”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/06/2021

Zaman Silam #2

A - Dia ni pun aku kenal melalui media sosial. Dia kawan kepada kawan aku. Orang kampung aku juga. Engineer O&G. Ada pengalaman buruk dalam perhubungan sebelum ni dan macam trauma. Aku tak ingat dia ada cerita dekat aku ke tak. Oh ada, dia kene cheat and memang dia trauma and jadi pessimist. 

1st date kami berbuka puasa. Dia bawak kawan dia, selalunya perempuan yang bawak kawan kan? Aku kan jejans haha. Awkward sebab aku ni introvert plus kawan dia tu senior aku dekat sekolah tapi went well. Aku ni orang yang firm dan tak suka kepada uncertainty. Balik tu terus aku tanya direct. How? Nak teruskan untuk kenal ke nak stop? Kot la muka aku bukan taste dia ke cara aku makan ke apa ke yang tak kena pada dia. So baik stop awal2 dari buang masa. Dia cakap nak teruskan, kawan dia yang ikut pun suruh teruskan. Then proceed la. Dia kerja dekat Pangerang time tu. Tak contact hari2 sebab dia busy and aku okay sebab aku dah biasa single, dulu ada bf pun selalu je kena tinggal haha.

Memula aku ingat dah okay dengan dia ni. Aku teman dia beli baju raya bagai. Ada satu hari tu kami keluar ke Ipoh. Ha time tu dia baru ambil kereta jugak and aku jugak penumpang pertama dia. Aku memang ditakdirkan rasmi seat kereta orang kot hahaha. Lepas makan tu kami sembang panjang. Dia cerita pasal family dia, he comes from a broken family dan bukan dari keluarga yang senang. Boleh nangis oo dengar. Dia pun nangis time tu. Tapi ada satu benda yang ganggu fikiran aku time tu. Aku cerita dekat Mak jugak pasal tu and Mak pun agak risau, pasal history family dia. Tapi yang lain dia memang ok. So aku ignore kerisauan tu.

Sampai la tetiba dia ghost aku. Lama. Aku pulak dulu jenis kalau kau tak message aku jangan harap aku nak message dulu. Ego haha. Tapi dah sebulan lebih kot aku jadi tak tahan aku message dia. Then dia reply message aku panjang gila. Dia cakap dia memang nak uji aku, nak tengok aku cari dia ke tak, aku jenis sabar ke tak dengan kerja dia. Dia taknak benda tu jadi alasan aku cari lain nanti time dia jauh dengan aku.

Aku macam WHATTTTTT???! Macam aku cakap sebelum ni, aku ni tak suka uncertainty. Kalau kau ada kerja ke apa ke, bagitau. Setahun pun aku sanggup tunggu. Terbukti kot benda tu time ex bf aku intern setahun atas kapal haha. So time aku tak cari dia, dia ingat aku bersuka ria dengan laki laki lain macam ex dia. Eh hellooo? Aku bukan playgirl la. 

So aku pun fedup and time tu datang balik kerisauan yang aku ignore mula2 tu. Aku decide taknak fix kan, taknak betulkan then terputus macam tu je. Dia pun dah kahwin sekarang, dah ada anak. Alhamdulillah. 

A2 - Hahaha. Bukan orang yang sama. Dia ni aku pun tak ingat macam mana boleh kenal dia. Kawan ke media sosial eh? Orang kampung aku jugak. Anak kawan Ayah aku tapi bukan kenal melalui Ayah haha. Yang aku tahu dia kerja dekat kilang buat microchips dengan kelulusan diploma. 

Dengan dia ni memang aku anggap kawan walaupun muka dia boleh tahan jugak. Muka dia macam pelakon Fazren Rafi. Aku turn off sikit dengan dia ni sebab suka eja tak betul haha. Aku tak boleh orang message eja macam rempit ni walaupun tak kritikal sangat dia ni. Berapa kali la keluar, datang raya rumah semua. Dia ada bagi hint tapi aku ignore sampai la out of sudden dia panggil aku sayang. Pantang aku kalau tetiba ni.

