”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/30/2023

2nd ride to Cameron Highland

Patutnya weekend hari tu aku plan nak ke pesta buku dekat KL tapi memandangkan cuaca panas and buku yang ada pun ada yang tak koyak plastik lagi, tukar plan ke CH sebab sejuk. Kami memang plan nak ride je sebab tahu CH akan jem teruk. Plus tak perasan minggu ni cuti sekolah, memang saja cari nahas.

Mama dengan Abah ikut tapi naik kereta huahuaua. Sian Abah drive menempuh jem, tapi dorang enjoy je sebab memang suka ke sana. Kami memang tak pergi tempat2 tourists attraction, memang ke sana semata sebab nak kan suasano je haha.

6.15 am - Mama call bagitau dah sampai depan rumah. Mama datang rumah dulu sebab nak naik kereta Didi, kereta dekat Mama tu MPV, naik kereta Didi ibarat dapat kurangkan 1 kereta di CH instead bawak MPV tu haha. Lagipun dorang berdua je.

Aku konon nak travel light sekali ada kereta memang 1 beg besar aku bawak. Tak tau apa aku sumbat dalam tu padahal pergi semalam je haha.

Semalamnya hujan lebat pulak, so cuaca memang cun. Alhamdulillah. Aaa jom gerak

Breakfast luu. Mee Kari EJ Chemor memang terbaik. 1st time Mama makan mee kicap. Sedap katanya

Dah kenyang kami pun mulakan perjalanan. Kalau korang perasan dah nak sampai Kg Raja dari Simpang Pulai, ada satu Port Lepak belah kiri. Aku dengan Didi singgah situ kejap rehat. Didi terbangkan drone dia, sampai atas dia gelabah sebab tetiba drone dia lost signal and angin kuat haha terus dia turunkan drone tu. Tak dapat la footage sangat.

Sejuk gila wei naik motor time ni. Sejuk dari 1st time kitorang naik hari tu sebab semalam hujan kot. Didi cakap tangan dia biru dah haha. 

😍

Then kami singgah BHP, tengok Mama dengan Abah pun ada sana isi minyak. Kitorang gerak lepas dorang tapi kitorang sampai Brinchang dulu haha. Kebaikan naik motor. Teruk weh jem, panjang gila. Dari arah Tapah jem sebelum Tanah Rata lagi sampai la Kea Farm tu.

Air cap kelapa laut afrika. Wajib beli setiap kali datang sini.

Dalam 11.30am semua dah sampai kami lunch dekat restoran Nur Kasih Raihan, hasil jumpa video tiktok haha. Tapi makanan dia biasa2 je rasanya, next kena try kedai lain. Dah siap makan semua awal lagi nak check in, so kitorang pergi lepak dekat taman dekat Tanah Rata tu. 


Didi book apartment dekat Quintet, Tanah Rata. Ok jugak kawasan tu, banyak kedai bawah apartment tu, senang cari makan. Kalau masuk ikut simpang Kg Ruil dia ke dalam sikit, kena lalu Tanah Rata baru dekat. 

Lepas check in aku memang tidur sampai pukul 6pm hahaha. Tak tahu apa penat sangat, atas motor pun aku tertidur wehhh! Haha. Didi marah sebab kepala aku asyik terhantuk dekat kepala dia haha. Nasib baik tak jatuh gaung aku ni haa.

Bangunn tidur Didi suruh makan maggi haha. Layan makan maggi panas sejuk2, Abah makan sampai tak tinggal sisa la. Haha

Pukul 7pm kami siap-siap nak ke Night Market. Aku yang teringin nak pergi sebab last aku pergi Night Market CH time tapak dia dekat Brinchang lagi and bagi aku best. So I expect the same.

Ni bunga-bunga dekat sekitar apartment tu. Cantik kannn??

Dari apartment tu dalam 3km la nak sampai Night Market tapi we took about 45 minutes to arrive! Gila! Jem melekat. Dah sampai jangan cakap la orangnya ramai macam mana. Harga ada yang mahal sikit ada yang mahal banyak. Rasa? Very biasa. 

Kami memang pusing tempat makan je and terus balik makan dekat rumah. Aku dengan Didi beli nasi lemak daun pisang, Mama dengan Abah makan nasi ayam kukus. Aku beli bayam goreng, sedapp! Ada jugak beli jagung pulut dengan jagung madu. Then beli buah-buahan sikit. Night Market dia tak payah pergi pun takpe aku rasa. Tak worth the jem and the hype haha. 

Time ni badan aku dah sakit2. Dulu time aku sekolah menengah aku pernah ke hospital pakar sebab aku rasa tulang2 aku sakit, menyengat, ngilu ntah tak tau macam mana nak describe. Doktor cakap badan aku tak tahan cuaca yang terlampau sejuk atau terlampau panas. Malam tu suhu CH 19°c. Tapi hari tu aku ke Egypt Suhu 16-18°c aku okay je. Maybe sebab dekat apartment tu lantai mozek bukan karpet and aku tak pakai stokin. Tambah badan pun dah masuk angin sejuk time ride agaknya. 

So aku dah familiar dengan rasa tu and tau betapa seksanya apa yang aku akan hadap. Sebelum tidur aku minta tolong Didi lumurkan minyak angin dekat badan aku, hope it helps. Then aku tidur.

Dalam pukul 4am aku terjaga sebab sakit gila dada membawa ke tengkuk. Aku tak boleh nak gerak sangat. Rasa nak nangiss sebab sakit and tak boleh tidur. Aku sapu lagi minyak angin, aku try tidur duduk, aku zikir, aku doa, aku merintih sebab memang tak tahan and tak tahu nak buat apa.

