”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/24/2017

Sembang sorang-sorang #27

Hari tu lepas beriadah aku pergi beli barang sikit. Aku pergi Ipoh Parade dengan tak mandinya, pedulikkk haha. Time aku nak masuk entrance tetiba pintu automatik tu taknak bukak. Woi hellooooo! Ni ada manusia jelita depan ni biadap ye taknak bukak. Aku dah buat tarian sotong bagai pun dia taknak bukak. Rude! Terpaksa lalu jalan jauh.

Teringat cerita time kat UUM. UUM bilik air dia lampu auto detect (U kau ado?Haha cari gaduh) , maksudnya ada haba orang baru lampu dia on. Tu pun selalu datangkan masalah dekat aku. Bayangkan kelas malam dah la sejuk, asyik nak terkencing je, masuk-masuk bilik air, lampu taknak bukak. Melompat karang berterabur pulak, so aku pun terpaksa merayu kat dia 'Pweasee on pweasee, nanti kita tak nampak lubang jamban terkencing dalam sinki'. Lepas tu baru on. Biadap.

Okay enough with throwback. Lepas tu aku naik travelator, sekali aku terlangkah dekat yang tengah turun, aku dalam keadaan tak bersedia nasib baik tak tersadung, nasib baik aku hebat haha.

Sebenarnya aku pergi sana sebab teringin ramen samyang tu. So aku beli yang cup, 5 cups terus aku beli ha puas hati. Lepas tu cari biskut sikit, beli biskut Jacob's, kalau nama Bahasa Arab dia biskut Yaacob's nak letak kat office and rumah sewa back up dikala kebuluran. 

Lepas tu cari Chia Seeds. Mahal oi Chia Seeds, 400g RM60. Tapi takpelah. Kalau tak nak habiskan duit buat apa kerja ye dak? Hahaha. Tengah takde komitmen ni la boleh spend banyak sikit untuk diri sendiri kan? Nanti dah ada anak. Hmm nanti dah ada anak. Hmm eh nanti dah ada anak, laki aku la tanggung, apa aku pulak! Hahahaha gurau gurau. Hidup zaman sekarang semua kena kongsi. Perbelanjaan, makanan, kasih sayang, suami, masalah.

Balik rumah aku kemas barang and jerang air. Aku bancuh air garam sambil tu rendam ramen. Dah siap ramen aku rendam kaki dalam air garam sambil makan ramen. Hahaha. Lepas tu mandi, gosok baju, tidur. Bahagia betul hidup. Bila la aku mati agaknya? *tetiba 

3/23/2017

Kenduri kahwin Faiz & Huda

Ahad lepas cousin aku kahwin dekat Pengkalan Hulu. Adik beradik Ayah 3 orang tak dapat datang atas sebab yang tak dapat dielakkan. So yang lagi 9 tu cukuplah ada. Kenduri side laki memang simple je, pelamin apa ke takde, just makan-makan. Tu pun pakcik aku (Abah) jemput 1000 orang. Mak aihhh.

Kenduri macam biasa. Aku orang pertama cedok laksa lepas tu makan nasi lepas tu melepak dengan sanak saudara lepas tu aku cranky sebab mengantuk. Hahaha. Aku tak suka lama-lama untuk apa-apa majlis keramaian. Rimas. Ramai orang dan cuaca pun macam cari gaduh.

Kitorang ada sewa homestay untuk half day, senang nak solat bagai. So aku ajak lah mereka ke homestay. Sampai je dekat rumah tuan homestay tu berlaku sedikit kekeliruan. Abah kata dia dah booking tapi homestay tu ada orang lain masih menginap.

So takpelah kitorang pun takdelah nak gaduh sebab boleh je sebenarnya solat kat masjid cuma aku sedikit kecewa sebab aku nak tidur hahaha. 

Tetiba ada sorang laki turun panggil PakTeh aku datang balik dekat dia. Tetiba dia marah ''Saya menantu tuan rumah, saya orang Kelantan, ni kenapa tetiba nak marah-marah ni?"

