”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/25/2023

Long Weekend - CNY

Seronok kan bila dapat cuti panjang free. Korang pergi mana? Aku tak ke mana sangat pun, balik kampung Husband je.

Hari Jumaat lepas Maghrib gerak balik rumah Mama. Of course singgah kedai Mama makan Nasi Goreng Daging yang aku giankan sejak November 2022 haha. Lama Mama tutup kedai sebab pergi Umrah hari tu. 

Simple tapi menggiankan haha.

Pagi Sabtu Suami ajak pergi kampung dia dekat Pendang, nak makan bihun sup utara. Semata kan? Haha. Dekat pukul 11am jugak baru gerak. Jalan lancar walaupun banyak kereta, lepas Penang la slow sikit. Yang penting tol free! Haha Terima kasih Kerajaan. Jimat dekat RM30, boleh buat belanja makan.

Kami sampai kedai Bihun Sup Utara Kak Mah around pukul 3pm. Lapar teruk dah waktu tu sebab breakfast apam balik sekeping je nak simpan perut punya pasal. Sorry la takde gambar sebab dah lapar memang tak ingat apa, nasib tak telan sudu je haha.

Husband dengan Mama order Bihun Sup Special, aku Bihun Sup Biasa sebab yang biasa pun dah banyak dagingnya, yang special memang daging lagi banyak dari bihun. Memang surr, kuah dia, sambal merah dia. Lagi best kalau daging tu ada campur perut ke apa kan. Ala lapar pulak. Haha. Murah weii, makan bertiga siap air baru RM24. Mana nak dapat dekat tempat lain? Harga daging mahal kot sekarang. Mana la dia dapat daging banyak2 tu, dia terlibat dalam sindiket pemerdagangan lembu ke? Haha.

Then kami pergi rumah sepupu Husband untuk tumpang solat. Siap semua pergi ziarah kubur nenek Husband pulak. 

Settle dekat sana pergi pekan Pendang pulak saja pusing2. Sekali Mama cakap teringin makan Laksam Utara so kami singgah dekat ruang niaga depan Petronas Pendang. Mama dapat Laksam dia, Suami order kotiau kerang, aku tak order apa sebab diet haha. Aku memang kureng sikit Laksam ni tak kira la Utara ke Siam ke Kelantan ke. Baru aku tau kewujudan Laksam Utara dan baru tau jugak yang Laksam Kelantan kuah putih, Laksam Utara kuah kekuningan sikit.

Then kami gerak balik lepas tapow lokching 5 batang. Sepanjang hari hujan, kejap lebat kejap renyai. Sempat singgah Juru beli Tealive untuk bekalan drive hehe. Sampai Changkat Jering kami singgah solat dan meneruskan perjalanan. Alhamdulillah sampai rumah Mama around pukul 11pm.

Malam tu tumpang cina raya, kemain meriah weh kawasan perumahan Mama dengan mercun berdentum dentam non stop, dalam 30 minit ada. Aku, Suami and Abah lepak luar layan mercun yang cantik bergemerlapan di udara. Mama tidur dah, macam mana la dia boleh tidur bising macam tu haha.

Hari Ahad pulak balik kampung Abah sebab nak bawa Opah ke klinik, kakinya bengkak, rupanya gout. Aku dengan Mama duduk rumah je sebab kereta tak muat. Nasib jugak aku tak ikut sebab Opah tertinggal IC and nasib baik klinik terima IC melalui gambar je. 

Setel hal Opah kami pun balik rumah Mama. Lepas Maghrib nak balik Ipoh tapi of course singgah kedai Mama untuk dinner. Aku order (seronok ye jadi menantu, main order je haha) nasi putih, sup ayam, telur dadar dengan ayam goreng. Ha amekk seluruh keturunan ayam aku sakau haha.