Aku korek beg, aku makan panadol 2 bijik and berdoa supaya hilangkan sakit tu. Nak pergi hospital pun tak guna sebab tak boleh nak buat apa.

Korang tau kan sekarang aku tengah gila kumpul kristal? Aku kumpul sebab cantik and aku tak pernah ambil tahu pasal benefits dia. Time pergi sana aku bawak 4seasons phantom dengan carnelian.

Carnelian

Aku pernah terdengar carnelian ni bagus untuk blood circulation and bagus untuk perempuan with period paid. Aku memang dah loss time tu, aku ambil carnelian tu aku pakai sebagai ikhtiar terakhir aku. Aku doa 'Ya Allah, tiada satu benda yang Kau cipta sia-sia, jika mahklukMu ini punya kebaikan, Kau salurkan lah kebaikan tu kepada aku dan hilangkan sakit ni sebab aku nak tidur' Haha tengok betapa pentingnya tidur untuk aku. Time tu jam dah dekat 6 pagi. Bayangkan aku tahan sakit 2jam.

Aku try tidur, aku tidur hujung katil sebab taknak sejuk, padahal 1 rumah sejuk haha. Alhamdulillah sakit tu beransur kurang. Aku baru nak lena, Didi panggil tidur sebelah dia. Aku pun sleep comfortably beside him. Ada waktu aku mamai2, tersedar Didi tengah pakaikan aku stokin. Thank you Love. 

Aku tak sedar dia bangun pukul berapa tapi aku bangun dari tidur yang lena pukul 10am. Tengok Mama dengan Abah dah belikan breakfast. Haha tak guna punya anak menantu, ajak dorang tapi dorang yang belikan makanan. Thank you Mama dan Abah.

Then kami siap nak turun, time tu hujan. Ha sudahh. Mama dah gelakkan kitorang haha. Dalam 1130am kami dah siap nak checkout. Abah siap bagi aku jaket dia takut jaket aku basah kena hujan. Hehe so sweet my Abah. 

Aku dengan Didi turun ikut Simpang Pulai, Mama dengan Abah turun ikut Tapah sebab nak ke Kea Farm tu jemm tak gerak. Gilaaa! Sebelum turun sempat Didi melencong ke arah Lojing lepas tu gelabah tak jumpa tempat u-turn and minyak dah tinggal 2 takuk haha padan muka.


Time balik pun singgah kejap Port Lepak. Ada jual makanan simple2 dekat situ macam maggi dan aiskrim.

Alhamdulillah selamat sampai Tol Ipoh Selatan dalam 2.30pm, kami berhenti solat then pergi lunch dekat Restoran Chinese Muslim 1818, Ipoh. Not bad masakan dia and harga reasonable. Kami order telur dada dengan minched chicken, sotong kam heong, udang masak nestum, ayam masak lemon, campur air semua dalam RM70. Ayam masak lemon dia and udang nestum sedappp, kam heomng dia kureng sikit. Makan berdua order macam makan berempat haha. Mama dengan Abah makan dekat Tapah.

Time makan aku cerita dekat Didi pasal aku sakit malam tu and pakai carnelian bagai sebab aku tau dia tak sedar pun aku jaga malam tu haha. Dari explanation aku, Didi dah mula sokong aku beli crystals! Hahah yeay TQ. Sebelum ni dia tak halang pun hobi aku, tapi dia jeling je la HAHA.

Maka tamatlah percutian santai kami. Conclusionnya, jangan pergi CH time cuti sekolah and kalau nak pergi sila naik motor. Aku rasa Pahang authority dah kena enforce la limitkan kereta yang boleh masuk time weekend. Jem dia tak beragak weh. Ada polis pun tak dapat buat apa2.

Malam tu Didi ajak tengok Polis Evo 3. Best jugak cerita tu. Polis Evo 2 aku tak tengok, tengok yang 1 je, tak tau pun ada 2, tetiba eh 3? Haha. Cerita kali ni pasal dendam dan keluarga. Storyline macam cerita hollywood sikit. Gituhh. Pergilah tengok support filem tempatan. 

12 comments:

  1. Lamanya x gi Cameron.. Ada gak dalam 5 tahun kot. haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak pergi sila pergi weekdays haha

      Delete
  2. Ahhhh..sudah..harap² jumaat sok tak de orang nak naik sana. Hahahaa.
    Memula baca, sape didiiiii.. hahaha.
    Ohhh, en.suami rupanya. Hahaha. Ada pape ke tewww 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha macam mustahil je takde yang naik tu

      haha takde pe, memang nama dia ada Didi HAHA. macam panjang nak type suami haha

      Delete
  3. Sebab jem kat atas tulah sampai la uncle malas naik atas tu...

    Cantik la foto selfie tu... Mesti kamera kayangan ni... Semua nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jem uncle. kalau jalan kaki tak jem haha.

      kamera handphone je Uncle

      Delete
  4. Dh 2 blog sy BW pagi ni org naik CH... bestnya... salam kenal nadia... sy follower baru

    ReplyDelete
  5. Kita ni pun macam musykil siapa Didi tu..hehehehehe..BTW best kan ride berdua..tapi kalau teman dengan Abang Gebu naik motor ke CH..mau tak sampai atas..overload..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. jom kak konvoi, takde nya overloadd haha

      Delete
  6. kalau ride berdua memang sweet tau...apa-apapun agak dramatik juga kisag tahan sakit...ini mungkin badan dah terlalu sejuk kot....nasib baik sudah pulih sebelum balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang sweet tapi balik tu sakit jugak pinggang haha. Alhamdulillah, Allah izinkan sembuh :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!