”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/02/2024

Iftar di luar

25 Mac 2024 (14 Ramadan 1445H)

Hari ni Didi ajak berbuka dengan kawan2 office dia dekat Hotel Tower Regency, Ipoh. Ikutkan aku memang malas nak berbuka dekat luar ni sebab waktu Maghrib kan singkat, nak berkejar solat bagai, I dont like. Tapi sebab ada orang belanja kita layan je la ek.

Dalam 7.15pm baru keluar rumah, dah siap2 ambil wudu'. On the way nak naik ke hotel dah masuk waktu pun. Sampai2 kami minum sikit and terus solat dulu. 

Makanan dia so-so je la, tak tau nak cakap worth it ke tak sebab tak tahu harga sekepala berapa. Ada nasi putih, nasi tomato, lauk pauk, ada pasembor, rojak buah, kuih muih, ada shawarma, ada kambing, ada ice cream.

Jumaat lepas aku pergi makan buffet dekat Ayam Gepuk Ganteng, Meru bagi aku tu berbaloi. RM35 sorang, makanan and minuman varieties, ada yang sedap ada yang biasa je tapi worth it. Harga macam tu memang berbaloi sebab kalau beli kat bazar baru dapat 3 jenis makanan je kalau buffet kita makan sikit2 je tapi boleh makan pelbagai. Tapi kalau harga RM80 ke atas / pax untuk aku yang tak makan banyak ni jadi tak berbaloi walau sesedap mana pun, unless orang belanja kekeke.

Dalam pukul 9pm baru gerak balik. Dalam kereta aku cakap dekat Didi

Lama kita tak tidur hotel kat KL kan? Asyik tidur dalam khemah je lately haha.

Jom nak? Serius ni, Abang pun hari tu terfikir, lama tak honeymoon dengan Ayang. Cari la hotel, minggu ni kita pergi. Berbuka kita pergi bazar mana2, berbuka dalam bilik, then kita rehat2 je la dalam bilik.

Jommm!

27 Mac 2024 (16 Ramadan 1445H)

Pagi ni bersiap nak ke kerja terus masukkan beg dalam bonet nak ke KL petang nanti. Nanti aku ambil Didi dekat office dia, dia tinggal kereta kat sana and terus shoot ke KL sebab office dia dah on the way ke KL. 

Hotel aku dah book semalam. Good bargain maybe sebab weekdays kot kan and Nuzul Quran tak semua Negeri cuti, Negeri yang ambil 1 Ramadan cuti Nuzul Quran dorang tak cuti. 

Time Zohor aku siap2 jama' taqdim. Aku beli jugak juadah berbuka risau jem ke apa takde benda nak makan dalam kereta pulak nanti. Aku beli chicken wrap yang officemate jual, murah, isi banyak dan sedap! Hihi Alhamdulillah. 

Pukul 7.15pm camtu kami sampai penginapan yang disewa, The Robertson. Apartment 1 bilik, superb, kolam renang besar, mengadap Menara Merdeka 118. It was our second time there. Nak masuk pun senang, pak guard pun friendly cuma nak naik ke parking lot berbelit sikit jalannya.

Kami berbuka dalam rumah je. Then solat semua baru keluar cari makanan yang benarr haha.

Memula nak pergi Restoran Khan Jee tapi Didi macam taknak so kitorang pergi makan Stiq dekat Wangsa Maju.

Aku makan kambing, Didi makan steak tapi gambar dekat hp dia. Sejak ada hp baru ni dia amek gambar sendiri je tak share dengan aku 😏 haha. Sedap! Kombinasi yang enak tapi tak habis pun, sambung makan moreh kat bilik. 

28 Mac 2024 (17 Ramadan 1445H)

Hari ni namanya hari bersantai. Memang takde rancang apa2. Bangun pagi bila terasa nak bangun hahaha alangkah gembiranya hidup sebegitu rupa. Then ada barang nak cari kami pun siap ke Lalaport. Rancangan asal nak round KL naik train tapi disebabkan panas + puasa, jadi malas pulak 😅 so marilah naik kereta yang telah direzekikan Allah tu hehe.

Fisrt time ke Lalaport, jalan2 je pusing2, takde beli apa pun, window shopping. Then kami ke TRX Mall, 1st time jugak. Best! Suka pulak aku dengan mall ni. Tingkat bawah sekali jangan la dikenang, semua butik premium macam Dior, LV. So kita yang marhaen ni ke atas sikit.

Memula ke Charles & Keith nak belikan hadiah farewell kawan. Dah setel kita ronda2 kedai kasut (kegemaran kami untuk buang masa). Azam aku tahun ni taknak beli kasut tapi lama dah kecundang azam tu.

Best sini sebab banyak brands and paling rare ada butik HOKA. Perghh harga diaa, cuci mata je la, cantik memang cantik tapi kami ni tetaplah setia sebagai duta Asics haha. Didi berkenan 1 kasut ni, trail run shoes tapi dalam dilema nak beli ke tak. Then decide beli lain kali.

Dalam 4.30pm kami sampai penginapan balik, rehat2 kejap dalam 6.30pm pergi Woodfire TTDI untuk iftar. Sebelum keluar Didi bisik dekat aku 'Yang, lepas berbuka jom pergi TRX nak beli kasut' sambil buat cat eyes hahahahalahh nak jugak dia beli, ingat lain kali tu tahun depan haha

Burger terpaling sedap abad iniii! Dah cuba banyak tapi still tak boleh lawan yang ni. Harga keras sikit tapi berbaloi. Sekali sekala je punn. 

