Aku suka tengok cerita Korea. Suka tu bukanlah aku layan setiap malam, sebulan sekali mungkin hahaha. Cerita Korea ni best, message mendalam, ada isi and tak cliche. Dia takde nya cerita mak mertua perangai macam neraka, lahir lahir terus jadi CEO syarikat, suami ada skandal dengan PA dekat office. Dia cerita pasal kehidupan doktor, askar, hacker (yang aku tengok la). And kalau ada scene kelakar, kelakar dia tak hahahahambarudin. Ahh pergi tengok sendiri la haha
Dalam setiap cerita mesti ada scene makan kan, aku suka tengok orang Korea makan sebab gelojoh hence nampak berselera haha. Ada scene makan dekat tempat mewah, ada scene makan sayur dalam tu letak daging, bunyi dia kunyah tu sedap je. Aku ada la beberapa kali makan makanan Korea and aku suka nasi dia, sup dia.
Nak jadi rezeki aku, tengah hari tadi aku dapat invitation makan dekat restoran Korea oleh orang Korea. Nama restoran tu sama dengan tajuk entri ni. Restoran tu dekat Intermark. Korang google la Intermark tu kat mana, aku pun orang bawakkan tadi.
Aku masuk je restoran tu semua pekerja dia orang Korea. And kitorang duduk dalam private room. Perghh rasa macam dalam cerita Korea scene tengah membincangkan masalah syarikat keluarga haha.
Aku masuk-masuk je makanan punya banyak atas meja. Semua makanan authentic Korea. Ada satu platter besar fish cake Korea. Ada side dishes sosej, kimchi, cendawan, and timun. Sumpah drolling, tak sabar nak makan. Dalam fish cake set tu ada satu tu macam timun goreng tepung tapi sumpah sedap nak mampussss.
Tengah menikmati yang tu tetiba dihidangkan dengan daging bakar yang MashaAllah sedap gila juicy gila. Orang Korea tu ajar makan daging tu letak dalam salad letak bawang putih sikit, hirisan cili besar sikit and ada something macam sambal tapi aku tak tau apa. Then ngap sebijik dalam cerita Korea tu. Korang dapat imagine tak? Haha.
Sumpah sedap namatiii. Tengah aku menikmati benda alah tu, sampai pulak semangkuk nasi beserta soup seafood. Ok aku memang suka nasi Korea, macam sticky rice. Tapi soup dia aku tak suka walaupun dalam tu ada ketam. Aku makan nasi dengan daging tu ohmaigaddd, syurga doniaa.
Belum habis nasi sampai pulak spaghetti. It's not spaghetti but looks like one. Gravy dia warna oren dimasak bersama octopus. Paling pedas antara semua hidangan but yasss sedapppp.
Ok tu je main dishes. Teringat-ingat sebab tu aku cerita kat sini. Once in a lifetime kot dapat peluang makan tempat macam tu. Time makan memang dia bagi minum air suam, aku rasa tu air herba. Walaupun aku tak suka makan dengan minum air suam, tapi tadi kena sungguh combination tu. Then dia bagi buah and dia bagi satu mangkuk air sejuk. Air cinnamon. Ok tu aku tak boleh terima sebab rasa dia pelik and too sweet.
Dah makan kat situ tadi aku rasa selama ni aku makan makanan Korea semua pentipu. Haha. Sebab aku dah rasa yang pure punya, memang jatuh carta la semua yang aku pernah makan. Makan free pulak tu, lagi bertambah la sedapnya haha.
Semua yang aku makan tu dalam RM100++ sorang. Worth it? I can say yes untuk sekali sekala.
Thanks God for this rezq. By the way, Korean tradition when it comes to food is, the guest need to finish up all the food on the table to show that the food is great. So memang kenyang gila la sebab memang habisss. Dia order makanan untuk 8 orang, yang ada 6 orang je. Haha.
*Sorry takde gambar sebab iollls segan nak ambil plus saja nak menguji daya imaginasi korang kahkahkah.
*Sorry takde gambar sebab iollls segan nak ambil plus saja nak menguji daya imaginasi korang kahkahkah.
WOW!! Aku baru check pasal Onsemiro ni lepas habis baca entry ko ni. Apparently dia ada jual ganjang-gejang. Adik aku dah lama nak makan natang tu. Thanks Nad. Kalau tak, tak tahu ada tempat macam ni.
ReplyDeleteWow apa tu? haha. Aku tak pernah ambil tau nama2 makanan dia. Btw, you're welcome hehe
DeleteBerkhhh... (sedawa) .
ReplyDeleteKEnyang baca entry ni . . haha.. Thanks for sharing.
haha glad u are feeling full reading mine haha
DeletePerghhh... terlioq membacanya walaupun takde gambaq. Nice story-telling ability, Nad. Nanti gua nak try merasa authentic Korean food kat situ bila2 berkesempatan nanti :D
ReplyDeleteLast year gua dapat merasa seafood stew di Jejudo, memang authentic habis. Ni dia if you're interested nak tengok rupanya macam mana :D
haha sila2 pergi cuba, at least sekali seumur hidup haha
Delete