Terkebil-kebil PakTeh sebab kitorang langsung tak tinggi suara, kitorang just cakap 'Oh takpelah kalau ada orang, kitorang balik la'

Tetiba anak kepada si penyangak tu turun cakap 'Eh ayah, salah faham ni, mana ada orang tu (PakTeh aku) marah-marah. Maaf ye cik' Anak dia yang mintak maaf.

Eh panas lah hati kami semua. Kami amat protective bila ada orang buat family kami tanpa sebab musabab ni. Yang aku pelik tetiba laki tu meroyan kenapa? Lagi aku pelik kenapa dia mention dia orang Kelantan? Orang Kelantan badang ke apa? Hebat sangat ke? Nak kata orang Kelantan jenis panas baran tak pun, aku ramai kenal orang Kelantan kot and selalu pergi sana, okay je perangai dorang.

Sampai rumah Abah semua adik beradik ayah kerumun PakTeh suruh cerita balik apa jadi. Semua pun bengang. Aku tengok dari jauh je sambil dalam hati memuji 'Alahai comelnya dah tua-tua pun protective gitu sekali'. Tapi kitorang tak la menyerang balik, itu bukan kitorang. Tetiba nak anak 12 yang harmoni macam adik beradik Ayah. Okay Nadia, boleh Nadia! Berusaha! Aja aja fighting! Hahaha.

Sebab ngantuk sangat aku pun lupakan cerita tu, cari sudut tersorok sikit (belakang makcik-makcik aku yang tengah kecoh), aku tarik bantal dan aku tidur dekat ruang tamu haha.

On the way balik Ayah still menyuarakan rasa tak puas hati dia pasal kes PakTeh tu. Aku pun tak puas hati sebenarnya. Aku tak faham lah kenapa ada wujud manusia macam tu? Tetiba nak memarah orang tanpa usul periksa. Dah takde nur dalam jiwa ke apa? Even kalau ada salah faham pun, cubalah approach cara baik, tak salah kan? Amende lah entahnya pun. Gila.

Lalu kitorang singgah kedai makan beli somtam lalu terus melupakan persengketaan tersebut. Food is the best remedy after all. Haha.   

Dah la jangan la tetiba nak meroyan, meh layan gambar aku kot boleh sejukkan hati kome haha

Cousins. Eh satu dah la, upload bebanyak nanti korang jatuh cinta susah pulak aku nak tepis hahahaha. Tak tahu kenapa lupa langsung nak tangkap gambar dengan pengantin haha.

3/21/2017

Light hiking & air garam

Aku lately dah tak jogging tapi daki bukit. Ada satu bukit dekat kawasan sini aku selalu naik. Dia ada 3 tracks, satu jalan tar, satu naik kot tangga and satu lagi macam jungle trekking. Aku pernah try naik ikut jalan bertar dengan tangga je.

Ikut jalan bertar untuk naik je dalam 4km. Trek dia okay la, ada la 2 3 yang betul2 curam, yang lain tak la mengundang maki sangat. 

Semalam aku try naik ikut tangga. It was intense wehhh! Naik kot tangga dalam 1km je tapi dia punya berpeluh macam berlari naik ikut jalan bertar. Sampai ada tahap aku tak rasa kewujudan lutut dan betis aku.

Dah sampai satu checkpoint and rest kejap lepas tu dah lega sikit rasa addicted nak naik lagi. Berpeluh memang memuaskan sanubari, rasa relief gila. 



Masa nak balik aku singgah kedai runcit beli garam batu nak buat rendam kaki, cari garam bukit takde pulak. Patutnya aku hakis je batu-batu kat bukit tu jadikan garam, mesti masin sebab banyak peluh orang kahkahkah. Dari naik ikut jalan tar hari tu betis aku dah sakit, so someone told me to do so as a healing process. 