Dah kenyang kami pun balik. Sebelum sampai rumah Suami ajak lepas dekat Bulatan Aman Jaya. Layannn. Ramai orang walaupun dah nak dekat pukul 12am, yela esok masih cuti kan?

Esoknya Suami dah berazam nak diet HAHAHA. So kami pergi makan salad Subway dekat Ipoh Parade. MashaAllah ramai gila orang tapi gigih jugak pun kaminya haha.

Sihat sangat 🙄

Hari Selasa pulak balik rumah Mak. Tengah hari tu Mak masak Udang Masak Merah dengan Ikan Talipia Bakar. Ngam ngam soiii oi gabungan tu. Walaupun pagi aku dah makan nasi kerabu, tengah hari masih makan nasi. Mana tahan daulat tengok masakan Mak yang sungguh mengiurkkan. Alhamdulillah, I've been blessed with mothers that have gifted hands to serve only the best on the table.

Tu je la long weekend kami. Simple yet meaningful. Hope you guys enjoy your long weekend too, with your beloved ones! 

1/16/2023

Facial (Jeragat & Pores) - Hannan Medispa Kuala Kangsar

15 Jan 2023 (Sesi 1)

Resolution tahun 2023 adalah love yourself more! Ahh gituu. Maka, marilah menganjalkan apa yang dah mula kendur, glow kan apa yang dah mula kusam, biasalah umur makin meningkat kann 😅

Actually aku pergi nak buat facial biasa je RM55 + basuh rambut. Tapi tu la dia tuuu. Memula mestilah nak scan muka bagai.

Terkejut I nyahhh dengan keadaan muka akuu! Horror! Muka aku dari dulu memang takde masalah jerawat, ada masalah jeragat je.

Lepas scan rupanya lebih dari itu. Aku combination skin, so berminyak dekat T zone and dry dekat U zone. Paling horor adalah liang pori aku terbuka. So bila terbuka banyak bendasing (make up/ skincare/ habuk) yang tersumbat dalam tu. Bila tersumbat makanya aku pakai skincare apa pun tak boleh serap ke dermis, setakat epidermis je. Beli la skincare mahal macama mana pun, gitulah je lah keadaannya. 

Then jeragat aku mashaAllah! Sekarang memang dah ada tapi tepek foundation dia jadi less obvious la. Rupa-rupanya, akar jeragat tu penuh okay dekat kawasan pipi akuu! Geli gila tengok. Akar tu kalau tak matikan memang akan muncul la di kulit pipiku yang mulus ini haha 🙄

Aku memang ada niat nak pergi hilangkan jeragat ni sebab aku tau serum ke apa ke takkan boleh heal benda tu. By the way, jeragat aku ni keturunan + aku lambat dapat kesedaran untuk pakai sunscreen. Sobss. 

So aku pun setuju nak ambil pakej (mudah terpedaya) dengan Hannan ni. Aku ambil pakej paling murah, nak tengok progress. Kalau mehhh aku nak ke Dr. KO teruss hah gituuu! Haha. Pakej aku ambil ni, 1 sesi kos dia dalam RM111, 2 minggu sekali. Erkkk! *harus pow Husband, cantik untuk dia, cenggituu haha.

Kalau ambil sesi satu satu rugi sebab per session RM250-RM350. Walaupun aku tau tu semua marketing tapi tetaplah aku husnuzon hahaha.

Maka semalam bermula la sesi 1. 

1. Cuci muka + urut muka, banyak kali jugak, 2-3 kali. 

2. Wap muka dalam 10 minit untuk buka pori. 

3. Remove segala black head dekat muka. 

4. Treatment silk peel. Yang ni memang nak buang kotoran yang tersumbat dekat muka. Habis je treatment ni dia tunjuk aku lendiran yang dia sedut guna mesin. Memang eyekkk. Benda tu ada kat muka aku selama ni?? Aigooo.

