”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/11/2021

I'm vaccinated

Aku dikategorikan sebagai frontliners kelas kedua. Aku tak dijanjikan vaksin, hanya akan di offer kalau ada lebih. So aku tak mengharap langsung plus to be honest tak berapa yakin nak ambil hoho sebab benda baru kan. Ingat nak ambil fasa 3 nanti bila ramai dah ambil haha

Satu hari di petang Ahad yang hening aku dapat panggilan dari unknown number, nombor office. Memula aku tak angkat then dia call lagi sekali aku angkat la

Cik Nurul Nadiah dari ____ ye?

Ye saya bercakap

Cik free tak 14hb ni untuk ambil vaksin

Ha?

Time ni aku blur kejap sebab tak ready

Nak jawapan sekarang ke?

Kalau boleh Cik sebab ramai lagi saya nak call ni

Tapi saya tak daftar dekat MySejahtera lagi

Takpe Cik, boleh 

Dalam keadaan kelam kabut aku pun iakan je lah.

1st dose - 14 Apr 2021 (2 Romdan)

*Pengambilan vaksin tak membatalkan puasa

Aku pun pergi ke Pusat Penerimaan Vaksin. Aku dah tau flow nya sebab aku la jadi mangsa rehearsal time memula benda tu siap. Proses berjalan lancar sebab rezeki time aku pergi tu tak ramai orang. Aku ada allergic ubat antibiotik tapi tak tahu jenis apa. Aku bagitau Dr dia kata boleh je cucuk selagi allergic tu tak menyebabkan sampai kena masuk hospital. Tapi dia bagi aku untuk dipantau lepas cucuk selama 30 minit, orang lain 15 minit je.

Alhamdulillah went well, takde side effect just lenguh tangan, sakit kat tempat cucuk and rasa bengkak.

2nd dose - 5 Mei 2021

Repeat flow yang sama. After effect pun macam 1st dose. Tapi hari kedua aku mula sakit kepala (mild), badan panas on off (mild) and lemau gila rasa, mengantuk yak amat. Aku tidur je sepanjang hari. Hari ketiga aku ambil cuti dan rest dekat rumah. Hari ketiga getting better. Alhamdulillah. Then all good.

Oh untuk 2nd dose sebelum ambil tu time sahur aku dah telan panadol 2 bijik siap2, sebab tu la kot 1st day tu aku okay je.

Aku dapat vaksin Coronavac yang dari syarikat Sinovac tu, sama dengan KJ hihi nak jugak mention hahaha.

Aku tak berani nak komen apa2 pasal vaksin ni. Aku pun dikira paksa rela haha. Aku just niat ini ikhtiar terbaik aku dalam membendung gejala ni bukan untuk diri aku je tapi untuk orang sekeliling aku jugak.

Rezeki aku dapat awal. Alhamdulillah. Ada kawan aku positif Covid-19 waktu tengah tunggu tarikh nak cucuk 2nd dose. Makna kata, 1st dose memang tak kuat lagi nak jadi perisai kita. Tapi keberkesanan completed doses pun tak sampai 100%. So walaupun dah cucuk, sila la patuhi SOP jugak. 

Kes Covid negara kita tengah mencanak naik. Semua orang exhausted especially warga kesihatan. Marilah sama2 doakan semoga Allah hapuskan Covid dari muka bumi secepat mungkin. Jangan lupa doakan juga saudara kita yang sedang berperang di Palestin. 

Dunia semakin tenat, fokuslah pada yang penting, hargai keluarga dan orang tersayang, maafkan semua orang, hapuskan dendam, semoga ketenangan hati sentiasa tersemat dalam jiwa kita. 



No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!