Balik tu sebelum mandi aku panaskan air, letak dalam baldi, bancuh air kasi suam-suam gitu and tabur garam. Lepas tu rendamkan kaki perghhhhh lega betul perasaan itu. Bila kaki yang penat direndamkan dalam air suam tudia memang layan sungguh. Tu kalau tetiba laki suruh pergi buat air ada yang makan air garam tu. Kacau je hahahaha *ciri-ciri bakal bini derhaka*

Pagi tadi aku google la khasiat rendam kaki air garam, *dah buat baru cari khasiat haha* banyak khasiatnya. Yela, kaki kan pusat berakarnya semua jenis urat saraf tali belikat (yeke? hahaha) Antaranya; 

1) Dapat kualiti tidur. Semalam memang lena aku tidur, penat satu hal la kan. Aku tidur semalam dari pukul 10 malam terjaga pukul 4pagi kejap lajak sampai pukul 7pagi. Tapi dapat la rasa keenakan tidur yang berkualiti tu.

2) Hilangkan bau kaki. Air garam ni akan hapuskan kuman and bakteria so bau kaki pun akan terhapus sekali. 

3) Haluskan kulit kaki. Tumit kaki selalu merekah kan? Aku tak merekah tapi kasar jugak la. Harapnya lepas ni kulit tumit aku mulus bak direndam softlan 7 hari 7 malam.

4) Redakan demam/selsema/batuk. 

5) Menyegarkan badan. Yasss tak dapat dinafikan. Memang rasa fresh betul. Lepas buat rendaman semalam aku mandi pulak tudiaa rasa seperti baru dilahirkan haha.

Tapi aku baca orang yang darah rendah and kencing manis tak boleh buat rendaman kaki ni sebab untuk darah rendah boleh pengsan and untuk kencing manis boleh menyebabkan luka which tak baik untuk mereka.

Hari tu time naik bukit aku pijak batu-batu refleksologi tu. And ada sorang uncle datang sembang, dia cakap orang gemuk tak boleh buat refleksologi tu sebab nanti pressure tinggi dekat kaki and boleh menyebabkan veins pecah. Doktor cakap kat dia, dia cakap lah. Ada logiknya kat situ. Aku pun baru tahu hari tu. 

3/17/2017

Terengganung & Kelate

Sabtu lepas aku dengan family pergi Terengganu, ingat nak pergi masuk meminang Mat Dan tapi hari yang sama dia nikah. Ciss, pelamin anganku musnah kakaka.

Kitorang gerak dari Kuala Kangsar 4.30 pagi sampai Kuala Terengganu 2.30 petang!! 10 jam weh 10 jam! Whatdehel. 3 jam berhenti solat, makan dengan lepak tepi Pantai Penarek. Dari Kelantan nak ke Terengganu kitorang lalu jalan persisiran pantai. Pantai dekat Terengganu memang superb keindahan dia, hilang rasa penat travel 10 jam. Tobat lahum aku taknak pergi Terengganu untuk saja-saja berjalan.

Pantai Penarek. Memang menarek perhatian kan? Tu aku tanya pasal aku tau bukan pantai HAHA gurau, gurau.
Bagi aku Terengganu takde apa sangat, mungkin faktor kepenatan jugak buat aku rasa exhausted nak explore Terengganu. Kitorang pergi cari keropok lekor je petang Sabtu tu. Ada singgah makan binatang-binatang yang bersalut tepung tu tapi mungkin bukan luck kitorang, kedai kitorang singgah tak sedap, pemandangan je indah. 

Petang singgah Masjid Kristal, memang cantik masjid tu, pergi tangkap gambar je pun. Then pergi Pantai Batu Burok, air laut dia ganas gila, sekali tarik boleh mati oo. Patutlah owner homestay kitorang kata jangan mandi kat sana, kalau boleh celup kaki pun jangan sebab selalunya kalau pergi 10 orang balik tak cukup. 

Masjid Kristal
Ada singgah keropok lekor yang viral kat FB (menurut adik aku) dekat area Seberang Takir, tapi tak la sedap mana, sebab ada cheese je kot popular (?) Kenapa orang Terengganu goreng keropok lekor macam rebus je? Iolss suka garing-garing. So beli sendiri goreng sendiri dekat rumah. Memang terbaik keropok lekor Terengganu. Sedapnyaaa. Laparnya.

