”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/30/2015

Awak terlalu baik untuk saya

Phrase kat atas ni selalu orang cakap as lame excuse untuk sesiapa nak tolak cinta orang dengan cara baik.

Ada jugak yang bertanya;

Dah dapat yang baik kau nak apa lagi dol?

But seriously weh aku tak boleh dengan orang yang terlalu baik / berbudi pekerti ni. 

Takde salah, dia minta maaf

Aku salah pun dia minta maaf

Orang lain salah tapi melibatkan aku, pun dia yang minta maaf (?)

Lepas call message cakap terima kasih sebab jawab call (?)

Aaaa I kennot. Aku manusia grago dan tidak bersopan santun. So aku tak boleh masuk dengan orang yang terlalu baik ni. Aku tak selesa. Aku tak boleh jadi diri sendiri. Aku jadi awkward. Aku tak boleh gelak macam Mak Lampir. Aku akan jadi fake. 

So aku tak boleh bina hubungan atas aku yang fake. Tidaklah fake 100% sebab dia pernah komen 'awak ni gila-gila kan, best kawan dengan awak'. So maknanya sisi sebenar aku wujud depan dia mungkin cuma tak 100% sebab depan orang baik ni mestilah kita cuba jaga pekerti kita kan?

Aku nak orang yang aku comfortable with. Yang aku boleh joke and tease around. Yang aku boleh jadi 100% me. 

Aku tak suka laki romantik / sweet talker. Aku tak suka laki layan aku macam aku budak tadika. 

Aku suka laki yang boleh jadi kawan baik aku. Yang aku boleh cerita dari hal ehwal isteri Perdana Menteri sampai lah hal ehwal sengugut. 

Ni aku cakap aku tak boleh solat pun dia segan. Acane tu? 

Aku tak boleh orang ingatkan aku semua benda yang memang aku tau itu tanggungjawab aku, I'm 25 kot. 

Setiap kali time solat suruh solat, setiap kali time makan suruh makan. Kau tak suruh pun aku buat la. Solat tu makanan jiwa aku, makan tu makanan perut aku. 

Tanya lain ye, suruh lain. Tanya pun jangan selalu, kadang-kadang je. 

I don't need a baby sitter, I need a best friend. 

So, alasan awak terlalu baik untuk saya, bagi aku ada betulnya.

9/26/2015

Ema's Wedding

Sekarang ni memang musim orang kahwin bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan walaupun cuaca berjerebu. Bila musim ni habis akan datang pulak musim manusia mengeluarkan anak dari rahim. Inilah kehidupan *kunyah kacang dengan slow motion*

Aku jarang pergi kenduri kahwin unless kawan rapat dan mak paksa. *anti-social alerts tett tett tett*. 

Tadi aku pergi Sungkai, attend kenduri kahwin kawan universiti aku. Sampai tol Sungkai aku on GPS, dia bawa aku ke kenduri orang lain. Kuang aja ye kuang aja. So terpaksalah aku guna kepakaran otak aku yang tipis bab peta ni untuk menelaah peta. 

Alhamdulillah jumpa juga rumah pengantin selepas tanya orang dan beberapa kali salah jalan sampai rasa nak pergi petik buah kelapa sawit dan baling kan pada penduduk yang lalu lalang. Oh rumah pengantin kat Felda Besout. Tidak ku sangka felda itu sejauh itu. Dah la banyak siri nya, dalam satu siri banyak pulak peringkatnya. Pening kepala aku haha. 

Sampai je terus makan. Tak sempat habis makan pengantin sampai. Tinggal makanan sebab nak tengok pengantin berarak bawah pedang samurai punya pasal. 

Lepas tu sambung makan pinggan kedua. Sungguh tak senonoh perangai. Bila perut dah kenyang tetiba makcik pengantin datang hantar makanan pengantin berupa ikan masak 3 rasa. Apakan daya perut dah kenyang, nak makan seekor ikan bilis pun tak mampu rasanya. 

Keluarga pengantin sangat baik layan kami. Siap dapat 2 goodies bags dan bungkus lauk kenduri. Tak sia sia sesat hehe.  

Masa on the way aku cakap dekat Syafikah aku teringin gulai nenas ikan masin. Sekali time nak ambil makanan ada weh lauk tu. Sungguh Allah Maha Pemurah. Bergenang air mata time cedok lauk tu. Okay aku tipu, tapi serius terharu dengan kebaikan Allah. Bungkus pun dapat lauk yang sama. Alhamdulillah. Lauk yang lain pun sedap. 


