”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/19/2023

Hiking: Bukit Kledang, Ipoh

Siapa orang Ipoh mesti tahu Bukit Kledang. Bukit ni ada jalan bertar and jalan off road, ada jugak jalan bertangga. Banyak pilihan dan pilihan di tangan anda. Dulu balik je kerja aku gigih naik sorang2 ikut jalan tar. 

Then Husband aku join. Start dia join, dia la ajak lalu jalan off road. Berani la bila ada dia, kalau sorang ikut jalan tar lebih selamat. 

Jalan off road pulak ada bermacam cabang, 42,49,54, RTM. Aku pernah naik 42,49 dan RTM je. Semua ni keluar kat tempat lain2. Paling atas RTM la. Paling mencanak 42 tapi paling dekat. My personal fav 49, santai, mencanak 40% je kot and paling best boleh singgah mandi sungai haha.

Hari Sabtu lepas Subuh Suami ajak 'Jom naik Kledang?'. Aku pun jom ajee sebab dah tak mengantuk. Kitorang pergi sana naik motor je, sempat singgah beli kudapan dan nasi lemak daun pisang. Kau tau Laki aku beli nasi lemak tu 4 bungkus tambah lauk paru dengan kerang. Nasi tu memang kecik je and lauk tu pun sikit sangat. Tau tak berapa? RM24! Gilaaa! Aku tak tahu, dah naik motor baru Laki aku bagiitau. Aku tanya kenapa tak tanya kenapa mahal sangat, dia kata malas la sebab ramai orang. Ishh harga macam nak pergi Paris naik business class. Nasib la berasa nasi nya.

Let's get started

Banyak tanda, jalan pun jelas. So dont worry, InshaAllah tak sesat

River stream


Ni la nasi lemaknya. Bagi aku mahal la satu RM6. Kecik je kot. 😭 Nasib makan dalam hutan, tepi sungai yang mendamaikan so kurang la sikit rasa terkilan itu.
 




Suami aku ukir beberapa tahun lepas. Masih jelas terukir. Alhamdulillah masih naik dengan orang yang sama bukan orang lain haha

on the way turun. Time turun ikut jalan tar. Lutut dah longgar bai time ni haha. Ni pun kasut dah makan jari kaki. Satitt



Sambung pulak ikut tangga lagi half way.Ketarrr lutut haha
Mensesal ke tu Bang? 

Dalam 2 jam kami hiking. Sampai je bawah dengan busuk-busuk tu Laki aku ajak pergi kedai aquascape pulak. Haha layan je la dengan naik motornya, dengan panas teriknya. 

Dah setel beli barang akuarium, Suami ajak berendam dekat Ulu Chepor pulak. Ni aku onz sebab memang badan rasa melengas gila.

Ulu Chepor. Best! Air jernih dan sejukkk. Sesuai untuk family time, air tak dalam pun. Kalau duduk sampai dada je. So duduk je la, kau nak mandi berdiri buat apa? Lenguh! Haha.

Sejam je kami kat sini. Aku je lama berendam, Laki aku sibuk cari akar kayu la udang la untuk akuarium kat rumah haha. Jumpa weh sekor udang tapi sayangnya 24 jam je bertahan dalam akuarium. Aku syak sebab temperature air. Ulu Chepor tu air sejuk, akuarium kitorang air biasa je. Time jumpa jenazah dia, dah macam kena bakar. Sian dia haha

Kononnya hari tu kami nak make over bilik. Make over apanya, sampai rumah dah 2.30pm then kami berdua tertidur kepenatan sampai Asar. Lepas Asar Husband ajak balik rumah Mama.

Sampai kedai Mama, dapat lepas gian selepas 2 bulan tak pekenaa.

Esoknya Abah ajak pergi Open Village dekat kampung dia haha. Kemain kampung Abah buat jamuan raya peringkat kampung. Aku segan sebenarnya nak pergi dengan tak kenal siapa and pakai baju biasa je, tapi dah Abah ajak, layankan je la.

Then terus balik rumah. Sampai rumah meneruskan cita2 make over bilik. Kami beli katil baru selepas 4 tahun tidur atas tilam spring ting ting. Ada rezeki lebih kita upgrade untuk dapat tidur yang lebih selesa dan bermanfaat. Konon nak cat bilik sekali, tapi tak sempatt. Cat tu aku beli tahun 2021 kau tahuu! Entah2 dah keras jegang hahaha

Tilam and katil beli dekat Shopee je. Terasa nak terkeluar isi perut nak angkat katil dan tilam dari bawah ke atas sebab delivery man hantar sampai depan pintu je. Nak barang murah, tanggunglah akibatnya. Haha

Time pasang tu aku tolong la 30% + 20% tolong tengok. Kitorang pinjam power drive Ayah tapi aku tak jumpa charger dia sebab ambil time Ayah dekat Makkah. Tanya Ayah dia pun lupa letak mana haha. So tengah2 menukang tu tetiba bateri habis. Maka guna la cara manual, lenguh matt. Nasib tinggal sikit je. Selebihnya memang kena guna manual sebab guna allen keys.

Dah nak final touch baru Suami aku perasan ada 2 board dia pasang terbalik!! Haha adoii. Terbalik yang tak boleh kawtim punya, memang kena bukak balik. Ayaya. Takpelah, kita gelak je la atas silly mistake tersebut haha.

Akhirnya setelah 2 jam siap pun semua. Bilik tetamu dah ada katil. Bilik laundry pun ada katil uolsss! Hahaha. Sesiapa nak datang tidur dekat rumah, meh2 dialukan. Yang mana sepah tu pejam je la mata ye. *jeling rail barn door yang dah tersadai 2 tahun --> jeling tong cat ----> jeling Suami. 

6 comments:

  1. Syoknye pi hiking. Pi mandi manda. Ahnaff tu dah bnyak kali ajak mandi sungai tapi tak pegi² lagi.
    Nak buat barn door ke tuu. Aduhhh, mesti lawa teruk. Niat hati aritu nak buat jugak tapi tak kesampaian. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi musim panas sekarang ni memang elok sangat pergi mandi manda.
      aah itulah niatnya. rail dah beli tapi pintunya tak beli2 lagiii! HAHAHA

      Delete
  2. Pegi tempat macam tu, ada tak rasa takut ada 'benda' ikut balik tak?

    First time dengar istilah 'keras jegang'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak Uncle. Masuk dengan niat yang baik, , sebelum masuk baca doa Nabi Sulaiman, jaga adab, inshaAllah baik2 je.

      Bahasa Negeri Perak rasanya tu haha

      Delete
  3. Cuaca panas + berendam dalam air sungai..nikmat mana yang didustakan...perghhh..

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!