Last weekend aku dengan Suami memang dah plan nak naik Bukit Dinding. Lepas Subuh terus siap2, aku tanya Suami berapa km? Dia cakap 5km lebih JER and tinggi pun 200m lebih je. Aku pun ok la. Cuak jugak kalau tinggi sangat sebab dah lama gila tak mendaki weh.
Bukit Dinding ni dekat je dengan rumah aku, less than 2km sampai dah. Orang memang ramai macam ada open house raya Perdana Menteri je kat atas tu. Kitorang pun mendaki dengan penuh sabar dan gigih. Memula tu mencanak jugak la then okay dah.
Puas rasanya sebab dah lama tak bakar lemak camtu. Kaki ok la sakit sikit2 je. Sampai atas hujan renyai pulak, nasib baik kejap je. Time naik kitorang tak banyak sembang sebab mengah haha time turun baru la rancak bersembang, sedar-sedar dah sampai je. Macam2 sembangnya, hal kerja, hal politik Malaysia yang bercelaru sekarang ni. Mengutuk orang pun ada haha. Nasib baik aku dengan dia 1 kapla haha.
Sampai je bawah terus pergi breakfast dekat mamak NZ, port favourite kitorang lepak. Aku suka betul roti puree dia, hmm dapnya. Then balik rest. Petang sikit keluar pergi Bangi aku teman dia jumpa vendor baju. Orang tu belanja Asam Pedas dengan Daging Salai Masok Lomak Cili Api. Alhamdulillah rezeki. Perghh berdesing telinga dengan kepedasan dia. Sedap jugak korang boleh try restoran Oh Mak Kau rasanya nama dia haha.
Malam tu pergi cari groceries sikit sebab laki aku request nak makan kambing yang aku buat. Aku tanya dia nak makan apa, aku nak belanja sempena birthday. Mula2 nak makan steak lepas tu tak jadi. So malam tu sebelum beli groceries aku belanja dia makan Chicken+, ala ayam ala2 Korea tu, dia share kedai dengan Mr. Dakgalbi.
Sedap. Not bad. Aku ambil 2 flavour yang paling popular. Ada order Ramen dengan air bagai RM54. Ok la sekali sekala, bukan hari2. Bagi aku lagi sedap dari 4fingers tapi tak boleh kalahkan Kyochon. Lepas tu konon nak cari running shoes untuk laki aku sekali pukul 9 majority outlet dah tutup. Memang gitu eh SOP dia? Sendu gila. So kitorang terus beli groceries je sebelum balik. Husband request Nasi Butter jugak.
Sampai je rumah aku marinate kambing. Aku campur je apa yang ada dekat rumah; bawang, halia, sos tiram, kicap pekat manis, sos black pepper, serbuk black pepper, serbuk parsley, mixed herbs. Haa sakann. Hasilnya memang umphhhh.
Pagi Ahad lagi sekali lepas Subuh kitorang naik Bukit Dinding. Gigih tak gigih la, kali ni banyak dia ajak berlari. Woiiii gila apa berlari naik bukit tapi aku layankan je mana mampu. Time turun baru sakit ankle haha padan muka. Dah nak turun baru aku tau total perjalanan kitorang 9.3km, yang dia cakap 5km tu one wayyy! Tipah tertipuu.
Balik tu singgah lagi makan roti puree dekat NZ. Dah balik rumah mandi bagai, terus berperang dekat dapur.
Alhamdulillah makanan simple tapi Suami cakap terbaik, dia semua terbaik. Senang bela laki aku ni, dia tak cerewet langsung bab makan, bab kasut je cerewet 😏. Habis nasi periuk sekali hadap walaupun time masak Nasi Butter tu aku lupa letak garam haha. Tapi dah makan dengan lauk on je.
Nasi Butter tu senang sangat nak buat. Tumis bawang besar, bawang putih, halia and serai dalam butter. Dah naik bau masukkan nasi yang dah basuh, aku guna beras Basmathi so lagi umphh. Then tambah susu segar 1 kotak kecil je aku guna. Then transfer dalam rice cooker, tambah air, garam yang aku lupa tuu, dengan daun parsley sikit (ni aku saja gedik letak) haha. Kalau nak wangi letak daun pandan. Kejadian dia sungguh sedap ye walaupun tanpa garam haha.
Then aku buat salad sikit, buat air asam sambil tunggu kambing dibakar.
Ahhh lapar pulakkk. Dah kekenyangan dah kemas dapur semua aku pun lelap kejap. Lepas tu Suami aku ajak pergi Sogo cari running shoes, kasut dia ada tu memang dah rabak aku tengok. Dia ni cerewet sikit bab kasut so cari punya cari dah jumpa yang berkenan sekali tak boleh try pulak.
What the hell? Baju aku tau la tak boleh try. Aku pergi mall lain elok je try kasut tapi bagi plastik la. Still okay. Sebab kasut ni dah ambil size kita pun tak tentu muat, nak try keselesaan lagi. Apadaaa. Tak creative langsung Sogo ni. Kecewa kawan, dah la tengah ada sale.
Sebab kecewa terbeli air diffuser! Hahaha. Habis dekat RM300 woi. Beli jenama Natural Looks. Ya Allah korang kene beli fragrant oil dia bau Mango & Papaya. Soothing gila nak mampuss. Pandai dia letak depan escalator terus aku terbeli letak kat bilik. Pasang aircond memang rasa tidur taknak bangun dah haha. I hope it's a very good investment hehe.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!