Last weekend aku balik rumah Mak aku. Hari Sabtu kitorang pergi Cameron Highlands, balik hari je, lalu Simpang Pulai. Alhamdulillah perjalanan lancar, tak jem sangat. Amazing kan? Kitorang tak ke mana pun, saja nak ambil angin sejuk. Tapi Sabtu lepas memang sejuk pun sebab hujan. Aku pulak dengan konfiden pakai baju nipis. Hamekkk kau. Suhu 17𝇈c. Brrrr. Sepanjang hari hujan renyai, lagi la kan. Kabus pun tebal gila.
Memula singgah Kg. Sedia sebab katanya itu perkampungan orang Melayu and produk orang Melayu. Kat situ agak sesak and susah parking. Kitorang just beli strawberry celup chocs, ubi rebus yang manis yakmat sedap gila makan panas-panas time sejuk and makan waffle je. Lepas tu kitorang picnic dekat taman area Tanah Rata.
Habis picnic singgah rumah cousin aku dekat Ringlet and patah balik ke Brinchang nak beli strawberry. Kalau nak beli strawberry sila beli dekat Brinchang, wayy murah dari Kg. Sedia. Bukan taknak tolong perniagaan orang Melayu, tapi kami pun orang Melayu yang tengah struggle dengan ekonomi. Please jangan guna word 'produk Melayu', 'Produk Islam' dengan harga yang tak masuk akal. I don't buy it. Eh emo. Haha
Hari Ahad aku balik KL naik bas dari Kuale Kangsar, jam 3.30pm. Dan aku sampai Hentian Duta, KL pukul 9.30pm! What the hell. Jem teruk gila plus hujan, mengundanggg. Lepas tu aku lupa bawa kabel charger balik pulak, sebelum tu aku dah layan Netflix bajet ada kabel boleh caj. Sekali hmmm padan muka. Suami aku dah bising tapi sebab bateri mati aku telah matikan bebelan itu bersekali bahahaha.
Sampai Duta aku beli kabel charger baru sebab taknak Suami aku risau. Auwww isteri solehah ngatt haha. Lepas tu naik taxi pergi LRT nak balik rumah. Kereta aku park dekat LRT. Sampai je dekat kereta aku dapat whatsapp dari driver bas cakap aku ada cicir barang tapi dia taknak bagitau apa, dia kata kalau sedar apa yang hilang bagitau dia.
Aku cek wallet, handphone, kunci rumah semua ada. Tu je penting bagi aku. Aku cakap la takde, maybe orang lain punya kot. Dia cakap, takpela cek betul2, kalau ada roger dia balik. Aku pun buat bodo je la.
Sampai je rumah aku bukak jam then baru aku sedar gelang emas aku takdeee!!! OMG. Tu mas kahwin pulak tu. Huaaaaa nak nangis rasa. Aku terus message dia. And bagusnya driver tu, dia mintak bukti tu gelang aku. Nasib baik aku ada ambil gambar aku pakai gelang tu time nak tunjuk dekat Mak aku. Aku pun hantar kat dia, then dia kata betul la.
Lepas tu kitorang deal nak jumpa dekat LRT area rumah aku. Seperti yang dijanjikan dia pun muncul bersama gelang aku. Alhamdulillah3x. Aku bagi dia sikit 'upah' hantar, memula dia tolak then aku cakap 'ambil la, buat belanja anak' baru dia ambil. Alhamdulillah yang jumpa gelang aku adalah orang yang baik and jujur.
Esoknya aku demam. Ha kau hilang mas kawen sampai demam2. Aku pergi klinik kesihatan nak ambil ubat. Kan kena bayar RM1, time tu baru pukul 8pagi, kat aku ada RM20 je and takde kedai yang bukak lagi, klinik tu pun takde duit pecah lagi. Tengah aku pening nak fikir mana nak cari duit, tetiba ada sorang makcik ni bagi RM1, dia kata dia belanja. Baiknya hati, Alhamdulillah jumpa lagi orang yang baik.
Dalam dunia ni ramai je lagi orang yang baik, kalau tak jumpa, be one. Alhamdulillah again.
Alhamdulillah, bukan senang nak jumpa orang yang baik2 ni, tapi kalau kita selalu buat baik pada orang, InsyaAllah kita akan selalu jumpa yang baik2 jer. Kalau IQ pun cuak bila gelang mas kahwin yang hilang. Mau nangis sepanjang hari.
ReplyDeleteKan. Alhmdulillah. Tak nangis sebab tak sedar hilang. And bila dah sedar pulak tau benda tu selamat dekat tangan orang. Kalau tak mau meraung jugak tuuu hahhaha
Delete