2 minggu kebelakangan ni memang aku busy, less time for myself and family. Sejak pindah Perak weekend memang aku akan balik samada rumah Mak or Mama tapi bila busy duduk rumah sendiri je. Homesick! Haha over.
Last week Suami ajak cuti Khamis and Jumaat, aku on je and sehari aku ambil cuti ganti. Kalau kau pegawai kerajaan kau tak layak OT tapi kau layak dapat cuti ganti kalau kerja time weekend provided ada surat arahan and berkerja lebih 9 jam. Aku layak 2 hari actually tapi aku apply sehari je.
Pagi Khamis Suami aku ajak naik bukit berbasikal. Aku ni on je kalau dia ajak apa2 pun. Bajet tenaga seperti pahlawan haha. Hazabbb wehhhh Astaghfirullahalazim. Rasa nak pecah jantung, lutut nak tercabut hahaha. Kitorang tak sampai puncak pun, half way je sebab sampai pun lambat and Suami pun ada janji nak lepak dengan kawan2 dia lepas tu and point utama is sebab dah rasa nak mati hahaha.
Lepas tu aku join lepak dengan kawan2 Suami aku sampai tengahari. Balik singgah beli McD, sampai je rumah mandi terus tidur haha. Bangun tidur baru makan. Sampai malam melepak je layan movie. Kitorang layan cerita KL Gensgter Underground dekat Youtube. Bagi aku cerita tu menarik sebab semua pelakon dia aku suka, jenis yang memang berseni dan menjiwai watak walaupun rupa tak hot sangat haha.
Ada unsur lawak weh cerita tu especially watak Azhan Rani halooo haloo haloooo hahaha. Boleh la nak layan, dia ada 2 sessions. Tapi cerita tu macam tergantung sebab sambungan dia takde kat Youtube kot. Entahla, aku tak kisah sangat sebab layan2 santai je hehe.
Pagi Jumaat tak beriadah pun sebab Suami aku malas nak keluar masukkan basikal dari kereta. So kitorang pun ambil kesempatan bangun lambat then aku masak breakfast and lunch. Lepas Suami aku solat Jumaat kitorang gerak balik rumah Mak. Sampai rumah Mak Suami ajak berbasikal. Kitorang just pusing kampung2 je dalam 10km sambil menikmati indahnya sawah bendang.
![]() |
Cantik tak kampung aku wehh? Tipu je, bukan kampung aku, kampung jiran haha. Pagi Sabtu pulak Suami aku ajak berbasikal lagi. Kali ni jauh sikit, dalam 25km. Suasana pagi time tu pulak nyaman je, matahari tak terik sangat so layan je kayuhan. Sempat singgah makan roti canai haha.
Hari Ahad pulak kitorang pergi Ipoh dengan Mak and adik2 aku. Aku nak tukar gelang emas aku time tu, beli rantai tangan ala2 pandora. Sebelum ni pakai gelang aku beli guna duit mas kahwin tapi tau la aku ni pengganas, bengkok wehh benda tu ahaha macam mana style aku tidur tak tau. So tukar la kita, tak tambah duit sangat pun. Beli dekat Wah Chan. Sebelum ni aku pernah beli emas Kelantan tapi aku tak suka sangat sebab lama2 warna dia pudar. Aku tak suka emas sangat tapi kena la pakai cincin risik, cincin nikah and gelang mas kahwin ni. Rantai pulak Mak aku bagi. Aku lagi suka pakai getah rambut hitam je dekat tangan, baru rock! Haha.
Lepas tu jalan2 dalam mall aku dengan Suami terbooking benda yang tak sepatutnya kitorang booking. Ottokeee! Hahahaha. Memang gila. Sampai Mak aku tegur macam beli ikan je katanya. Adoiii. Ni semua salah Suami aku ajak pusing2 Mall, kalau tak tak nampak benda tu hahahha. Kalau ada rezeki, jadi beli nanti aku cerita kemudian. Kalau bukan rezekinya pun aku tak kisah, nothing to lose. Giteww.
Lepas tu Suami aku belikan iron steam generator Philips dapat sekali iron board besar gedabak tu untuk rumah kitorang sebab dia kalah betting. Wow laki bini main judi! Hahaha. Padahal aku baru je beli iron board besar 2 minggu lepas. Memang bagi orang la, takkan nak buang kan?
Malam sebelumnya dia bagi aku challenge, dia cakap kalau berjaya dia bagi aku iron idaman aku tu. Hape lageyyyy! Sekali aku berjaya wehh hahahah. Hutang perlu dituntut. Dia cakap tu package hadiah birthday sekali! Oh senang! Tak acii haha. Tahun ni dua2 dapat hadiah birthday in advance. Jangan mintak dah haha. Tapi nak betting lagi la sebab aku selalu menang hahaha. Nanti aku review details benda tu sekali dengan lagi 1 home appliance yang aku beli tapi tak sampai lagi. Tazabarrrr! Tapi sedih gila sebab something bad happened to the iron. 😠Still function well, defect on cosmetic je. Nanti aku cerita lanjut. Sobbsss.
Sebelum balik rumah lepas Maghrib sempat la Suami aku main lumba lari tak pakai kasut, main bola beracun, turun ke kebun dengan cousins aku yang kecik2. Mesti makcik2 aku pelik, amende la Suami aku ni badan besar tapi main dengan budak2 hahaha.
I had a great weekend. How bout you?
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!