Hidup setiap manusia lain-lain, kehendak lain-lain, keperluan lain-lain, rezeki lain-lain, ujian hidup lain-lain. I have a friend, should I called him my friend when we never talk to one another but I know him, he (might) knows me too.
We following one another via IG, if I'm not mistaken, he's my asasi-mate, lupa sebenarnya kenal dia kat mana. Aku selalu follow stories IG dia. Dia ni bab IT memang A aku rasa sebab dia pandai buat apps and ada syarikat besar and oversea contact dia.
Dalam masa yang sama dia selalu cerita masalah keluarga dia, dia ada suicidal thoughts. Tak salah aku sebab masalah keluarga dia la dia dapat sakit mental (depression). Dia ni bagi aku 'alim' sebab dia ikut usrah bagai. Setiap kali aku baca stories dia mesti aku doakan dia. Seriously aku kesian, nak tolong but dont know how. So aku mampu doakan dia kuat terima setiap ujian Allah.
Satu hari aku terkejut bila dia mula mempersoalkan agama. Aku jadi takut baca sebab sayang kalau orang macam dia yang baik yang cuba sedaya upaya nak memulihkan keluarga mula persoalkan benda-benda macam tu. Macam dia dah start losing faith. Nauzubillah.
Kalau korang baca cerita family dia walaupun dia tak cerita details korang dapat rasa betapa tragisnya family dia, macam dengan mercy Allah je boleh selamatkan keluarga dia especially ayah dia.
Benda ni buat aku terfikir. Apa lagi yang aku nak dalam dunia ni? Allah dah kurniakan aku family yang terlebih indah kalau nak dibandingkan dengan sesetengah orang yang datang dari broken family. Mempunyai support system (keluarga) yang padu dah cukup buat kita kuat nak hadapi hidup.
Lain orang lain cara diuji, ikut kemampuan kita sebab Allah tak pernah zalim. Memang kadang-kadang kita rasa tak mampu, too heavy for us but aku selalu yakin yang kita mampu just maybe we need to push ourselves a little harder. Bagi aku takde masalah yang takde penyelesaian, just terpulang kepada individu nak pilih yang mana. After all we all gonna die together with all the problems.
Sempena hari raya korban ni, yang aku berkorban raya sorang-sorang kat KL ni (rolling eyes), marilah kita berkorban apa saja yang kita mampu untuk kelansungan hidup. Ada pengorbanan yang memerlukan duit, masa, tenaga, perasaan dll. Redho lah atas setiap yang telah kita korbankan, semoga itu jadi bekalan 'di sana' kelak.
Salam Aidiladha kepada semua. Maaf zahir batin. Maafkan la jugak diri sendiri kalau terkorbankan apa-apa tanpa sengaja contoh masuk Watson nak beli lotion tapi terbeli masks, scrubs, lipsticks yang dah ada kat rumah tapi tu la dia tu. Lepas tu hujung bulan terpaksa berkorban ikat perut sebab dah over spend. Blerghhh.
Selamat Hari raya aidiadha nadia.
ReplyDeleteI feel him through your writing, yeah...ujian orang lain tak sama dengan kita tapi Allah beri atas kemampuan kita. I hope he can have more strength to face the ujian. Amiin.
tu la, doa je yang mampu supaya dia kuat and nampak hikmah semua ni. ameen
Delete