Tahniah Ema & husband. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Make a lot of cute babies so you won't be alone when Azhar is on board. Hehe. 

9/21/2015

Integriti

I've been busy, again. Eloklah aku busy pun dari aku terbayang Abang Man terbaring dalam kubur. Aku sedia maklum yang rohnya tidak lagi bersama jasad yang telah dikambus tanah itu. 

Tengah seronok berehat ye Abang Man? Yelah rehat lah. You have been through a lot of pain. Hari tu Nadia tanya khabar Kak Yan, Alhamdulillah Kak Yan dengan anak-anak redho. Nanti Kak Yan ajak Nadia jumpa lepas dia dah habis edah. Haha jangan risau, mana ada nak mengumpat Abang Man, janji!

Minggu ni boss aku cuti panjang so mandat dia ke aku pun panjang. 

'Nadia, next week Dato' ada wawancara dengan station bla bla bla pasal integriti. Awak tolong buat soalan and jawapan sekali, bajet untuk 30minit punya wawancara. Ni surat dari dorang, semua details ada kat situ'

Hati aku berkata, 'Wawancara padia dah siap planted Q&A'. Tapi kepala aku mengangguk. Hati dengan otak aku memang bagai anjing dan kucing, jarang seirama, ape ntah lagi nak jadi bagai aur dan tebing, bagai isi dan kuku jauh sekali. 

Aku masuk bilik aku, henyak badan ke kerusi dengan otak yang serabut

'Binatang apa integriti ni?'

Dari aku zaman sekolah orang duk laung sana sini pasal integriti, aku tak pernah ambil port. Kalau integriti tu terletak dalam ice box mat kool mat kool kawan ku mari kita ikut mat kool main main selalu syoknya syoknya ada mat kool jom kita pergi, mau jugak aku ambil integriti tersebut dan bayar di kaunter lalu menikmatinya. 

Ni dah la nama tak sedap, nak harap jumpa sebelah karipap pun takde. So terpaksa la aku menggunakan hikmat keyboard sakti dan pakcik google. Mujur jumpa. 

Lalu aku pun gigih la dengan seorang rakan perah otak mereka soalan yang berasaskan integriti yang aku faham-faham ayam konsepnya. 

Pagi tadi aku gigih siapkan 9 jawapan dengan penuh to'maninah dan sedaya upaya cuba masukkan elemen seni lingua franca. Sakit otak aku. Ternyata Bahasa Melayu bukan calang-calang bahasa. Yang kau tahu mencarut je! Haha tetiba. 

Lalu aku persembahkan kepada Dato' hasil kerja aku. Alangkah lega bila Dato' memuji-muji hasil karya aku, kalau tidak berlaku lah tragedi kicap tamin tumpah atas karpet bilik Dato' yang mahal itu. 

Sudah aku membuat kira-kira dalam kepala jika kerja aku di reject, aku akan mengembara ke Kepulauan Sulu untuk meminang pahlawan di sana. Tapi malangnya kerja aku diterima baik, maka lambat lagilah nampak gayanya aku kahwin haha. 

Jika kalian terdengar di corong-corong radio ada manusia dengan semangatnya bercerita pasal integriti, tahulah kalian itu karya perah otak aku. Tapi pada hemat aku, tidak akan kalian terdengar rancangan itu sebab Melayu memang mudah lupa haha tetiba. 

Esok aku nak ke satu daerah tepi laut untuk memantau kerja nelayan-nelayan di sana. Doakan aku dapat bawa balik butter prawns atau sotong butter salted egg. 

Jumaat aku tak cuti, aku ingat nak pinjam lembu yang bakal dikorbankan pada hari Sabtu buat tunggangan ke pejabat. 


9/13/2015

Moga Abang Man tenang di sana

Abang Man, akhirnya Abang Man pergi juga jumpa Tuhan. Dah sampai janji Abang Man dengan Dia. Nadia tahu Allah sayang Abang Man, Dia rindu sebab tu Dia panggil pulang cepat. 

Tadi Nadia nak melawat Abang Man, sampai je kat wad terserempak dengan Pak Mail. Pak Mail yang bagitau Nadia. Nadia terkejut sangat. Terus Nadia masuk wad Abang Man. Nadia selak langsir, nampak sebujur kaku manusia atas katil siap balut. 

Nadia tak percaya itu Abang Man. Nadia tengok Kak Yan. Kak Yan bangun peluk Nadia, Nadia terus nangis teresak-esak. Sampai Kak Yan yang pujuk Nadia. Patutnya Nadia yang tenangkan Kak Yan kan Abang Man? Maafkan Nadia, Nadia just couldn't control it. 