Pagi Ahad pergi Pasar Payang. Terengganu memang popular dengan songket yang harga boleh buat tercekik, so just cuci-cuci mata je. Aku beli keropok keping untuk souvenir orang office. Then gerak ke Kota Bharu. 

Sebelum sampai KB singgah Tok Bali beli keropok (tak habis-habis beli keropok). Sebab tak tahu jalan kitorang waze nak ke KB dia bagi lalu jalan kampung satu lorong tembus kat rumah arwah Tok Guru Nik Aziz (al-Fatihah). We enjoyed the scenery, pemandangan kampung kat Kelantan memang masih ada ciri-ciri kekampungan.

Sampai KB makan nasi kukus depan Public Bank KB. Sodappp. Malam tu pergi Wakaf Che Yeh saja pusing-pusing. Saja pusing-pusing aku sempat la rembat 8 tudung 1 jubah. Kakaka. Aku beli tudung bawal kosong RM7 je, and bawal Saudia RM10. Bawal Saudia tu kalau online RM20 kot tak termasuk postage, crazy!

Pagi esoknya lepas breakfast Nasi Kerabu dengan Nasi Dagang (time kat Terengganu tak pulak cari Nasi Dagang! Ngeng! Haha) kitorang pergi Pasar Khadijah cari baju raya. Kedai ketiga berhenti aku terus suruh Mak ambil je apa yang ada kat kedai tu sebab aku dah malas nak explore and semua kedai sama je konsep kainnya. Why waste time? Sempat aku rembat extra sepasang kain nak buat pakai kerja. Kriteria baju aku cari jangan ada batu. Seksa nak gosok. Jenis aku ni biar tak nampak glamour janji tak menyusahkan aku. Haha. Lagi satu aku elak cari baju jarang sebab malas pakai inner, tak pakai karang kata belanja pulak, nanti ada orang marah pulak. Kahhhh. 

Lepas tu singgah Aeon KB nak pergi butik Tucz. Butik tu takde kat Perak and pattern baju dia cantik-cantik. Aku beli satu je blouse yang lain tak berapa nak minat. Makin tua ni nafsu shopping makin berkurangan kot. Alhamdulillah atas perubahan itu Nadia.

On the way balik singgah Rantau Panjang. Ya Allah panas gila kat sana, kitorang berlegar dalam bangunan je, kedai-kedai tepi jalan tak singgah langsung sebab panas yakmat boleh kena cancer kulit. Aku beli seluar slack 2 and legging buat tidur 2. Seluar slack tu dah la sedap pakai, RM35 je sehelai. Legging RM12 sehelai. Syok oo tidur pakai legging sebab rasa tak pakai apa HAHAHA. Tapi boleh pakai legging time kat rumah sewa je lah, tapi kekadang aku taram jugak pakai kat rumah Kuale boleh buat alasan tak boleh pergi angkat kain sebab seluar ketat. Nampak tak permainan aku? HAHA.

Sampai rumah lepas Isya' jugak la sebab berhenti makan and solat bagai. Aku drive 1/3 perjalanan, yang lain Ayah drive. Balik memasing demam sebab jalan jauh and cuaca panas. Aku tak demam, aku power kahkakah. 

3/07/2017

Travel SOKA-SOKA with TRAVELOKA

Aku cadang nak pergi Jogja lepas raya ni. Tiket pergi dah beli (16 Syawal woi kot la boleh merasa lemang Indonesia), tiket balik belum beli lagi.

Aku banyak la buat bacaan nak ke sana ni, kemahennn kau kalau nak berjalan dia punya study macam nak pergi interview PTD. 

Agak pening sebenarnya nak pergi tempat yang kita tak pernah pergi ni sebab tak dapat imagine suasana kat sana. Maksud aku dari hotel ke tempat pelancongan jauh ke tak? Nak pergi ke suatu tempat tu macam mana? Ada bas ke ada teksi roda 3 ke?

Dari pembacaan aku lokasi menarik dekat Jogja ni memang agak jauh dari satu tempat ke satu tempat, kena pandai plan kalau tak rugi masa and ramai suggest ambil supir. Waduh waduh bikin pusing. 

