Honestly setelah 30 tahun menggelarkan diri sebagai anak Perak, aku baru tahu kewujudan tempat bernama Ban Pecah. Shame on me. Korang tau tak Ban Pecah tu apa? Halahh halahh kau pun baru tau terus nak gebang haha.
Sabtu lepas family side Ayah ajak pergi jalan-jalan buang masa ke Ban Pecah sambil cari hasil laut. Ban Pecah terletak di Utara Perak dah nak sempadan Penang. Kitorang pergi hari tu 6 kereta. Kalau pergi dengan family Ayah jarang la pergi sikit2, paling kurang 3 kereta.
Kitorang gerak dari rumah pukul 10 pagi, sampai elok je terus makan tengah hari di 1 kedai di sebuah selekoh haha. Maaf aku lupa nama kedai tu. Just kedai kampung yang popular dengan kari ikan semilang. Kami sampai agak lewat, ikan semilang dah masuk ke perut orang lain. Ada la tinggal lagi beberapa ekor, dapatlah kami secubit sorang. Btw, I'm not a fan of it so tak adil aku untuk judge dia. But based on my makcik2, it tastes yummylicious.
After that we went to rumah Ketua Kampung nak beli ikan masin. Pun dikhabarkan sedap sebab tak masin sangat 😕 ikan masin sedap sebab tak masin? Kalau taknak masin makanlah ikan biasa. Apakah kekeliruan yang cuba diwujudkan di sini.
Kemudian kami terus ke Pasar Nelayan nak mencari ikan seekor dua. Kami sampai dalam pukul 3 lebih, hasil laut dah habis or tak sampai lagi. Tapi banyak juga mereka memborong ikan itu ini. Walaupun tak banyak pilihan tapi fresh2 katanya. Aku hanya melihat sebab takde khoje nak bawak balik ikan naik ETS.
Seterusnya adalah acara yang aku tunggu, pergi lepak di Ban Pecah. Ban Pecah ni adalah tepian pantai yang orang lepak petang2. Banyak penjaja di sepanjang bibir jalan. Kami just lepak menikmati keropok, takoyaki, laksa, cendawan goreng dan macam2 lagi. Semuanya terasa sedap kalau yang didepan matanya adalah pemandangan yang indah. Macam aku, depan aku selalunya Suami aku, indahhh (bodek, nak pow smart watch) Hahaha.
Indah kan? Aktiviti yang simple tapi cukup membahagiakan. Melepasi Asar kami pun mula bertolak pulang. Singgah di Taiping untuk makan malam. Memula bercadang nak makan di Yong Tau Foo belakang Bomba yang sangat popular di Taiping tetapi mashaAllah ribuan manusia di situ. Aku syak semua manusia balas dendam kena kurung time PKP lalu habis je PKP semua keluar kerakusan tanpa mempedulikan lagi social distancing (what's dattt?). So kami pun beralah bukan sebab memikirkan tiada jarak sosial tapi sebab memikirkan malas aku nak beratur woii. So kami pun akhirnya makan tomyam di kedai apa entah yang dijumpai saat kami berlegar-legar kelaparan.
Begitulah kisah ringkas weekend yang lalu. Semua gambar diambil oleh Suami aku. Bagi aku dia berseni ambil gambar berbanding aku. So gambar aku je banyak gambar dia takde. Haha. Thank you for being everything for me haha.
Sampai je rumah entah hantu nelayan mana merasuk kami berdua, kami terus tertidur dengan seluar jeans bagai sampai la ke pukul 5.30 pagi. Itu pun bangun sebab tak Isya' lagi. Adoi penat macam pergi menjala ikan seharian di atas boat di bawah terik mentari. Tidur dengan tak cuci muka, tak mandi. Apa entah perangai haha. Seksa rupanya tidur pakai seluar jeans. Bangun mandi salin pakaian adalah perasaan paling lega ketika itu haha.
Perasan tak tiap minggu aku dipenuhi aktiviti dengan air? That's what we love. 💓 Siapa yang duduk Perak boleh la consider untuk jalan-jalan ke sini santai-santai. Boleh terus lajak ke Kuala Gula makan Mee Udang yang juga viral tu. Kami tak pergi sebab kekenyangan makan-makan di tepi pantai. Mee Udang tu pun aku tak pernah try lagi seumur hidup aku haha.
Perak memang lubuk makan.. Teringat time Latihan industri dulu naik sampai 10kg masa duk Taiping. Punya berhantu tempat tu. Aku rasa memang betul la rakyat Malaysia balas dendam sebab PKP. Kat ganu haritu pun bukan main padat lagi kedai makan. Aku sebagai introvert sejati memang beriadah dalam bilik je. Aku tengok kucing, kucing tengok aku.
ReplyDeleteJalan lagi nad. Let me experience things vicariously.
Aku rasa Utara memang lubok makanan and murah kann!
ReplyDeleteAla ruginya dah dapat balik ganu tak makan2 hehe. Tunggu keadaan reda sikit la Day then pergi lagi. tapi hot spot memang takkan pernah reda je kan haha
hehe. tunggu ada lagi 2 plan in a near time. Doakan berjaya hihi
Ape ni nad. Asek bejalan je. Cemburu pulak hati ni dibuatnya. uhuk.
ReplyDeleteHihi, jalan dekat-dekat je Zhi. Its not about the destination, it's about the moment. wah tetiba bermadah haha
DeleteHaah la, macam first time dengar Ban Pecah. Suami orang Perak, tapi tu la dia pun xde bawak kami berjalan ke mana. Lumut pun baru 1x pegi. hahaha
ReplyDeleteHehe nanti boleh suggest dekat dia lepak sini.
Delete