Aku terus tanya dia apa dia nak sebenarnya dari aku. Kalau nak serius bagitau, aku tak suka uncertainty sebab once aku commit, aku akan commit. Kalau tak suka hati aku la nak keluar dengan siapa ke apa. Dia ni memang cop aku garang haha. Bukan garang, tegas kahhhh. Then dia cakap dia pun tak pasti. Marah la aku tak pasti nak panggil2 sayang padia. Kena sembur. Kitorang stop dekat situ je. Lepas tu ada dia message semua aku tak reply dah. Muka handsome takde pendirian diri tak guna ye hahaha.

Dengar cerita dah kahwin dah dia. Alhamdulillah. 

F - Ni first aku jumpa dia kat tangga hahaha. Dia nak naik tangga aku nak turun. Time tu dia dengan kawan ofis aku. Aku just senyum je la courtesy. Beberapa jam lepas tu kawan aku masuk bilik aku bagitau yang F nak kenal dengan aku. Wahhh! Cara aku turun tangga sungguh mempesonakan ke? Hahaha. Time aku free to mingle, aku ok je la nak kenal plus muka dia pun elok bahahahhaha.

Dia ni pulak Penolong Jurutera. Buttt baru je kenal aku dah rimas. Padiaa setiap kali solat tanya aku dah solat ke tak? Aku solat penuh dari sekolah rendah kau tau! Hahaha. Lepas tu setiap hari call kejut bangun Subuh. Jarang la aku angkkat sebab tak selesa nak bagi dengar suara serak bangun tidur, sexy yaww hahhaa.

Ada satu hari tu aku just sembang kosong dengan dia, cakap teringin tea ais yang tengah viral. Aku cakap esok la aku beli sebab malas pulak nak keluar. Dekat sejam lepas tu dia call suruh keluar rumah, cakap nak jumpa. Aku keluar la sekali dia bagi tea ais weh. Sumpah aku tergamam sebab jauh kot rumah dia dari rumah aku, 30km ada. Merepek semata nak hantar tea ais. Aku cerita kat orang lain semua cakap sweettnyaaaaaaa. Tapi nape aku annoyed? Hahahha. Itu adalah kerana aku tak boleh masuk dengan dia. Situlah titik tolak penentuan hati aku yang tengah bercelaru.

So aku terus terang dengan dia sebab aku tak suka buang masa sendiri dan buang masa orang lain. Dia keep berusaha tapi aku keep ignore sampai la diam begitu sahaja. 

Tu je kot yang aku ingat. Ada yang minat aku bagi baju kurung la bagi surat cinta la semua aku tolak secara baik then meneruskan hubungan seperti sedia ada walaupun aku tahu pihak yang lelaki tu mengelak. Tapi being me, aku memang slumber haha. Yang laki pulak yang segan kakaka.

Kepada yang aku pernah terbagi harapan tanpa sengaja, maafkan aku. Dengan Suami aku, bila aku cerita pasal laki2 yang pernah hadir dalam hidup aku, dia memang cakap itu adalah sejenis harapan walapun bagi aku itu normal gesture aku. Aku mudah gelak, mudah terhibur, senang bawak berbincang, susah melenting. So itu points yang laki tu rasa aku the right choice padahalll. Hahha

Suami aku pernah cakap 'Kalau la skandal2 Ayang tu tau perangai sebenar Ayang yang gila, mesti dorang menyesal pernah suka kat Ayang'. Hahahhaa kuangjoo yee. Then aku tanya 'So Abang menyesal la ni kahwin dengan Ayang?'. Sambil buat muka menyesal dia mengangguk lemah. Terus aku lompat ke arah dia dan jerut tengkuk dia menggunakan lengan aku yang sado sambil jerit "Haha I dont care! Padan muka. Menyesal dah tak guna. You stuck with me forever" Bahahhaa.

4 comments:

  1. Anonymous5/06/2021

    hahaha aku tergelak part last tu, serious la suami kau cakap macam tu. telus nye. mesti suami kau ni kecik je kan tu sebab kau boleh buli dia. nasib la dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha serius la. Oh dia memang telus dan ikhlas haha.
      Suami aku pemain rugby weh so faham2 je la badan dia besar mana. Double mine (weight and height). Tapi ada masa memang dia akan benarkan aku bully dia haha

      Delete
    2. Anonymous5/10/2021

      berani ye u main-main dengan org yang main rugby. mesti lengan dia besar betis u kan bila-bila pon dia bole lipat

      Delete
    3. Haha eh berani dia nak lipat. Laki ni besar macam mana pun, dengan bini dia berlembut kalau dia hormat and sayang bini la. Kekeke

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!