5. Pakai LED mask untuk remove kuman + bakteria. 

6. Pakai sunscreen. 

Dekat 2 jam jugak treatment tu. Lepas treatment memang puas hati, muka rasa ringan dan fresh. Paling best bila pegang muka aduhaiii licin and lembut gilaa. Tu letak tisu mau melurut jatuh tu haha

Bad side is, dekat pipi aku ada burn sikit sebab peeling proses tu. Pedih oiii! Aku dah whatsapp dorang nak saman haha tak la, aku tanya kenapa situ je burn bla3, dia cakap 2-3 hari akan heal. So we'll see. Memang pagi tadi dah kurang pedih tapi kalau tinggal parut awasss kamoo!

So markah untuk sesi 1

Good 1 : Bad 1

1/12/2023

Long Drive to Nilai

Aku dah lama tak drive jauh sorang-sorang sejak duduk dekat dengan Laki ni. Isnin lepas terpaksa drive sorang atas urusan kerja, bukanlah jauh mana pun, pergi Nilai je wakakaka.

Penat memang penat tapi layan je la kan. Sebelum gerak aku singgah Zus beli bekalan caffeine untuk elak mengantuk. Aku order Iced Spanish Lattee, Oatly Milk and less sugar. Memang kebabomm rasa dia dan pergi dia tapi asyik la rasa nak terkencing haha. 2x aku berhenti dekat Perhentian Ladang Bikam dengan Sg. Buloh. Sebab kebosanan dalam kereta memang aku karok je la kalau ada Laki aku, baru je nak tarik high pitch sikit dia dah suruh stop 'Yang, lagi afdhol kita dengar ceramah, cukup2 la melagho' 😒 padahal dia dah mengkarok 24 lagu dahh. 

Then terus pick up kawan baik aku dekat PJ sebagai peneman. Dah ambil dia terus shoot ke Movenpick Hotel KLIA, 1 malam around RM270.00. Pilihan yang tepat duduk situ sebab hotel dia besttt! Cantik gila ambience, bersih je. Bilik air lawa, katil empuk, toiletries (lotion included) dia bagi segedabak besar terus macam kat rumah, picit la kau sepuas hati. Besttt! Yang tak best line celcom langsung takde. Suami aku called pun tak lepas, kena guna whatsapp call. Ceitt nasib baik ada wifi yang padu. And lokasi dia dekat je dengan tempat aku nak pergi. Cari hotel area Nilai semua sendu bahaha. 

Lepas Maghrib kami ke Bagan Lalang nak makan seafood. Order sotong goreng tepung, ikan bakar dan udang masak pedas. Tak puas makan, nak repeattt! Konon nak ke Mitsui tapi tak jadi. Bila dah tua ni, rehat lebih penting dari window shopping.

Dah lama tak spend masa dengan bff sorang tuu. Memang tak berhenti la bergossip. Jadi la dapat jumpa 24jam. Dah kahwin ni tak boleh buat perangai macam bujang dulu2, sekali sekala dapat 'pelepasan' kita guna sehabis baik 😈. Sebab jalan dengan orang bujang, kita pun dapat tempiasnya sekali sampai aku kena ngorat la  hahaha bengang je Laki aku haha.

Esoknya dalam pukul 11am kami check out dan uruskan urusan kerja aku. Settle bab tu terus cari lunch, lapar weiii tak makan pagi. Kawan aku bawak makan masakan Padang dekat PJ. Kawan aku walaupun Malaysian tapi jiwa Indonesia sebab dia pernah belajar kat sana. Sedap kedai tuu, kenyang la perut.

Then aku hantar dia balik, aku pun teruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan. Singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh untuk solat sekaligus beli bekalan caffeine untuk memastikan tak perlu nak pacakkan mancis tepi mata. Sebab dekat sana takde Zus, aku beli Iced Caramel Machiato Starbucks.

Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 6pm ditemani sekejap hujan sekejap tak. Seronok juga sekali sekala long drive ni. Lagi seronok kalau berteman la. Ajomm roadtrip!

