”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/17/2021

Menginap di hotel semasa PKP

Di manakah Nadia yang mencanang nak update blog selalu tu? Di manakah? Kahkahkah. Bila PKP je hidup jadi caca marba. Dengan online kelas selama 2 minggu dari pagi-petang nya, dengan assignments online kelas tu lagi, tambah pulak kerja hakiki nak menguruskan Covid, dengan bila di rumah sambil kelas curi masa nak memasak lagi. Waduhhh waduhh gawat. Sesak rasa pundakku haha.

Aku rasa semua orang pun sekarang hidup dalam keadaan tertekan yang berbeza jenis. Ada tekanan kewangan, ada tekanan tak dapat keluar rumah, ada tekanan dah lama tak jumpa keluarga, ada tekanan anak PDPR, macam2 lah.

Tekanan aku too sensitive nak diceritakan dekat sini sebab aku penjawat awam. Get the hint? But I'll manage. Disebabkan keserabutan tu membuatkan aku rasa nak escape, nak bercuti tapi tak boleh! Ottokee? Maka bertambahlah jenis tekanan aku. Tengok Shopee dekat tab 'to recieve' kosong pun boleh menyebabkan tekanan. Tengok tab 'to ship' tak bergerak pun boleh tekanan haha. 

But somehow, I hope all of us have the strength to manage our stress via positive tunnel. InshaAllah.

Hari tu aku ke KL, teman Suami aku ada medical checkup. Disebabkan Suami aku ada hal tanah nak diuruskan dengan pakcik aku, kami sampai sehari awal. Sampai pun dah nak 6.30 petang sebab Suami kerja half day hari tu and lepas dapat kebenaran, lunch dah selesai semua baru kami gerak.

Habis urusan dekat pukul 7.45pm jugak. Dari 6.30pm aku try order GrabFood tapi tak boleh bukan sebab restoran dah tak ambil order tapi sebab masalah dengan apps aku. Sekarang kan semua kedai tutup pukul 8pm, aku dah la lapar time tu. On the way ke hotel aku minta Suami aku singgah mini mart untuk beli roti ke maggi sebab harapan nak order nasi goreng dah semakin tipis. Suami aku cakap, mungkin dekat hotel boleh room service. Hopefully yes la.

Dah beli roti alas perut kami meneruskan perjalanan. Nak dijadikan rezeki nampak food truck yang jual nasi goreng. Berhenti tepi tanya boleh order lagi ke tak, tukang masak cakap boleh. Yeayyy! Rezeki nak makan nasi haha.

Kami pun pergi ke hotel dengan hati yang gembira. Nak masuk check in seram ye sebab macam kami je penghuni hotel malam tu. Rupanya nak tidur hotel sekarang kena ada sebab, tak boleh pakai check in je. Cakap ada appointment hospital, dia nak tengok kad appointment. Bagus! Tegas! Oh by the way, dekat hotel ada room service dengan harga standard hotel la. Nasi lemak RM30 :') Rate hotel musim PKP ni murah ye, selalu bilik tu harga RM300/ night, Suami bayar RM130 sahajooo. Alhamdulillah rezeki. 

Kami minta late check out lepas Zohor supaya tak payah stop mana2 dah. Alhamdulillah hotel bagi je sebab sape je pun nak check in lepas kami. Nasib takde apa2 kejadian mistik berlaku sepanjang keberadaan kami kat sana haha. Tengok KL dari jendela hotel pun terasa kosong dan sunyi. Bagus rakyat Malaysia. Patuhi SOP!

Dah settle semua sebelum balik sempat singgah Family Mart dekat bawah hotel. Padahal sebelum tu dah makan nasi berlauk Kelantan sebungkus setengah haha. Dasar gemok! Dekat Family Mart habis dekat RM50. Hang padiaaa beli saham Family Mart ke apa? Haha. Aku kalau masuk sana memang paling kurang habis RM20 sebab harga makanan dia agak pricey jugak kan? Sosej2 Family Mart sedap woiiii. Padahal ada je Family Mart dekat Ipoh tapi tak koser nak pergi sebab orang Ipoh masih peghak dengan Family Mart haha.

Dalam 4.30pm kami pun selamat sampai ke rumah dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!