Nadia call Afiq nak bagitau. Nadia tak boleh cakap pun dengan Afiq tapi cakap jugak. Afiq pujuk Nadia sikit. Still Nadia tak okay jugak. 

Terus Nadia terbayang-bayang semua kenangan kita. Gelak Abang Man, cara Abang Man bercakap, mimik-mimik muka Abang Man. Rindu. 

Nadia bukak handphone, lama Nadia tenung nama Abang Man kat contact. Nadia tahu nama tu dah takkan appear dekat handphone Nadia sampai bila-bila. Nadia baca balik message-message kita, tergelak Nadia. Kita memang kelakar kan Abang Man? Hehe. Nadia printscreen mana yang best untuk dibaca time rindu. Nanti la Nadia delete nombor Abang Man, sakit sangat nak delete sekarang. 

Tadi Nadia sempat tengok muka Abang Man sebelum kebumi, Nadia ikut sampai kubur. Alhamdulillah segala urusan Abang Man dipermudahkanNya. 

Tenanglah Abang Man kat sana, moga roh Abang Man ditempatkan di sisi kekasih-kekasih Allah. Moga kita berjumpa lagi di sana nanti. Doa Nadia takkan putus untuk Abang Man. InshaAllah Kak Yan dan anak-anak kuat terima ujian ini. Takkan terputus hubungan yang disulami doa. 

Al-Fatihah. 

9/12/2015

Ke hadapan Abang Man yang Nadia kasihi

Abang Man, 
Ingat tak mula-mula kita jumpa time tu Nadia saja datang office, nak melawat. Time tu kita hai hai je. Lepas tu Nadia decide nak chambering situ, lepas tu baru kita rapat

Nadia banyak sangat belajar dengan Abang Man. Abang Man sabar sangat ajar Nadia. Dalam pejabat tu Nadia paling rapat dengan Abang Man. 

Abang Man ingat tak Abang Man selalu masuk bilik Nadia bila Abang Man takde kerja or Abang Man tension. Kita boleh sembang semua benda, kita jugak suka tak puas hati benda yang sama haha. 

Nadia cerita semua benda dengan Abang Man, Abang Man pun banyak share cerita dengan Nadia. 

Dalam masa yang sama Nadia pun baik dengan isteri Abang Man, Kak Yan. Kak Yan pun sempoi, satu kepala dengan kita. 

Tahun lepas bila Nadia tau Abang Man ada kanser kat kaki, risau jugak. Tapi lepas operation lepas buat radioteraphy Abang Man nampak getting better just tempang sikit. Lega tengok Abang Man macam tu. 

Lepas tu Nadia tukar tempat kerja. Time tu pun ada dilema Nadia cerita kat Abang Man. Lepas tu Abang Man bagi Nadia nasihat, Kak Yan pun bagi nasihat. So Nadia pilih kerja yang sekarang. Sedih jugak nak tinggal Abang Man, takut kat office baru dah takde orang yang boleh jadi kawan baik Nadia. 

Nadia kat pejabat baru pun hari-hari kita message, we shared jokes. Kadang-kadang bila balik Kuale Nadia pergi rumah Abang Man, kita sembang-sembang. 

Sampai lah sebelum raya, Abang Man bagitau Abang Man sakit dada. Tapi Nadia sedapkan hati, inshaAllah takde pape. Abang Man kene refer ke HKL sebab Abang Man ada history kat sana. 

Sebelum raya Abang Man bagitau Abang Man kene raya kat hospital sebab doktor tak bagi balik. Sedih dengar. Tapi Nadia tahu itu yang terbaik. 

Lepas raya Abang Man bagitau doktor dah diagnose Abang Man kene Lung Cancer Stage 4. Terdiam Nadia. Beratnya ujian Abang Man, baru tahun lepas operation kaki. Tapi Nadia sedapkan hati, everything gonna be fine. Nadia sungguh-sungguh doa kat Tuhan, sembuhkan Abang Man. 

Abang Man kata stage 4 tu sebab tak boleh nak buat apa-apa, operation pun tak boleh nak buang 2 tumors tu. Lepas tu Nadia lawat Abang Man time Abang Man buat bacaan yassin, lama jugak kita sembang walaupun nampak Abang Man penat tapi Abang Man nak jugak sembang dengan Nadia. 

Then Abang Man pergi HKL untuk rawatan radiotheraphy and chemoteraphy. Ada jugak kita message tapi tak selalu sebab Nadia taknak kacau Abang Man. 

