Aku rasa aku nak aktif balik kat sini la (sembanggg tengah tak busy 😝) Sebelum ni aku update semua aku buat dekat sini, sebagai kenangan. Aku rasa ni platform yang aku boleh cerita banyak benda tanpa ramai yang kenal aku. Lagipun aku baru tukar url, stalkers aku semua dulu mungkin tengah kemurungan cari blog aku tak jumpa. Kau bajet hot kan ada stalker? Kau sedar tak diri kau tu sendu je? Haha
Semalam ada masa terluang sikit aku baca balik kehidupan aku zaman universiti dulu. Dulu aku fun kott! Walaupun dulu aku banyak cerita kehidupan aku dalam blog, even aku baca balik aku sendiri lupa benda tu pernah jadi. Bahahhaha tak boleh pakai betul otak kau.
But why my life now sounds bowringg? Haha. Sekarang hidup aku memang berkisar aku dan Suami aku mostly sebab memang dia la bestfriend aku sekarang. Alhamdulilllah. Dia la tempat aku bebel, tempat aku gelak, tempat aku jerit. So kalau aku cerita pasal hidup aku memang takkan lari sosok Suami aku dari penceritaan aku sebab he's my life now. Tapi takut pulak orang jelak baca. Macam kau je ada Suami haha. Tu aku jarang update. Hidup dengan Suami aku as for now Alhamdulillah bahagia, fun walaupun kadang2 menyakitkan hati haha.
While aku dan kawan2 dah masuk fasa berkeluarga, kawan2 aku semua dah beranak pinak. Masih rapat tapi memang dah tak macam dulu time kitorang wild and free 😈 (Nak tak aku cerita kisah aku dan skandal2 aku dulu - mana yang aku ingat - amboi ramai ke? Hahaha) Dulu asyik gossip je. Suka orang ni la, orang ni ngorat la, gaduh dengan bf la, bengang dengan orang tu la ini la. Fasa hidup yang tu dah berlalu pergi. Dah kahwin kan memasing, nak gossip pasal boyfirend padia lagiii hahaha. Nak gossip pasal suami boleh jatuh dosa haha. So sekarang gossip nya pasal vaksin, pasal covid, alahai ilmiah sangat. Pasal artis memang jarang kitorang gossip, they're not important. Gituhh haha.
So aku decide aku nak imarahkan balik (imarah kau! Bila nak imarahkan masjid? Kakaka) blog aku ni dengan kehidupan aku. Dari dulu aku memang simpan kenangan yang best2 dekat sini untuk aku baca balik dan tersenyum sendiri sebab aku ada masalah long and short memory lost So kalau tak baca aku tak berapa nak ingat. Hahahah. Blog ni pun berguna bila aku ada bagi ceramah dekat diri sendiri then baca balik baru sedar yang aku dah melampaui batas kemanusiaan (nasib sedar la jugak haha)
Plus, bila time gaduh dengan Suami baca kenangan happy dengan Suami, sejuk la balik hati ni walaupun separuh darinya masih memberontak akibat tekanan daripada rakan sebaya syaitan. Haha
Simpan kenangan yang best dekat sini tak bermakna aku takde masalah hidup, tak diuji. Ada, mustahil takde. Tapi yang tu aku luahkan dekat private blog aku sebab bagi aku negativity tak perlu disebar. Ianya perlu disorok di satu sudut gelap dan berkunci rapat (misteri nusantara).
ok ok dah ready. kau kena cerita, aku slalu ziarah page ni tapi dah jarang update
ReplyDeleteHehe. Alamak ada lagi rupanya anonymous di sini. Hehe baik2. Nantikan. Tq sudi baca aku merepek :')
Delete