Dah lama rasanya tak bersenang lenang kat sini, busy katako. Hari ni sampai 26 Oktober maybe relaks sikit sebab peralihan term ahli. Fail-fail dalam bilik pun makin surut, kerja pun terpaksa di-pending-kan, just ada satu dua matters kena selesaikan. So nak update blog kejap no harm la kiranya kikiki.
Life is okay, ordinary, nothing unusual. Aku tetap berkerja kat Ipoh, Isnin-Jumaat, 8 pagi - 5 petang, kadang-kadang terlajak sikit. Still single haha. Masih kagum dengan kesabaran F melayan aku yang tak melayan dia. -_-''
I have been blessed surrounded by kind people. Dulu aku jahil juga, tapi bila kita niat untuk menjadi lebih baik, inshaAllah Allah hantar orang yang baik-baik kepada kita. Lebih menggembirkan bila orang yang memang baik dengan kita pun sama-sama nak berubah kepada lebih baik. Alhamdulillah.
Bila aku masuk pejabat ni awal tahun hari tu, aku impress bila semua colleagues solat dhuha seolah-olah solat itu wajib. Setiap pagi jumaat akan ada bacaan yassin dan diikuti tazkirah. Boss aku pegang kerpercayaan yang manusia perlu sentiasa diberi peringatan. I second that.
Lately aku selalu jugak pergi lunch berdua dengan bos. Setiap kali pergi lunch mesti dia 'bancuh' aku, tak bab jodoh (HAHA), bab hidup. Aku suka moment tu, when someone remind me about Islam in a very smooth way, santai je.
Jumaat lepas aku pergi lunch dengan dia. Sembang punya sembang, tetiba keluar cerita qiamulail. Apa yang bos aku cakap buat aku tersentak, serius aku tak pernah terlintas benda tu.
'Nadia, saya nak tanya sikit, awak rasa zaman Nabi dulu ada paip tak?'
Aku termenung kejap berfikir. Ada ke eh? Dalam ragu-ragu, aku geleng.
'Takde kan? So boleh tak awak bayangkan iman dorang macam mana? Dorang sangat jaga qiamulail. Tapi pernah tak awak fikir betapa susahnya dorang nak cari sumber air untuk berwudu' demi qiamulail?'
Aku tersentak. Tengah kunyah nasi, peritnya nak telan. Kenapa aku tak pernah fikir benda tu?
'Kita ni, terjaga malam, cek handphone, tidur balik. Padahal paip kat hujung kaki je, bilik ber-aircond siap. Nikmat apa lagi yang kita tak ada sekarang sampai kita nafikan hak qiamulail tu? Ni saya cakap untuk diri saya jugak ni'
Hadam. Sentap.
Aku pernah terbaca quote, kalau kita terjaga malam, kalau malas sangat nak bangun, at least kita istighfar, ada sebab Allah bangunkan kita. Jangan sampai Allah dah tak nak jumpa kita tengah-tengah malam. Yela, dah kejut tak pernah nak bangun. T___T
Sekian saja sikit peringatan sempena nak menyambut Awal Muharam Rabu ni. Aku selalu confuse Awal Muharram dengan Maal Hijrah. Rupanya hari yang sama! Kahhhhh. Bimbo!
Korang cuti tak Rabu ni? Perak cuti. Wohooo haha.
Hari tu aku dengar radio Ikim (setahun sekali dengar T___T). Tajuk; Hijrah. Panel tu cakap,
'Takde sorang pun manusia dalam dunia ni yang taknak kebaikan. Even pencuri pun taknak keluarganya dirompak'
Nak berubah ni yang penting niat. Niat mestilah jalan sekali dengan perlakuan. Kalau dalam law, nak prove kejahatan kena ada dua perkara:
(1) actus reus = guilty act, dan
(2) Mens rea = guilty mind.
So sama jugak nak buat baik, kena iring dengan niat yang baik.
(1) actus reus = guilty act, dan
(2) Mens rea = guilty mind.
So sama jugak nak buat baik, kena iring dengan niat yang baik.
Sekian, terima kasih.
I like this entry. Such a deep notice. Keep it up.
ReplyDeletethankyou. lets together strive to be better :)
DeleteActually i'm craving for " blessing environment" in organization. Syukur pada Allah anda dianugerahkan suasana kerja seperti sekarang. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Kipidap yaa..
DeleteAlhamdulillah. I hope one day u get what u craving for. Keep praying.
DeleteBaca entri ni baru aku tahu maal hijrah dah nak dekat...
ReplyDeleteKalau tahun baru masihi laju je nak prepare masuk tahun baru...hahahahaha
Haha. Dah tau ni jom prepare to b better :)
DeleteAku suka entri ni. Selalu entri kau aku suka sbb kau punya merepek tu..tp ni first time aku suka sbb content entri kau...haha..
ReplyDeleteBagus giler ada bos camni. Selalu ingatkan benda baik. Bos aku pun lebih kurg la..asal aku jumpa dia kt bilik je, ada je nasihat dia nak bg. Tp bos kau lebih hebat la...Dia punya nasihat tu masuk dlm dada secara sukarela.
Btw, aku pun confuse gak awal muharram dgn maal hijrah tu hari lain. Baru je semalam ke 2 hari lepas aku google....memang awal muharram dgn maal hijrah hr yg sama. Patut la org panggil taqwim hijriyyah..
Laa selama ni aku merepek ke? Ilmiah habis dah aku rasa tu haha
DeleteKan. Syukur kita dpt bos kaki nasihat bukan kaki maki hehe
Haha. Nasib baik ada geng. Aku tgk calendar tulis awal muharam (maal hijrah). Lps tu confirm dgn kwn haha. Jahil rasanya