Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron
Perfomance? Memang padu! Siap boleh iron muka kau yang dah mula berkedut tu amboii haha. Berbaloi beli. Jimat masa dan tenaga badan jua tenaga elektrik. Sekarang iron baju sap sap soi je dah siap sebab perlu iron one side je, side belakang automatik teriron sekali. Jimat masa den. Iron ni berat sikit berbanding model iron steam philips yang lain. Tapi dari segi bentuk aku suka yang ni sebab kalau yang warna hitam gold tu kedudukan iron dia mencuram sangat, takut tergelongsor ke bawah. Nangis wehh. Aku pernah guna yang warna hitam gold tu makcik aku punya, tank air dia lagi besar tapi perfomance bagi aku sama je. Yang tu mahal RM1k++ lagi.
Tapi ada cerita sedih sikit. Time hari first bawak dia balik rumah aku mestilah terus rasmi kan. Guna la iron board DIY sebab iron board dia kan tak dapat lagi 😤 Tengah2 iron tetiba bahagian letak iron ni jatuh weh. Ya Allah sakit jantung aku. Nak nangis rasa. Tapi Alhamdulillah masih function well, just body dia rosak sikit je. But stilllll. Hari 1st kot. Erghhhh. Rasa bersalah dekat Suami tapi bukan salah aku haha. So kami berdua pujuk hati 'it's okay, janji masih function'.
Cara guna? Macam iron biasa lah! Haha takde la pulak dia jalan sendiri. On button, tunggu kejap sampai dia bunyi beep baru iron. Sebulan sekali kena cuci iron ni. Ada caranya nanti seller akan ajar. Jangan pulak korang mandikan menatang ni haha.
Philips SpeedPro Max Aqua Cordless Stick Vacuum Cleaner
Aku pun recce la dengan dia, tengok dia cakap boleh main kutu. Apa lagey kan? Aku terus on nak join. Nak tunggu duit segedebuk camtu macam sayang la pulek nak guna bila dah ada haha. Aku bayar RM187.50/sebulan selama 10 bulan. Tapi Alhamdulillah bulan ketiga aku dapat rezeki lebih, aku terus bayar habis and seminggu lepas tu agent terus hantar kat rumah siap demo.
Komen? Bagi aku berat sikit and kalau karpet tebal tu agak susah nak glide. Oh lupa nak mention vacuum ni sekali dengan mop. Makk sukaaaa! Senang weh 2in1. Caj dia agak lama dalam 4 jam. Kalau kau pakai level biasa2 je sempat la vacuum 1 rumah 2 tingkat kalau bateri 100%. Kalau kau pakai mode turbo sempat vaccum 1 tingkat je kot. Begitulah perumpamaannya.
Dia boleh vacuum sawang2 di siling jugak tapi itu suruh laki kau la sebab berat sikit kan. Boleh vacuum sofa, kereta, macam2 lah. Nak try vacuum dosa lah. Bahahhaa.
Hari tu Suami aku bawak balik rumah Mama benda ni. Dia yang vacuum 1 rumah, aku tengok je dia buat. Menantu mithali kan? Hahaha. Nak tengok tak hasil nya? Ni hasil 2 karpet je weh. Nampak bersih kot karpet tu tapi habuk2 kecil tu yang jahatnya.
😖 Tengok la wehhh! Memang puas hati. Kiri habuk halus, kanan tu habuk kasar. Berbaloi beli. Warranty 5 tahun pulak tu. Silalah beli untuk menjamin kesejahteraan hidup. Hehe.
Sekian.
Aku selalu keje pakai kemeja .. jadi nak iron tu memang cinta betul lah. Cumanya aku beli je iron seratus lebih.. kalau ikut kiraan harga iron kau ni.. 100++ (iron) + 3 kemeja H&M) lulz. . kalau vacuum tu i suka.. sbb mmg sejenis tak suka berhabuk kt rumah .. tp vacuum aku skg pun 2 ratus lebih je . Rasa tergugat juga tengok habuk halus tu.. hmm..
ReplyDeleteMaksud kau 3 kemeja H&M + 1 iron RM100++ = harga iron ni? Mahalnya kemeja ek? sorry aku tak tau, aku banyak pakai blouse dengan baju kurung je. Kemeja aku selalu beli bundle kakaka.
DeleteUntuk hapuskan habuk halus ni sangat bagus kalau kau allergic pada habuk. Macam adik aku tiap pagi selsema la bersin la. Bila selalu vacuum, akan kurang. Good investment then hehe