1/11/2023

Life Recap #2

Berpindah

Kami pindah balik kampung Ayah, dalam daerah yang sama jugak. Aku pun pindah sekolah, sekolah kampung yang dekat dengan rumah. Punya dekat kalau bunyi loceng tu boleh la dengar sampai rumah. Dekat-dekat pun tetap Ayah ambil dan hantar. Ayah aku ni over concern orangnya hehe.

Kat sekolah tu aku antara pelajar harapan, sekolah kecik kan, 1 darjah 1 kelas je pun haha. Muka aku antara muka wajib naik pentas ambil hadiah. Pesaing aku time tu 3 orang budak laki, nama A, M dan J. Kami rotate nombor periksa antara kami je la. Then ada sorang budak perempuan nama T masuk sekolah tu, dia baru pindah dari England. So dia jadi kawan baik aku a.k.a pesaing sihat aku time exam hehe.

Time dekat sekolah ni aku ada kawan baik, W (P). W ni ganas macam aku jugak, dia suka tengok WWF and praktikkan dekat sekolah. Aku pernah jadi saksi dia terajang sorang budak laki ni sambil terbang and buat aksi stone cold dekat mana2 budak yang kacau kitorang HAHA. W ni aktif sukan, lari lajuu gila. Bola jaring, hoki semua dia main. Aku pulak tak minat sukan. 

Dulu hari Rabu ada hari kokorikulum belah petang. Ada 1 hari aku dengan W ponteng, kami menyelusuri sungai sampai la jumpa kedai laksa dekat kampung sebelah, jauh jugak la lalu sungai tu, dalam 2km. Air paling tinggi paras pinggang kami je. Fikir2 balik, berani betul ye dulu haha. Balik tak lalu dalam sungai dah sebab nak keringkan baju. Karang aku nak jawab apa dengan Mak kalau balik baju basah separuh je kat bawah haha.

J pulak nakal gila budaknya, dia suka gila kacau aku. Dulu kan suka ejek nama bapak, dia ejek nama Ayah aku, Lan Lan Lan botak, Lan makan taik katak 😒. Ada satu hari tu aku tengah panjat tangga dekat dalam library untuk susun buku, time tu aku pengawas library. Time tengah dekat tangga paling atas, aku nampak dia lalu tepi koridor sekolah, aku jerit panggil dia SUZUKIIII (ejek nama bapak dia). Dia nampak aku, dia terus lari masuk library, dia tegakkan tangga yang tengah sandar dekat rak buku tu weh! Aku ada kat tangga paling atas! Binawe betul anak suzuki tu 😒 tapi time darjah 6 dia confess suka kat aku WAHAHAHA bodo ye.

Dulu habis sekolah mesti main tuju kasut. Kasut sekolah J tapak dia tebal nak mampus and dia akan lempar sekuat hati. Gedebukkk sekali kalau kena tengah belakang. Aku rasa salah 1 tulang belakang aku bengkok la kena kasut dia tu. Dulu time sekolahh memang pakai track suit dalam kain, senang nak main cop tiang dengan tuju kasut, nak kejar orang, nak panjat pokok.

Ada satu hari aku ada atas pokok, aku tak nampak Ayah datang ambil aku. Ayah pun tak nampak aku atas pokok. Aku tak tau kenapa aku lepak atas pokok rambutan yang tak berbuah, sorang2 pulak tu. Then Ayah balik rumah, ingat aku dah balik. Tengok2 takde, Ayah patah balik ke sekolah. Kali kedua datang, pakcik kantin bagitau Ayah aku ada atas pokok. HAHA. Ayah tak marah pun. Ayah dengan Mak, Mak lagi garang. Ayah akan marah bila melibatkan keselamatan dan kesihatan je, Mak akan marah melibatkan pendidikan. 

