”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/15/2018

Make up Axia

Aku pakai Axia, dari hujung tahun 2014 sampai sekarang. Masih setia. Ada plan nak tukar kereta sebab nak lebih selesa bawak family berjalan tapi tu la, tak tukar2 lagi, rasa sayang kereta ni, rasa berat nak tukar. So pakai la dulu. Mak pun kata jangan tukar lagi, so kita ikut cakap Mak, lebih barokah gitu hehe.

Plus kereta ni kecil sangat mudah nak menyelit, parking and paling penting jimat minyak. Aku ni tak la reti jaga kereta sangat. Setakat kalau dia lapar minyak tu, aku feed kan je la. Tapi aku service dekat Perodua memang on time, so far dia tak pernah bagi masalah besar dekat aku. Thank you sayam.

Aku tak pernah makeup dia, dari aku beli macam tu je la rupanya. Ada waktu cantik berkilat, ada waktu berhabuk aku tak sempat nak mandikan haha sorry sayam. Hari tu aku perasan kereta ni lampu dia macam kenyit sebelah. So aku pergi la kedai aksesori nak tukar bulb.

Dah sampai sana dorang tanya aku nak tukar itu ini tak. Semua yang dorang tanya memang aku ada niat nak tukar tapi takde masa. Plus aku mana boleh orang hasut aku ni, memang mudah terhasut. So total damages aku seperti yang berikut:

(i) Tukar Bulb - RM38 / main front lamp
(ii) Tukar Coil Mat - RM80 / 1 kereta
(iii) Pasang Visor - RM90 / 4 pintu
(iv) Pasang Wiper Silicon - RM60 / sepasang
       Total - RM268

Haha. Alang2 orang kata. Bukan selalu aku nak berbelanja untuk sayam aku yang telah banyak berbakti kepada aku, ke mana je dia tak pernah bawak aku dalam Semenanjung ni, tidur sama2 semua pernah. Hehe. Wiper paling penting now sebab musim hujan. Hari tu aku beli yang murah dekat DIY, sakit hati aku sebab bunyi sreet sreet. Herghhh. Tak sabar nak hujan, nak rasmi wiper baru. Eh? haha

Aku tak tahu tempat aku pergi tu mahal ke tak, aku memang bukan orang jenis compare price. Aku memang bukan seorang yang berbelanja secara berhemah haha. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah tahu range harga setiap barang walaupun aku beli barang tu tiap bulan, aku main bayar je. Tak elok kan perangai camni? Very take things for granted. Haishh. Dulu lagi teruk, aku tak pernah tahu exact gaji aku berapa hahaha.

Tapi setiap berita gembira akan datang pulak berita duka, kereta aku bergesel dengan Hilux. Calar and kemek sikit. Haduhh tercalar hati ni. Calar tu boleh hilang tak silap aku, kemek tu. Mesti kereta aku sakit. Ouchh. Sian dia. Huhu. Nanti I baiki you ye sayam. 

6 comments:

  1. Anonymous10/16/2018

    betui nad, average mmg rega cmtu pun klu kedai aksesori nih.. mmg ada yg murah gi tp kira ok la tu bg seseorg yg jenis x amik port... yg jenis'take things for granted' jer... hahaha, so "sayam" dh mrajuk tu sbb ada nawaitu nk jatuh talak kat dia... huhu, (syukur gesel jer) adakah jazz akan menjelma as u wished dlu.. jeng jeng jeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. jazz? tak kot. sekarang berazam nak pakai kereta ni sampai habis bayar haha

      Delete
  2. boleh tahan rege kena ketuk tu..adehai..nak kesian pun rasa comel plak...huhu...

    utk simple aksesori should be that price dear...too high...IQ pernah tukar wiper pun rm 30...tpi yg biasa brand bosch...betul ke eja tu..haha..

    jangan survey harga kat mana2 kedai, kang tetiba sakit hati.huhu

    but its good experience...next time beware ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang tak tau pasal harga2 ni, tapi pakai okay kira okay la tu haha. wiper tu pun puas hati, kemas dia tarik air and tak berbunyi hehe okay will do

      Delete
  3. Allah...dah leklok pakai mekap tersagat pulak. mak aih!!! kalau aku mau menyirap. huwaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha time tu sedikit kecewa la, terguris rasa hati, tapi dah redha dah haha. ada rezeki lebih boleh repair.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!