Genting Highlands Premium Outlets (GHPO)
Hari tu aku naik Genting sebab kat bawah ni panas litlit. Nasib baik la genting tu 30-40 minit je dari rumah aku so boleh la jadikan aktiviti di kala bosan gitewww. Hari tu for the first time aku singgah GHPO. Takde buat apa pun just cuci mata and layan angin.
Outlets dia best jugak, banyak kedai. Aku rasa aku tak habis explore hari tu. Berbanding Mitsui aku lagi suka GHPO mungkin sebab faktor kedinginan and pemandangan kat sana haha. Ramai orang parking kat luar tak masuk car park sebab fee dia pricey sikit kot, aku berlegar dalam tu tak sampai 2 jam RM8. Tapi standard la kot tempat tinggi harga tinggi haha. Nanti nak datang lagi la lepak2 makan ayam Uncle Bob.
Oh sebelum naik atas aku singgah Petronas kat bawah tu yang macam ada pasar malam tu. Beli makanan sebab tau kat atas makanan mahal hehe. Aku beli ayam Uncle Bob tuuu, pergh layan gila makan kat atas tu berkongsi rasa dengan kucing yang tengah pregnant.
![]() |
Nampak tak kabus belakang tu. Uuuuuuu |
Genting Higlands Indoor Park
Lepas Asar aku naik atas pulak lepak kat taman bunga tepi Balai Polis GH. Kat GH memang takde penguatkuasa eh? Ramai aku tengok parking tepi2 jalan termasuklah aku hahaha. Time ni sejuk gila weh sampai beringus la aku. Dasar budak kampung haha.
Lepas solat bagai perut pun dah kenyang aku pergi cuci mata dekat Indoor Park dia. Tak main apa2 pun, saja nak buat pantauan awal. Next time pergi boleh main. Permainan dia padu jugak weh, aku suggest korang ambil pakej RM90 sekali dengan Snow World. Berbaloi berbanding MAPS Ipoh, sejuk pun sejuk *tak habis2 agungkan kesejukan haha.
Sebelum balik beli kad RM22 bersamaan 20 kredit nak pergi main judi kejap hahhahaa. Tak lah aku pergi main kat tingkat 2 ada arcade games. Dah menghabiskan duit maka membawa diri keluar lepak luar kejap dengan kesejukan yang amat sangat.
Sekian.
![]() |
Dah lama tak hiking, so kita hiking by car. Hekhekhek |
untung la dekat nad, last pi genting taun 2008.. nk pi nk pi last spi la x spi2 gi, makin lama makin tua nk men benda tu smua nnt rasa gayat dah.. hahaha
ReplyDeletehaha nanti outdoor park dia dah siap meh la datang, merasa. ceh macam ajak datang rumah pulak ye ahaha
DeleteTunggu outdoor baru nak terjah balik Genting. Baru puas hati
ReplyDeletehehe kan. tu berapa la pulak harganya nanti
DeleteIndoor park dia ada apa je? Last aku main outdoor je masa student dulu. Tapi tak nafikan la memang sejuk kat atas tu. Cakap pun berasap-asap huhu..
ReplyDeleteala aku x tau nama mesin tu. tapi hardcore jgk la dalam 2-3 games. yg lain biasa2 je and ada banyak untuk children. hehe. ye wehh sejuk gila. eh lama tak nampak kau. Sihat? hahah tberr
Deletewoah dekatnya nak naik pegi genting. boleh pegi selalu. rasanya btol ni best dari Mitsui dan yg kat Melaka tu. Mitsui tu kalo pegi selalu bosan haih.. hahaha..
ReplyDeleteaah mitsui bosan. pernah pergi sekali je. yang melaka and JPO tak pernah pergi lagi. genting best sebab sejuk kot haha
Delete