Jumaat lepas Nadia dapat tau Abang Man admitted kat Hospital Taiping lepas 1st chemo. Nadia melawat Abang Man, Abang Man boleh sembang lagi dengan Nadia. Dan Nadia terus berharap Abang Man akan sembuh sepenuhnya. 

Hari ni Nadia pergi lagi tengok Abang Man. Kak Yan cakap Abang Man punya keadaan makin membimbangkan. Abang dah tak sesemangat dulu, Abang Man dah marah-marah. 

Nadia cakap kat Kak Yan, banyak sabar. Kalau kita dalam keadaan macam Abang Man pun kita buat benda yang sama. Yela dengan sakit lagi, lepas tu rasa down, rasa menyusahkan semua orang. 

Nadia tahu berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kak Yan memang isteri yang baik, sabar layan Abang Man. 

Tapi tadi Abang Man duduk bersandar je, Abang Man tak cakap pun dengan Nadia. Nadia sedih. Kak Yan nangis tadi, Nadia pun nangis. Nadia nak tenangkan Kak Yan tapi Nadia tau kalau Nadia cakap je mesti terus menangis teresak. So Nadia diam, taknak bagi Kak Yan lagi susah hati. 

Kak Yan cakap Abang Man dah beberapa hari tak tidur, Kak Yan pun sama. 

Abang Man, cepatlah sihat. Nadia rindu Abang Man. Nadia rindu nak message dengan Abang Man. Nak dengar and tengok Abang Man gelak. Sumpah Nadia rindu. Tak sanggup Nadia tengok Abang Man macam tu. T____T

Kak Yan, kuatlah. Banyaklah sabar. Allah sayang sangat dengan Kak Yan dengan Abang Man, sebab tu Allah uji. Abang Man sebaik-baik manusia, orang baik memang Allah sayang. Allah takkan membebani hambaNya melebihi kemampuan kita. Ingatlah dunia ni sementara, all pain shall pass. Ganjaran menunggu kita kat sana InshaAllah. 

Ya Allah, ringankanlah beban Abang Man, Kau kuatkanlah kami terima dugaan ini terutama Abang Man sekeluarga. Jika ajalnya telah sampai, Kau permudahkanlah, Kau ringankan jalannya menemui Kau dan redhakanlah kami. Tapi jika masih panjang umurnya, Kau sembuhkanlah dia dari sebarang penyakit sesungguhnya Kau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Hanya Kau tempat kami bermohon dan meminta pertolongan. 

Truth to be told.



                                 

Haha now I feel exactly like the above notes. Fasa rasa nak kahwin awal dah berlalu. Dulu gelenya menggeletis memang la haha. Sekarang dah matang, dah tau kemampuan diri. This thing need no rush.  Jalan cerita hidup setiap manusia lain-lain. 


Bukan takde yang datang nak kenal, nak masuk meminang tapi memang aku rasa 'it doesn't feel right'. So, sebab aku tak rasa nak getting into commitment now, takdelah aku paksa diri aku nak terima sesiapa je. I'm not that desperate yet. Aku try bukan tak try, tapi tu lah, tranquility tu aku tak rasa lagi dengan sesiapa pun. So better aku stop. 

Aku selesa dengan hidup sekarang. Tak perlu menjawab or bagitau apa-apa kat sesiapa unless parents. Itu pun kadang-kadang aku tak bagitau jugak kat parents haha. 

Lagi satu aku ni dah la brutal. Aku tak boleh la orang nak manja-manja dengan aku, kembang tekak aku. Aku try to be nice, tapi please jangan over dengan aku selagi kau tak jadi laki aku. 

Saya demam
Dah tu, makan la ubat
Tak nak, nak awak suapkan
Haha boleh bla. Tak nak makan sudah. 
Sampai hati
Sampai haha

Buat apa?
Baru lepas jogging
Kat mana?
Padang
Tak bagitau saya pun
Mak saya pun saya tak bagitau
Yela *emoticon sedih*

Aku pun terus tak reply sampai dia message aku balik haha. Itu pun kalau aku rasa nak reply lah. 

Annoying tahu? Tapi tu la yang datang kat aku semua stok manja, hati sensitif (totally opposite me). Siapa kenal aku tau la aku macam mana. Memang tak boleh nak masuk la haha. 

Kawan-kawan aku dah siap-siap gelakkan aku kalau aku bagitau ada laki nak kenal dengan aku. Sebab memang semua stok hati perempuan dan malangnya dorang nak kenal dengan aku yang grago ni. Memang malang untuk mereka. I'm sorry. Haha. 

