”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/04/2015

Tak cukup korum

Aku tak tahulah aku je ke takde perasaan or kurang perasaan tapi aku tak pernah heran orang buat majlis tanpa aku. Memang seronok kumpul kalau semua ada tapi bila masing-masing dah ada komitmen masing-masing, dah beranak pinak, nak kumpulkan semua tu agak mustahil. Kan?

Lagi aku tak faham orang yang nak orang lain ikut jadual dia. Sampai sanggup suruh orang lain tu tangguhkan majlis perkahwinan/tunang/berkhatan or whatever which yang turut melibatkan pihak ketiga. Sebabnya? Sebab dia sorang je tak dapat datang sebab anak kat tadika nak konvo hari yang sama! You choose which one your priority la. Lepas tu nak sentap sebab tak tunggu dia. Woi bukan kau tok mudim/tok kadi pun.

Bagi aku dalam majlis ada mak ayah tok nenek dah cukup. Nak tunggu adik ni balik dari Madagascar la, nak tunggu sepupu balik dari Norway la, nak tunggu anak jiran balik honeymoon la, ha mereput la khemah kau kat sana.

Kalau nak kumpul semua ada, makanya sampai ke sudah tak jadi majlisnya. Lain la kalau tarikh tu 3/4 ahli keluarga/kawan yang tak dapat hadir, so kita boleh bincang tarikh lain. Tapi setakat 1/4 yang tak dapat datang, jalan je lah. Nak tunggu apa lagi? Kalau nak tangguh tarikh lain, nanti orang lain pulak ada hal. Nasib la, ikut rezeki masing-masing.

Sebenarnya kan, dengan orang kuat sentap ni kau nak deal apa-apa pun susah. Tak ikut kepala dia je terus sentap. Kepala bana betul haha. Sebab tu aku tak boleh rapat dengan orang yang kuat sentap sebab memang non hadooo aku nak layan. Dalam dunia ni aku orang akhir yang akan sentap kot. 

Ye, aku adalah orang yang malas layan perasaan. Bahahaha. Dan diakui sirim :P Nak merajuk/sentap untuk benda yang tak logik, silalah merajuk sorang-sorang sampai ke alam barzakh. Hahaha. 

Aku tak tahu lah aku ni hati kering tahap berapa. Apa aku cakap, aku buat. Kalau adik aku nak ikut ke mana-mana and aku dah warning kalau lambat aku tinggal, memang aku tinggal. Aku dah tekan alam kereta dia baru nak ke bilik air, hah memang bye bye la kau. 

Cousin aku dah umur 9 tahun, semua benda nak orang buatkan. Hari tu aku dah tolong hidangkan nasi sebab rice cooker tempat tinggi, lepas tu dah tolong tabur kicap atas nasi sebab botol kicap tu berat dan licin. Sekali boleh dia suruh aku gaulkan sekali nasi dia? Memang aku tak layan. Merengek-rengek suruh gaulkan. Hoi kau bukan 3 tahun okay? Aku buat bodoh je, aku makan nasi aku sampai habis aku letak kat sink, basuh lepas tu bla dari dapur. Last-last pandai gaul sendiri.

Amacam, tegas tak seorang Nadia? Bahahaha

Kau nak manja boleh, jangan gedik mengada-ngada. Kau nak tunjuk degil kau, tengoklah siapa lagi degil sebenarnya haha.

Patutlah bos aku lantik aku jadi pegawai integriti bahahaha. 

6 comments:

  1. amboi sampai ke alam barzakh pergi dia, wakakaka! betul gua sokong, sekarang dah 2015 derrr, bukannya tahun 1955, mmg tak lah nak cukupkan korum yg bertebaran di serata alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. aku x suka meremehkan benda yang simple

      Delete
  2. Gua pun tak faham orang yang cepat sentap ni... dia ingat dunia ni berputar ikut dia ke pe... Ada gak dalam family perangai macam tu. Tapi bukan family rapat lah.
    kakakaka...
    Gua pun jenis malas nak layan.. sebab tu dulu gua clash dengan ex. Sebab gua malas nak layan sesikit sentap sesikit sentap tapi gua buat bodo. wkwkwwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit! Tak koser lah nak layan orang sentap ni, layan burger tepi jalan lagi best. Orang macam kita memang akan dapat pasangan yg kuat sentap kot *opss* hahaha

      Delete
  3. Anonymous8/05/2015

    sbagai seorang introvert, kalau tak dijemput lagi la best hahaha.. heh.. *forever alone*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sometimes i felt the same way too.slh satu sebab deactivate FB, malas org jemput kahwin :P

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!