Lama tak update angkara aku kena pergi kursus 2 minggu dan terus balik ke Perak merayakan diri. 3rd weekend ni Parents-in-Law aku datang rumah aku sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu Husband aku dekat Telok Panglima Garang. Kenduri style PKP pengantin pun kene scan suhu woi. Makanya kalau suhu tak lepas maka tak kahwin la saudara tersebut haha.
Makan pun berhidang, dalam satu-satu masa ada berapa orang je dibenarkan. Time kitorang nak balik dah, wave kedua tetamu pulak sampai, kawan-kawan pengantin aku syak. Siapa nak jimat boleh kahwin time PKP tapi buat sekali jemput je, jangan buat jemputan berperingkat haha.
Balik dari kenduri kitorang balik rumah tukar baju bagai. Then dalam 4 lebih naik Genting Highlands (GH) sebab tu je tempat tarikan yang paling dekat dengan rumah aku. Plus, PIL aku suka tempat sejuk. On the way nak naik tu hujan pun turun. Kitorang tak buat apa sangat pun, layan sejuk je and naik kereta kabel. 1st time aku naik kereta kabel dekat GH, sebelum ni pernah naik dekat Langkawi.
Bagi aku worth it sebab RM9 je one way untuk regular ticket. Beratur agak panjang tapi tak lama sangat sebab cable car tu sentiasa ada. Jauh jugak dari atas tu nak turun ke GPO. Ada part-part yang curam tapi tak securam Langkawi. Yang ni aku naik dengan Abah je, Suami aku terpaksa turun naik kereta dengan Mama sebab Mama penggayat orangnya. Jenuh pujuk taknaknya dia haha.
Dah sampai GPO ingat nak solat la kan, sekali tudiaaaa orang beratur nak solat macam beratur nak naik roller coaster panjangnya sebab dek SOP PKP yang benarkan berapa orang je dalam confined space. Haishh time PKP ni nak keluar memang leceh. Telekung kena bawak sendiri, orang pulak ramai. Lepas ni aku plan nak bawak sejadah la then solat je kat mana2 koridor. Cun tak cun?
Sebab kalau menunggu giliran tu akan membuatkan aku jama' padahal aku tak cukup syarat nak jama' makanya Suami ajak pergi masjid sebelah GPO. Idea yang bernas sebab dekat masjid sangat lapang, orang pun tak berapa nak ada. Alhamdulillah. Tapi tak sempat la nak jalan-jalan di GPO plus orang pun ramai and sesak sebab hujan.
Maka lepas solat kami pun turun then terus pergi makan dekat HAH Tomyam Dato' Keramat. Kalau korang nak pergi kedai siam yang berasa, boleh la datang sini sementara owner kedai tomyam yang sedap yang lain dapat balik sini dari Siam haha. Kalau datang sini korang boleh cuba pulut ayam dia. Aku selalu ambil ayam je sebab tak tahan makan pulut. Ayam dia sedap gilaaa. Hari tu order 2 nak meratah sementara tunggu main meals sampai, dah makan Mama suruh order lagi dua. Haaa approved by chef. Ke sebab kitorang kelaparan kesejukan kehujanan? Haha Tapi serius sedap tak tipu sebab tu bukan 1st time aku makan situ hehe.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!