Jumaat lepas aku cuti sebab dah plan nak beristirehat dengan kawan2 office. Yang join 7 orang, yang bawa family 2 orang, aku bawak Suami aku. Aku dengan Suami je join betul2, yang dah ada anak2 ni faham la kene ikut kehendak anak2. So kami berkumpul kejap je sama2 dekat Lost World tu haha.
Kami gerak hari Jumaat dalam pukul 10.30am. Terus menuju ke Dimsum Greentown Ipoh untuk lunch.
Dimsum ni antara favourite aku la jugak. Kau apa je tak favourite Nadia oi? Lepas makan terus check in dekat Hotel Lost World of Tambun. Kitorang beli ni pakej. Hotel 1 malam + Breakfast + Tiket Hot Spring + Tiket Theme Park LW + Surcharge weekend = RM165/sorang. Murah la kiranya. Kalau tak tiket je RM100++.
![]() |
Bilik Deluxe. Lupa nak request Queen Bed 😅 Takpelah, tidur berhimpit lagi best muahaha |
Lepas rest dalam pukul 6pm kitorang pergi dinner dekat Food Project, Tambun. Dekat je dengan hotel, bangunan depan je tapi still naik kereta sebab kena cross jalan bagai. Makanan kat situ not bad, ambience dia pun nice.
![]() |
Ni baik gila wehh. Ahh sedap. Nachos with cheese. Dip dia pun sedap. |
![]() |
Sotong Buttermilk. Boleh la tapi sotong nya sikit sangat. Lauk dah habis nasi tak habis lagi. |
Then kitorang balik siap2 nak masuk Hot Spring. Hot Spring bukak dari pukul 6pm - 11pm. Aku dengan Suami masuk lambat sikit dalam 9.30pm. Memang kitorang berendam sampai pukul 11pm la cerita dia. Bagi aku masuk Hot Spring ni worth it. Dia ada macam2 jenis, even pool besar sekali tu pun dia bukak kalau korang taknak mandi air panas. Kitorang tak sempat pergi Night Park dia. Nanti la repeat lagi.
Habis berendam perut pun lapar, pergi lepak makan mamak dekat Ali's Bistro. Kedai dia biasa2 je la. Boleh la layan kalau kebuluran. Tak boleh lawan mamak2 KL la haha.
![]() |
Our fav. Maggi goreng ayam pedas takde sayur. Yang ni not bad |
![]() |
Cheese Nan. Tak sidap. |
Esoknya dalam 8.30am pergi breakfast ramai2. Makanan dia tak banyak pilihan sangat tapi semua sedap. Nasi lemak dia sedap woi. Lepak2 kejap then terus balik hotel siap2 nak masuk theme park and terus checkout. Kitorang masuk dalam 11am jugak.
Masuk terus pergi sewa locker dulu. RM20. Then main roller coaster dulu then pusing dry park dia. Sumpah besar namati. Last aku pergi takde la besar camtu. Memang hilang tenaga woi tapi worth it. Ada tempat yang tak sempat explore pun.
Roller coaster dia tak la mencabar tapi enjoyy haha. Penat pusing dry park tengok hyppo la ular la rimau la zirafah la, kitorang main wet park pulak. Main gelongsor la apa la. Ada 2 bahagian tak sempat pergi sebab energy dah drained sangat dah time tu haha. Tapi energy takde pun kitorang memang enjoy gila plus weekend tu tak ramai orang pun. Beratur nak naik slide pun tak panjang. Berapa kali aku dengan Suami repeat. Hehe. Ni dia ajak ke Sunway Lagoon pulak.
Sebelum ke pool pantai kitorang pergi naik buaian pusing. Time tu ada kejadian yang tak diingini. Time masuk sini aku pakai lens. Walaupun seksa namati tapi aku gigihkan jugak. Sekali mata aku sakit. Turun dari buaian tengok lens aku dah koyak. Huaaa. Sampai hari ni sakit, luka kot. Actually lens tu aku beli tahun 2017 Hahahha. Tapi expired dia tahun depan. Memang kene sekeh dengan Suami aku bila dia tau. Muahahha.
Sebelum bla lepak dekat pool pantai dia. Dalam 3.30pm aku dengan Suami pun balik rumah Mertua aku. Singgah Mc'D. Kebuloq nak mampus time tu. Sebelum balik rumah pergi mendobi dulu belakang kedai Mama. RM10 siap dry, free softerner and detergent. Berbaloii. Wangiii baq hang. Nak bukak kedai dobi la haha.
Malam tu dua2 pengsan awal. Sumpah penat namati wehh. Kalau ada promotion ke LW tu korang grab la, berbaloi. Taknak penat sangat naik la tram.
Esoknya aku cakap dekat Suami teringin nasi kerabu. Dia cakap tak jual. Haha dia ni memang kalau benda aku nak and dia malas layan dia cakap je tak jual. Hampeh. Tetiba ada orang datang rumah. Dia pun turun tengok. Bila dia naik dia cakap 'Sayang ada cakap dekat Abah ke nak nasi kerabu?'. Aku cakap mana ada. Rupanya Abah belikan Nasi Kerabu, COD siap haha. Abah beli tapi Suami kena bayar sebab Abah keluar time tu hahaha. Hangin je dia sebab Abah beli 1 je, dia pulak tu kene bayar hahaha.
Dengkilah mamat tu weh, kasih sayang sebagai anak tunggal tercabar dengan kehadiran aku hahaha. Dia cakap 'Hmm Abah pun dah boleh baca keinginan Ayang'. Hahhaha lek laa weii. Aku nak suap nasi kerabu pun taknak konon2 merajuk. Last2 makan jugak walaupun sambil nganga tak pandang aku pun haha. Dia pernah cakap 'Abah dah lama nak anak perempuan, sekarang baru dapat' Ha tau pun. Belajar la kongsi kasih haha. Ni nak menang dia je. Eh? Hahhaha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!