Fuyooo honeymoon lagii? Haha takdelah, ni namanya ambil kesempatan sebab Suami aku ada kerja dekat Kemaman. Memula aku ingat kerja dia dekat Kuala Terengganu (KT), aku dah book hotel 2 malam bagai baru perasan kat Kemaman. Hapooo! Haha. Nasib baik 1st book tu cancel, then kitorang book baru 1 malam dekat KT, 1 malam dekat Kemamang. Haha.
Aku first time pergi KT lalu Karak, selalu aku lalu Perak-Kelantan. Bapak jauhhh rasanya nak sampai KT lalu LPT tu. Bosan gila lebuhraya dia weiii haha. Tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Dari KL kitorang gerak pukul 8 pagi macam tu.
Lemang To'ki
First stop kitorang. Dia tersasar sikit dari highway tapi tak jauh sangat. Rasa? Boleh la kalau tetiba teringin lemang tapi raya lambat lagi boleh la datang sini. Kalau nak datang semata-mata sebab rasa tak kot sebab bagi aku, ada rendang yang lagi sedap pernah aku makan. Tekak masing2 kan. Tapi orang memang ramai gilaa.
![]() |
Aku ambil rendang daging. Ke orang ramai sebab rendang ayam? Haha |
![]() |
Ok ni sedap. Air asam dia umpphh. |
Dah kenyang kitorang meneruskan perjalanan ke KT. Dah nak sampai tu adoi mengantuk gilaaa. Aku minta izin Suami nak tidur haha kuangjo kan co-pilot tidur tapi sumpah tak tahan. Aku tidur dalam 15 minit kot lepas tu aku bangun sambung teman Suami drive sebab aku nampak dia pun dah mengantuk gila haha. Tula, bawak kereta manual memang tak la aku nak tolong drive haha.
Sepanjang kat KT cuaca agak rough. Angin kuat gila, ombak laut macam garang nak mampus menghempas pantai and kadang2 hujan tapi kejap2. Sampai je KT kitorang terus pergi lunch pulak.
Restoran Mat Binjai
Restoran ni aku jumpa dalam google. Masakan dia ok, masakan tradisional. Layan jugak makan tulang masak singgang dengan ikan sumbat cicah sambal. Aku try makan budu tapi lidah aku tak suka masin budu tu.
Tapi bagi aku kedai ni agak pricey
![]() |
Ni yang kitorang makan. Just yang takde dalam gambar: sotong 2 ekor (size kecil) . RM37. Erk. Ke korang rasa murah? Huhu. Masak lemak tu gulai sahaja ok. |
Lepas tu kitorang terus check in hotel. Hotel yang aku book dekat je dengan Restoran Mat Binjai ni, kurang dari 1km. Sekarang ni kalau nak cari hotel2 murah aku book melalui OYO je sebab banyak promosi. Dekat KT aku duduk dekat AJ Suite, hmmm boleh la bilik tu kalau nak tidur je.
Lepas rest and solat semua kitorang keluar nak pergi Warong Pok Nong pulak.
![]() |
Merasa naik draw bridge tapi tak sempat nak berhenti kat bawah |
Kitorang sampai dah nak senja, orang ramai gila beratur. Angin kuat gila, ombak sampai terpercik kat jalan raya la. Bergaram habis kereta Suami aku. Dia suruh kikis garam dekat kereta dia, tak payah beli garam katanya haha. Tampar tau la.
![]() |
Sedappp. Sotong tu RM29, udang tu RM20. Sos dia sedap. Berbaloi beratur panjang. Udang and sotong fresh and tepung tu tak muak. |
Lepas makan kitorang terus balik hotel je, rest. Esoknya lepas Subuh kitorang terus pergi makan breakfast dekat Nasi Dagang Atas Tol.
Nasi Dagang Atas Tol
![]() |
Nangis tengok orang beratur tapi ku gigihkan jua |
![]() |
Okay sedap! Approved! Mee tu sedap gila wehh. Dah la murah nak mampus. RM15 je termasuk air. |
![]() |
Terliur tak? Tapi Kelantan punya lagi sedap hehe. Mungkin sebab kat sana pakai serbuk tea Thai. |
Sebelum balik hotel untuk check-out kitorang singgah Masjid Terapung KT, saja nak ambil gambar hehe.
