”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/28/2020

2nd Weekend of November; Genting Highlands

Hai, lamanya tak bersiaran. Been busy with works dah hal ehwal perpindahan tapiii sempat kau melencong haha. Actually percutian pendek ni kitorang plan nak pergi sempena anniversary tapi apakan daya berapa hari sebelum tarikh pergi,  PKPB announced. 

Nasib boleh tukar tarikh. Habis je PKPB terus book slot walaupun macam banyak je hal sebenarnya nak kena urus time tu. Aku cakap dekat Suami pergi je la, I need some sweet escape. Kitorang pergi Jumaat Sabtu. Ambil pakej dari Kaki Jalan. Worth it la RM178 untuk 2 hari 1 malam dekat 1st World Hotel, dapat breakfast for 2, dapat returns ticket cable car for 2 and 2 tiker SkyVR.

Time tu sebenarnya ada 3 kawasan area GH yang PKPD. Tapi malas fikir banyak sebab time tu memang tengah serabut pasal kerja, pasal Suami aku nak kena warded untuk operation bahu, pasal kemas barang nak pindah. So kita apply konsep patuhi SOP dan tawakal haha.

Kitorang sampai petang Jumaat, hujan pulak tu memang sejuk la. Lepas check in just lepak dalam bilik. Time tu aku dah start lenguh2 tangan tak tahu kenapa. Lepas Maghrib kitorang ke SkyAvenue nak cari dinner. Astaga lengang, takde orang and most semua kedai tutup. Baru tau indoor themepark tu tutup pukul 7pm rupanya. 

Nak taknak kitorang turun bawah sikit cari makan. Dekat area Petron yang ada starbuck and Geo Hotel tu. Jumpa la 1 kedai makan Thailand, Nok Sokmo namanya, betul2 depan Geo Hotel tu. Puas la makan dekat situ time sejuk2 ni. Rasa sedap and harga pun berpatutan dengan tempat. Ramai gila orang makan situ. Aku order limau suam, tak sempat nak rasa suamnya dah sejuk. Haha

Then kitorang terus je balik bilik. Memang percutian santai je, nak legakan sikit serabut kepala haha. Malam tu dalam pukul 2 pagi aku terjaga, tak boleh tidur sebab lenguh tangan aku tu aku dah rasa dekat 1 rib cage aku. Rasa nak muntah, rasa nak nangis sebab sakit. Then baru aku teringat yang waktu kecil aku memang pernah rujuk pakar sebab sakit macam tu and Doktor cakap tulang2 aku tak tahan sejuk. Boleh gitu? Dah lama tak kena, kena balik. Kejut Suami then dia urut2 kejap lepas tu dia tertidur balik. Bolehh? Haha. Dalam pukul 4 la aku terlena balik tu pun tidur2 ayam je. 

Pagi esok bangun pergi breakfast. Breakfast dia dekat Food Court Sky Avenue. Boleh pilih 1 menu je. Suami aku ambil nasi lemak ayam. Ingat kira sekali ayam, rupanya ayam tak masuk dalam pakej. Astagaaa. Dah la kitorang tak bawak wallet. Yela, selalunye breakfast hotel takde la camtuu. Sian Suami aku kena balik bilik yang maha jauh nak ambil wallet. Harga 2 ketul ayam goreng bahagian drumstick RM22 ye! Hahaha boleh beli 2 ekor ayam. Adoi la.

Then pergi redeem tiket cable car dengan Sky VR. Turun lah kami berdua ke GPO. Takde buat apa pun, minum Coffee Bean and makan kek je, lepak2 dan bersembang santai dengan Suami sambil menikmati angin sejuk GH. Habis lepak naik atas balik nak main SkyVR.

Time ni aku rasa badan tak best sebab tak cukup tidur and muak minum coffee sekali kot, overloaded haha. So aku cakap dekat Suami lepak la dulu sebelum main VR sebab takut termuntah haha. Dah jalan2, aku pun ajak Suami pergi main. Kitorang main yang Vortex, memang berpusing 360 darjah. Syok memang syok wei, kita ibarat ada dalam badan Optimius Prime nak menyelamatkan dunia. Oyeahh. Terjun bangunan la apa la.

Tapi lepas turun aku rasa pening sebab perut and badan memang tak sedap sebelum naik. Suami aku ajak main benda lain pun aku tolak. Aku ajak balik je haha. Sian dia. Next time la kita pergi lagi ok? On the way turun aku muntah tepi jalan haha. 1st time aku jadi camni. Then aku tidur je sampai la sampai rumah. Sian Laki aku drive sorang2. Memula tu dia sembang dengan aku, aku hmm hmm kan je hahaha. Sorry Sayang.

Balik rumah pun aku sambung tidur. Alhamdulillah bangun tidur terus okay, terus ajak Suami pergi makan. Sekian percutian ringkas. Nak bercuti ke mana pun lepas ni entah la dengan keadaan semua tempat sesak sebab tak boleh cross border. Kita settle down la dulu sebelum berangan kembali.

Adios.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!