”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/19/2019

Cerita random dalam LRT

Hari tu aku naik LRT nak pergi TBS. Lepas ada sorang reader kat sini suggest kat aku baik naik LRT dari naik Komuter terus aku tak naik dah Komuter. Thanks to you, terus aku bertambah bahagia haha. Ha ni aku nak cerita something about bahagia. Bahagia over a little things and appreciate what you have.

Time aku naik LRT tu ada rezeki aku dapat duduk. Tips naik LRT kau pergi  tunggu coach depan sekali or belakang sekali, inshAllah dapat duduk. Coach tengah selalu sendat sebab orang naik tangga malas nak jalan jauh ke depan time menunggu, ni dari pemerhatian aku lah. Orang pemalas selalu rugi haha.

So aku duduk sebelah sorang abang ni, aku perasan sebelah dia ada sorang perempuan. Dari segi pemakaian aku dapat tafsirkan dorang ni orang yang hidup sederhana but a bit struggle di kota metropolitan ini. Dah duduk baru aku tau dorang ni suami isteri. I overheard their conversation. 

'Nanti abang pergi sana, alang-alang pergi la 2 hari, buat penat je pergi sehari'

'Emmm boleh jugak. Kita pergi 3 hari'

'Apa pulak kita, abang je la pergi' (she continued babbling about money, etc)

He ignored every words from his wife,

'Hari last tu boleh bawa dorang (I assumed anak) pergi taman' 

And they stopped at one station before my stop. Aku dalam hati macam, ala sweet husband dia ni nak jugak bawak family even ada financial struggle. Mungkin dia dah ada perancangan dia tersendiri.

Bila dorang bangun aku agak terkejut bila tahu isteri dia buta sebenarnya. Speechless kejap aku. Abang tu jenis laki rock2 sikit, rambut panjang. Tapi cara dia bercakap dengan isteri dia lembut je, penuh tertib. And cara dia tolong isteri dia bangun dari kerusi and cara dia minta laluan dekat orang nak pastikan isteri dia selesa buat aku terharu kejap. Satu tangan minta laluan satu tangan pegang plastik besar yang nampaknya berat sambil isteri dia pulak memaut lengan dia. 

Ada orang dapat bini lawa merelip dan sempurna pun tetap cari perempuan lain. Ada orang pakaian kemas, seluar tajam macam duri, naik kereta mercs tapi tak reti berlembut dengan orang. 

Bahagia tu bukan dari fizikal tapi dari hati yang suci. Semoga kita semua dipertemukan dengan pasangan yang akan sayangi dan santuni kita sebab benda tu memang akan membahagiakan. Kita mungkin terkurang sana sini berbanding orang lain yang kita nampak punya semua, tapi pada hakikatnya tak punya apa-apa.

4 comments:

  1. sweetnya... semoga kehidupan mereka sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya

    ReplyDelete
  2. Saya lak kahwin dgn isteri saya skrang sbb dulu saya admire dia kat sekolah. Lepas tu putus hubungan, saya cari dan jumpa balik semasa reunion. Alhamdulillah, kekal ... dah dekat 15 tahun dah bernikah.

    Kisah saya bertemu dgn isteri, dan berkawin selepas jumpa di reunion sekolah ada dipaparkan dalam NONA TV3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga kekal hingga syurga ;)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!