Ada satu masa tu, kawasan tepi sekolah yang berbukit merah dorang tarah sebab nak buat pre-school. Time tu syok gila weh main gelongsor tanah merah. Jenuh kena marah dengan Mak sebab habis seluar baju semua kotor but being me, marah la macam mana pun, aku buat jugak sampai aku puas haha. Elehh setakat kena marah, dengar je laaa HAHAHA.

Dekat rumah pulak aku kawan dengan anak jiran. Jiran aku tu anak ramai, 6-7 orang, sorang je perempuan. Anak dia semua nama huruf S. Aku kawan dengan S2 and S3, laki. Adik perempuan aku kawan baik dengan satu2nya adik beradik perempuan dorang. Aku tak suka kawan dengan perempuan yang lemah lembut, bosan haha. Walaupun S yang perempuan tu dia sorang je perempuan tapi lembut je orangnya.

Aku paling kamceng dengan S3 sebab dia nakal. Kami lumba basikal sama2. S2 tua dari kami, dia baik macam abang2. Dia join kami tapi tengok je and tegur kalau kami melampaui batas haha. S2 pengawas dekat sekolah, so dekat sekolah pun dia jaga aku. Merasa la ada abang, tumpang abang orang haha. Start darjah 4 aku pun jadi pengawas, darjah 6 aku Penolong Ketua Pengawas weiii. Pengawas yang tak boleh pakai.

Time tu aku pergi 2 sekolah agama, dua2 aku tak suka sebab petang should be a free time! So dua2 aku sekolah tak lebih sebulan rasanya. Kenangan yang aku ingat time sekolah 1, ada sorang budak laki suka duduk bawah meja aku sebab dia suka kat aku hahaha ajenyee gila. Aku memang la comel HAHAHA tapi comot kot. Menda la Darjah 3 dah pandai suka kat orang.

Then aku pindah sekolah 2. Kat sekolah tu 1 benda aku suka, lepas solat Asar aku akan berlari beli laksa dalam plastik, makan guna straw, gigit plastik belah bawah untuk hirup kuah. Haha siapa punya idea la jual laksa dalam plastik. 

Darjah 5 aku ambil UPKK tapi guna nama orang lain sebab aku tak cukup syarat kedatangan. Yela aku datang ikut suka hati aku je. Rasa nak main datang, rasa nak tidur memang aku buat keras atas katil walaupun Mak dah ready hanger dekat tangan, but I dont care. Aku keras kepala ye waktu kecil (ke sampai sekarang?), kalau aku taknak tu memang tak la aku buat haha. Perangai macam tu pun Alhamdulillah UPKK dapat 7A. Atas sijil nama aku sebab UPKK sekolah yang keluarkan sijil.

Alhamdulillah UPSR pun aku dapat straight A. Math aku tak pernah dapat bawah 100. Time hari bertemu ibubapa, cikgu Math cakap dekat Mak aku, kalau UPSR aku tak dapat Math A, dia akan nangis haha.

Time tu subjek agama pun ada penilaian, tu pun aku dapat straight A, Alhamdulillah. So ustazah sponsor ambil ujian nak masuk sekolah asrama agama yang famous. Aku pergi je la. Sekaliii dalam ujian penilaian tu ada subjek Arab wehhhh! Hahaha. Time UPKK mana ada Arab (zaman aku). Memang seronok la aku hentam. Result penilaian keluar, akademik A, agama A, Bahasa Arab D huahuahauahua bye2 sekolah agama.

Then aku diterima masuk ke MRSM, Alhamdulillah. And start daripada masuk asrama, aku makin renggang dengan kawan2 sekolah rendah. Oh J dengan M masuk MRSM sekali dengan aku tapi time Form 2 J dinasihatkan keluar sebab buat hal. Kan aku cakap dia nakal.

