”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/13/2021

Proses renovate rumah

5/9/2021 - Final meeting with kontraktor. So final renovate tingkat bawah adalah seperti berikut:

- Pecah bilik bawah, extend dapur, naikkan bata dekat porch kereta (taknak nampak rumah jiran a.k.a sombong hahah tak la, naikkan separuh je), naikkan bata nak buat bilik stor, kabinet dapur and kabinet master bedroom: total damage jeng jeng jeng RM26,000! Huahuahua (gelak sambil nangis)

Tapi bagi aku reasonable la harga ni. Harga siap lengkap, tinggal nak bawak masuk barang je. 

6/9/2021 - Bayar deposit renovation dapur: RM10,000 kepada Kontraktor. Tinggal baki RM16,000. RM6,000 dia minta time nak start buat kabinet, selebihnya bila kerja semua dah siap.

10/9/2021 - Hari ni orang plaster ceiling datang. Dia ni adik beradik kontraktor renovate dapur tu. Senang bila dorang kenal nak arrange siapa nak masuk dulu siapa nak masuk kemudian untuk buat kerja. Kitorang panggil sekali orang nak pasang grill. Time ni Suami aku pergi sorang sebab aku ada meeting pagi petang tak boleh escape. Blerghhh.

- Plaster ceiling tingkat bawah RM4,500 

-Grill 1 rumah RM5,200 (air mata dah habis nak nangis haha)

-Wiring RM2,680 tak campur barang 

Huaaa. Burst dari bajet asal. So konklusinya kalau korang nak buat bajet, sila bajet semaksima mungkin supaya you don't get that little heart attack haha. 

Nanti aku update progress dekat sini, sebagai kenangan, sebagai financial tracker, sebagai panduan korang kalau nak masuk rumah baru. Nanti aku review jugak kontraktor yang aku ambil.

Settle kan tingkat bawah semua dulu. Rancangan masa depan kami untuk next project naikkan bilik laundry dekat beranda and pasang awning beranda. Dah settle yang tu baru nak buat awning porch kereta and besarkan pagar pulak. Lepas tu baru setelkan hal-hal kecil / aksesori rumah yang lain yang diidamkan. Slowly. Moga Allah permudahkan. Ya Allah murahkan rezeki kami. Aameen. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!