Hari Jumaat aku balik rumah mertua aku, I just enjoyed the weekend tanpa fikirkan hal remeh temeh. Hari Isnin aku pergi melapor diri di pejabat baru, ditemani Suami. Thank you Husband! Dan selepas tu aku mereput dekat pejabat tu sampai la pagi Jumaat bila watikah penempatan aku diserahkan.
Sepanjang seminggu tu aku berulang hari2 dari rumah Mak aku ke Ipoh. It's tiring but worth it bila setiap hari boleh menatap wajah kesayangan. Alhamdulillah. Sebelum tu semua orang bertanya aku dapat mana, kawan2 aku, parents aku, family aku, parents-in-law beberapa kali called tanya. Yang peliknya, kawan2 Suami pun sebok bertanya haha. Ada sorang tu mengharapkan aku dapat dekat 1 department yang akan memudahkan kerja dia. Oh senang! Haha.
At first, I wasn't happy for where I'll be posted because I hope to learn another field but yeahh Allah Knows best. I take it positively. So do my Husband even at first he also felt reluctant. It's all because at my old department, I worked on policy and now, it's on operational basis. I really hope to gain new knowledge there that will excite me. 😁
Dapat penempatan dekat Ipoh dah satu rahmat dah walaupun Mak aku mengharapkan aku dapat dekat rumah dia, FIL pulak suruh mintak dekat dengan rumah dia haha. And nasib dorang tak campak aku dekat Hulu Perak ke apa ke bahahhaa. Mama pesan ke aku 'Kat mana pun kita diletak, jadi diri sendiri, sebab selalu yang buruk tu orang, yang baik mesti dari Allah'. Thank you Mama for being so supportive.
Petang Jumaat aku jumpa bos baru aku, aku cerita aku nak tangguh sebab ada benda kena settle kan di KL. She's very positive with my proposal. For the first impression, she's the one that easy to deal with. Alhamdulillah.
Aku cau awal dari ofis, around 3.30pm (with permission of course) dan terus nak balik KL. Sebelum tu singgah kedai Mama ambil kotak untuk letak barang nak pindah and pow nasi goreng Mama haha. Kitorang lalu jalan Kuala Selangor, around 10pm jugak sampai rumah.
Over the weekend kami just melepak dekat rumah kecil yang bakal ditinggalkan tak lama lagi. Acah nak cari rumah, nak kemas barang semua tinggal harapan je bebila dua2 malas nak buat apa2, layan Netflix je. Just spent our precious time together as much as we can in that tiny house that already brought so much happiness and tranquility.
Dua hari berturut-turut Suami request ayam masak merah lepas tu marah aku masak nasi dalam periuk kecil sebab tak cukup. Haha. Bila gemuk salahkan aku pulak, padiaa hang ni. Lepas makan dia cakap 'Thank you Sayang masak sedap'. OMG my heart just dropped haha. A simple word, a simple gesture, a simple appreciation do make the heart calm and all the haywires inside felt dissolved.
Sayang, I hope our relationship become more stronger and intimate when we're both in Perak and nearer to our beloved parents. Thank you for all your support. Appreciated it! 💕
InshaAllah aku akan balik Perak for good end of December. May Allah bless and ease. Aameen
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!