Hari tu aku pergi Melaka which last aku pergi tahun 2015 tak silap. Aku pergi pun sebab ada kenduri dekat Johor, 1 jalan kann. Time tahun 2015 tu aku pergi hari kerja so Melaka tu ana yang punya, nak naik menara Taming Sari pun relaks je macam pegang tiket VIP tak payah beratur heh.
Baru-baru ni aku pergi time weekend wohoooo. Ramai gila umat tak tau datang dari mana sebab semua laporan dari setiap negeri memang ramai jugak manusia kat negeri dorang hinggap tu. Keluar dari mana la manusia2 ni, dari dalam tanah ke? Ke main swap negeri? Tak reti duduk rumah ke? Haha.
Aku pergi The Shore, dalam 2.4km from Bandar Hilir. Kalau korang pergi time peak hour kalau nak round-round Bandar Hilir tu baiklah korang jalan kaki je dari The Shore ni menyesuluri sungai ke parit ke aku tak tahu yang ada cruise lalu tu. Sekejap je dah sampai dari naik kereta 2.4km = 30 minit. Pfft. Sebab Melaka one way and banyak traffic light -_-
The Shore tu best sebab dekat dengan semua benda. Depan tu ada cruise and monorail hahaha aku baru tahu Melaka ada monorail. Memula aku tak percaya Melaka ada monorail haha. Tapi monorail dia memang tujuan nak pusing pusing secara santai la sebab kalau kau berlari, kau lagi laju haha.
Satu benda aku hangin pasal The Shore ni adalah lift dia lambat nak mampussss. Sempat mampus dulu nak tunggu lif dia. Dah la orang ramai and lift tu tak mampu nak occupied ramai orang sebab kecik nak mampus. Sumpah tak logik sebab The Shore ni 41 tingkat. Dah la aku nak merasa pergi sky bridge tu yang memang terletak di tingkat 41! Hazab.
Nak tunggu lift je dekat 30 minit, gila apa, sempat pergi minum Starbuck dulu kat sebelah lobby tu. Dah la slow! Herghh. Ingat aku ada masa nak sakit kepala sebab lif? Aku dah la tak suka menunggu. Dari 5 bintang disebabkan kejadian lif, aku bagi tahi bintang je.
Nak tunggu lift je dekat 30 minit, gila apa, sempat pergi minum Starbuck dulu kat sebelah lobby tu. Dah la slow! Herghh. Ingat aku ada masa nak sakit kepala sebab lif? Aku dah la tak suka menunggu. Dari 5 bintang disebabkan kejadian lif, aku bagi tahi bintang je.
Aku pergi makan Asam Pedas Claypot yang popular tu, bagi aku biasa-biasa je, tekak aku lagi suka asam pedas Mak aku haha. Asam Pedas Claypot ni ada elemen pahit2 sikit, tapi okay la. Aku datang time senja so ada la tempat duduk. Kalau kene tunggu 2 jam macam 1st time aku datang dulu memang wassalam la. Aku pernah makan asam pedas dekat Pahlawan Walk ke apa entah yang tempat jual souveniers and makanan2 tradisional tu, sebelah dia kan ada kedai2 makan, dalam bangunan yang sama tu, aku rasa asam pedas situ lagi sedap dari yang kat Claypot tu. Citarasa masing2.
Then aku beli biskut lutut jenama Biskut Tongkat. Kalau korang pergi Melaka sila beli biskut tu sebab sedap gila, tak macam typical biskut lutut haha. Kalau dapat cecah air tea o panas lagi terangkat oi. Aku tak jumpa lagi biskut tu kat negeri lain, assabiyah betul haha.
Memang tak la aku nak pergi Melaka time weekend lagi, kalau nak pergi nanti aku nak pergi weekdays, biar aku sorang je dekat Bandar Hilir tu, biar Parameswara nampak aku je.*tetiba
Jauhnya awak berjalan sampai ke selatan pergi kenduri Nadia. Memang rajin pergi kenduri eh? Hehe..
ReplyDeleteWeekend cuti panjang haritu memang ramai rakyat jelata dari segenap pelusuk tanah air pergi bercuti. Bukankah itu petanda ekonomi rakyat dlm keadaan baik ? Haha
Depends on whos inviting hehe.
DeleteHaha bagus. Very positive.