”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/18/2018

Ulu Geroh, Gopeng

Hari tu long weekend takde buat apa aku plan pergi hiking. Tapi tak menjadi hiking nya, jadi terjun sungai je haha. 

Memula plan nak pergi Lata Damak dekat Gopeng. Jenuh google tapi dekat Selama ada la Lata Damak, dekat Gopeng takde. Tapi sejenis konfiden ni, redah je. 

Nak pergi sana korang waze je Adeline Resort Gopeng. Jalan yang sama cumanya nak ke Lata Damak tu (kononya) korang teruskan perjalanan lagi (by car) sampai atas. 

Then akan jumpa Resort Razilla, akan jumpa jambatan yang ada replika gajah 2 ekor. Kat situ dah start perkampungan orang Asli. Korang straight je jangan belok2. Ada la belok ke kiri nak ke Ulu Kampar tapi jangan ambil jalan tu. Ikut signboard ke Ulu Geroh. 

Aku naik sampai takde jalan dah. Kiri kanan rumah orang Asli, kawasan kat situ bersih je. Turun tanya kat Orang Asli tu macam mana nak pergi Ulu Damak sekali dia cakap tak boleh pergi sendiri, kena guna guide and tanya Tok Batin. Aduii lemah batin aku camtu haha. 

So tak jadi, decide mandi dekat situ je (Ulu Geroh). Kawasan tu memang sepanjang perjalanan ada sungai, memang situ banyak aktiviti air and yang paling popular water rafting. 

Yang tempat aku mandi tu memang kawasan orang Asli, itu la bilik air dorang. Haha. Air dia agak jernih walaupun pagi aku datang tu hujan. Kalau tak hujan lagi jernih agaknya. 

Lama jugak aku lepak situ, dari pukul 10 pagi sampai 2.30 petang. Perghhh. Tapi banyak lepak atas batu sebab haukk sejuk nak mampus air tu wehh. Gigil aku. 15 minit sebelum balik baru aku ada kekuatan nak rendamkan 1 badan aku haha. 

Situ memang takde tempat salin baju la, so aku salin dalam kereta je, nasib baik jarang orang lalu and kereta tinted gelap hahaha. 

Untuk bersantai-santai best la. Tak perlu hiking ke apa just takde la waterfall. Nak layan air sungai sejuk di celah-celahan batu memang masyuk. 

Tapi orang Asli kat situ agak sombong sikit. Tak suka agaknya orang mandi dekat ‘bilik air’ dorang heh kedekut. Bukan luak pun. Bagi ‘lauk extra’ masuk dalam periuk nasi baru tau hahaha

Seronoknya mandi mandi. Haih rindu dah. 

Sempat membakar ayam. Nasib baik bawa arang, kalau nak harapkan kayu hutan memang makan ayam mentah la haha
Sejuk baq hang

2 comments:

  1. bestnyaaa ada air terjun semua. memang sedap sungguh la BBQ tu memang trangkat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha time kesejukan memang semua sedappp

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!