  
Aku dah jumpa beberapa laki baik. Memang baik sampai rasa tak sekufu. Stok pergi masjid (bukan dia yang bagitau, tapi orang lain cerita kat aku) padahal aku pergi masjid bila ada kat luar kawasan rumah je hoho. 

Tapi tu la, baik tu baik tapi tak sesuai dengan jiwa aku. Kesian pun ada. Never failed to ask bout me even sometimes I didn't reply him. Aku dah terangkan kat dia, jangan mengharap kat aku. But still up untill now he never give up, not yet. Hubungan atas tiket kesian memang tak ke mana lah. 

I try to be mean (no, I'm mean) but he surely has a lot of patience inside him dealing with this stubborn-egoist Nadia. 

Ada perempuan pernah ajak dia kahwin, tapi dia taknak. Sekarang terbalik pulak haha. So dia cakap kat aku 'saya faham apa yang awak rasa sebab saya  pernah rasa, takpelah saya doa yang terbaik dari awak'

Krikk krikk krikk. 

Tapi perempuan yang ajak laki kahwin ni memang bold. Respect. *tabik hormat*. Aku harap aku tak perlu ajak laki kahwin haha. 

Masalah aku sekarang, bila aku dah selesa dengan someone, aku ter-friendzoned dia pulak haha. Tapi  best apa kahwin dengan kawan baik, kan? Okay kita try lepas ni, kalau ada lah hahaha.

Hold dulu rancangan kat atas ni. Sekarang ada 10 tempat menarik aku nak pergi ni. Kalau dah pergi nanti aku cerita. Semuanya involve adventerous activities and water. Let's get tanned. Gituuu padahal memang dah hitam hahaha. 

And inshaAllah tahun depan aku cuba realisasikan impian aku nak travel solo. Mihmihmih. 

9/09/2015

CUBA mengamalkan cara hidup sihat

Sejak aku hidup sendiri (menyewa), aku cuba amalkan hidup sihat. Dua tahun aku duduk dengan parents, weh jahanam badan aku weh, lari segala alignment. Berat naik tanpa batasan. Mak aku masak sedap sangat, cannot resist. Lagipun kecik hati dia kalau aku tak jamah. Padahal boleh je nak makan sepinggan, tapi kadang-kadang 3 pinggan aku bedal. Mummy why your hands so magical? Aku masak tak pernah pulak sesedap tu. Lagi satu kalau aku sendiri masak, aku tak selera nak makan. HAHA nampak nau tak sedap -_-''

Time tu nak kawal kesihatan badan, aku main badminton petang-petang. Time Nadzirah cuti boleh la main dengan dia. Kadang-kadang main dengan Hafiz, tapi selalu dia pergi main bola/takraw dengan kawan-kawan dia. Apa kerlass layan kakak main badminton. Siap kamu Hafiz, aku taknak hantar kamu pergi mana-mana dah (alasan yang dah tak diterima pakai sebab dia dah ada lesen motor. Pffft) So sebagai pengganti, aku layan la cousins aku yang berumur 5-8 tahun main badminton, so faham-faham je la -_-''

 Aku dari kecik memang kurus keding. Lahir tak cukup bulan memberi kesan kot. Ke tak? Berat aku sebelum baligh 24kg je. Lepas tu baru la membentuk rupa perempuan sikit. Plus aku boyish dulu, curve ke apa ke lambat sikit membentuk. Hormon aku masih confuse nak buat pembentukan apa haha. Bab memandai bagi kat aku.

Kawan laki aku pernah panggil aku plywood. Sejenis kurang ajar di situ. Lepas habis sekolah dia ada jumpa aku dan dia cakap

'Nasib baik kau jadi perempuan jugak, dulu kau flat gila'

Lalu aku buat gerakan mulut yang berbunyi

'Babi' 
(Maafkan aku babi, zaman muda aku suka menyebut nama kau, sekarang aku biarkan kau hidup aman tanpa perlu tersedak lagi)

Sampai aku habis degree, berat aku maintain 45kg dengan tinggi 158cm. Ramai yang tegur, 

'Eh gemuk kan lah sikit badan, tak cantik la perempuan kurus sangat'

Terus aku bersiap pergi pasar cari lemak sekilo, muscle sekilo, air seliter then telan lepas baca bismillah. Taraa terus berat aku 48kg!

Cakap senang! Hahaha. Aku makan rupa jin jugak, seminggu 3 kali wajib nasi kerabu dengan ayam goreng, belum kira nasi arab, keropok lekor, spageti, ice blended bla bla bla. Tapi sebab time tu banyak guna tenaga (riadah, belajar, ketawa) plus masih muda (uhukk uhukk) so metabolism masih berkerja dengan cemerlang.

