”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/08/2020

1st Weekend of July; Sg. Pertak, Kuala Kubu Baru

Sebenarnya kitorang planning nak pergi berkelah ni sebelum MCO lagi tup2 MCO 2 bulan ha amek kau. Lepas tu terus senyap. Last week tetiba Suami aku suruh on balik. Aku pun tanya pada ahli jemaah yang lain, dorang pun on. Pergi 3 family je, aku, pakcik aku and cousin aku.

Kitorang gerak dari rumah pukul 7.30 pagi and kumpul dekat rumah cousin aku dekat Serendah. Dalam 8.30pagi semua bertolak ke arah perkampungan orang asli KKB, Kg. Pertak. Sampai dalam pukul 9.00pagi. 

Ingat orang takut lagi nak bercamping ke berkelah ke sekali dah sampai tudiaa 1 padang bola penuh kereta parking. Mak aiii manusia. Kitorang dah la bawak macam-macam ibarat mengangkut sebuah rumah haha. Makcik aku bawak mee goreng, aku bawak spageti bolognese, cousin aku bawak sandwhich dengan nasi lemak.

Tu belum ayam, udang yang dah di marinate untuk dibakar lagi. Haha sakan. Bayar parking RM1/sekepala, dia tak ikut kereta. Perjalanan nak ke camp site agak jauh ye, 2-3km tapi takde hiking jangan risau. Boleh je nak mandi di awal2 perjalanan tapi susah nak cari tempat dirikan khemah.

Ha kitorang walaupun pergi sehari je, 2 khemah bawak sebab situ takde bilik air. Salin baju dalam khemah, nak membuang sila ke toilet semulajadi. Haha. Half perjalanan family yang lain dah muka menyesal haha. Aku dengan Suami steady sebab kitorang memang tau kena jalan jauh. Yang lain ingat kitorang bergurau bila bagitau kena jalan jauh hahaha. Jalan dengan muatan ye masing2. Ada dua orang toddlers, nasib baik nak berjalan haha. 

Actually kitorang tak decide pun nak sewa campsite, cecita suami aku dia nak jalan atas lagi tapi apakan daya yang lain dah tak larat, so kitorang pun sewa je campsite, RM2/sekepala. Time tu ramai gila orang tapi semua dah nak balik sebab dorang dah bermalam kat situ.

Sampai-sampai terus makan dulu haha. Then Suami aku pasang khemah. Lepas tu apa lageeyy? Terjun tiruk laa. Air dia sumpah sejuk gilaaa nak mam. Gigil weh, rasa mandi air ais. Air sungai sangat jernih, kawasan pun sangat cantik. Sila pergi, tak rugi. Berbaloi jalan jauh.

Berapa kali kitorang turun naik mandi. Lepas tu Laki aku nyalakan bara api nak bakar ayam dengan udang. Pakcik dengan cousin aku memancing, dapat la 2 ekor ikan besar jari aku hahahha. Rasa panas pergi mandi, rasa lapar naik makan. Masak maggi la, sardin la. Aku dah siap masak kuah spageti, sampai sana tinggal rebus spageti je. Memang seronok family bonding macam tu.










Dah nak Asar kami pun berangkat pulang sebab hari macam nak hujan. Kemas kawasan khemah, pastikan takde 1 sampah pun tertinggal. Alam kena jaga, jangan jadi binawe sangat pakai tinggal je sampah situ. Aku tengok orang yang pencinta alam ni memang pembersih, yang acah2 pencinta alam je pengotor. Datang camping duduk pakai spek hitam ambil selfie 1000x. Choii. Alam yang tengok dia, bukan dia yang tengok alam.

Bawak sampah tu balik or buang kat tempat yang disediakan. Macam kat Pertak ni dah nak sampai tempat parking memang ada tempat buang sampah, so jinjing la sampai situ ye. Aku nak repeat lagi ni, sape nak join? Ayuhh! Haha. Jalan depan sikit dari Pertak ni akan sampai Sg. Chilling. Eh bukan jalan kaki tau, still kena naik kereta haha.

Dah nak sampai Serendah, hujan pun turun dengan lebat. Alhamdulillah sempat bermesra dengan alam dulu. 

2 comments:

  1. Amboi cek salmah kemain pegi camping bawak spegeti. Western sangat tau.
    Lama juga aku tak dengar org cakap 'Terjun Tiruk' .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaha kann. nampak sangat camping light2 je, nasib tak bawak chicken chop terus haha.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!