Dengan M aku baik sampai la sebelum aku kahwin. Aku selalu lunch dengan dia time kami sama2 kerja dekat Ipoh. Kawan aku semua suruh kahwin dengan dia. Idok le weiii, aku dengan M dah macam adik beradikkk, rasa sumbang mahram pulak kalau kahwin hahaha.

Dengan W pun aku dah tak serapat dulu, ada la jumpa beberapa kali je tapi still keep in touch through social media sampai sekarang. W anak 3 dah sekarang 😊

Dah tu je yang aku ingat, cerita dekat MRSM aku dah cerita sikit2 sebelum ni. Bila kenang balik, aku ni baik budaknya, nakal sikit2 je tu biasalahhh kann BAHHAHAHHAA. 

1/04/2023

Life Recap #1

Disebabkan aku pelupa, aku nak coretkan dekat sini semua life moments yang aku ingat dari aku lahir sampai la sekarang which I believe 70% aku dah tak ingat dah haha. Cerita ni random, tak ikut susunan haha.

Lahir dan tadika

I was born on 10th April 1990, first child of the family. I was told that I was a high demand baby teheee and fortunately my Mum is fulltime housewife. 

Dulu kami duduk Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar. Yang aku ingat my 1st puasa was there, tiap petang Ayah akan bawa ke taman kanak2 untuk bagi aku lupakan masa. Ayah akan pastikan bila sampai rumah aku boleh terus minum haha. Air tebu was my favourite. Aku puasa penuh start 6 tahun and I'm proud with myself haha.

Aku masuk tadika Kemas dekat Chandan, dekat dengan pejabat Ayah. Time tu ayah kerja dekat Pejabat Istana. Aku ingat lagi nama cikgu aku, cikgu Aini. Tengah hari Ayah akan ambil aku. Ada 1 hari Ayah lambat ambil sebab mesyuarat, pagar kunci dah. Aku risau Cikgu Aini culik aku so time dia tengah kat dapur aku panjat pagar nak ke Pejabat Ayah.

Aku pun tak tau macam mana aku boleh panjat pagar tu. Pagar curve besi kot. Aku ingat lagi momen aku nampak motor Ayah di seberang jalan menuju ke tadika aku tapi aku teruskan berjalan sambil ayah dah tertoleh-toleh tengok budak kecik mana la mak bapak biar jalan sorang2 dekat main road. Dan akhirnya dia sedar itu anak dia! Bahahhahaha.

Terus Ayah patah balik ambil aku, angkat aku masuk dalam raga motor dan menuju semula ke tadika. Aku dah pelik, kenapa nak ke sana balik? Kan dah habis waktuu. Time sampai sana aku nampak Cikgu Aini yang berbadan sasa tu tengah cemas dan berpeluh. Rupanya dia tengah cari aku haha. Rupanya Ayah nak bagitau yang aku lari dari sekolah haha. Rupanya tindakan aku tu salah. Ayah pesan, dont ever do that again, kalau Ayah ambil petang pun tunggu sampai petang. Aku mencebik sambil jeling Ayah.

Lalu aku pejabat Ayah main typewriter guna kertas recycle. Ketukk ketakk ketukk ketakk sambil berangan aku kerja. Rupanya angan2 aku jadi kenyataan. Sungguh aku kerja Kerajaan bila besar. Kenapa la time tu tak berangan jadi angkasawati ke millionare ke kan.

Ada 1 hari Ayah bawak aku ke Hospital, kami ke wad kecemasan. Aku ingat momen pintu wad kecemasan dibuka dan ditutup tanpa henti. Aku intai di celah2 pintu tu. Aku nampak dada arwah Tok aku ditekan guna mesin dan dada dia terlompat-lompat. Aku sorang time tu kat luar, Ayah ada dekat dengan Tok. Tu je aku ingat, pengebumian Tok semua takde dalam memori aku. 

