Di saat bosan mengharungi PKP pada Mac-Jun 2020 yang lalu, tetiba rasa nak beli rumah. Wahhhhh! Hebat sungguh rasa itu hahha. Benda ni sumpah spontan, puncanya ternampak iklan yang menarik dekat Whatsapp story. Tu bahaya PKP ni, semua benda nak scroll dah mudah terpedaya. Orang lain beli benda-benda runcit, kau nak beli rumah terus. Hebatt! Haha
Aku ni walaupun dulu pernah jadi lawyer hartanah tapi bab selok belok dan seni jual beli tu aku tak reti la. Apa kau ingat nak beli rumah tak perlu seni ke? Bukan seni mata untuk tengok rumah tu cantik ke tak je, tapi perlukan juga seni dari segi untung rugi masa akan datang, berbaloi ke tak investment, sesuai lagi ke tak duduk situ di saat2 akhir zaman ni *tberr haha.
Time aku nak survey rumah aku ada jugak la study sana sikit, situ sikit. Yela, nak berhutang 35 tahun oi, bukan sikit2 masa tu, entah2 mati sebelum habis bayar haha. So usaha tu kena keras sikit supaya hasilnya inshaAllah berbaloi. Salah satu sumber yang aku rujuk adalah satu agent hartanah ni.
Mula-mula kami berkenan 1 rumah dekat Jalan Gombak, KL. Rumah kondo, 2 bilik 2 bilik air, 650 sq ft. Harga? Jengjengjeng haha. RM465,000! Haha. Tapi rumah tu memang lengkap la dengan segala facilities bagai hidup di kayangan hahaha. Aku dah bayar pun RM1k sebagai booking fees. Dijangka siap end 2023.
Tapi hati aku rasa berat sebab family aku dekat Perak. Aku fikir sampai bila nak berjauhan dengan family? Bincang dengan Suami itu ini, kitorang setuju nak try cari rumah dekat Perak. Walaupun berat nak pindah Perak sebab aku suka kerja aku dekat KL tapi takpelah demi keluarga. Moga Allah redha dengan keputusan aku ni, Suami dah redha hehe.
Aku cari agen dekat internet je. Terjumpa dengan Shaffizan Property. Membantu weh. Korang cuba roger dia. Dia mostly cover area Utara tapi kalau setakat nak nasihat, korang nak beli harta ismet ulam raja dekat zimbabwe pun inshaAllah dia boleh consult hehe.
Lepas survey sana sini, kami berminat 1 rumah dekat area Meru, Ipoh. Lokasi strategik sebab 3km je nak masuk Hiway Plus, 2km sampai Mydin, keluar kawasan perumahan tu ada sekolah rendah. Yang kau sebok pasal sekolah kenapa? Anak pun takde lagi haha.
Rumah tu tengah dibangunkan and dijangka siap hujung tahun 2021. Rumah 2 tingkat, 4 bilik dan 3 bilik air dan berkeluasan hampir 1800 sq ft! Dan harganya? Jengjengjeng. RM335,000 sahajoo! . Murah separuh dari rumah KL tapi benefit double kecuali bab-bab facilities tu memang non hado la! Kau buat je la kolam sendiri dekat beranda nanti. Haha. Aku pun setuju nak booking dengan harga RM200 je. Untung beli rumah time PKP, banyak benefits, takut tak laku la tu haha.
So aku cancel booking yang kat KL, nasib tak sign SNP lagi. Konfiden kan aku? Yakin je dapat posting ke Perak time tu haha. Yakinnya kamu! Niat baik inshaAllah Allah akan mudahkan. Kalau tak dapat posting Perak mampus aku nak bayar dua rumah. Haha. Selagi tak dapat kita apply! Usaha tangga kejayaan! Oyeahhh. Haha.
Beli rumah tu ada dapat cashback sikit, so plan aku duit tu la nak reno rumah mana yang patut. Hehe. Aku of course nak guna kemudahan yang ada iaitu loan kerajaan. Agen tolong semak kelayakan, Alhamdulillah aku layak.
Tup tup Alhamdulillah dapat pindah Perak walaupun sebelum rumah siap. So aku sewa dulu sementara rumah nak siap. Hujung Januari developer call suruh datang apply loan sebab dah boleh apply. Sebelum ni tak boleh lagi sebab masih master title.
26/1/2021 - Aku apply loan government, LPPSA. Nervous weh nak commit tapi if not now, when? Umur makin meningkat. Apply sekarang pun sampai dah pencen pun tak habis hutang lagi. Hoho.
Proses minta kebenaran Ketua Jabatan semua went smoothly. Alhamdulillah. Tanya developer katanya dalam bulan 8 boleh dapat CCC. OMG, mesti kena maki dengan owner rumah sebab sewa rumah dia tak sampai setahun haha.
Ikut kira-kira loan aku dalam RM1600 sebulan selama 35 tahun! WTH Hahahhaha. Semoga Allah murahkan rezeki aku dan berkati rumah yang aku beli tu untuk berteduh sebelum mati. Eh? Haha
15/3/2021 - dapat email yang loan aku dah lulus. Alhamdulillah but nervous sebab ada commit dua benda besar tahun ni lagak orang kaya haha. Banyak sembang dengan Husband macam mana nak manage kewangan. Kitorang decide untuk siapkan rumah tu nanti sikit2, ikut kemampuan. InshaAllah semoga Allah mudahkan. Aameen.
19/3/2021 - pergi pejabat lawyer signed loan agreement ditemani Suamiku. Lepas tu pergi tengok tapak projek. Rumah lot belakang tinggal nak naikkan pagar, jalan raya tak siap lagi.
![]() |
Tak tahu rumah aku yang mana satu. InshaAllah sinilah tempat kami berteduh, berkasih sayang, membina keluarga. Aameen |
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!