Alhamdulillah kenyang, kami gerak ke TRX. Sekarang banyak betul jalan baru dekat KL ek sampai Google Maps pun tak register lagi. Kami konfiden la lalu hiway paling tinggi rupanya maps baca kami tengah kat bawah, tetiba dia suruh belok kiri, kau nak aku menjunamm jatuh ke? haha. Sesat kejap tapi akhirnya jumpa TRX yang dicari dan terus menuju ke kedai idaman hati.

Eh bukan Didi je ke nak beli? Eh? Eh? Hahah. Ni semua salah Didi racun. Memula dia ambil warna cream, cantik tapi akan cepat kotor la. Lepas tu aku tengok design lain tapi takde size, tinggal design ni je ada size. Then Didi cakap cantik pulak so dia pun tukar. Halah halah cakap je la nak sweet sama2 hehe. Dah 3 pasang Asics kami sama, Novablast 2, Nimbus 25 dengan yang ni. Yang ni je sama warna hehe

Dapat 15% diskaun, jadi la potong RM100++. Lepas raya nak aktif hiking balik (yo yo oo je) 😛

29 Mac 2024 (18 Ramadan 1445H)

Balikk, pukul 11.30am checked out. Singgah Decathlon Damansara, Didi nak cari barang dia. Aku rembat stokin running 3 pasang. 

Hari ni berbuka rumah Opah. Opah masak nasi minyak. Nyummm. Balik rumah opah singgah moreh dekat Secret Recipe. Nak makan shinjuku tapi takde stok. 


30 Mac 2024 (19 Ramadan 1445H)

Hari ni berbuka rumah Mak. Siang pergi ambil baju raya, beli perkakas kuih raya Mak, beli kasut raya dengan pergi nursery, Didi beli pokok Matoa nak suruh Ayah tanam,

Time beli kasut raya dekat Bata, aku nak bayar pakai kad as always tapi dia cakap tak boleh, cash je. Aku nak cancel sebab koserr la nak pergi ATM nak datang balik, ingat dekatt? Dah la parking susah. 

Eh tetiba ada pulak terminal kad dia tuu. Eh??????!! Adaaa? Kenapa cakap tak bolehh? Kawan aku cakap mesti sebab nak tipu profit sebab kalau cash boleh adjust profit elak cukai. Gitu mehh?


Malam tu keluar beli burger (lagi) dan aku pergi cari tudung dekat bazar raya. Nasib jumpa kat kedai depan2, tak payah tawaf 1 bazar.

31 Mac 2024 (20 Ramadan 1445H)

Biskut legend by Mak

Mak open order untuk family je. Hihi


Lepas berbuka kami pun balik rumah tapi Didi ajak makan burger (lagiiiiiiii). Dia memang hantu burger. Haha


Cutestt!

Sedapp. Juicyy. Cuma roti soggy sikit so bersepah makan hoho

1 April 2024 (21 Ramadan 1445H)

Hari ni berbuka dengan kawan office dekat MH Hotel, Ipoh. RM58/sekepala (sponsored hehe). Berbaloiii! Ada nasi arab kambing, sup kambing, kari kambing and many more varietiess of foods. Semuaaa sedapppp! Alhamdulillahhh. 

Terpalinggg paduuu

Sedapppp!

Kenapa aku rasa Ramadan tahun ni berlalu dengan cepat ehh? Tup tup next week dah rayaa. Huaaa. Preparation untuk raya Alhamdulillah rasanya dah settle semua, duit raya semua dah tukar. Dapat duit bonus memang semua habis ke duit raya. Temanya dari rakyat kepada rakyat demi rakyat huhu. 

Macam biasa aku akan kerja on 1st day of Syawal. Dah 3 tahun kerja time raya 😭 Nasib dapat duit raya.

So,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI GUYS
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ucap siap2 tak kalut huehuehuehue

Hmm nampak gayanya azam diet aku ke laut (??) Kita sambung diet time Zulkaedah lah hahaha.

2 comments:

  1. Kita samaaaa sangat, saya tak terlalu suka iftar di luar, apalagi di mall Krn ramaaaai dan susah nak sholat. Apalagi musholla mall itu terkadang di basement, tak manusiawi betul.

    Saya baru nak ikut kalo acara di adakan di rumah atau restoran yg terkadang ada musholla dalamnya.

    Kak Nad, Robertson ini bagus memang yaa. Saya tuh 26 june sampai july nak ke KL dan Penang. Adik saya saran stay di Robertson juga.

    Tapi kalo di apartmen ini, tak ada housekeeper yg bersih2 kamar tiap pagi kan? Itulah yg buat saya masih ragu nak book. Prefer hotel Krn ada staff housekeeping. Jadi kalo malam2 balik hotel, lihat kamar dah rapi, bersih, kan seneng jadinya 🤣😄. Masih mencari lagi nak stay di mana. Ada 3 hotel menarik, nantilah saya cek and recheck lagi 😄

    Burger ya nampak sedaaap 😍😍. Adik saya suka sangat burger. Makanya nanti di KL dan Penang dan plan dia nak cari burger. Dah di list sama dia burger2 sedap di sana 😄.

    Memang kaaan, cepaaaat sangat waktu berlalu. Tau2 dah April, dah bentar lagi lebaran. Kdg sedih juga puasa nak habis :(. Dan lebaran pun saya juga lagi2 tak akan mudik, Krn tak tega meninggalkan anak2' bulu di rumah. Asisten mudik, jadi tak mungkin saya mudik juga 😄😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha benar, musholla di mall malah kecil, orangnya ramai. tak proportionate.

      haha bagus, lokasinya strategik, rumahnya bersih, facilities nya lumayan. tapi ya tiada housekeeper, kalau duduk lebih 2 malam, harus housekeep sendiri haha.

      nanti review ya burger2 yang kamu sudah coba :D

      Selamat Hari Raya Eid Fitr Kak Fanny :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!