet in my life maybe hidden somewhere around the corner hahaha

Plus, God knows well, He knows who deserves in your life and who doesn't. 

Kes kedua is the weird one. Tetiba weh tetibah dia unfriend aku untuk semua benda. TETIBA! Sumpah aku tak buat apa apa kat dia, she was my bestfriend. Orang kutuk dia aku dengar angguk angguk je even when I agree on certain points but still I didn't add any seasoning or spice on that coz when one is your bestfriend, you'll accept her no matter what. 

Sedih la weh. Dah la kertu susah nak cari kawan baik, tetiba diperlakukan sebegitu rupa tanpa aku tau salah aku. 

Tapi takpelah aku still ada kawan-kawan baik yang sayang and appreciate aku. Jap jap aku nak kira tinggal berapa orang. Hmm 7+10+2+4-2. You do the math la!

Dear two of you,
I hope you to be happy in your life. Be simple. Don't be complicated women haha. Sometimes it hurts me when people talk bad about you. I apologise for all my wrongdoings during our sweet friendship. And thank you for all the moments we shared and thank you for leaving me without saying goodbye while I still remember our HI (omg it's rhymes!). Mesti dua dua tak pernah dengar lagu Ezlyn Hai Hai Bye Bye ni. Aku nak dengar kat youtube kejap sebab aku pun dah lupa lagu tu! Haha

7/01/2015

Harga minyak naik lagi??!

Dengar cerita harga minyak naik lagi. Yeke? Aku tak tengok berita semalam. Tapi karang aku nak isi minyak, tengok la sendiri nanti ye. Ye la, aku cakap pasal minyak kereta la, bukan minyak cap kapak!

Kalau betul la naik, amboi sukanya saya. Boleh isi dalam botol buat air minum. Baru sihat! Warna pun macam tea o dah, bau pun sedap.

Aku dah la isi RON97 T___T Sebab  kereta aku jimat minyak, so belanja la dia minum mahal sikit, lagi pun dia lambat dahaga balik. 

Redha je lah. Apa la kita boleh buat sebagai pengguna dan rakyat marhaen. Nak protes karang tak bergerak kereta aku. Nasib baik time beli kereta dulu tak gelojoh beli yang mahal terus, walaupun nafsu membuak-buak. Nasib baiklah rational time tu. Kalau tak sekarang mampus nak bayar bulanan kereta dengan harga minyak yang MURAH tu.

Hari tu aku tengok IG siapa entah, dia duduk UK, pakai kereta elektrik! Perghhhhh! Hebat hebat. Malaysia bila nak gunapakai kereta elektrik? Hmm kirim salam je la. Kau ingat teknologi dia harga seringgit dua puluh sen ke? Dengan negara yang chaos gila sekarang, kau main je la kereta kontrol elektrik sudah.

Sekarang ni 5 hari aku ulang alik Kuala Kangsar-Ipoh, seminggu minyak kereta dalam RM70. Okay la kan?

Aku isi minyak RM50 sekali isi, dapat full tank. Tapi susut la km yang boleh pergi. Nampaknya sekarang makin susut la. I is sedih T__T

Kena kurangkan amaun duit raya ni kakaka.

Percayalah, bila minyak naik semua benda harga naik. Sebab semua benda melalui proses penghantaran. Walaupun yang hantar guna lori pakai diesel dan harga diesel tak naik, mereka tetap ambil kesempatan. Labuci! Kalau kita guna kenderaan bergajah atau khidmat burung merpati, memang boleh jimat la. 

Syukurlah Malaysia masih aman. Aman ke? Zzzzz. Apa definisi aman bagi korang agaknya? Tak perang means aman? Bagi aku aman tu melibatkan jiwa raga. Sekarang jiwa raga aku tak aman. Okay ni aku nak tanya, siapa yang rasa aman dengan keadaan negara kita sekarang?

Takpelah, kita tunggu la hasil GST yang dikhabarkan sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang. Jangka masa panjang tu jangan sampai aku ada cucu baru nampak hasil ye. Mana tau dengan keuntungan GST kita boleh dapat beli minyak RM1 seliter, malah teknologi kereta elektrik pun diperkenalkan kat negara kita, malah ada sky track untuk sky car! Mana tau kan? hehe. Very optimist.

Sabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Keh keh keh