Semuanya berubah lepas habis belajar and aku start duduk office. Langsung tak produktif! Melepek punggung atas kerusi dari pagi sampai petang. Bangun pun sebab nak pergi makan. Balik kerja pun melepek sebab penat, bangun pun nak melawat bawah tudung saji dengan peti ais.

Makin hari aku rasa punggung dan peha aku makin besar. Bukan rasa, memang ye pun hoho. So aku tak selesa, aku rasa malas nak bawa badan haha the perks of being pemalas. Tapi tak boleh nak buat apa, masakan mak memang tak boleh tolak, nak exercise petang-petang pun tak lama sebab dah penat berkerja. Aku tau badan aku naik bila makcik aku tegur.

'Eh Nadia dah berisi, baru cantik'

Oh cantik ke? Tak kisah la cantik ke tak ke, masalahnya aku tak selesa.

So bila aku dah start duduk sendiri ni, aku try kawal pemakanan aku. Aku tak kisah berat aku 60kg pun janji aku selesa and fit. Bersenam tetap kurang atas faktor kerja (alasannnnn), so aku kawal pemakanan. Plus malam aku malas nak bersiap keluar cari makanan, nak masak lagi la rasa membazir nak makan sorang je pun. 

Pagi aku minum air suam + madu + lemon, selang seli dengan green tea. Tengahari aku makan nasi portion segenggam tangan aku, lauk aku bantai apa aku nak haha. Malam aku makan buah sebiji. Plus aku jarang gila minum air manis. Ramai tanya,

'Tak lapar ke?'

So far, okay je. Kadang-kadang makan ni nafsu je lebih, padahal bukan lapar sangat pun. Tapi ada jugak hari yang aku keluar malam sorang-sorang cari makanan bila monster mood aku on. Nasib baik sebulan 2 3 kali je buat perangai. And aku makan malam heavy time ada orang ajak dinner.

Note: Rutin pemakan di atas hanya berlaku hari berkerja sahaja!

Sekarang adik aku duduk dengan aku sebab dia praktikal kat Hospital selama setahun. Maka perlulah aku redha merentasi jem yang maha celaka itu setiap pagi hantar dia ke hospital.

Adik aku sejenis manusia petite yang makan banyak. Ni antara ciri-ciri bela hantu raya. Haha. Semalam tengah aku makan buah pear yang manis gila ibarat tebu di tepi bibir, aku offer ke dia sikit tapi dia tolak tangan aku, so biarlah. Aku nampak dia buat panggilan, aku biarkan je, sambung gigit pear yang manis gila itu sambil baca buku. Tetiba aku tertangkap perbualan dia.

'Mak, Ayong tak bagi Lah makan malam'

Kuangjooo! Tak cakap pape kat aku tetiba terus call mengadu kat Mentara Guru. Dia ni tak boleh tak makan nasi, nanti dia jadi naga sakit siap muntah bagai nak gempak lagi terus masuk hospital. So terpaksalah aku bersiap bawa dia pergi makan sebelum mak pulak call aku bagi ceramah sedas dua. Aku tak beli lagi groceries untuk masak.

Hancurlah jadual makan malam aku nampaknya dalam masa setahun ni. Woi jadah apa praktikal sampai setahun!

9/05/2015

The Transporter

Semalam aku habis bertugas around pukul 7. Melangut je tengok dorang main bowling. Sebab stress aku pergi beli casing handphone satu. Haha. Lepas tu mak minta terus ambil adik aku kat station bus, dia sampai around pukul 11 malam. 

Apa kejadahnya aku nak buat 4 jam kat Ipoh ni? Nak balik rumah sewa malas. Rasa nak merayau. 

So aku pergi JJ, beli tiket wayang, The Transporter Refueled. Tengok sorang la apa lagi. Semua orang pandang aku pelik. Huk aloh. Tau la aku cantik hahaha okay bergurau. Tapi kalau nak iakan pun takpe haha pergi mereput sana Nadia!

Okay aku rasa aku kene cari movie partner. Anyone? Huehuehue. 

The Transporter bagi aku okay. Okay la. Actions dia best sebab aku memang suka kereta and kelajuan. Tapi ceritanya too simple, tak mencabar otak tengok. Too straight forward. Tak sampai sejam setengah pun. 