Sekolah Rendah

Aku masuk SK Talang. Sekolah dekat je dengan rumah, dekat pun jalan naik turun bukit. Macam biasa Ayah hantar dan ambil. Jiran aku 1 kelas dengan aku a.k.a kawan baik aku, S namanya. Time percubaan aku dipindahkan ke meja lain sebab aku dah pandai membaca, S belum. Aku memberontak sebab aku nak duduk dengan S. Aku introvert, tak reti cari kawan baru. S pun nangis sebab tak dapat duduk sebelah aku. Sebegitu kamceng kami haha.

Aku kena duduk sebelah W, seorang budak lelaki poyo yang bangga dia ada color luna 36 batang dan bapaknya buka worksyop seberang sekolah. Aku benganggg, aku sorokkan color luna dia. Dia menangis meronta-ronta sambil panggil bapak dia yang di seberang jalan yang confirm tak dengar pekikan dia dek arus trafik yang sesak.

Ada sekali tu aku nak beli kacang kuda rebus. Harga 25sen. Aku tinggal 20sen je lepas 40sen habis beli nasi lemak dan air. Then aku pow duit kawan yang aku tak ingat siapa. Bila balik rumah Mak akan tanya aku beli apa, makan apa. Bila buat kira2 aku terlebih belanja 5 sen. Aku kena siasat bagaikan penjenayah. 5 sen je kot! Ayah marah, Ayah cakap jangan pernah ambil duit orang walaupun 1 sen. Time tu aku teringat duit syiling 1 sen Ayah yang aku kutip bersepah di dalam rumah. 

Esoknya aku kena pulangkan 5sen tu dan aku dapat extra belanja jadi 65sen sehari disebabkan kacang kuda rebus. Aku happy dan dari saat tu aku belajar, duit orang walaupun 1 sen jangan ambil! Pinjam duit orang pun parents aku tak bagi.

Ada sekali waktu perhimpunan pengawas suruh aku angkat tangan untuk luruskan baris. Instead angkat ke bahu kawan, aku angkat tangan ke atas menunjuk langit *sengaja. Pengawas tu darjah 4, aku darjah 1. Dia bengang sebab aku main2 kan dia. Time rehat dia nampak aku dan dia tunjuk dekat kawan dia dan aku jelir lidah ke dia. Dia kejar aku, aku lari masuk tandas, dia lelaki tak boleh masuk tandas perempuan. Petang tu terserempak dekat taman kanak-kanak, lagi sekali dia kejar aku naik basikal. Nasib dulu aku drifter, aku dapat lari dari dia. Tak chill betul hal sekolah bawa ke rumah.

Ada sekali tu aku balik rumah panjat bukit belakang sekolah. Sebelum sampai rumah sempat singgah kedai runcit beli aiskrim pong. Lagi sekali kena marah sebab Ayah macam orang gila cari aku kat sekolah. Zaman dulu mana ada handphone nak bagitau aku dah sampai rumah. Lagi sekali aku kena warning jangan buat perangai macam tu sebab jalan raya sesak dan aku comel *ni aku tambah, so mungkin orang akan culik haha.

Dulu lepas sekolah kena pergi sekolah Agama Rakyat belah petang. Aku benci betul pergi sekolah tu. Dah la masuk pun lambat, orang dah berbulan masuk aku baru nak masuk. Sekolah tu dekat je dengan rumah, dalam 500m kot. Aku pergi sorang2. Beza kan zaman dulu dengan sekarang? Mak bapak tak risau sangat nak lepas anak2 berkeliaran di luar. Ada 1 hari time solat Asar aku terkencing dalam kain HAHAHA sebab rasa berdosa nak tinggalkan jemaah. Aku balik rumah sambil nangis sebab malu. Lepas tu aku dah tak pergi sekolah agama. Sempat la aku pergi 3 hari. Terima kasih sebab kencing dalam kain, tak payah pergi sekolah petang, boleh berjimbaa! Haha

Dulu petang2 aku akan ajak S masuk longkang cari berudu. Takpun aku dengan kawan2 yang semua laki akan pusing taman naik basikal. Aku dari dulu tak reti kawan dengan perempuan sangat. Haha. Aku pernah jatuh tersagat lutut time main kejar2 dengan S. Aku tak ingat aku berdrama ke memang betul tapi seminggu aku tak boleh jalan. Aku ingat lagi muka Ayah panik gila time kendong aku, darah memang banyak. S nangis sebab takut dipersalahkan padahal bukan salah dia. Haha time tu aku nangis sebab takut kaki kena potong haha.