Aku kalau nak travel aku suka plan awal sikit untuk allocate duit. Aku ni orang non hadoo so bab kewangan kena thorough sikit lah. Contohnya bulan ni settle bab tiket balik, bulan depan settle duit hotel, bulan lagi satu kau jangan fikir berjimba je kau kena simpan duit untuk raya woi! Ha begitu.

So aku decide nak settle hotel dulu. Nak cari hotel pun pening sebenarnya, banyak sangat review ada yang negative ada yang positive. Mestilah ambil yang positive ye dak?

Aku google and terpergi ke web Traveloka. Aku tak pernah guna sebenarnya tapi tu lah nak kata rezeki Tuhan nak bagi kan, buka je laman web tu ada promosi 20% untuk hotel dan 10% untuk flight. Pucuk dicita ulam mendatang, ada pulak sambal mempelam sekali, bak mai 3 pinggan nasi. Boleh pulak tarikh booking start hari ni (07 Mac 2017) sampai 12 Mac 2017. Ini dinamakan jodoh, kalau tak grab kau bodoh hahaha.


Aku bukak kat laman web je sebab senang saujana mata memandang. Hat manusia yang asyik dengan handphone tu, Traveloka ni ada app juga, boleh donwload. Traveloka ni stand for what eh? Travel Soka Soka? Hahaha Sokahati kau jeee!

Yang senangnya Traveloka ni semua ada kat situ. Macam aku orang non hado ni cari hotel murah-murah je la, nak berdengkur je pun dalam bilik tu, bukan nak berpartayyy. So dia dah siap ada tab kau nak luxury ke yang budget ke yang paling banyak demand ke. Aku selalu bukak yang luxury dulu untuk tujuan berangan hahahaha.

Traveloka sekarang buat travel fair. Selalunya travel fair ni orang buat kat shopping mall kan? Hat Traveloka ni dia buat online je. Memang kena dengan moto hidup orang sekarang; baloq liat (pemalas). Kau tak payah nak cari parking kat tengahari rembang, just browse online. Klik sana, klik sini, settle, kau tinggal nak sediakan duit belanja je dan malam sebelum travel baru kena gelabah packing barang (ini aku)

Aku dapat rasakan travel fair ni gempak, superb and marvellous mamamiaaa sebab ada countdown. Benda ada countdown ni selalunya gempak dan mendebarkan. Ikutkan sifat kurang sabar aku ni nak je book guna promotion sedia ada, 20% pun banyak woi! Lepas munasabah diri suruh bersabar, terpaksa la aku tunggu Traveloka Sale-abration ni dengan penuh tawaduk dan istiqomah. Aku percaya orang yang sabar ni besar ganjarannya kehkehkeh. Marilah kita bersama-sama bersabar ye.



Aku tahu tahun ni ramai nak pergi melancong sebab banyak long weekend plus nak buktikan walaupun ekonomi agak menggerunkan, kita tetap steady dan angkuh pergi melancong, balik baru meraung makan maggi haha. 

Tak kira la melancong ke negeri sebelah ke negara sebelah ke negara jiran ke (definisi jiran: 44 negara sekitar), Traveloka boleh uruskan, korang just act like a boss yang kayo-kayo yang semua agent uruskan. Kalau korang forever alone pun jangan bersedih bertenanglah, Traveloka kasi settle kepiluan itu. Takde la sendu sangat nampak jalan sorang-sorang kat travel fair kan bila dah ada online travel fair ni. 

Kira jadikkkk, sediakan ongkosnya saja bukk. Ongkosnya pun enggak perlu tebal sebab Traveloka ni dah kawtim baik punya dengan hotel-hotel negara yang orang Malaysia selalu pergi contohnya Thailand, Vietnam, Indonesia. Memahami sungguh. Flight pun dorang dah siap-siap senaraikan ikut harga so ikut korang la nak pilih hat mana. 

*aku terbaca kalau booking guna apps dapat lagi murah. Sat nak pi download app jap. Kbye.