Lepas tu aku pergi ambil adik aku. Dah la hujan lebat, aku ngantuk gila woi. Kau bayangkan hujan and aku ngantuk. Tak ke rasa nak cakap ke kereta 'hey you, take over'. Angan angan aku sejak kecik, kereta boleh jalan sendiri. Sebab tu aku adore gila cerita Transformers it's like my dream come true gitu.

Aku sepatutnya on the way ke Cameron Highland sekarang. Tapi aku cancel kan sebab nak pergi tengok Abang Man kat hospital. He's like my family. Keadaan dia makin teruk. Please strangers, pray for my family member. 

Aku pernah cerita pasal dia kat sini. Dia ada kanser paru-paru stage 4. Baru buat sekali chemo now sepatutnya time rest dia tapi tetiba dia sesak nafas and white blood rendah. Nasib baik aku ada kawan doktor kat hospital tu, aku minta dia tolong tengok tengok kan Abang Man. 

Abang Man, be strong! Please! You are a fighter. Kak Yan, Syahmi, Izzati, Amin still need you. All of us want you here, healthy. 

9/04/2015

Rambling mambling

Aku punya menstrual cycle kali ni memang chaos. Tak tahu la kenapa. Stress ke? Kalau stress sebab apa? Memang kacau bilau mood aku bagai. Dengan hari-hari sengugut nya, nasib baik light je.

Semalam aku keluar malam sorang, nak cari tshirt kelabu sebab aku kena bertugas and kena pakai tshirt kelabu pffft.

Dah sampai mall, Muhammad called aku, nak ajak dinner tapi tak jadi sebab kawan dia datang. Dah tak jadi kenapa call, tak faham sungguh sebab bukan dah rancang awal-awal ke apa. Pelik sungguh la Muhammad sorang ni haha.

Oh btw, bapa aku berkenan kat Muhammad ni. Aku pun cakap le ke parent aku 'Woooo kalau kahwin dengan Muhammad, Nadia rasa macam sumbang mahram'. Mak aku gelak gila aku cakap macam tu. Yela, aku anggap dia dah macam adik beradik aku je.

'Kau kat mana ni?'
'GM'
'Dengan siapa?'
'Sorang la'
'Hahaha kental gila'

Aku pelik bila orang pelik aku keluar sorang, boleh tengok wayang sorang. What's wrong with that? I find it's calming to wander around alone. Dah la semalam hati aku libang libu, so I just need myself. 

Lepas dah beli baju, aku pergi Padang Polo. Tapi aku tak keluar pun sebab hujan. First time aku pergi Padang Polo, mati rupanya Padang Polo time malam, aku ingat meriah. Aku lepak dalam kereta, try cari ketenangan, pasang lagu kuat-kuat. But I didn't find any. I don't know what's wrong with my heart lately, just please tell me heart. 

And now, pun aku rasa hati aku berat. Entah kenapa. Erghhh. Aku perlu bercuti aku rasa. Hehehe (tu je sebenarnya kan? Kan?)

Hari ni aku pakai pakaian sukan ke office. Lepas tu ramai staffs tanya 'Siapa bawa anak datang office ni?' Rupanya dorang ingat sneakers aku budak-budak punya T__T. Okay lah, got to go. Kena bertugas jaga kontigen main bowling. -_-'' 

Salam Jumaat. Semoga mendapat Jumaat yang berkat dan ketenangan hati yawwww!

9/02/2015

Merdeka dah ke 58, tapi aku tetap pengecut.

Last week was a long weekend and I have love-hate relationship with long weekend. Siapa ja tak suka long weekend habaq mai. Tapi malam Isnin tu dah benci rasa nak apply cuti sampai kiamat. Haha inilah contoh manusia yang tak reti bersyukur. Aku lah tu.

Aku malas nak ulas isu Bersih ke kotor ke tengah kemas ke. Aku malas nak deklimasikan sajak untuk Malaysia sempena kemerdekaannya. Kat Mak Ayah aku pun aku jarang-jarang sampaikan rasa sayang, ni kan pulak kat Malaysia. Faham-faham sendiri la ye haha.

Disebabkan cuti sampai Isnin maka ramailah ambil kesempatan untuk berkahwin. Tidak termasuk aku. Sebab aku tak suka ambil kesempatan haha. So Ahad aku pergi kenduri Dinie. Tak sangka aku dah kahwin dah minah tu.

