”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/25/2023

Eid Fitr 2023

Hi hi, bersiaran dari office. Pishang oh masuk office hari ni sebab office kosong haha. Tadi aku sampai pintu utama pun tak bukak lagi, nasib boleh lalu pintu belakang guna access kad. Hari ni je keje sebab nak prep untuk mesyuarat Selasa depan. Esok aku sambung cuti sampai Isnin. Hihi

Hari tu Raya Pertama, lepas salam raya singgah rumah Pah kejap, salam raya, bedal laksa semangkok then aku terus shoot pergi kerja. Sadis hidupku haha. Nasib dapat duit raya banyak hari tu so terubatlah sedikit hati. Macam2 ujian hari tu dekat site but Alhamdulillah, Allah bantu permudahkan.

Time nak balik ada kontraktor tegur, ha baru nampak puan senyum lebar haha. Yela, lega wei semua dah settle. Time tak settle resah takut apa2 jadi sebab ada orang tak faham ada benda is out of our control. Nothing is perfect except God though we really did our best. Susah kalau takde common sense haha.

Enough bout work.

Raya kedua semua adik beradik Ayah seramai 12 orang berkumpul dekat rumah. Kecoh as always. Then sepupu2 Ayah datang beraya. So kau rasa aku ada masa nak bercantikan? Takde ye! Pakai baju basahan je. Lagipun baju raya aku memang sepasang je haha.

Malam tu buat bacaan Yaseen sikit then bergambar 1 family. Nak ambil 3 keping gambar dekat 30min sebab tak boleh nak diamkan orang serentak. 😑. Settle bergambar kitorang sepupu main werewolves sampai pukul 1 pagi. Kecoh. Dorang kalau nak main mesti nak ada Laki aku sebab walaupun Laki aku paling tua tapi dia paling budak2 haha.

Raya Ketiga just pergi rumah Pah, lunch Mak masak tempoyak patin. Nyummmsss! Dah kenyang teruus balik rumah sebab hari ni kerja. Petang aku ajak Husband pergi photoshoot raya. Aku suruh dia pakai baju melayu dengan seluar slack je sekali dia nak bersampin bagai haha! Syabas baetei, semangat ini yang kita mahukan.

Walaupun cuaca mendung macam nak hujan, gigih jugak kami mengeluarkan tripod dan drone haha. Dapat pergi 2 spots, taman tepi Gunung Lang dengan depan KTM Ipoh. 

Dah nak maghrib baru balik, malam sambung jogging 5km, bakar segala lemak yang dah diternak sepanjang Syawal walaupun aku rasa kena lari full marathon baru boleh bakar semua haha.

Tu je cerita raya kali ni. Simple. Dah tua2 ni tak se excited budak2 dulu. Dah bertahun tak pergi beraya, tunggu orang je datang rumah. InshaAllah, jumpa Syawal depan k? 😉 Selamat beraya kawan2, aku tunggu open house je ni sampai gaji sebab duit dah habis bagi duit raya haha. 

2 comments:

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!