Till now masih takde apa2 announcement tentang pelaksanan PKPB di KL, Putrajaya dan Selangor ni. Sambung ke tamat ke wallahualam. Kehidupan di KL berjalan macam biasa, setakat ni takde kena tahan dengan polis pun. Pergi shopping mall nak beli groceries pun ramai je orang tapi masing2 pakai mask dan mengamalkan budaya penjarakan sosial.
Weekend lepas tak buat apa pun. Aku work from home (WFH) secara berselang-seli. Hari Jumaat aku WFH, nothing much regarding work pun just Jumaat pagi ada online meeting. Desk aku sekarang banyak uruskan hal ehwal antarabangsa so since Covid ni, banyak kerja tergendala. Haish.
Petang Jumaat lepas office hour aku pergi makan Yong Tau Fu Tepen dekat Taman Dagang, Ampang. Atenye yop dah tak dapat nak pergi Tepen, terpaksalah melepaskan gian makan dekat Ampang je. Boleh la, of course YTF Taiping and Manjung yang original lagi sedap. Aku makan jugak nasi goreng meatball. Tak sidapp. Kat situ macam food court, macam2 ada so pilih la mana yang berkenan.
Lepas tu mulut gatai nak makan dessert pulak. Pergi Dome dekat Intermark. First time aku makan kek dekat Dome. Aku ambil Caramel Cheese Macadamia. Nama taknak kalah. Rating? 3/5. Keras, tak fluffy and tak creamy. Tapi kenyang sampai malam la cerita dia haha. Burnt Cheesecake Secret Recipe lagi sedap.
Habis makan pergi beli barang rumah sikit dekat Jaya Grocer bawah tu. Jangan lupa redeem duit parking kalau shopping kat situ. Malam tu just pergi makan dekat HAH Tomyam, Dato' Keramat. Dah berapa kali dah aku review HAH ni haha. Tapi banding HAH dengan Ali Tomyam, aku suka Ali lagi. Ali masih tutup sekarang sejak Covid, balik Thai kot. Suami aku cakap Ali pricey sikit.
Pagi Ahad gigih pergi mendaki Bukit Dinding. Ramai je orang macam takde PKPB. Time turun jam aku mati. Balik rumah lepas charge tetiba ada suara berbunyi yang aku dah habis workout hahaha. Jadi 6 jam workout aku untuk 4km, jadah nye. Kau jalan ke ngengsot? Haha. Habis hiking pergi melantak dekat NZ Wangsa Maju haha apa tak bolehh.
![]() |
Hahaha. 6 jam. Bangun pagi tadi keras gila betis aku haha. |
Weekend hari tu aku sempat habiskan cerita2 ni dekat Netflix:
The Crown
Dah lama dah aku follow series ni. Cerita pasal Queen Elizabeth. Memula aku tak tahu pun berdasarkan cerita betul, tapi bila aku google betul rupanya. Ada yang cakap cerita ni boring tapi aku suka (plus aku suka dengar British accent). Cerita macam mana dia naik takhta, kehidupan dia sebagai pemerintah yang berkerja dengan macam2 jenis PM, konflik kehidupan dia, konflik kerajaan dia. Interesting la bagi aku. Dari situ aku tau Prince Charles ada 1 adik perempuan (Princess Anne), dua adik laki (Prince Edward and Prince Andrew).
Dia ada 3 sessions. Session ke 4 ni keluar bulan Nov. Can't wait sebab dah start nak cerita pasal Princess Diana. Muka pelakon2 dia memang lebih kurang je dengan muka watak sebenar. Berdasarkan cerita ni, aku dapat conclude yang Queen Elizabeth ni kurang empati dalam hidup dia disebabkan cara dia dibesarkan, even dengan anak2 dia. Ada satu ayat dia untuk Prince Charles 'Kita dilahirkan untuk menjalankan tugas, bukan untuk berkasih sayang'. Woaaa chilll haha. Prince Charles pulak macam ada inferiority complex sebab dia macam pemalu dan senang dibuli tapi dia pandai la.
Cerita ni ada jugak cerita pasal Prince Philip (suami Queen Elizabeth), waktu muda boleh tahan kaki perempuan tapi bila dah tua makin sweet pulak dengan Queen Elizabeth siap jealous Queen pergi trip dengan laki lain haha. Anyonyonyo. Berapa kali kantoi dengan Queen time muda tapi Queen maafkan sebab malu la nak cerai bagai (even they did discuss about that). Tapi Philip memang kena abai pun dengan Queen sebab Queen busy gila. Dorang tidur pun asing2 (protokol). Apoo. Haha.
Aku selalu share cerita ni dengan Suami aku untuk share ilmu. Tapi setiap apa yang aku share dia tahu, siap kaitkan dengan zaman Namrud sampai la pergerakan ilimunati la Knight Templar la. Ingatkan nak tunjuk pandai, sekali dia lagi tahu. Ciss haha.
Emily in Paris
Okay cerita ni trending gila dekat Netflix. So far baru ada satu session. 1 episode dalam 30 min je, dalam 1 malam je aku habiskan. Best la cerita ni kalau nak layan santai2, menghiburkan. Takde pedoman pun ceritanya, just keseronokan melihat kekacakan jejaka2 Paris kecantikan Paris. Genre Romantic Comedy. Emily ni cute gila gaya dia, muka dia and hero dia handsome. K bye.
Asih
Cerita kuntilanak Indonesia. Setan apa ntah rasuk aku sampai aku boleh tengok cerita ni. Cerita horror memang bukan genre aku haha. Cerita dia biasa2 je. Cerita pasal Asih yang bunuh anak luar nikah dia and bunuh diri lepas tu jadi hantu then ambil anak orang. Padiaaa. Bagi aku cerita ni kureng sebab takde penjelasan yang terperinci pasal sesuatu keadaan. Kenapa dia kacau keluarga Ita tu? Kenapa bukan orang lain? Ada kaitan ke? Siapa Abah? Kenapa Abah tu banyak tau pasal Asih? Dia bomoh ke, ke dia bapak kepada anak Asih tu? Abah YB PM aku tau la hahaha. Banyak persoalan yang tak terjawab. Cerita dia banyak elemen terkejut je (standard cerita hantu), muka Asih pun tak la seram sangat.
Pink
Cerita Hindustan, pelakon yang aku kenal Amita Batchan je. Sakit hati tengok cerita ni tapi ayat2 Amita Bachan (lawyer) dalam cerita ni memang padu. Cerita pasal sekumpulan perempuan dituduh ada cubaan membunuh sebab mencederakan sorang laki ni (anak saudara bangsawan mana entah) sebab perkhidmatan (pelacuran) mereka taknak dibayar. Memang menipu gila la sebab dorang bukan pelacur and difitnah.
Geram tengok sebab obvious kot dekat India perempuan ditindas. Tapi Amita Bachan, si lawyer pencen menegakkan kebenaran dan hak wanita. Last sekali bila keluar ada polis perempaun pergi salam dia tanda terima kasih. Best cerita dia, penuh emosi aku tengok semalam. Time dorang menang tu aku siap diri (sebab nak hantar pinggan ke sinki) Hahaha tak lawak Nadia!
Ada satu watak nama dia Falak, muka dia sebijik macam kakak Neelofa, Nabila. Tengok lah. Worth it!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!