Tahniah Dinie. Moga berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 


First time jumpa Ahmad Mikhail Haziq. Dobot gila weh, aku picit-picitkan sebab geram sampai Zul berjanji takkan bawa bayi dia jumpa aku kelak haha. Semalam Ibu Dobot whatsapp cakap BMI Dobot tak normal. Hahaha aku gelak sampai tak cukup nafas. Aku tak tahu BMI juga penting untuk bayi. Kalau aku jadi doktor, tidaklah aku sampai hati nak cakap depan Dobot yang BMI dia overweight. Haha.

Lepas balik dari kenduri Dinie, aku dengan Ros lepak tepi Sungai Perak sambil menikmati burger tepi jalan yang panas sambil berkongsi kisah hidup dalam cuaca yang mendung baru lepas hujan. Sungguh ini antara nikmat dunia. Hehe.

Hari Sabtu aku ke kedai spek nak tukar spek. Bodoh jugak ayat tu, takkan aku ke kedai spek nak tukar bateri kereta! Aku sekarang dalam fasa berjimat cermat (masih gagal) sebab sebab sebab aku malas nak ulas, korang fikirlah sendiri haha. Aku cuba la spek yang harganya murah untuk bingkai spek, mak aku komen "Tak cantiklah Nadia, macam spek pasar malam" Haha *ketawa sambil nangis*. Lalu aku pergi pilih di rak bingkai yang mahal tapi aku ambil paling murah dan paksa cina tu bagi diskaun kat aku. Lalu aku berjaya dapatkan spek less than RM400, ada warranty setahun, dan memuaskan hati ibu ku haha.

Aku rasa telinga aku sengetlah. Bila pakai spek jadi senget, aku kene adjust sebelah batang (is it batang we called it? What ever) bagi naik sikit means dia tak terletak betul-betul atas telinga. Aku cerita dekat Mak tentang masalah body system aku itu. Dan sambil kunyah keropok Mak membalas dengan ikhlasnya 'Kamu memang senget pun'

Lalu aku berhuhuhu sampai Subuh.

Eh korang tahu tak cerita Lepat yang anak dia dibawa lari ke oversea tu oleh ex-isteri minah saleh dia? Kenapa aku tanya ramai orang tak tahu cerita dia? Kemon keluar mastika kot cerita dia haha. Tapi aku bukan tahu dari Mastika. Aku tahu dari youtube sebab tertarik dengan kecomelan anak-anak dia dengan isteri baru dia orang German tak silap. Hebat Lepat ni, omputeh je bini-bini dia haha.

Last week aku beli buku dia, cerita dia sendiri bukan cerita media. Tajuk Buku 'Terima Kasih Si Babi Hutan, Tuhan Kini Aku Datang'. Bila tengok tajuk buku tu terus aku teringat cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang haha. Bahasa buku tu agak tinggi bagi orang yang dungu dungu alam bahasa macam aku. 

Tapi aku boleh faham la, ada yang aku tak faham tapi buat-buat faham. Buku ni dia pertahankan bapak dia yang media tuduh ajar ilmu sesat. Buku ni buat aku banyak berfikir. Lepat dengan bapak dia belajar ilmu Makrifat which aku tak tahu apa benda. Ilmu ni lah yang menyebabkan dorang dituduh sesat.

Sekarang aku curious apa itu ilmu Makrifat. Curiosity killed the cat. Dari bacaan aku dapat rasakan ianya bukan calang-calang ilmu dan boleh gila kalau tersalah langkah. Wallahualam.

Tapi banyak isi dalam buku ni memang buat aku sentap ke ruang paling dalam. Kira ruang yang belum aku sendiri teroka. Sentap aku masih di situ, bersendiri dalam kegelapan tanpa teman. Aku sendiri pun takut untuk ke situ dan selamatkan nya. Harap sentap aku jumpa jalan yang akan membebaskan ia.

Aku tahu Allah itu wujud, aku tahu Allah itu satu. Tapi kenal sungguhkah aku pada yang Satu itu?
Kenal sungguhkah kita pada Dia yang Maha Berkuasa itu? Kenal sungguh kah?

Aku sedar aku ni pengecut. Pengecut nak keluar dari comfort zone. Pengecut nak find out sesuatu yang baru. Pengecut nak terima dan adapt dengan sesuatu yang baru. Pengecut nak terima hakikat yang selama ni aku salah percaturan. Pengecut!

Ada satu page dalam buku ni yang aku nak kongsikan bersama. Salah satu page antara beratus pages yang buat aku sentap:


Makin tua aku makin dapat pedoman hidup. Hidup jangan kerja nak menghakimi/menghukum orang je. Kita bukan wakil Allah yang pegang kunci neraka atau syurga Dia. Mana yang baik kita ambil buat pedoman, yang buruk kita ambil as pengajaran.