”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/25/2018

Hatyai #Day 4 & 5

Pagi ni bangun lambat bermalas-malasan sebab aku plan nak pergi Khlong Hae Floating Market (FM) je yang bukak pukul 3pm. FM ni bukak Jumaat - Ahad je.

Turun bawah mintak hotel call tuk2 nak pergi Central Festival Mall (CF), nak cari lunch perut dah lapar. Time tunggu tuk2 baru terfikir nak sewa motor. Mintak hotel tolong carikan and hantar dekat CF. 350baht sehari. Sumpah berbaloi sewa motor dari kau naik tuk2 ke sana ke mari. Ada google maps, kira settle. Suasana jalan dia pun macam Malaysia, so memang takde masalah la.

So kitorang pergi CF by tuk2 dulu sebab dah terbooking. Dikhabarkan CF ni mall terbesar dekat Hatyai. Mall dia sama je dengan Malaysia cuma security nak masuk tu ketat la. Dia cek handbag takut bawak bom kot, sana kan pernah kena serang dengan pengebom. Yeke? Ke aku reka cerita? haha. Even kat entrance kereta pun dorang akan cek bonet bagai.

Dekat CF aku just lunch kat food court and jalan2 pusing mall. Tengok sneakers tapi tak berani pegang sebab tak sure mana satu kulit babi mana satu bukan haha. Harga lebih kurang je dengan Malaysia.

Dalam pukul 230pm tengok cuaca macam mendung so terus bergerak ke FM. Tempat-tempat tarikan dekat Hatyai tak jauh antara satu sama lain, semua less than 15km. Pekan dia banyak jugak traffic light tapi no problem lah, tambah2 naik motor lagi la boleh menyelit merempit haha.

Sampai je sana terus cari makanan. Padahal baru lepas makan dekat CF. Dasarr perut lori sampah hahha. Aku beli tomyam kung dia makan dalam tempurung (40 baht). Sedapppp. Lepas tu beli teh ais minum dalam buluh (25baht). Air dia manis, tak suka sangat aku, tak rasa lemak tea. Patutnya Cha dekat Thailand terbaik kot. Lepas tu beli sotong panggang, ya Allah sedap gila sumpah berebut rasa nak makan semua tapi tu la perut dah sendat haha.

Aku tunjuk gambar ni dekat family then makcik aku komen dia takde selera tengok orang masak macam tu hahaha. Aku ok je telan haha.

Aku tunjuk kat Mak gambar ni, Mak aku tanya 'Tak gatal ke makan dalam tempurung, minum dalam buluh?' Hahahaha. Alahai mak2 ni.

Lepas tu hujan renyai sikit, aku terus shoot ke Greenway Night Market. Basah jugak la baju merempit haha. Tempat makan dekat Greenway macam high class sikit, kena beli kad and topup untuk buat pembayaran. Memang tak la aku makan, saka aku pun dah surrender dah time tu haha. Just pusing2 window shopping. Beli barang2 sikit. Aku beli flat Monobo 250baht. Monobo ni kasut plastik macam JellyBean tu tapi tak la wangi, yang penting pakai selesa and murahhh haha.

Dah puas pusing kat sana pergi pulak Lee Garden Bazar. Tujuannya nak cari souvenier sikit and cari udangggg! Aku beli souvenier penuh la tangan kiri kanan (Aku spend 1500 baht untuk souvenier). Nampak besar sebab dia letak plastik and kertas dalam beg2 tu. Dah selesai semua balik hotel siap beg untuk balik esoknya.

Yang depan aku tu 500baht 1 pinggan. Puas hati makan. Ya Allah terbayang2 haha
Pagi esoknya guna motor yang disewa tu pergi dekat agen bas, dekat area Lee Garden jugak. Tinggal motor kat situ, suruh agent ambil kat situ. Aku naik bas Sri Theven dari Hatyai-Ipoh (RM30/sorang). Bas dia puas hati, selesa, driver bas pun baik. Aku beli tiket online je dekat easybook. Kalau beli kat situ korang kena tengok dia ambil kat mana, tak semestinya dekat station bas Hatyai. Macam aku pergi pejabat agent and bayar 20baht sorang naik tuk2 dia hantar kat bas yang entah kat mana haha.

Perjalanan Hatyai ke Bukit Kayu Hitam dalam sejam je. Settle kan passport luggage bagai pun kejap je tak ramai orang. Sebab aku balik hari Sabtu kot, mungkin ramai balik hari Ahad. Satu aku perasan, staff imigresen Thai memang sombong nak mati, tak reti senyum. Orang datang negara kau kot, manis la muka sikit, kitorang nak tabur duit kat kau kot. Erghhh.

Tamatlah percutian aku Phuket - Hatyai. Rindu dah bercuti lagi. Where's next? Gituu haha. Total belanja korang kira la sendiri hahaha. Yang aku mention dalam blog ni tak termasuk jajan2 yang aku tak ingat dah berapa aku beli, plus tu ikut selera masing2.

Total / seorang
KL Sentral - KLIA - RM12
KUL - PEK - RM47
Hatyai - Ipoh - RM30
Baai Baai Mansion Hatyai - RM75/ 2 malam
Total = RM 164.00

Pakej Islands Hopping + Airport Transfer - THB 1500
Sim Kad - THB99
Bas Phuket - Hatyai - THB260
Chusri Hotel / 2 malam - THB350
Taxi ke Phuket Bas Terminal 2 - THB 250
Sewa Motor - THB 175
Souvenier - THB 1500
Total=THB 4134 = RM523.00 +-

Grand Total = RM 687.00. Kalau termasuk makan and tuk2 maybe kena tambah lagi around RM150-RM200, depends pada nafsu korang haha.

Adios!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!