Lepas check out and sebelum bergerak ke Kemaman, kitorang sempat singgah Pantai Batu Burok.
![]() |
Cantik tak gambar ni? Diambil, di setting dan di edit by my Husband hehe |
Lepas tu kitorang gerak ke Kemaman, dekat 2 jam jugak dari KT. Ada la singgah 2x tepi jalan sebab Suami aku nampak tasik yang cantik haha. Tapi memang cantik. Jap aku tunjuk gambar.
Kitorang nak singgah makan lunch dekat Kedai Nasi Budu Mak Ani tapi dah sampai lambat sikit lauk pun semua dah habis. Sedih. Lepas tu tak tau nak makan mana aku ajak Suami aku pergi beli keropok dulu. Atas hasil google kitorang pergi Kedai Keropok Cap Intan.
Kedai Keropok Cap Intan
Bagus kedai ni sebab orang kedai tu bagitau mana keropok yang banyak ikan, mana yang banyak tepung. Sos dia pun sedap, siap ada tester. Aku beli keropok kering and sos and beli keropok lekor untuk makan. Keropok lekor dia bagi free je. Sedap keropok lekor dia, memang terasa ikan tu.
Kat Terengganu memang makan krepok lekor rebus eh? Dah dua kali aku pergi susah jugak nak jumpa yang bergoreng. Takpelah beli yang mentah goreng sendiri kat rumah la haha.
After beli kitorang check in hotel, tempah dekat Oyo jugak. Mehram Hotel. Korang kalau pergi Kemaman nak cari hotel yang murah and selesa, boleh consider hotel ni. Aku book time promo, RM49 je semalam, bilik deluxe queen. Bilik luas, ada katil, ada almari, ada meja. Cons dia just takde lif and iron kena keluar bilik. Tapi itu kecik punya hal. Unless kalau bawak orang sakit lutut then tak sesuai la nak naik tangga. Sebelah hotel ada kedai runcit yang besar dan selesa, semua ada and ada Tealive. Niceeee.
After dah rest semua kitorang keluar pergi lepak Pantai Mok Nik. Just lepak sambil sembang sambil layan angin laut. Best feeling ever. Dah senja macam tu kitorang gerak cari makan. Memula nak makan Sup Kambing, sekali tutup da then Suami ajak makan dekat 1 kedai yang dia ternampak dalam perjalanan. Food Court Geliga, seberang dengan Station Bas Kemaman.
![]() |
Kalau pergi korang boleh try makan dekat sini |
![]() |
Nasi Goreng Kambing Petai dia terbaik bohh. |
Lepas tu balik tidur, pagi esok aku balik KL. Short trip yang sangat bermakna. It's not about the distance or time spent, it's about the value of the memory. Can't wait for the next trip.
Alternative untuk Warong Pok Nong, Warung Che Su, dalam 100m depan sikit dari Warong Pok Nong. Harga lebih krang, beratur pendek sikit. Pok Nong tu rezeki murah. Warung dah maju tahap gaban pun xde nak ketuk pelanggan.
ReplyDeletePelik kedai keropok tak jual keropok goreng. Biasanya kat KT (Kemaman mungkin lain sikit pesennya) confirm ada keropok lekor goreng.
Dah sampai Pantai Moknik mesti MESTI mesti makan satar. Serius aku rasa satar underrated nak mampus. Tapi mungkin tu tekak orang Ganu cam aku la.
Abeh la Nad aku rasa nak balik Ganu sekarang gak nak gi cari makan.. Umm... Lama tak makan Nasi Dagang. Dah cair darah Ganu aku ni. Patutlah loghat pun tak berapa nak pekat dah sekarang.
Oh yeke? Hari tu sampai dah senja memang tak sempat nak ke depan lagi hehe
Deleteha tu la kan, ingat memang pesen gitu haha
weh aku memang makan satar kat area tu. OMG sedap gilaaaa. Now craving. Arghh jauhnya
pergi balik please. eat on behalf of me haha