Haha siapa sangka tahun ni kita akan raya 2 versi. 1 versi keluarga kecil and lepas PM dah announce boleh rentas negeri maka berpusulah orang balik termasuklah aku padahal raya hari tu aku balik je. Haha dasar tidak melepaskan peluang.
Raya 2.0 ni pun within family je, takde la pergi terjah rumah jiran pulak. Cuma kali ni anggotanya bertambah. Adik beradik ayah aku 12 orang, hari tu dapat la berkumpul 9 keluarga. Penjarakan sosial jangan harap lah kan tapi inshaAllah semua baik2 je hehe.
Aku balik Perak hari Jumaat. Lepas kerja terus pecut, tak tunggu dah. Singgah rumah mertua kejap so aku exit tol Sungkai. Time tu hujan sepanjang jalan, langit gelap gila, kereta pun banyak tapi tak jem. So aku bawak 80-120km/h je.
Sampai kedai makan mertua aku dalam pukul 8 malam. Pow Mama Nasi Goreng Daging then baru balik rumah parents aku pulak. Untung mertua ada kedai makan, order je bahahaha. Merosakkan bisnes orang betul. Tapi aku tolong la serve makanan jugak (kadang-kadang) hehe.
Hari Sabtu kerja nye makan je. Area rumah aku ada 4 adik beradik ayah duduk berjiran so masing-masing masak sikit sorang then kumpul ramai-ramai makan.
Mana la laki aku tak gemuk haha. Pagi tadi dia jogging pukul 4 pagi. Gigihh, dah insaf la tu haha. Petang kitorang main Werewolf dengan cousins memang bingit and chaos la. Mana taknya sekali main 20 orang, Suami aku pun rajin melayan. Hari tu Suami aku ajak cousin aku umur 4 tahun main Jengga, sekali kena jeling sebab time tu budak tu tengah mengemas hahaha. Kena marah dengan budak 4 tahun lepas tu mengadu kat aku memang kena gelak la hahaha.
Petang tu aku dengan Suami keluar menguruskan sedikit hal, kalau jadi nanti aku cerita. Semoga dipermudahkan kalau ini yang terbaik hehe. Dah settle semua balik rumah tengok dorang tengah membakor pulakk.
Of course la Suami tolong membakar dan aku tolong makan, drive thru naik basikal je haha. Pakcik aku belanja laksa lagi, dengan durian lagi. Alhamdulillah kenyangggg. Malam aku main Jengga dengan Suami sebab dah berapa kali dia cakap dekat aku dia juara Jengga 😏 Hmm juara sangat haha
Tengok atas meja macam2 kad ada. Hehe. Pagi Ahad pukul 830am dia kejut aku ajak ambil angin pagi. Aduhh baru nak tidur sampai pukul 10. Ambil angin depan rumah je pun lepas tu dia tolong tengok2 kan kereta then melantak. Mak masak nasi lemak sotong. Arghh sedapnya *aku puasa hari ni*. Suami aku bengang je sebab TERpaksa tambah katanya haha. Sendiri berselera salahkan orang pulak. Aku syak family aku pun dah realise laki aku kuat makan haha, kalau dia keluar makan lambat sikit je semua orang concern mana dia, pakcik2 aku pun bertanya, yang tak tahan siap serve depan mata. Amboii diaa.
Lepas Zohor kitorang makan Nasi Ayam then gerak ke rumah mertua. Nasib baik on the way balik ternampak orang jual lemang, belikan untuk Abah and belikan laksa untuk Mama. Alaa sedap lagii. Pukul 4.30 pm baru gerak ke KL. Pukul 7.30pm sampai la ke KL. Trafik ok la, ada tempat yang slow ada tempat yang smooth je walaupun kereta tak putus.
Sekian laporan Raya 2.0. Tak jumpa Pah sebab Pah pergi beraya ke KL. Kemain diaa.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!