Dulu kalau Ayah outstation mesti dia bawak aku. Paling aku ingat dia bawak aku ke Kelantan, naik pajero office dengan driver. Time tu malam tetiba pajero tu berhenti dan tutup lampu di kawasan yang amat gelap! Rupa-rupanya ada gajah di tengah jalan. 

Dalam bulan 4, arwah Pah jatuh sakit dan kami banyak duduk rumah MakNyah di Taiping sebab Pah masuk Hospital Taiping. Pah meninggal di rumah MakNyah. Lepas Pah meninggal, Ayah decide pindah balik kampung untuk jaga 4 orang adik dia yang masih belajar.

Aku sedih gila nak pindah. Aku ingat lagi aku dengan S sembang belakang kereta sambil nangis dan kami berjanji nak kahwin bila besar nanti HAHAHAHAHA bahenol betul.

Beberapa tahun lepas tu Ayah jual rumah tu. Lagi aku sedih sebab aku sentiasa berharap untuk pindah sana balik.

To be continued....

1/03/2023

2022 recap

 Januari

  • Retreat office @ JW Marriot, KL
  • Positive for Covid19 😒
Februari
  • Trip to Melaka with FREMMIN 😍
  • Husband's rugby tournament @ Penang
Mac
  • Renew roadtax 
  • Tutup akaun KWSP 
  • Langkawi trip with my parents 😍
  • Birthday Mak dan Ayah 💕
April
  • North bound with in-laws 😍
  • Ramadhan
  • My birthday! 💋
  • My sister's birthday 💖
May
  • Tiba-tiba Raya!
  • Settle hutang PTPTN! Yeay! 😎
  • Ayah kena tebuk perut sebab prostate bengkak. 😢
Jun
  • Picnic @ Felda Lawin Selatan  😍
  • Mak Lang Husband meninggal, went to Kedah to pay the last respect
  • Husband's birthday 💓
  • Lunch with family @ Kuala Sepetang 😍
  • Went to Penang with Husband 😍
July
  • Renew passport after pandemic!
  • Work trip to Egypt
Ogos
  • Picnic @ Kuala Mu with family 😍
September
  • Lunch @ Castella Cafe and went to Ikea, Penang
  • Accompanied Husband to meeting @ Kuantan
  • Picnic @ Sumpitan Glamping 😍
  • Tayar kereta pecah on the way ke office 😑
  • Water rafting with officemates @ Gopeng
  • Hiking Bukit Bangkong for the 1st time
  • Perlis with in laws to attend wedding 😍
  • Braces on! 😁
  • Birthday Mama dan Abah 💕
October
  • Went to Padang Besar by Komuter
  • Picnic @ Teluk Batik with family 😍
  • 3rd Anniversary 💋
  • Bought a TV for home after 1 year living there 
November
  • Mama and Abah went to perform Umrah
  • Staycation @ KL 😍
  • Subscribed Maxis Home Fibre
  • Bought a new gadjet 
  • Positive covid19, again 😠
  • PRU15
  • My brother's birthday 💟
Disember
  • Bought another new gadjet 😆
  • Staycation @ KL 😍

Thank you 2022 for the lessons and memories. Let's strive for a better 2023!

Happy New Year pipol! Azam nak kurus tahun lepas dah tercapai ke dah ke laut? *tanya je HAHA