Bosan, kerja banyak tapi tak tahu nak buat mana dulu, petang ni ada 2 meetings, so mari kita update blog sebab blur tak tau nak buat apa haha.
Semalam ada taklimat seharian.
Sekarang ni Ipoh hampir setiap petang hujan bawa ke malam. Terencat lah aktiviti berjogging aku petang-petang sambil scan jodoh hahaha. Marilah berdoa tahun ni tak banjir, at least tak seteruk tahun lepas.
Adik bongsu aku tengah ambil SPM. Apa nak jadi entah budak tu, dia relaks je. Mak aku yang gelabah -_-''. Tak pernah aku nampak dia study, kerjanya main gitar, petang-petang naik motor pergi main bola. Bila suruh belajar, dijawabnya; Buat apa pergi sekolah kalau kena belajar kat rumah? Tak ke rasa nak hempuk?
Korang rasa tak dunia ni makin scary? Especially budak-budak zaman sekarang. Pelik oh perangai dorang, jenis tak tahu malu ke apa entah.
Aku ada sorang je adik laki, Hafiz. Adik lelaki aku ni memang tinggi rupa hantu galah, athlete sekolah pulak tu, so memang taste bebudak gedik la walaupun muka ada sipi-sipi macam jenglot. Hari tu dia keluar pergi pekan dengan mak aku, tetiba mak aku bertembung dengan sekumpulan budak perempuan. Then mak aku dengar dorang cakap-cakap 'Eh Hafiz lah'. Boleh dorang patah balik semata-mata nak Hi adik aku DEPAN MAK AKU TAPI TAK HI MAK AKU PUN.
Padahal adik aku sekolah all boys. Mana dorang kenal adik aku entah. Adik aku depan mak aku mestilah cover macho, belakang melayan macam aku tak tahu! Mak aku balik cerita kat kitorang, gedik betul budak-budak tu, mak aku cakap.
Korang dulu berani ke buat macam tu? Aku ni nak cakap dengan laki depan mak ayah aku pun punya segan dulu.
Kawan-kawan aku yang cikgu, lecturer ramai mengeluh bebudak sekarang dah lack of manners. Aku akui benda tu, tak payah cakap orang lain la, adik aku sendiri pun kadang-kadang kuangjo. Tapi berani la kuangjo dengan aku, tak terompah kat dahi mesti lesung batu yang melayang.
Tak tahu mana salahnya. Cara didikan aku rasa sama je. Ke sebab terlampau berinteraksi melalui media sosial sampai tak tahu cara nak berinteraksi depan-depan? Ke sebab mak ayah moden ni terlampau manja kan anak-anak? Semua nak dapat, tak boleh orang tegur anak sikit dah melenting.
Tapi tengok dunia sekarang ni bukan budak-budak je bingai, orang tua kadang-kadang bahlol jugak. Macam mana la bebudak nak teladani kalau yang dewasa pun 2x5 je? Cuba la kalau ada masalah tu, tak kira la salah siapa, bawa berbincang elok-elok. Ni nak hempuk cermin kereta la, maki orang rupa takde agama la, buka aib orang kat media social macam dia paling saint.
Makin teruk masalah sosial keliling kita ni. Lelah baca paper hari-hari. Kena rogol, kena bunuh, maki orang tua, pecahkan cermin kereta orang, letak anak dalam mesin basuh. Yang remaja tak habis-habis dengan relationship-goal-kepala-bana-dorang. Belum cerita masalah ekonomi lagi.
Baru cerita negara yang bentuk semut je kalau dalam peta dunia, belum cerita pasal dunia as whole lagi.
Haish.
These are out of my control.
Nasib baiklah dunia ni kejap je, dia pun dah tak larat nak melayan ragam kita agaknya.
Nasib baik Allah ada.
takut dengan budak perempuan sekarang. lagi-lagi yang suka main wechat
ReplyDeletehaha tau takpe. hati-hati lah, jangan mudah percaya kat orang :)
DeleteHahaha perempuan sekarang mmg tak tahu malu. Baruuu je baca viral pasal rmai perempuan call hotfm fasal nk relakan diri mengangkang depan dokter sakit puan yg hensem. Aish. Gedik nauu sian laki depa, hahaha.
ReplyDeleteTulah bebudak sekrg makin scary mary. Aku dulu kalau pun ada crush kt sekolah aku buat tak tahu aje, jauh sekali nk tegur kalau dia sorg apatah lagi dgn mak dia, hahaha aku kan pemalu.
Betul lah apa yg ko ckp fasal punca bebeudak sekrg jd mcmtu. Kemana tumpahnya kuah kalo tak ke nasik. Tp kalau parents bagus, anak mcm tahi tu mmg aku kesian sgt kt parents, huhu
oh yang doktor hensem tu eh? hensem sangat ke sampai tahap camtu sekali? hoho. nauzubillah la kita jadi macam tu nanti
Deletehahaha. sama la weh. suka dalam diam sudah. lepas tu nama pun crush, kadang2 rasa suka last for 5 minutes je kan kakaka.
betul. tu la macam lagu raihan tu, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa :')
Kita terlalu disajikan dgn cerita TV yg memberi gambaran bahawa perkara sebegini adalah sesuatu yang cool dan okay to do, padahal pada mata orang lain sangat laa no manners, kan?
ReplyDeleteAku rasa satu faktor yg lain dgn generasi dulu ialah surrounding punya nuture.
Dulu surrounding kita sedikit terhad, jadi boleh dikawal.
Zaman sekarang surrounding lebih luas sebab ada internet dan kebebasan maklumat dan komunikasi, tu yg segala baik jahat semuanya terdedah.
Kot.
yes. perfileman kita jugak jadi salah satu punca kepada masalah sosial. kalau tak masakan budak umur 7 tahun dan pandai berangan nak ada boyfriend. pffft.
Deletecouldnt agree more. sekarang semua di hujung jari. and tak dipantau. kita dah besar ni tau la mana baik buruk, budak budak?
-_-''
Ni semua salah internet, haha...
ReplyDeleteKalau dulu susah nk dpt internt, tp skrg..hmmm macam2 ada kt intenet. Kalau member pulak jenis gila2, share benda2 yg x sepatutnya, memang effect la kt budak2 zaman skrg.
Lagipun skrg ramai org suka tunjuk kebodohan, diorg ingat itu trend agaknya. So, malu tu mcm dh xde la dlm dunia diorg...
Btw, budak lelaki malas skit nak belajar. Lagi2 kalau dia dh faham apa yg dia belajar kt sekolah. Dia akan rasa buang masa asyik ulangkaji pelajaran. Lebih baik dia buat something lain yg mencabar, kreatif, atau memuaskan hati. Hahaha...
aku pun rasa salah satu punca semua ni sebab internet. kita dulu darjah 5 6 main kejar-kejar lagi. dorang sekarang main wechat siap sayang sayangg pffft.
Deletehaha bimbo semuanyaa
oh kau pun mcm tu la? tapi adik aku result teruk, bajet cemerlang haha