”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/29/2020

4th weekend of Sept

This weekend tak buat apa sangat, melepak and merayap dekat malls je. Tengok2 malam semalam burst cerita penularan kes Covid dekat beberapa malls, nasib bukan malls yang kitorang jelajah. Alhamdulillah, mohon dijauhkan.

Hari Jumaat aku ambil half day sebab Suami pun ambil half day hehe. Lepas Asar kitorang dah kebuluran sebab tak lunch, so pergi makan dekat Hah Tomyam, Kg. Dato' Keramat. Kalau korang datang sini sila la makan apa saja, semua sedap bagi tekak aku la haha. Dekat depan kedai dia ada stall ayam goreng, nasi kerabu, daging goreng, nasi berlauk kelantan. Ayam goreng and daging goreng dia A++. 

Malam kitorang layan cerita Mile 22 dekat Netflix. Cerita pasal nak transit kan sorang informer ni yang ada cip yang boleh menghancurkan satu negara, tup2 rupanya dia tu spy Rusia. Cerita tu macam lack something, macam tak puas tengok haha. 

Hari Sabtu kitorang pergi breakfast dekat kedai Mamak NZ, aku makan roti puri dia, my fav. Suami aku makan maggi goreng ayam, pedas takde sayur haha. Pun my fav. Eh? Haha. Lepas habis makan pergi Tesco beli barang sikit, Suami aku request nak ikan masak steam.

Hmm lapar pulak tengok

Sedap please ikan masak macam ni tambah2 aku pulak yang masak kan? Haha. Selalu bila nasi Suami nak habis dah aku akan tanya nak tambah ke tak? Ni sebab ralit makan tak sedar nasi dia dah nak habis. Then dia cakap 'Sayang, taknak tanya Abang ke nak nasi lagi ke tak?' Bahahhahaha tersembur aku gelak. Haha gedik, macam tak boleh cedok nasi sendiri. Tapi aku suka je dia nak bermanja macam tu hehe. Then aku pun tanya la, laju dia angguk. Alhamdulillah. Mula2 dia suruh simpan sikit makan kemudian ikan tu, taknak, iolss nak meratah haha.

Aku masak guna smart cooker, hadiah kahwin. Berguna weh menatang tu. Sesapa nak kahwin kalau korang takde idea nak bagi hadiah apa, beli la benda tu. Very useful. Boleh masak pelbagai jenis masakan. Harga dalam RM300 je. Memudahkan kerja, ni aku buat 15 minit siap marvelous. 

Then petang ambil kereta Suami aku servis, lepas ambil kereta dia ajak ke Sogo, (again?) nak cari kemeja putih katanya. Aku rasa dia kena rasuk hantu Sogo la haha. Dulu asyik ejek Mak je sebab suka ke Sogo, ni dia pun dah kena sampuk haha. Kitorang ke Pertama Complex lagi jugak, dia nak jahit nama kat baju. Semangattt! RM5 je weh sulam nama kat baju. Rasa nak hantar semua baju sulam nama. Kau dah kenapa? Haha

Esok pagi aku buat wrap untuk breakfast, his favourite. Half aku punya dia makan hahahampeh. Lepas tu kata kenyang, petang pulak makan katanya. Kitorang dah cadang nak ke Hah Tomyam again, makan nasi berlauk. 

Sementara tunggu petang, kitorang layan cerita Sniper Ultimate dekat Netflix. Cerita pasal nak tumpaskan cartel dadah and dua2 pihak ada sniper yang padu. Boleh la nak layan cerita tu, biasa2 je ceritanya, predictable, standard cerita genre tu. Tapi scene dalam tu ganas weh, bersepai muka kena peluru. Yekkk.

Aku baru nak evening nap Laki aku ajak dating kat luar. Aku pun on je. Kitorang ke Quill City Mall, mall yang aku selalu lalu tapi tak pernah singgah. So ajak ke sana sebab nak merasa. Ok korang kalau nak pergi lepak mall tapi taknak serabut boleh datang mall ni. Parking bersepah sampai aku dengan Suami tak percaya banyak gila parking kosong, boleh parking kereta melintang haha. Kitorang siap dapat parking sebelah entrance haha. Mall dia 6 tingkat rasanya tapi setiap tingkat ada 2-3 kedai je yang bukak.

Kat bawah ada la beberapa kedai makan, so sangatlah aman nak lepak sana. Ada Mr. DIY, ada Watsons, ada Auntie Anne's, The Chicken Rice Shop, Starbucks. Kitorang lepak The Coffee Bean & Tea Leaf, minum Iced Hazelnut Latte dia. Weh air tu sumpah la mengasyikkan. Lepas tu kitorang just tawaf mall tu and balik menuju ke Hah Tomyam untuk makan. Sekian untuk memori minggu ni.

2 comments:

  1. Iced Hazelnut Latte extra shot is my all time fav dekat Coffee Bean. Yummieh. ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kann? Dah la Coffee Bean punya outlet susah2 nak jumpa tak macam Starbucks.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!